o8

Jom, Sekolah!

 

 

Te-ah tak selalu datang lambat. Tapi bila dia datang lambat aje sekali sekala, time itu jugalah cikgu Kai nak buat denda. Denda untuk pelajar yang lambat tak selalu ada. Hanya pada hari-hari tertentu aje.

 

Jadi ikut nasib ajelah. Sama ada hari datang lambat tu kena denda atau tidak. 

 

Kebiasaannya, kalau cikgu Kai datang mood malas nak tunggu depan pagar sekolah, hanya nama yang perlu ditulis oleh pengawas. Tapi bila datang mood rajin tiba-tiba…

 

“Cikgu nak kamu jalan itik dari kereta cikgu Suho tu, sampaaailah ke padang nu… Kemudian patah balik depan cikgu,” seronok aje cikgu Kai bagi arahan.

 

Belum apa-apa lagi, pastinya sudah kedengaran kompelin dari pelajar. “Jauh tu cikgu!”

 

“Memanglah jauh. Namanya pun denda. Ke korang lagi rela kena sebat dekat kaki?”

 

Dan lebih kurang lima belas orang pelajar yang lewat itu mula diam bila dengar perkataan ‘sebat’. Sebat, kalau cikgu Kai yang pegang rotan, namanya ‘Sebatan Membunuh’. Sakit, berkesan atas kulit berhari-hari.

 

Rotan apa ntah dia guna…

 

“Kita buat macam tu lah. Yang nak jalan itik, jalan itik. Yang nak kena rotan, datang pada cikgu. Now mooove~”

 

Dan mulalah para pelajar yang lewat tadi bergerak ke kereta Honda cikgu Suho untuk memulakan dendaan. Dengan muka masam dan langkah yang berat, Te-ah pun ikutkan sajelah.

 

Tapi tiba-tiba hari ini ada manusia yang tak tahu langit tu rendah ke tinggi. Pada hari bersejarah ini, seorang pelajar lelaki telah tampil dengan rela hati untuk menerima sebatan.

 

Te-ah tak tahulah nak kata dia berani, atau hanya bengong sebentar.

 

“Cikgu rotan ajelah. Saya nak masuk kelas,” pelajar lelaki itu bersuara. Dia melipat kaki seluar di hadapan cikgu, siap sedia untuk di rotan. Dan bila Te-ah tengok muka pelajar tu, sah.

 

Pelajar baru. Patutlah pun dia tidak tahu… Cikgu Kai pun sebenarnya terkejut ada murid berani cabar penangan rotannya.

 

Nak selamatkan ke tidak, mamat ni?

 

“Te-ah! Nak kena rotan juga ke? Tertengok-tengok. Pergi jalan itik cepat!!” lantang cikgu Kai marah. Lantas tanpa membuang sesaat pun, Te-ah berlari menuju ke kereta cikgu Suho. ‘Selamatkan diri sendiri dulu, Te-ah oi!’

 

 

 

 

“Nama aku Himchan, panggil aku Himchan. Aku tak tahu kenapa atuk aku pilih nama tu, tapi… ye. Itulah dia. Nama aku Himchan” pelajar lelaki baru itu memperkenalkan diri. Jea tengok pelik pada classmate barunya. Kenapa macam kenal aje pak cik yang sorang ni?

 

“Err.. okay Himchan. Boleh ambil tempat kamu dekat belakang tu,” cikgu Chanyeol memberitahu sambil menulis hari dan tarikh di papan putih.

 

Tanpa banyak bunyi, Himchan si budak baru akur dan mengambil tempatnya di sebelah Yongguk. Jea nampak Yongguk, Youngjae dan Daehyun masing-masing dan *keningkening* sesama mereka. Ha, plan jahat apa pula yang mereka nak buat ni?

 

Jangan ingat ahli BBP ni suci dan murni macam iklan Syahirah tu. Semua masing-masing ada tanduk sendiri…

 

“Ok, pelajar sekalian. Harini kita nak belajar apa?,” cikgu Chanyeol sudah mula sesi pengajaran Sejarahnya. Ceria aje dia bila mengajar. Eksaited benor.

 

Kejap. Bila aje cikgu Chanyeol ni tak eksaited?

 

“Harini kita akan masuk bab 5. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka! Boleh buka buku teks muka surat 117”

 

Jea dah bertongkat dagu sambil buat muka bosan. Buku teks diselak dengan malas.

 

“Ha. Basically ni, dah nak masuk ke arah kemerdekaan la ni. Ha, cuba tengok tu. Sistem Ahli. Sistem Ahli ni, para pelajar, ialah sistem di mana semua orang perlu bayar untuk dapat kad keahlian supaya nanti boleh dapat diskaun…”

 

Semua khusyuk dengar penjelasan cikgu. “Faham ke?”. Semua mengangguk.

 

“Gurau aje…,” cikgu sengih dan semua dah buat muka. Masalah, cikgu lebih main-main dari anak murid. Boleh berlaku kekeliruan maklumat gini!

 

“Himchan, bacakan pada kelas apa itu Sistem Ahli”. Himchan yang baru terkial-kial nak selak buku teks berdiri dan membacalah dia dengan suaranya sendiri. 

 

And the rest… is history. Jea tanya, korang sanggup ke nak baca ceramah Sejarah panjang berjela?

 

Kalau mahu, cik author sudi menulisnya. *kedipkedipmata*

 

 

 

 

REHAT

 

Harini mode malas telah diaktifkan. Jea rasa nak ponteng dari melaksanakan tugas jaga kantin. Jadi dia kerah Jaehyo, minta Jaehyo belikan nugget tempura 2 ringgit dan air Milo. Member yang lain yang duduk melepak sama semua terus order dengan Jaehyo aje. 

 

Mereka? Mereka hanya tunggu pak cik tu dekat tangga makmal, tempak lepak selalu tu.

 

“Kelas kau ada pelajar baru kan?,” Minhyuk bertanya. Dia sedang makan aiskrim batang.

 

“Ha’ah”

 

“Lelaki?”

 

“Yup”

 

“Hensem?”

 

Angguk. Dan Zico sudah mula bagi pandangan maut pada kedua-duanya. Jea, dan  Minhyuk. “Berani la awak ngorat dia, tengok lama mana dia hidup,” Zico bagi amaran awal-awal. 

 

Jea buat tak endah. Saje mengada-ngada aje dia tu. “Awak tu dah hantar ke paperwork Sejarah yang semalam sebuk nak buat tu?”

 

“Dah”

 

Ok. Boleh tarik nafas lega. Tapi tiba-tiba...

 

“JEAAAAAAAAAAAA~!”

 

Datang dah. Datang dah… Minah spazz. Ni mesti pasal budak baru tu juga. Tahu pula dia cari Jea dekat situ.

 

Te-ah berlari terus menuju ke depan Jea. “Budak baru tu dalam kelas kau ehh?”

 

Kan dah kata… “Kenapa?”

 

“Weh… Tadi kau tahu, dia dengan rela hati minta cikgu Kai sebat kaki dia!,” dan semua budak-budak yang tadi buat tak peduli aje dengan kehadiran Te-ah kini mula pasang telinga.

 

“Kenapa pulak? Dia buat salah ke?,” Taeil menyampuk.

 

“Lambat. Aku pun lambat tadi. Cikgu Kai suruh jalan itik. Tapi budak baru tu aje yang minta dirotan. Kesian dowwhh~”

 

“Dia tak tahu kottt”

 

“Ye lah… Aku ingat nak jadi knight in shining armor la tadi, selamatkan dia tapi tak sempat buat apa cikgu Kai dah sergah dulu”

 

Jea ketawa. “Kau, semedang aje kena sergah dengan cikgu Kai tu…”

 

“Tulah… aku rasa cikgu Kai tu suka aku la”

 

Sepantas kilat kepala Te-ah ditonyoh oleh P.O. “Tak payah nak prasan sangatlah wehhh~”

 

“Woih! Kepala la wehh! P.O kau ni memang junior tak reti nak hormat senior ehh! Jea, kan aku dah kata… Jangan kawan dengan budak-budak ni!”

 

Jea pandang P.O, bagi amaran guna mata. P.O angkat bahu aje. “Well, aku repect Jea apa…”. Te-ah buat muka. Tapi tak lama, lepas tu terus masuk mode spazz balik.

 

“Tapi kan. Budak baru tu nampak lepak aje lepas kena 'Sebatan Membunuh' tu. Hebat sehhh. Dah la dia tu hensem, kan?!!”

 

“Siapa hensem? Aku?,” Jaehyo muncul tiba-tiba dengan makanan dan air penuh di tangan. Yang lain dah tepuk dahi.

 

“Apa? Aku ada tertinggal apa-apa ke?”

 

 

 

AUTHOR PULOK NAK SPAZZ

EXO's Growl. On replay.

Life? Bye Bye.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
woonicorn_syah
#1
Chapter 9: new reader!!^^in love with this fanfic berjam jam duduk depan laptop cari ff baru yg best jumpe jugak..akhirnyer... update soon...acik tu sape ek?
mpreggoland
#2
Chapter 9: Siapa acik tu? Hehe himchan sombong...well org encem mmg smbong...
ShiMatoki
#3
Chapter 9: Please update it!i'm sooo excited when read this fanfic!I really wanted to know what happen to them(all the character) after this...hahaha...papepon,citer ni best giler!!
put_up
#4
Chapter 9: haha XD Daebak la fanfics ni!
ShiMatoki
#5
Chapter 2: Bagus...nak tergelak bile bace exo jadi cikgu diorang..
bbibbisi #6
Chapter 7: BAGUSSS! KEPT UP!
JungKookBaby
#7
Chapter 8: haha best arrrr.teruskan update ^^
mpreggoland
#8
Chapter 8: oh Himchan ku~ *mengelamun*
akhirnya awk munculkan dia jugak! sy betul2 rindu dia ni...
update~ dia mmg hero sbb sggup disebat drpd lewat msk ke kelas...
izhzhrh #9
Chapter 8: ahhh!! bestnya cerita awk.. habiskan cerita ni cepat2, tak sabar nk baca lagii ^^