o2

Jom, Sekolah!

Gambar sekolah sape-sape ntah yang aku ambek dekat Google. kakaka


 

Hari ini sesi pembelajaran di SMK Tarappappa berjalan seperti biasa. Suasana sekolah hingar-bingar dengan suara pelajar yang entah bila boleh senyap.

 

Tapi kelas 5 Sains 1 berbeza!

 

Walaupun ada yang tidur, ada yang main kalkulator dan  ada yang main surat-surat kerana kebosanan, keadaan kelas masih terkawal.

 

Biasalah, kelas contoh. Lagipun pelajar tingkatan 5 kan nak ambil SPM.

 

“Cuba kamu tengok soalan tu. Ha, kalau Potassium Manganate react dengan Iron Sulfide apa dia punya half equation?,” cikgu Kris tanya.

 

Jea dah letak kepala atas meja. Dah tepu! Dah tepu! Saya tahu cikgu hensem tapi… Tolong la berhenti cikgu wehh~

 

Tapi Youngjae yang semedang aje dapat nombor satu dalam tingkatan tu angkat tangan. Seronok benar nak jawab.

 

‘Jawabla Youngjae, jawab semuanya. Boleh aku tidur!’

 

“Cikgu nak half equation untuk oxidation ke reduction?,” dia tanya.

 

Jea baru aje nak lelapkan mata bila tiba-tiba cikgu Suho ketuk pintu kelas dan panggil namanya. ‘Kacau…’

 

Dengan malas yang teramat malas, Jea bangun dari tempat duduknya dan ikut cikgu Suho, pak cik pengetua sekolah, ke luar kelas.

 

“Ada apa cikgu?”

 

“Zico datang sekolah tak hari ni?”

 

Jea dah mula bosan dengan benda yang pengetua nak cakap. ‘Buat masalah lagi la ni…’. “Datang cikgu, kenapa?”

 

“Dia tak masuk kelas pun? Dia tahu tak kalau dia teruskan memonteng, dia kena buang sekolah! Cikgu dah hantar surat warning yang ketiga dah!”

 

Jea tengok muka cikgu Suho tanpa riak. “Dah tu cikgu nak saya buat apa?”

 

“Sebagai ketua pengawas, dan naib ketua pelajar, kamu ada tanggungjawab kan?”

 

“Maka?”

 

“Cari dia, dan member dia yang memonteng sekali, dan pastikan mereka masuk kelas!”

 

Lepas tu senang hati aje cikgu Suho pemalas tu tinggalkan tanggungjawab kemudian chiaow macam tu aje. Cis! Ni yang aku malas ni! Asal Zico punya hal aje, aku. Asal Zico, aku.

 

 

 

 

“Aku nak beli rumah,” Kyung hulur duit pada P.O. Rumah bertukar tangan. Yang lain rasa tak sedap hati.

 

“Weh. Dah la tu! Kau dah ada hotel tiga kottt!” Zico marah. Melampau-lampau! Pokai la kalau terus macam ni!

 

Kyung sengih macam kerang busuk. “Suka hati aku laaa. Duit aku! Dah, cepat jalan!”

 

Belum sempat Yukwon mulakan langkah mereka sudah disergah.

 

“WOIH! Penat aku cari, korang boleh main Jutaria kat sini?!! Aku wrestling sorang-sorang karang!!!” Jea dah mula singsing lengan uniform.

 

“Weh, slow la sikit!,” Zico marah orang yang menyergah.

 

Tanpa mempedulikan ketua pengawas yang baru muncul, Yukwon ambil dia punya anak buah warna kuning dan meneruskan langkah. “Assa! Lapangan terbang. Aku nak beli!”

 

Tengok la tu, dengan ketua pengawas pun tak takut! Walaupun Jea tu perempuan, dia terrer la Taekwando segala bagai. Budak-budak memang tak mahu cari pasal dengan dia. Masalahnya, budak-budak YANG INI memang suka buat masalah…

 

“Balik kelas la wehh!,” Jea tinggikan suara dengan malas. Tapi giliran Minhyuk untuk baling dadu. Dan dia baling aje dadu macam Jea tak wujud dekat situ.

 

Jea dah becekak pinggang sambil gigit bibir bawah. Dia perhati sorang-sorang member budak bertujuh yang sedang enak duduk bersila dekat tangga makmal. Memang syok la lepak sini, tak ramai yang lalu sini pun. Tak pe Jea, tak pe. Attack yang senang attack dulu.

 

“P.O. Balik kelas!” dia hantar pandangan maut pada member junior yang tinggi dan bersuara garau tu. (Dia suka perasan suara dia husky. Tol~long la)

 

“Aku nak jaga bank la…”

 

“Pak cik. Buku kau siapa nak jaga?”

 

Taeil yang dah malas nak dengar Jea berleter campak duitnya ke lantai. “Weh Zico! Pergilah layan awek kau tu…”

 

Zico yang dari tadi pandang bawah aje, malas nak campur, angkat kepala. Dia tengok member yang lain, sebelum pandangannya beralih pada Jea yang dah angkat kening.

 

“Apehal pulak aku?”

 

“Kan dia awek kau”

 

“Bila masa dia jadi awek aku?”

 

 “Amboih! Dah tak mengaku awek!,” Jaehyo yang dari tadi duduk aje memerhati member yang lain main turut bersuara.

 

Jea dah mula geleng kepala dengar perbualan mereka yang dah semakin melalut. “Dah. Dah. Kalau tak nak balik kelas jugak, tak ada blueberry cheese tart hujung minggu ni”

 

Semua tujuh member serentak angkat kepala dari kertas Jutaria dan tengok sesama sendiri. Semua berfikiran yang sama.

 

Terus P.O kutip duit dari tangan member yang lain. Kyung tolong kutip dadu dan anak buah warna-warni. Taeil kutip kertas-kertas berkenaan yang lain yang berselerak merata-rata. Minhyuk dan Yukwon buat kerjasama (yang sangat tak perlu) untuk melipat kertas Jutaria.

 

Zico hanya meraup muka, sedih dengan kekalahan yang baru berlaku. “I can’t believe we lost to blueberry cheese tart”

 

Jaehyo tersengih tengok Zico. “Tak payah nak bajet speaking sangat laaa”

 

“Baby, lagi satu jam, please?” Zico dah buat gaya merayu pada Jea.

 

Jea tolak cermin matanya yang makin melurut jatuh ke belakang.

 

“Sekarang!”

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
woonicorn_syah
#1
Chapter 9: new reader!!^^in love with this fanfic berjam jam duduk depan laptop cari ff baru yg best jumpe jugak..akhirnyer... update soon...acik tu sape ek?
mpreggoland
#2
Chapter 9: Siapa acik tu? Hehe himchan sombong...well org encem mmg smbong...
ShiMatoki
#3
Chapter 9: Please update it!i'm sooo excited when read this fanfic!I really wanted to know what happen to them(all the character) after this...hahaha...papepon,citer ni best giler!!
put_up
#4
Chapter 9: haha XD Daebak la fanfics ni!
ShiMatoki
#5
Chapter 2: Bagus...nak tergelak bile bace exo jadi cikgu diorang..
bbibbisi #6
Chapter 7: BAGUSSS! KEPT UP!
JungKookBaby
#7
Chapter 8: haha best arrrr.teruskan update ^^
mpreggoland
#8
Chapter 8: oh Himchan ku~ *mengelamun*
akhirnya awk munculkan dia jugak! sy betul2 rindu dia ni...
update~ dia mmg hero sbb sggup disebat drpd lewat msk ke kelas...
izhzhrh #9
Chapter 8: ahhh!! bestnya cerita awk.. habiskan cerita ni cepat2, tak sabar nk baca lagii ^^