o3

Jom, Sekolah!

 

 

JEA (DENGAN MALASNYA) MEMPERKENALKAN DIRI

 

 

Hi. Aku Jea. Umur 17 tahun (SPM tahun ni T,T). Kelas 5 Sains 1. Bersekolah di SMK Tarappappa.

 

Maaf, lokasi sekolah aku perlu dirahsiakan, takut korang pon sibuk nak sama sekolah dengan aku. No offense.

 

Aku bukan tak suka korang. Aku cuma tak suka orang. Ya, aku tak suka orang. Walaupun aku orang. Ah, tak payah nak main bahasa sangatlah.

 

Aku mungkin tak cantik macam korang, (jap, korang cantik ke?), tapi aku pandai. Bukan nak kerek la, tapi aku memang pandai. Kalau bukan kerana kewujudan atuk Youngjae genius tu, aku mesti dapat nombor satu dalam tingkatan tiap-tiap tahun.

 

Jadi sekarang aku nombor 2. Taik kau, Youngjae (=.=).

 

Seperti yang dah pengetua Suho cakap, ya, aku ketua pengawas. Aku sendiri tak tahu kenapa aku dilantik. Padahal aku selalu aje ponteng tugas waktu jadi pengawas biasa dulu.

 

Aku dah kata dah, aku tak mahu jawatan tapi orang-orang besar ni degil… Mungkin sebab mak ayah aku ada share dalam sekolah ni. Tambahan pula (eceh, ‘tambahan pula’), mak memang orang kuat dalam PIBG sekolah. Jadi… faham-faham ajelah.

 

Wrecked system.

 

Apapun, since aku dah dilantik aku pun buat ajelah tugas aku dengan malasnya. Dan budak-budak pun dah mula takut dengan aku sebab aku pernah ‘TER’belasah gangster sekolah dekat tapak perhimpunan sebab dorang hisap rokok.

 

Udah le hisap rokok, pastu kantoi dengan aku, pastu ada hati nak kerek ngan aku. Apa, dorang ingat aku perempuan aku lembik? Dorang ni tak pernah nampak aku training Taekwando kat sekolah gamaknya…

 

Selepas hari bersejarah tu, iaitu 21 hari selepas hari perlantikan aku, satu sekolah takut nak cari pasal dengan aku. Padahal sebelum tu dorang tengok aku biasa aje…

 

Aku tak ada la loud, tak ada la nak marah-marah macam orang gila depan perhimpunan. Aku cakap lepak aje kalau pihak sekolah suruh aku bercakap masa perhimpunan tu, tapi bila aku naik pentas memang kelakar sebab semua pelajar akan diam.

 

Tapi oleh kerana itu, satu lagi beban berjaya pak cik Suho letak atas bahu aku. Memang aku gelak sakan bila dia suruh aku jadi naib ketua pelajar. But he was so damn serious. Aku SANGAT ‘berterima kasih’ padanya.

 

Oh! Ada satu masalah lagi. Meh aku bagitau sebab kenapa aku sangat tak sesuai jadi ketua pengawas. Selain sebab aku sangat tak berapa nak kisah fasal hidup orang lain, ada satu sebab lagi.

 

Sebab boyfriend aku.

 

Ya, aku ada boyfriend. Malangnya. Tak kesah la kan kalau aku ada boyfriend pun, tapi masalahnya boyfriend aku tu pembuat masalah dekat sekolah. Ponteng, vandalisme, gangsterisme.

 

Dan sebelum aku sibuk dengan segala tuntutan jawatan yang aku ada, aku selalu jugalah join boyfriend aku dalam segala aktiviti geng dia (walaupun aku pengawas sekolah).

 

Tak tak tak! Boyfriend aku punya geng tak hardcore macam dalam filem tu…! Cuma, yelah. Teenagers. Rebellious age. Cuma mereka suka buat masalah. Normaliti kebanyakan pelajar sekarang, aku tak tahu kenapa. Kurang kasih sayang, mungkin.

 

Aku rasa korang pun dah boleh teka boyfriend aku yang mana. Malas aku nak cerita lebih fasal pak cik tu.

 

Konklusinya, aku tak cantik tapi aku pandai (ini benar belaka). Aku pegang jawatan yang aku tak nak. Dan aku ada boyfriend yang suka buat masalah.

 

Azamku (padam) Harapanku pada tahun ini ialah untuk berjaya ambil SPM dengan tenang tanpa sebarang masalah besar dan memastikan boyfriend aku tu berjaya tamatkan sesi persekolahannya dengan aman. Err.. walaupun harapan yang kedua tu macam tak akan tercapai aje, aku akan cuba dengan sebaik mungkin.

 

5 bulan aje lagi sebelum SPM. Jea, berusahalah. Walaupun kau seorang yang pemalas.

 

Jadi, sampai sini aje perkenalan diri aku. Selebihnya, bacalah sendiri dalam cerita ni.

 

Babai.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
woonicorn_syah
#1
Chapter 9: new reader!!^^in love with this fanfic berjam jam duduk depan laptop cari ff baru yg best jumpe jugak..akhirnyer... update soon...acik tu sape ek?
mpreggoland
#2
Chapter 9: Siapa acik tu? Hehe himchan sombong...well org encem mmg smbong...
ShiMatoki
#3
Chapter 9: Please update it!i'm sooo excited when read this fanfic!I really wanted to know what happen to them(all the character) after this...hahaha...papepon,citer ni best giler!!
put_up
#4
Chapter 9: haha XD Daebak la fanfics ni!
ShiMatoki
#5
Chapter 2: Bagus...nak tergelak bile bace exo jadi cikgu diorang..
bbibbisi #6
Chapter 7: BAGUSSS! KEPT UP!
JungKookBaby
#7
Chapter 8: haha best arrrr.teruskan update ^^
mpreggoland
#8
Chapter 8: oh Himchan ku~ *mengelamun*
akhirnya awk munculkan dia jugak! sy betul2 rindu dia ni...
update~ dia mmg hero sbb sggup disebat drpd lewat msk ke kelas...
izhzhrh #9
Chapter 8: ahhh!! bestnya cerita awk.. habiskan cerita ni cepat2, tak sabar nk baca lagii ^^