o5

Jom, Sekolah!

 

 

“Nah! Hadiah sebab berjaya tak ponteng kelas dan sekolah selama seminggu,” Jea letak Blueberry Cheese Tart atas meja. Sekejap aje semua dah berkumpul di ruang tamu mengelilingi meja tersebut.

 

Kecuali Taeil dan P.O yang masih leka lawan bola guna PS3.

 

“Yeyeh! BCT!,” Yukwon dah menari-nari goyang-goyang dekat ruang tamu tu.

 

“BCT?” Jaehyo tanya dalam kekeliruan.

 

“Blueberry Cheese Tart…”

 

“Hek ellehhh~”

 

Budak-budak tu tanpa lengah lagi mula mencapai manisan yang terhidang, tapi kemudiannya cepat-cepat menarik  semula tangan mereka. “Oh mak kau panas!,” Jaehyo melatah.

 

Zico geleng kepala dari atas sofa tengok gelagat masing-masing yang duduk di bawah. “Tak sabor-sabor!” Dia kemudian tarik tukang pastri yang berdiri supaya duduk sama atas sofa dalam pelukannya. Dagunya diletak atas bahu Jea. “Thank you~”

 

Hujung minggu kebiasaannya memang macam ni. Lepak rumah Zico sekali dengan member-member lain. Kadang-kadang Te-ah ikut. Te-ah masih tak biasa Jea berkawan dengan mereka.

 

Walaupun dah nak masuk tiga tahun Zico dan Jea couple.

 

Jea tak marah Te-ah… Semua orang pun pelik bila mereka dapat tahu tentang dia dan Zico. Dan rekod yang Zico ada langsung tak membantu untuk buat orang rasa tak pelik. Semua kenal Zico dan kawan-kawannya sebagai kaki ponteng dan vandalisme.

 

Apa boleh buat. Terima ajelah apa orang nak kata. She don’t give a damn.

 

“Z… Nak tanya…” Jea ambil satu BCT bila dia tengok yang lain dah mula makan.

 

“Hmm?” Jea bahagi dua dan bagi separuh pada orang di belakangnya. Tapi orang yang bersandar atas bahunya hanya menganga minta disuap.

 

“Haritu spot check, kan?,” dia mulakan soalan sambil menyuap orang di belakang.

 

“Emm..”

 

“Mana dapat rokok?”

 

Zico serta-merta melepaskan pelukannya sambil terbatuk-batuk. Ha, tersedak ke bang?

 

Kyung hulur secawan air pada Zico sambil matanya bertanya pada Jea dari mana dia dapat tahu. Jea hanya perlu angkat bahu untuk Kyung ingat semula yang Jea adalah ketua pengawas.

 

Minhyuk geleng kepala mengenangkan nasib kawannya. “Too bad, awek kau orang kuat sekolah, Zico…” Minhyuk ambil satu lagi tart untuk disuap.

 

“Tinggal empattt~” Yukwon bagi amaran pada pasangan yang sedang seronok sangat lawan bola.

 

“P.O. Pause!” Taeil menjerit sebelum kedua-duanya cepat ke meja.

 

Tumpuan balik pada Zico yang sedang mengurut dada. Jea tukar posisi dan ambil tempat sebelah Zico supaya dia boleh tengok Zico betul-betul.

 

“It’s not mine” jelas Zico bagitahu.

 

“Saya tahu la bukan awak punya. Sebab tu saya tanya, dari mana dapat…”

 

“….. Ampun, but I can’t tell you”

 

Mata Jea menunjukkan keraguan. Pandangannya dialihkan tajam pada member yang lain. “Bukan kitorang punya!,” cepat mereka mempertahankan diri dengan serentak.

 

“Dah tu siapa punya??? Cepat bagitahu!”

 

“Zico sorang aje yang tahu. Dan dia tak mahu bagitahu. So that’s it. Kenapa? Pihak sekolah nak buat tindakan ke?”

 

“Bukan dia dah kena denda ke?”

 

Mata Jea membesar. Tak tahu pun pasal ni! “Dia dah kena denda? Denda apa?” Mesti bukan denda biasa-biasa. Ini melibatkan rokok.

 

“Tak ada benda la… Biasa la denda…” Zico cuba menenangkan situasi.

 

“Dia kena..”

 

“KYUNG! Baik kau senyap! Tak payah la semua benda nak cerita kat dia! Awek aku ni!,” belum sempat Kyung habiskan ayat  Zico dah pintas dengan nada amaran. Ini menaikkan semangat ingin tahu! Jea buat isyarat kening untuk cuba tanya member lain.

 

Tapi Zico sudah terlebih dahulu menutup pandangannya. “Awak tak payah tahu!”

 

“Mana aci! Semua orang tahu, saya tak tahu!”

 

“Zico kena sebat dekat punggung” Taeil membocorkan, malas nak tengok pergaduhan yang ntahpape tu.

 

Tanpa segan silu ketawa Jea pecah saat itu juga. Zico yang rasa terhina dengan reaksi Jea pantas membaling bantal kecil ke arah Taeil.

 

“For real? Haha Berapa kali? Sakit? Meh bukak seluar bagi saya tengok,” sungguh-sungguh Jea capai seluar Zico, buat Zico terkejut dengan perlakuannya yang tiba-tiba. “Woih! Lepak ah der!”

 

“Ok ok… Haha Suka hatilah kalau nak berahsia sangat” Jea dah berjaya kawal diri dari terus ketawa. Mode kembali serius bila dia bagi ucapan amaran.

 

“Ingat, jangan sentuh pun rokok, dadah dan arak. Aku nak semua, aku ulang, SEMUA, lulus SPM dan tamatkan sekolah dengan cara baik. Z.. dengar? Awak tu dah la sipi-sipi aje nak kena buang sekolah. Yang lain, tolong jaga budak ni eh..”

 

“Yes, ma’am”

 

“Cakap pasal lulus SPM… Tinggal lagi tak sampai 5 bulan. Bila korang nak start belajar?”

 

Serta-merta semuanya mengalih pandangan pada pinggan manisan yang dah kosong. “Siapa habiskannnnn!!!!!,” Zico menjerit. Taeil dan P.O. masing-masing menuding jari ke arah satu sama lain. Muka innocent.

 

“Wehhh… Aku baru makan separuh kottt! Satu pun tak sampai!”

 

 

AUTHOR MENGUNGKIT KISAH LAMA

Dulu masa aku belajar dekat UM XXX, tiap-tiap hari akan lalu kedai Abang Baker. Yang tak tahannya adalah, bau yang datang dari situ. Selalu aje menggoda aku. Blueberry Cheese Tart Abang Baker tu sedap giler... 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
woonicorn_syah
#1
Chapter 9: new reader!!^^in love with this fanfic berjam jam duduk depan laptop cari ff baru yg best jumpe jugak..akhirnyer... update soon...acik tu sape ek?
mpreggoland
#2
Chapter 9: Siapa acik tu? Hehe himchan sombong...well org encem mmg smbong...
ShiMatoki
#3
Chapter 9: Please update it!i'm sooo excited when read this fanfic!I really wanted to know what happen to them(all the character) after this...hahaha...papepon,citer ni best giler!!
put_up
#4
Chapter 9: haha XD Daebak la fanfics ni!
ShiMatoki
#5
Chapter 2: Bagus...nak tergelak bile bace exo jadi cikgu diorang..
bbibbisi #6
Chapter 7: BAGUSSS! KEPT UP!
JungKookBaby
#7
Chapter 8: haha best arrrr.teruskan update ^^
mpreggoland
#8
Chapter 8: oh Himchan ku~ *mengelamun*
akhirnya awk munculkan dia jugak! sy betul2 rindu dia ni...
update~ dia mmg hero sbb sggup disebat drpd lewat msk ke kelas...
izhzhrh #9
Chapter 8: ahhh!! bestnya cerita awk.. habiskan cerita ni cepat2, tak sabar nk baca lagii ^^