o9

Jom, Sekolah!

 

Ha. Nah hambek neh! 

 

Untuk Baby!

 

Hari pertama di sekolah baru dah berakhir dengan berbunyi nya loceng jam 1.10 tengah hari tadi. Kejap, 1.10 tu dah masuk petang ke, atau masih tengah hari lagi? Apa-apa ajelah.

 

Pokoknya hari ini tanpa terkecuali, cuaca panas terik dek kerana pemanasan global yang semakin kritikal.

 

Tekak tiba-tiba rasa macam nak minum Cool Blog. Ahh… Ada ke Cool Blog kat sini? Dekat rumah lama dia tahu la nak cari dekat mana. Tempat baru ni dia belum sempat chekedout lagi.

 

Himchan melangkah dengan swag-nya ke luar sekolah dan tiba-tiba… Ini sirius, tiba-tiba… ada minah rambut pendek kecik-comel-molek datang sergah depan dia. Ni nak kena buat-buat terkejut ke ni? “Aaa~” Himchan buat-buat menjerit perlahan-lahan.

 

“Himchan, kan?” gadis itu tanya sambil kedip-kedip mata.

 

Aduh mak ai. Baru hari pertama, sayang. Lepak-lepak dulu, bagi dia usha awek dulu kut ye nak masuk line pun… Himchan tahu dia punya rupa boleh buat Juliet lupakan Romeo, Intan Marliana lupakan Jeffri, dan Hyde lupakan Jekyll. Dia tahu dia hensem. Dia tahu. Tak payah bagitahu.

 

Dari sekolah lama lagi sudah jenuh dia reject awek cun. Nak buat macam mana, awek cun bukan taste dia.

 

Himchan tengok gadis di hadapannya dengan muka bosan. “Nak apa?”

 

“Saya Te-ah”

 

Himchan dah mula jalan dulu, malas nak dengar mak cik membebel. Te-ah tanpa segan silu turut jalan bersaing dengan lelaki itu. “Tadi saya nampak awak kena rotan, kaki awak okey?”

 

Himchan tengok kaki dia sambil buat muka selamba. “Okey je…”

 

“Tak sakit?”

 

Geleng kepala. “Kena rasa sakit ke?”

 

“Gillak la hebat! Sebatan cikgu Kai, awak boleh kata tak sakit… Mesti kulit awak tebal kan?”

 

Huh? Kulit tebal? Kaitan?

 

“Okey lah, kalau awak tak sakit tak apa lah. Apa pun, awak hebat!” dia naikkan ibu jari. Kemudian, “Saya terbang dulu!” dia lambai-lambai dengan comel.

 

Terbang? Kejap, apa  benda minah ni?

 

Dan Te-ah pun berlari sambil mendepang-depangkan tangannya mengejar sekumpulan pelajar lelaki di hadapan. Tapi bila diperhati semula, bukan lelaki yang dikejar, tetapi seorang gadis yang berada di tengah-tengah kumpulan lelaki tersebut.

 

Dahi Himchan bertambah bilangan kerutannya bila dia nampak Te-ah tiba-tiba mencium pipi gadis tersebut. Dan bertambah-tambah lagi kerutannya bila dia dapati gadis yang dicium itu… rakan sekelas barunya.

 

Himchan menoleh ke belakang memandang bangunan megah sekolah barunya.

 

Ini… sekolah apa?

 

 

 

 

“INI SEKOLAH MENENGAH TARAPPAPPA, NEK!!” yang lain dah pegang perut tahan ketawa bila dengar Yukwon sudah menjerit cuba menjawab soalan nenek yang tak berapa nak dengar telinganya tu.

 

“Apa dia, nak? Ini sekolah apa, namanya?” tanya nenek itu buat kali ke lima.

 

Tika itu juga meledak ketawa lapan kepala yang lain.  Adoyai, masuk kali ini sudah 5 kali nenek tu tanya soalan yang sama. Yukwon tanpa tahu erti penat dan lelah dengan sabar mengulang jawapan yang sama.

 

Cuma nada suara naik seoktaf setaip kali dia jawab.

 

Yukwon dah geleng kepala. Dia berundur tanda mengalah, akhirnya. Dia pas pada yang lain. “Aku dah tak sanggup!”

 

Taeil masih lagi ketawa bila dia ke hadapan sambil mengeluarkan sesuatu dari begnya. Buku sekolah. Dia tunjuk pada tulisan yang tercatat nama sekolah mereka. “TA.RAP.PAP.PA” Bersungguh-sungguh nenek itu mengecilkan mata cuba membaca.

 

“Ohhhhh~ Betullah. Betullah” Yukwon pandang pelik pada nenek itu. Elok pula mata dia, boleh membaca… Haila buat penat aje dia terjerit-jerit tadi…

 

“Inilah sekolahnya! Inilah sekolahnya!”

 

“Ha?”

 

“Dulu acik sekolah sini…” yang lain dah saling berpandangan.

 

Satu, nenek tu gelar dirinya ‘acik’. Acik? Seriously, nek? Seriously?

 

Dua, ‘acik’ pernah bersekolah di situ dulu? Biaq benar!

 

Secara teragak-agak Te-ah memberitahu, “Acik, sekolah ni baru aje bina 10 tahun lepas… Acik masuk tahun bila?”

 

Tapi sudah tentu, acik buat tak tahu aje. Kurang mendengar, gamaknya. Acik kemudian terus berjalan sambil mengamati bangunan yang tersergam di hadapannya.

 

Te-ah pandang Jea, boyfriend Jea dan kawan-kawannya. Kemudian dia angkat bahu.

 

“Jom. Kita hanya mampu berdoa untuk acik supaya dia kembali ke pangkal jalan”

 

Yang lain semua sudah pusing ke hadapan untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah yang terganggu dengan iklan sebentar tadi. Kecuali Jea. Mata dia terus mengekori nenek itu dari belakang. Sehinggalah nenek itu berhenti pada seorang pelajar.

 

Senyuman ditarik ke pipi. Acik dah jumpa mangsa barunya… Selamat maju jayalah, Himchan!

 

“Jea!!,” kepala Jea menoleh semula kepada Zico yang sudah memanggilnya di hadapan. Selepas melihat acik buat kali terakhir, Jea berlari anak menuju kepada pakwe nye tu.

 

“Kejappp!!”

 

 

ACIIIKKKK~!

 

 

 

APA DIA????!!!!!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
woonicorn_syah
#1
Chapter 9: new reader!!^^in love with this fanfic berjam jam duduk depan laptop cari ff baru yg best jumpe jugak..akhirnyer... update soon...acik tu sape ek?
mpreggoland
#2
Chapter 9: Siapa acik tu? Hehe himchan sombong...well org encem mmg smbong...
ShiMatoki
#3
Chapter 9: Please update it!i'm sooo excited when read this fanfic!I really wanted to know what happen to them(all the character) after this...hahaha...papepon,citer ni best giler!!
put_up
#4
Chapter 9: haha XD Daebak la fanfics ni!
ShiMatoki
#5
Chapter 2: Bagus...nak tergelak bile bace exo jadi cikgu diorang..
bbibbisi #6
Chapter 7: BAGUSSS! KEPT UP!
JungKookBaby
#7
Chapter 8: haha best arrrr.teruskan update ^^
mpreggoland
#8
Chapter 8: oh Himchan ku~ *mengelamun*
akhirnya awk munculkan dia jugak! sy betul2 rindu dia ni...
update~ dia mmg hero sbb sggup disebat drpd lewat msk ke kelas...
izhzhrh #9
Chapter 8: ahhh!! bestnya cerita awk.. habiskan cerita ni cepat2, tak sabar nk baca lagii ^^