Hari Valentine III

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter


“Kau bagi benda ni je?” Soal Chanyeol dengan muka berlagak, jari memegang bungkusan coklat bagai memegang benda jijik. Tanpa mengetuk pintu, dia melangkah masuk ke dalam bilik Chorong untuk melihat Luhan ada bersama. Makin berapi hati Chanyeol.

 

Mereka berdua dalam posisi yang sangat intim bagi Chanyeol meskipun pada dasarnya Chorong dan Luhan cuma lah duduk bersebelahan disebabkan Luhan sedang menunjukkan sesuatu pada iPad miliknya kepada Chorong. Hayoung juga berada di situ tapi dia duduk di celah-celah Chorong dan Luhan, memisahkan mereka berdua dengan kepala yang terjojol di depan skrin tablet. Ini kerana hanya Hayoung seorang sahaja yang memilih untuk duduk bersila di atas karpet sedangkan Chorong dan Luhan melabuhkan punggung di atas sofa empuk.

 

Pada masa yang sama, Chorong mendongak lalu mencerunkan mata. Dia sangat kenal dengan bungkusan tersebut. Memang dia kenal pun sebab coklat itu adalah hadiahnya kepada semua ahli AHSC tanpa mengira pangkat, jantina dan hubungan.

 

“So?” Chorong mula naik angin. Tak patut betul Chanyeol pegang hadiah berharga itu macam sampah yang jijik. Luhan di sebelah meletakkan tablet di atas meja kopi sementara mata Hayoung terkebil-kebil melihat Chanyeol alih-alih menyerbu masuk. Mentang-mentanglah pintu bilik ofis Chorong terbuka luas.

 

Chanyeol mula merasakan kemenangan berpihak kepadanya saat melihat wajah Chorong mulai merah menahan berang. Gadis itu nampak comel pula apabila marah.

 

“You should give me more special present than this cheap chocolate!” Ujar Chanyeol tapi mata sempat melirik kepada Luhan yang hanya menggeleng kepala. Sengaja dia mahu melihat reaksi Luhan.

 

Pantas Chorong berdiri, tidak mengira perhatian Luhan dan Hayoung kepada mereka berdua. Kemudian dia membentak, kaki melangkah laju ke arah Chanyeol yang berdiri memeluk tubuh di tengah-tengah bilik. “Aku dah bagi tu tolonglah bersyukur!”

 

“Setakat coklat macam ni je?” Chanyeol tidak menafikan yang Chorong memang benar-benar marah. Tak pernah sekalipun gadis itu menjegilkan matanya sehingga nampak kapilari saluran darah pada bebola matanya. Memang menyeramkan. Tapi ‘cute.’

 

“Kalau kau tak nak, bak sini!” Chorong cuba mencapai coklat itu tapi dihalang oleh tangan Chanyeol. Dia mula mengepal-ngepal penumbuk di sisi setelah Chanyeol dengan kening terangkat dan senyum sinis seumpama mengkeji dirinya.

 

“Kau ikhlas ke tak ni?”

 

Dalam hati, Chorong mula bersumpah seranah. Chanyeol ini sudah macam Belanda minta tanah gamaknya. Chorong tahu lelaki ini memang cuba mempermainkan dia. Dia takkan sesekali mengalah. “Kalau aku tak ikhlas aku tak kan bagi. Now, give me back since you didn’t want it.”

 

Bibir Chanyeol mengukir senyum herot. Ego Chorong yang tinggi memang sukar untuk diruntuhkan. Sama lah seperti tembok keegoan nya sendiri. “Siapa cakap aku tak nak coklat ni? Aku cuma mempersoalkan kenapa aku tak dapat hadiah yang lebih special.”

 

Chorong menggigit bibir. Nafasnya turun naik. Penumbuk memang telah bersedia untuk dilancarkan. Menanti masa sahaja menghentam target. Chanyeol memang nak kena! 

 

Pada masa yang sama, Hayoung dan Luhan bergegas mendapatkannya. Saat Hayoung hendak memegang bahu Chorong untuk menenangkannya, Chorong terlebih dahulu menendang kelangkang Chanyeol. Chanyeol pun menjerit kesakitan lalu terjelepok ke lantai. Berguling-guling dia menahan ngilu di bahagian sensitif itu. Hayoung dan Luhan hanya melihat Chanyeol dengan muka kaget bercampur kasihan.

 

“Get Out!!!”

 

Terpaksalah Hayoung dan Luhan memapah Chanyeol keluar daripada bilik Chorong. Mereka mendudukkan jejaka tinggi lampai itu pada kerusi dalam kubikel milik nya. Mujurlah kubikel Chanyeol hanya di depan pintu bilik Chorong. 


 

“Bapak ah, sakit macam nak mati!” Gerutu Chanyeol. Tangan meletakkan bungkusan coklat tadi di atas meja.


 

“Padan muka kau. Sengaja cari pasal dengan Chorong.” Ejek Hayoung yang duduk pada kerusi Kai. Kai tidak berada di kubikel mereka. Entah ke mana pula dia.


 

“Aku faham rasa sakit yang kau alami tu. Aku pernah kena masa aku main bola. Peh!” Luhan buat-buat simpati. “Tapi memang padan muka kau!”

 

“Tak guna kau.” Ucap Chanyeol tapi dia tidak melakukan apa-apa. Sebaliknya hanya memandang Luhan yang bersandar pada dinding kubikel. “Chorong betul-betul marah nampaknya. Habislah aku.”

 

“Yang kau pergi cari pasal dengan dia tu kenapa?” Soal Luhan. Dia menyepak kaki panjang Chanyeol. 

 

“Aku saja je nak kacau dia. Mana tahu dia marah gila.”

 

“Haih...” Keluhan ringan terlepas daripada Hayoung. Luhan dan Chanyeol serentak memandangnya. “Korang ni memang tak tau apa-apa.”

 

“Eh?” Luhan menunjuk pada diri sendiri. “Termasuk aku?”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??