Siasat!: The Innocent Stealer II

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

"Aku dah buat rayuan semula kepada pengetua untuk kita siasat sendiri kes ni." Maklum Suho cuba berlagak tenang walaupun sebenarnya dia sedang resah gelisah dengan kejadian yang menimpa anak buah sendiri. Bukan kecil kes yang Kai terlibat. Apatah lagi kes kecurian seperti ini. Silap-silap boleh masuk penjara. Namun begitu, Suho tetap dapat menarik nafas lega. Mujurlah pengetua tidak mahu membawakan kes ini kepada pihak polis. Kalau tidak, entah apa akan jadi dengan masa depan Kai nanti.

 

"Apa kata pengetua?" Chanyeol bertanya, ingin mengetahui reaksi pengetua terhadap permintaan Suho selaku presiden Persatuan Pelajar Aster High. Pasti tebal muka Suho ketika dia buat rayuan untuk siasat semula kes.

 

"Dia nak unit siasatan kita yang lakukan siasatan. Dia dah tengok rekod kes yang kita kendalikan sebelum ni. Dia cukup percayakan unit ni untuk lakukan siasatan lagi." Balas Suho yakin.

 

Ketawa Chorong tertahan. Mana taknya, unit siasatan kendaliannya selama ini cuma mengendalikan beberapa kes low-profile seperti cari barang hilang, bantu pelajar dan guru. Dalam tahun ini sahaja kes yang berjaya diselesaikan boleh dikira menggunakan jari. Kini, alih-alih saja pengetua boleh beri kes besar macam ni. Mampukah mereka melakukannya?

 

Apa pun, Chorong takkan lepaskan peluang keemasan ini. Hanya inilah masanya untuk dia cari evidens untuk membuktikan Kai tak bersalah. Kai yang menjadi pujaan hati.

 

Suho menyambung kata-katanya, "Kai takkan digantung sehingga dia dibuktikan bersalah. Buat masa ni dia akan datang sekolah macam biasa tapi dia tak boleh sertai aktiviti Persatuan Pelajar. Dia kena lakukan community service bersama kelab kaunseling sehingga dia dibuktikan tak bersalah."

 

"Apa?" Sampuk Chanyeol tak percaya. Sudahlah Kai tidak diizinkan bertugas bersama Persatuan Pelajar, diberi pula kerja untuk kelab kaunseling. Bukannya Chanyeol tak tahu, program khidmat masyarakat itu merupakan salah satu aktiviti atau hukuman bagi budak-budak degil yang langgar peraturan sekolah. Setiap petang mereka akan diberikan pelbagai tugas sama ada kutip sampah atau cuci tandas. Rasanya belum pernah lagi dia dengar ahli Persatuan Pelajar yang buat begitu.

 

Kemudian, terlintas di ingatan bahawa ada seseorang yang pernah didenda sebegitu. Chorong. Chanyeol tersengih mengingatinya. Matanya sengaja melirik nakal ke arah Chorong di sebelah.

 

"I trust you guys." Kata Suho. Sebuah senyuman dilemparkan sebelum dia melangkah keluar daripada bilik mesyuarat. Meninggalkan seisi unit siasatan dengan tanggungjawab yang berat.

 

Selepas Suho beredar, Chanyeol memandang Chorong. Serius mukanya. “Dia tak suruh kita berambus pun.”

 

Air muka Chorong nampak macam meluat dengan Chanyeol. “Diamlah, Chanyeol.”

 

Suho tak suruh berambus sebab dalam bilik mesyuarat itu cuma ada tiga orang sahaja termasuk dirinya.

 

                                                                                  

 

Kalau hendak dianggarkan, sudah hampir 24 kali video CCTV itu diulang tayang. Walaupun retina telah penat menahan silau monitor, dia tidak boleh putus asa selagi dia tidak mendapat petunjuk jelas. Sambil keluhan lemah terlepas, dia meneliti semula coretan pada buku nota kecil.

 

Perbezaan Suspek dgn Kai <3

1. Warna kulit.

2. Warna rambut.

3. Ketinggian?

 

Namun begitu, klu yang dia temui terlalu lemah. Kalau dibuat bukti, boleh dipersoalkan semula oleh si suspek. Oleh itu, dia perlukan bukti kukuh demi membuktikan Kai tidak bersalah sama sekali.

 

Sekali lagi Chorong mendengus. Dicampak buku nota itu ke atas meja. Kedua-dua tangan diregangkan ke udara, meleraikan segala urat-belirat yang terasa kaku. Setelah tangannya sudah tidak rasa lenguh-lenguh, barulah Chorong rasa macam boleh bernafas sikit. Sekurang-kurangnya tidak rasa terlalu terbeban.

 

Seketika kemudian, terdengar ketukan di pintu sebelum Chanyeol melangkah masuk. Rajin pula dia membawakan makanan untuk Chorong. Ada plastik ‘take-away’ dari restoran berhampiran di tangan kanan sementara tangan kiri menggenggam sebotol air soda.

 

“Kau terlepas lunch. Ni aku bawakan makanan untuk kau.” Umum Chanyeol sebaik sahaja dia meletakkan makanan yang di bawa ke atas meja kopi. Dia melabuhkan pinggul ke sofa, tanpa mengajak Chorong, dia terlebih dahulu menghidangkan makanan. Seketul nuget ayam telah selamat berada di dalam mulutnya.

 

“Amboi, tak ajak aku pun.” Kata Chorong, menuju kepada Chanyeol. Chanyeol jelir lidah tanda mengejek. Selepas Chorong duduk bertentangan, barulah dia hidangkan sekeping piza untuk Chorong. Chorong menjeling sebab perangai Chanyeol saling tak ubah macam kanak-kanak yang kebuluran. Etika makan dan meja makan semuanya dilupakan. Nasib baiklah dia makan dengan Chorong. Gadis itu tidak kisah sangat dengan perkara remeh seperti itu. Lainlah kalau Chanyeol buat begitu depan Suho dan Kyungsoo. Dah lama kena bebel.

 

“Dah berjam-jam kau tengok video tu. Ada apa-apa progress?” Soal Chanyeol. Sekeping piza ‘Hawaiian Chicken’ dibawa ke mulut. Punyalah khusyuk perhatikan monitor sampai makan tengah hari pun terlepas.

 

“Tak banyak. Cuma dapat sedikit klu je.” Beritahu Chorong. Dia juga turut melakukan aksi sama selepas bau savori piza itu dihidu bagi menambah selera. Serius hilang selera lepas lihat video yang sama berulang-ulang kali. Jemu dan bosan. Dapat makan memang membahagiakan hati.

 

“Oh... Baguslah.” Kepala Chanyeol terangguk-angguk. “Tadi pun Luhan dan Bomi dah jumpa Jonghyun. Correction. Luhan saja yang jumpa. Bomi tarik diri sebab sakit perut. Dia masih kat dalam toilet sekarang ni.”

 

Chorong angkat kening sebelah. Ni mesti sebab Bomi curi makan roti dalam laci kubikel Namjoo. Kadang-kadang Namjoo sengaja letak roti yang dah tamat tempoh dalam laci itu. Kasihan Bomi. Lepas ni sajalah dia pergi melawat Bomi di tandas. “Diorang je? Kau dengan Hayoung?”

 

Chanyeol buat muka megah. “Udah beres, bos!”

 

“Info?” Tanya Chorong lagi. Sehelai tisu diambil daripada dalam plastik lalu Chanyeol lapkan tangannya yang berminyak. Kemudian, dia seluk poket seluar untuk mengeluarkan sebuah buku nota kecil berwarna hitam. Usai menyemak semula isi kandungan nota yang ditulisnya, dia serahkan buku itu kepada Chorong.

 

“Semua info yang kau perlukan, ada dalam tu.” Kata Chanyeol yakin. Tangan mencapai kepingan piza yang kedua lalu disuap ke mulut.

 

Buku itu Chorong ambil tapi tak terus di baca. Sebaliknya dia hanya letak sahaja di sisi. Chanyeol kelihatan hampa kerana dia ingatkan Chorong hendak terus membacanya. Membazir saja dia buat-buat macho sebentar tadi.

 

“Aku ingatkan kau nak baca sekarang?”

 

“Waktu makan, Chanyeol.” Balas Chorong bersahaja. Bibir yang berminyak dijilat. “Isi perut dulu.”

 

Biarpun Chorong sedang cuba berlagak tenang, di dalam hati sebetulnya amat gundah gulana. Tak sabar sebenarnya hendak baca maklumat yang telah dikumpulkan.

 

Mereka berdua makan dalam suasana selesa. Chorong sudah masuk kepingan piza ketiga sementara Chanyeol hendak mula makan kepingan piza yang keempat apabila Chanyeol menggamit perhatiannya.

 

“Eh, aku ingat nak tindik telingalah. Kau rasa okey tak? Nampak lebih handsome tak kalau aku pakai subang?” Chanyeol minta pendapat. Sebelah tangan meraba-raba cuping telinga, membayangkan sepasang subang berbentuk tengkorak tertindik di situ.

 

Chorong memandangnya secara bersahaja. “Kau? Kenapa? Nak pikat siapa?”

 

Kelihatan hujung telinga Chanyeol memerah tapi Chorong tak perasan. Anak mata mengelak daripada memandang Chorong. “Tak pikat sesiapa pun. Saja nak ubah imej.”

 

Bibir Chorong mula membentuk senyum nakal. Tangannya dilambaikan. “Chanyeol, sini kejap.”

 

Mula-mula Chanyeol kelihatan tidak pasti tapi dia akur lalu mendekatkan tubuhnya. Terpaksa berdiri sedikit sebab nak elak daripada terlanggar bucu meja. “Apa?”

 

“Aku nak bisik sesuatu.”

 

Chanyeol tampak terkedu. Dia perlahan-lahan mendekatkan telinganya tapi tiba-tiba telinganya dicubit. Mengerang kesakitan dia dibuatnya. Sakitnya bukan kepalang.

 

“Adoi! Kenapa kau tarik telinga aku?!” Spontan Chanyeol terduduk selepas telinganya dilepaskan.

 

“Mengada-ngada pulak nak tukar imej. Kan dah dapat sebiji.” Omel Chorong sejurus dia gigit kepingan piza yang masih bersisa. Pelik pula dia bayangkan Chanyeol bertindik di telinga. Tak sesuai.

 

“Luhan boleh pulak! Xiumin, Chen, Kris, Lay, Tao, semuanya telinga bertindik. Kris dengan Tao tu sampai tak cukup satu! Kenapa pulak aku tak boleh?!” Bangkang Chanyeol meninggikan suara. Panas hati.

 

Setelah mengeluh dek malas hendak beranta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??