Why Not?

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter
 Sebagai seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan Pelajar Aster High, Suho bersikap serius dalam menjalankan tugasnya. Seboleh-bolehnya dia mahu menjadi seorang ketua yang komited, bertanggungjawab dan amanah. Kadangkala disebabkan terlalu banyak perkara dan tugas yang perlu diselesaikan, dia sampai lupa untuk menguruskan diri sendiri.     Seringkali juga Luhan yang merupakan pembantunya menasihatinya agar menjaga diri dan tidak mengabaikan kesihatan dirinya. Ini kerana, dia kerap tertidur di dalam bilik pejabatnya sehingga Luhan jadi bosan akibat kerapkali terpaksa mengejutkannya.     Pernah juga Suho hadir ke sekolah dalam keadaan demam panas kerana perlu menghadiri satu mesyuarat penting. Akhirnya dia jatuh pengsan sebelum mesyuarat dimulakan dan mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga Suho sembuh. Lebih malang lagi, Suho terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Xiumin yang merawatnya. Tapi, dia rasa terharu apabila semua ahli persatuan pelajar melawatnya di hospital. Ya, di hospital. Kata Chorong, hanya itu saja cara untuk Suho dapat berehat sepenuhnya kerana menurut Luhan, Suho memang pantang kalau kerjanya masih belum disiapkan. Jadi untuk menghalang Suho daripada terus membuat kerja, hospital lah tempat yang sesuai untuk dia berehat.      Jika Suho terlepas waktu makan ketika di kelas dan tidak sempat untuk ke kafe bagi menjamah makan tengah hari ketika di pejabat, Luhan dengan baik hatinya (Suho tahu kadang-kadang Luhan hanya hendak membodek) akan membawakan makanan yang berkhasiat untuknya. Suho tahu di sebalik perangai Luhan yang gila itu, dia sebenarnya seorang yang prihatin.                                                                                                              Suho masih ingat lagi pada hari dia hadir ke sekolah selepas dua hari dia di hospital. Ketika itu dia sedang menyiapkan kertas kerja sebelum tiba-tiba Luhan meluru masuk ke dalam pejabatnya dengan memakai topeng Iron Man. Di tangannya terdapat sebuah kotak makanan dan flask minuman.       "Untuk aku?" Suho mengangkat muka dengan wajah yang ceria. Dia langsung tidak hairan dengan Luhan yang hendak menjadi Iron Man kerana dia sudah terbiasa melayan kerenah pembantu itu. "Wah! Terharunya!"       "Tak payah nak terharu sangatlah. Orang sakit macam kau kena makan ubat. Aku Iron Man, tak kan jatuh sakit macam kau dan tak perlu makan ubat yang pahit belaka tu."       Suho memuncungkan bibir. Sempat lagi Luhan mengejek dirinya yang baru sahaja sembuh. Apabila menyedari Suho seakan merajuk, Luhan meletakkan kotak makanan dan flask minuman itu di atas meja dengan wajah simpati.     "Lay buatkan teh herba khas dari China. Nasi goreng ni Bomi yang buatkan."     "Terima kasih." Suho senyum semula. Sayang juga ahli persatuan pelajar kepadanya.     "Kau patut utamakan kesihatan kau dulu sebelum perkara lain. Chorong dengan Chanyeol kan boleh tolong kau. Tengok keadaan kau. Teruk giler." leter Luhan lalu melabuhkan punggung di kerusi yang menghadap Suho.     "Well, happens. They occur unexpectedly."     Luhan mengerling sebelum mengejek,"Yeah,yeah. You look like a fresh godzilla poop coming out from his butthole. You ."     "Godzilla does not exist. And at least its still fresh. The ."      Suho menghirup teh suam itu dengan perlahan-lahan. Aroma herba jasmin yang dihidu sangat menenangkan. Dia juga sempat melihat wajah Luhan yang mencebik selepas dia membuka topeng Iron Man nya.                                                            Walaupun begitu, Suho sebenarnya rindu. Dia rindu untuk bergurau senda, bermain-main dan membuat bising. Semenjak dia berada di posisi presiden, dia mengingatkan dirinya supaya menjaga kelakuan dan mengawal diri. Dia mengingatkan diri bahawa dia merupakan contoh kepada pelajar lain. Oleh itu, dia perlu menjadi seorang yang matang dan berdisiplin.     "Hari ni ada mesyuarat fasal pertandingan bakat sekolah. Start pukul 2" sebut Luhan yang membacakan tulisan cakar ayam Kris.      Pagi tadi dia menyuruh Kris untuk menulis agenda itu di dalam buku notanya kerana dia berasa malas dan bak kata Kris, tiada mood untuk menulis. Dia sempat mengugut untuk  menyebarkan kisah bagaimana Kris dan Naeun menjadi pasangan kekasih kepada satu sekolah jika Kris menolaknya. Disebabkan pengaruh Luhan yang luas sehingga di kawasan kejiranan mereka, Kris terpaksa akur.     "Siapa je yang terlibat?" tanya Suho sambil menguap. Kepenatan daripada menguruskan hal pelajar pagi tadi nampaknya masih belum hilang.      Sambil mengerutkan dahi, Luhan membalas," Semua; and presiden , please, jangan paksa diri. Nanti kau jatuh sakit lagi."     Suho me
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??