Tragedi Pembersihan

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter
Semenjak Suho memberhentikan makcik cleaner, semua ahli AHSC terpaksa membersihkan sendiri pejabat mereka. Suho fikir keputusan itu akan membawa faedah dan kebaikan kepada seisi AHSC tapi lain pula yang terjadi. Dia fikir ahli AHSC akan menggunakan kerajinan mereka menjalankan tugas itu kepada persekitaran yang lebih bersih a.k.a bersihkan ofis sendiri dan jangan nak harapkan makcik cleaner saja. Sudah banyak kali Suho memberitahu mereka agar tidak terlalu bergantung makcik cleaner namun mereka tetap berdegil.   “Tugas makcik cleaner memang untuk bersihkan ofis kan? So, apa masalahnya?” Rungut Chorong ketika mereka mengadakan mesyuarat tempoh hari. Mesyuarat itu diadakan supaya Suho dapat mendengar suara majoriti yang menyokong cadangannya.   “Memanglah. Tapi niat aku nak bagi korang semua rajin. Aku dah tak nampak korang bersihkan ofis sendiri sejak aku ambil makcik cleaner tu berkerja.”   “Betul tu. Aku sokong dengan cadangan Suho. Ahli Aster High School Student patut pandai jaga kebersihan.” Sokong Xiumin sambil tersengih sendirian. Melihatkan reaksi lelaki berpipi tembam itu nampak beriya-iya, Suho tahu bagai ada sesuatu yang telah dirancangnya tapi Suho tak ambil kisah. Asalkan dia sudah ada penyokong.   “Ini tak adil. Kau patut panggil semua ahli masuk mesyuarat.” Sampuk Chanyeol pula. Dia curiga dengan Suho yang hanya memanggil ahli tertinggi sahaja yang masuk mesyuarat. Bagaimana pula dengan yang lain?   Chorong di hadapannya memberikan cap jempol tanda setuju. Pelik, Chanyeol dan Chorong bersatu hati pula dalam nak menbangkang ni. Biasanya asyik bertekak selalu.   Suho dapat mengesan atmosfera di dalam bilik mesyuarat itu semakin tegang kerana dia dapat melihat Baekhyun dan Lay mengangguk setuju dengan pernyataan Chanyeol. Bilik yang sejuk dengan pendingin hawa itu Suho rasakan darjah selsiusnya semakin naik. Jadi lebih baik dia tamatkan mesyuarat sebelum pendapat majoriti menjadi pendapat minoriti.   “So, aku anggap semua dah setuju dengan cadangan aku. Meeting dismiss. Semua berambus.” Ucap Suho tanpa melayan sebarang komen. Dia keluar daripada bilik mesyuarat sebelum diikuti ahli yang lain. Kedengaran omelan dan bisikan daripada ahli lain tapi dia tidak peduli. Asalkan dia dapat menjalankan niatnya.                                                                  “Apasal kau nak berhentikan makcik cleaner tu? Kesian dia jadi penganggur.” Protes Chen.      Kertas-kertas daripada buku latihannya itu digumpal dengan perasaan penuh geram lalu dilempar tepat mengenai dahi Suho. Dia tidak peduli kalau tindakan itu biadab atau kurang ajar, Suho tidak sepatutnya memberhentikan makcik cleaner yang baik hati itu. Bukan itu sahaja, keputusan itu dibuat secara tiba-tiba dan dia langsung tidak tahu. Menurut Baekhyun, hanya ahli tertinggi sahaja yang dipanggil berbincang mengenai hal itu. Ini tidak adil!     Bagaikan patung, Suho langsung tidak memberikan reaksi, sebaliknya membiarkan dirinya dikelilingi gumpalan kertas yang berterabur di sekelilingnya. Suho faham Chen cuma mahu menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Jadi dia membiarkan saja apa yang dilakukan oleh Chen walaupun sekarang dia sudah tidak nampak lagi skrin komputernya yang diselubungi dengan gumpalan kertas.     “Wei, jangan buat kotor dalam bilik mesyuarat la!” Marah Kyungsoo yang baru saja masuk ke dalam bilik mesyuarat sambil membawakan beberapa buah folder untuk Suho. Dia paling pantang kalau orang membuat kotor. Lagipun sebagai exco unit cleanliness and hygiene, dia patut peka dengan kebersihan.     “Ni semua salah presiden!” Tegas Chen dalam nada berang lalu membentak keluar daripada bilik itu. Sempat lagi dia berlanggar bahu dengan Kyungsoo sehingga folder-folder itu hampir terjatuh. Mujurlah Kyungsoo dapat mengimbanginya.     “Chen tu dah kenapa?” Tanya Kyungsoo ketika dia meletakkan folder-folder itu di atas meja. Runsing pula dia kerana Chen jarang marah sehingga begitu sekali lebih-lebih lagi dengan Suho. Suho itu presiden mereka, jadi Chen memang menghormati Suho. Tapi baru tadi Chen menengking Suho?     “Entahlah. Mood swing agaknya.” Ucap Suho. Malas hendak cerita panjang-panjang. Biarlah Chen meredakan marahnya dulu. Biasanya dua tiga hari sudah okay budak tu.     “Sampai bila kau nak kena selubung dengan sampah-sampah tu?” Kyungsoo tergelak kecil melihatkan Suho yang dari tadi tidak bergerak. Gumpalan kertas itu telah memenuhi komputer serta bahagian pahanya.     Suho senyum segaris. “Panggil Luhan.” Luhan lebih sesuai untuk membersihkan sampah-sampah ni, fikirnya. “Ah, jangan lupa beritahu ahli AHSC, minggu depan ada inspection kebersihan.”                                                    Kalau seluruh ahli AHSC tidak suka dengan tindakan Suho, lain pula halnya dengan Xiumin. Inilah saat yang dia nanti-nantikan. Inilah masanya untuk mencari duit!   “Dah siap. RM15.” Xiumin menekan suis off vakum lalu menadahkan tangan bagai peminta sedekah.   “Bukan tadi kau offer kat aku RM10 ke? Macam mana pulak boleh naik RM5?” Lay mengerutkan dahi, mencuba mengingat semula tawaran Xiumin awal tadi.   “Mana ada. Kau ni nyanyuk la. Aku offer RM15. Kira untung aku bagi kau diskaun. Budak lain aku mintak RM20 tau.” Ucap Xiumin mencekak pinggang. Padahal memang benar pun upahnya sebenarnya hanya RM10 tapi apa salahnya ambil kesempatan terhadap Lay yang pelupa ni.   Lay memerhatikan sekeliling biliknya. Bersih bersinar bagai baru digilap. Macam ni baru puas. Makcik cleaner pun tak bersihkan biliknya sampai macam ni. Lay menyeluk poketnya untuk mengeluarkan dompet namun poketnya kosong.   “Eh, mana dompet aku?”   “Kau letak kat dalam laci tadi.”   “Macam mana kau tahu?”   “Encik Lay, aku dah ada kat sini sejak kau masuk tadi. Seriously, berhenti lah makan semut.”   “Aku tak makan semut tapi aku makan belalang” Kata Lay, mengangkat bahu  lalu mencapai dompetnya untuk mengeluarkan not RM15. Nampaknya dia perlu meminta wang lagi daripada appanya nanti.   Not berwarna merah dan hijau itu diterima  Xiumin dengan senang hati. Vakum yang berat itu ditolak keluar daripada bilik Lay.   “Banyaknya duit.” Tegur Chen ketika Xiumin baru hendak memasukkan wang yang baru diperoleh tadi ke dalam poket seluarnya.   Xiumin berhenti seketika untuk melihat Chen duduk berputar-putar di atas kerusinya. Dia mengerutkan hidung bukan kerana bau busuk, tengik atau hamis tapi jijik apabila melihat kubikel Chen penuh dengan sampah-sarap. Dah macam pusat pelupusan sampah! Ada plastik snek dan gumpalan kertas di atas meja, habuk-habuk pensel dan pemadam di atas lantai, macam mana boleh ada pasir pantai pula di atas lantai?   Seakan memahami apa yang difikirkan oleh Xiumin, Chen mengerling ke arah Tao yang bermain permainan komputer dengan headphone yang melekap ditelinga. “Budak tu baru balik daripada pantai. Dan kitorang tak kan bersihkan kubikel ni selagi Suho tak ambil balik makcik cleaner tu.”   “Oh. Nak aku bersihkan?” Tawar Xiumin sambil menepuk vakumnya. Hatinya penuh harapan agar dia mendapat wang lagi.   “No, thanks.”   Wajah Xiumin jadi masam. Ini tak boleh jadi. “RM10, dijamin bersih.”   “No, Xiumin. Aku masih nak protes. Kalau kau offer lagi, aku sabotaj business kau.”   “Okay, fine”            
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??