Hari Valentine II

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

Akhirnya hari istimewa yang dinantikan oleh Namjoo menjelang jua. 14 Februari atau lebih tepat lagi Valentine Day atau nak lagi tepat, Hari Kekasih. Dia pasti semua gadis di Aster High juga turut sama teruja. Mana taknya ramai juga yang telah menempah coklat daripadanya sejak minggu lepas. Ada yang mahu memberikannya kepada teman lelaki, crush dan ada juga mahu diberikan kepada ahli lelaki Aster High Student Council. 

 

Walaubagaimanapun, dia tidak dapat meneka siapakah gerangan makhluk yang bakal menerima coklat hasil air tangannya kerana dia tidak menafikan yang mereka semua itu menjadi pujaan gadis di Aster High.

 

Satu kotak kecil dikeluarkan daripada beg tangannya lalu diletakkan di atas meja. Komputer di hadapannya dihidupkan, mengklik ikon dokumen yang perlu disiapkan. Tetapi dia teringat yang dia perlu menghantar tugasan sejarah yang cikgu Hyori mahukan minggu ini juga. Kemudian, dia mencapai semula beg tangannya untuk diselongkar.

 

"Eh, coklat! Macam tau-tau je aku suka makan coklat." Baru sahaja Hayoung hendak mengambil bungkusan coklat berwarna maroon di atas meja Namjoo. Gadis berambut pendek itu merampasnya terlebih dahulu sebelum memeluk kotak kecil itu ketat-ketat.

 

"Bukan untuk kau." Kata Namjoo. Dia melemparkan beg tangan berjenama Coach dari tangan kirinya ke atas meja.

 

"Untuk boyfriend ke?" soal Hayoung. Dia meletakkan sikunya di atas penghadang. Tangan mencekup pipi.

 

"Aku ada boyfriend ke"? Namjoo menunjuk kepada diri sendiri. Hayoung ini sebenarnya memang tidak tahu atau buat-buat lupa? Bukankah dia sudah beritahu orang yang dia suka?

 

"Tak ada." Hayoung mendongak memandang siling. Cuba mengingati semula makhluk yang membuatkan Namjoo jatuh hati kepadanya. "Untuk Baekhyun ke?"

 

"Yah, perlahan sikit la. Nanti orang lain dengar." Namjoo tangkas bangun untuk menutup mulut Hayoung dengan tapak tangannya.

 

Kemudian, Hayoung menepis tangan Namjoo lalu berkata "Bukannya ada orang lain pun kat sini. Semua budak laki AHSC tak masuk lagi. Tu kat luar tu tengah kecoh kat loker."

 

Benar juga kata Hayoung. Di luar pintu masuk, Chorong dan Bomi sedang cuba mengawal pelajar yang semakin hilang kawalan kerana hendak memberikan hadiah kepada ahli lelaki AHSC. Sebenarnya, ada juga yang cuba untuk merempuh masuk tapi apabila Chorong membuka langkah judonya,semua pelajar tadi lari lintang pukang. Kecuali kenalan Chorong yang langsung tidak takut dengannya sempat lagi menyuruh dia 'passing' kan berkotak-kotak hadiah kepada ahli AHSC.

 

Namjoo mengeluh. "Macam mana aku nak bagi kat dia kau tengok kat luar tu. Bukan main ramai lagi yang nak bagi hadiah."

 

Apabila memikirkan banyak lagi hadiah yang akan Baekhyun terima, Namjoo jadi rendah diri. Pasti hadiah-hadiah mereka hebat-hebat dan mahal-mahal. Sedangkan hadiahnya cumalah sebuah kotak kecil berisi coklat buatannya.

 

"Hmm.. Aku pun nak bagi coklat kat Hoya." Hayoung merendahkan kepala. Turut merasakan suasana kecewa.

 

"Apa kata kita cari Hoya?" Hayoung memberi cadangan. 

 

"Buat apa aku nak cari Hoya?"

 

"Aku cari Hoya kau carilah Baekhyun." 

 

Namjoo tersengih. "Call!"

 

                                                    

 

Chorong meletakkan sebungkus coklat di atas meja Suho dengan berhati-hati. Dia bimbang kalau-kalau terdapat dokumen penting di atas meja tersebut. Apalagi meja Suho yang selalunya bersih nampak agak serabut pula hari ini. Beberapa helai kertas nampaknya dibiarkan sahaja di atas meja sementara beberapa buah buku tersusun malas di sebelah komputer. 

 

Coklat yang telah dimasak dengan bantuan Kyungsoo itu berbalut cantik dengan pembalut plastik berwarna ungu berbelang putih. Dan dengan bantuan Naeun, sehelai reben emas kecil terikat cantik di atasnya berserta dengan stiker 'Happy Valentine from: Cho to the Rong' pada permukaan plastik coklat.

 

Sekuntum senyuman puas mekar di bibir. Walaupun sebenarnya dia cuma terlibat kira-kira 40% dalam proses membuat coklat itu, dimana 50% datang daripada Kyungsoo dan sedikit 10% bantuan Naeun dan Bomi yang setia mengikatkan reben, Chorong tetap lega kerana hajatnya akhirnya tercapai.

 

Niat untuk menghadiahkan coklat kepada seisi ahli Persatuan Pelajar Aster High sebagai tanda penghargaan berjaya juga dilaksanakan. 

 

Baru sahaja Chorong hendak menjejak keluar, Suho tergesa-gesa masuk ke dalam biliknya lalu membuatkan Chorong terperanjat. Suho juga nampak terkejut. Terpisat-pisat dia melihat beg kertas yang Chorong jinjit di pelipat siku.

 

"Oh? What are you doing here? Do you need something?" Tanya Suho bernada lembut. Tidak sedar yang dia masih memegang tombol pintu. Akibatnya pintu itu masih terbuka luas, memberi peluang kepada ahli di luar untuk menyaksikan adegan interaksi antara mereka berdua.

 

Chorong seakan-akan terkesima sekejap. Dia tidak menyangka Suho akan masuk kerana mengikut rancangan, dia hendak memberikan coklat itu senyap-senyap. Bagaimanapun kini Suho pula telah muncul dan dia sempat berharap si presiden tidak menyedari apa-apa lagi. 

 

Chorong seperti kehilangan kata-kata sebelum dia menggeleng. "Nothing. I should go."

 

Suho sempat mengangkat kening, namun dia tetap membukakan pintu buat Chorong.

 

Chorong mengucapkan terima kasih seterusnya 'mencerobohi' bilik-bilik lain untuk menghadiahkan sebungkus coklat Valentine.

 

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata memerhatikannya dengan tatapan curiga.

 

                                                                    

 

Namjoo dan Hayoung sedang berkeliaran tanpa arah tujuan sambil mencuci mata apabila tiba-tiba mereka mendengar Naeun memanggil mereka. Mereka berdua menoleh ke belakang untuk melihat Naeun yang sedang mengampu berkotak-kotak hadiah sehingga menutupi wajahnya.

 

"Wah banyaknya hadiah! untuk siapa?" Hayoung terkejut dengan jumlah hadiah yang dibawa oleh Naeun. Tapi yang peliknya barang-barang itu semua macam untuk perempuan sahaja.

 

Naeun senyap. Dia membuka mulut untuk berkata tapi kotak yang menghalang wajahnya meyakinkan dirinya bahawa mereka berdua tidak mungkin mendengar kata-katanya. 

 

"Okay, let me guess. Untuk Suho?" Namjoo mengurut dagu. 

 

"Nope."

 

"Ah, Kai!" Hayoung menyampuk.

 

Naeun tidak menjawab. Kenapalah makhluk ini stupid sangat?

 

"Tak mungkin. Aku rasa ini untuk Kyungsoo. Ofis Kyungsoo kan sebelah ofis Naeun." tangkis Namjoo membuat kesimpulan sendiri. 

 

"Wei kau jangan lupa, ofis Kris pun kat sebelah ofis Naeun." Hayoung tersengih hingga menampakkan gigi. "Untuk Kris, kan?"

 

"Oi, korang," Naeun mengintip, cuba untuk melihat Hayoung dan Namjoo di sebalik kotak-kotak yang bertimbun di dalam pelukan lengan. "Mestilah hadiah ni semua untuk aku."

 

Seandainya babak ini adalah babak daripada komik, babak ini akan memaparkan tiga orang gadis ini berdiri tegak di tengah-tengah lorong kelas sedang kaku, disertai dengan bunyi angin diselangi dengan bunyi cengkerik. Tidak lupa juga tanda . . . . di tengah-tengah kolum. 

 

Realitinya, Hayoung ternganga luas. Namjoo mengecilkan mata dengan maksud ‘ey, are you kidding me?’ dan Naeun hanya memandang mereka berdua dengan wajah naif dan ‘toya’.

 

"Oh, I got to go. Aku nak letak barang-barang ni dulu" Naeun memusing tumit lalu meninggalkan mereka yang masih terlongo dengan rasa tidak percaya.

 

"Wow aku macam tak percaya je. Pelajar Aster High memang dah gila." Namjoo menggeleng kepalanya. Hayoung menarik lengannya sambil berkata "Atau diorang salah anggap yang Naeun tu lelaki.

 

                                                     

 

Rakan-rakannya langsung Bomi tidak temui sejak habis kelas tadi kecuali Chorong yang bersama-sama mengawasi pintu masuk pejabat dek kesesakan 'peminat' yang cuba memberikan hadiah kepada ahli-ahli lelaki. Alangkah peliknya mereka semua itu boleh menjumpai pejabat yang letaknya bagai di hujung dunia sedangkan ketika hari-hari persekolahan biasa, kawasan itu saling tidak tumpah macam bangunan terbiar.

 

Ahli lelaki AHSC pula bagai lesap daripada pandangan. Dalam pejabat tadi pun hanya ada Kris, Xiumin dan Kyungsoo yang hanya terperap di dalam bilik masing-masing. 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??