Babysitter I

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Juni nak makan apa? Nanti kakak belikan." Namjoo bertanya lembut. Dia berlutut separas mata dengan anak kecil di hadapan nya. Juni yang baru berusia tiga tahun, duduk dengan selesa di sofa dalam bilik Chorong. Sambil menggigit jari, kanak-kanak tersebut mendongak melihat siling seakan-akan sedang berfikir sebelum dia tersengih hingga nampak gusi.

 

"Juni nak ais krim!"

 

Mendengarkan permintaan anak kecil tersebut, Namjoo menelan liur. Gusar memikirkan di mana dia mahu mencari ais krim pada waktu begini. Walaupun sudah menjelang petang, dia tidak pasti sama ada kafeteria masih menjual ais krim atau tidak. Mesin pembuat ais krim pula sudah rosak di baham oleh Naeun, Hayoung dan Kai yang sememangnya hantu ais krim.

 

"Juni boleh tunggu kat sini? Kakak cuba carikan untuk Juni. Jangan nakal-nakal tau." Ucap Namjoo seraya mencuit hidung kecil Juni. Juni mengangguk faham dan terus menghisap ibu jari. Anak kecil itu langsung tidak punya banyak ragam.

 

Namjoo terus bangun daripada posisi mencangkung lalu memusingkan badan. Terperanjat dia melihat Chorong yang berdiri di hadapan nya dengan mempamerkan ekspresi yang sama.

 

"Okay, apa budak kecik ni buat kat sini? Jangan cakap kau nak aku yang jaga dia." Ragu Chorong sambil mencekak pinggang.

 

"Exactly." Namjoo menjawab selamba. Tanpa mempedulikan memek muka Chorong yang tampak tergamam macam baru nampak hantu. Dia tahu Chorong tidak mahu tapi dia peduli apa. "Aku nak pergi dulu. Nak belikan Juni ais krim."

 

Tidak semena-mena tangan Namjoo ditarik kasar oleh Chorong lalu dipeluk lengannya kuat-kuat supaya dia tidak dapat lari. Chorong akui keadaan sekarang adalah momen yang paling tragis buat dirinya. Hendak tinggalkan budak kecil dengan Chorong? Biar betul?!

 

"Kau tau kan aku ni tak boleh ngam dengan budak kecik. Please, Namjoo, jangan buat aku macam ni." Pinta Chorong meminta belas kasihan.

 

Rayuan itu membuatkan Namjoo menghentikan langkah tepat-tepat di bingkai pintu. Dia faham dengan sifat semula jadi Chorong yang tidak biasa dengan budak kecil. Lagipun adik-beradik Chorong semuanya sudah besar panjang. Mungkin sebab itu dia tidak pandai hendak melayan kerenah kanak-kanak. Biasanya kalau budak kecil ditinggalkan bersama Chorong, alamatnya melalak budak itu. Tak pasti pula dengan nasib Juni nanti. Walaupun bimbang dengan kemungkinan itu, Namjoo tiada pilihan lain setelah dia memerhati sekeliling pejabat menerusi pintu yang terbuka luas.

 

Bomi dan Hayoung tiada dalam kubikel mereka meskipun sebenarnya mereka berdua adalah calon yang terbaik untuk menjaga Juni. Tao dan Chen macam sedang sibuk. Tak habis-habis kedengaran suara Tao mengomel itu dan ini kepada Chen yang asyik menyanyi. Chanyeol dan Kai pula nampaknya sedang santai. Relaks sahaja mereka berdua berbual-bual sambil menikmati mi segera dalam cawan.

 

'Target locked.'

 

"Chanyeol! Kai! Mari sekejap!" Panggil Namjoo, tangan melambai agar Chanyeol dan Kai datang dekat kepadanya. Serentak jejaka berdua itu mengalihkan perhatian terhadap Namjoo dan Chorong.

 

Pegangan kuat pada lengan kelihatannya sudah terlepas. Chorong sempat memerhatikan bagaimana Kai menyuap mi segera ke dalam mulut sementara Chanyeol dengan selamba meneguk kuah mi segera hingga ke titisan terakhir. Hidung Chorong berkerut apabila terlihat Chanyeol mengelap mulut yang comot dengan belakang tapak tangan. Menyesal dia mengaku Chanyeol seorang yang kacak saat ditanya oleh Naeun.

 

Chorong mendekat lalu berbisik kepada Namjoo. "Kenapa kau panggil diorang? Kau tahu aku dengan Chanyeol tengah perang kan?"

 

"Itu aku tak tahu. Yang aku tahu, aku panggil diorang supaya kau tak merana sorang-sorang." Tawa Namjoo sebelum meninggalkan Chorong yang seakan-akan terpaku sambil merenung Chanyeol dan Kai yang mula mendekat.

 

Namjoo baru sahaja hendak melangkah keluar daripada pintu pejabat Persatuan Pelajar Aster High apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi. Berdasarkan nada dering yang khusus tersebut, dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Sambil tersenyum lebar, Namjoo menjawab panggilan daripada orang kesayangan.

 

"Babe, where are you?"

 

"Still in office. Tapi on the way nak keluar. Kenapa?" Tanya Namjoo bernada lembut. Kaki menapak keluar daripada pejabat. Bimbang pula dia dengan nada suara si pemanggil yang kedengaran seakan-akan risau.

 

"Nak keluar ke? Saya k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??