Chapter 5

I'm so sorry but I love you

Di bangunan lama..

 

So Ryong dan gengnya lepak di situ kerana tiada siapa pun yang dapat tahu di situ. Mereka selalu minum alkohol, rokok sampai sepuas-puasnya. Sedang asyik mereka minum, Chanyong tiba-tiba menghentak botol yang diminumnya hingga membuat semua tersentak.

 

"Kau ni kenapa nak hentak bagai?" tanya Zico.

 

"Hari tu, aku nampak jantan Kingka tu dengan Minah. Mesra sangat aku tengok. Kalau aku jadi Kingka, mesti dia akan layan aku macam boyfriend dia sendiri." kata Chanyong sambil berangan hingga ke Afrika.

 

So Ryong nyaris tersedak apabila mendengar kata-kata Chanyong tadi. Minah bermesra dengan Baekhyun?

"Kau biar betul yong-ssi!?" tanya So Ryong sambil menahan kemarahan. Chanyong menganggukkan kepalanya.

 

"Aku tak boleh biar perkara ini terjadi. Kau akan mampus kalau kau dekat dengan Minah lagi, Byun Baekhyun!!" jerit So Ryong.

 

Chanyong dan Zico cuba untuk menenangkan kemarahan So Ryong. "Kau rileks lah bro, kau kan kaki buli. Dia tak kan berani kalau kau beri warning dengan dia."

 

So Ryong meredakan kemarahannya dengan meminum semua botol di situ. Chanyong dan Zico hanya terkebil-kebil mata apabila melihat So Ryong. Mereka cuba menghalang tetapi So Ryong agak kuat. Mereka tidak dapat menghalang lagi melainkan adik dia.

 

"Yeoboseyo?"

"Dae Ryong-ssi!! Cepat ke sini! Abang kau tak henti nak minum botol tu! Aku takut dia macam haritu."

"Okay-okay. Aku pergi sana. Jangan sampai dia pergi!"

 

--

 

Dae Ryong bergegas mengambil jaketnya di ampaian terus meluru ke keretanya. Adiknya, Jung Sora hairan mengapa abangnya kelihatan tergesa-gesa.

 

Dae Ryong terus masuk ke dalam kereta diiukuti dengan Sora yang duduk di sebelahnya. "Sora-ssi! Erghhh." dengus Dae Ryong.

 

Sora hanya tersenyum melihat abangnya. "Waeyo, oppa?" tanya Sora. "Oppa kau minum banyak lagi. Memang bodoh betul!" jawab Dae Ryong. Sora terkejut. Dia pula yang bingung lalu menyuruh abangnya segera ke sana.

 

Apabila sampai di sana, kelihatan So Ryong masih minum tetapi dalam keadaan mabuk. Sora terus keluar dari kereta.

 

"Oppaaaa!!" jerit Sora sambil merampas botol dari tangan So Ryong.

 

So Ryong ketawa melihat Sora sambil mengambil kembali dari tangan Sora. Sora tidak tahan dengan perbuatan abang sulungnya terus menampar dengan kuat. Secara tidak langsung, So Ryong tersedar dari kemabukan tadi.

 

"How dare you slapped your own brother! Kau ingat kau siapa nak tampar aku hah!?" kata So Ryong dengan kuat lalu memegang pergelangan tangan Sora. Dae Ryong terkejut lalu menampar juga pipi abangnya di sebelah.

 

"Kau memang kurang ajar, hyung. Siapa ajar kau macam ni!? Kau memalukan maruah keluarga kita! Aku letak kau dalam lokap terkapai-kapai macam ikan emas nak keluar dari balang! Kau sedar diri kau tu sikit! Kau anak sulung. The eldest one. You should make your siblings proud of you but not like this!" jerit Dae Ryong di muka So Ryong.

 

"Kau pula jangan nak melawan aku. Aku abang kau!" kata So Ryong lalu terus menampar Dae Ryong kembali.

 

Sora terkejut dengan situasi ini lalu mengambil kayu yang nipis lalu menampar muka So Ryong. Hidung So Ryong mula berdarah. "Oppa, oppa jahat!" kata Sora dengan nada menangis terus berlari ke kereta. Dae Ryong melihat Sora terus pergi dengan begitu sahaja.

 

Chanyong dan Zico hanya berdiri seperti tunggul bernyawa. Pertengkaran antara So Ryong dan adik-adiknya sungguh dasyat.

 

So Ryong menjerit seperti orang histeria. "Semua bodoh! Bodoh bodoh bodohhh!" jeritnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet