Chapter 6

I'm so sorry but I love you

Tanpa membuang masa, So Ryong terus pergi ke villa Baekhyun.

 

Baekhyun ketika itu sedang lepak di suatu tempat bersama gengnya. Baekhyun merasakan ada sesuatu akan berlaku di rumahnya nanti. "Woi, aku pergi dulu. Hati aku tak sedap dari tadi." kata Baekhyun lalu terus beredar dari situ.

 

"Apa yang berlaku ni?"

"Macam lah aku tahu. Kau fikir aku dapat baca fikiran dia ke?"

"Jom, ikut dia nak? Aku takut apa apa terjadi dekat dia"

"Jom jom!"

 

Semua pergi ke rumah Baekhyun dengan senyap. Apabila mereka semua sampai, alangkah terkejutnya So Ryong juga berada di hadapan rumah Baekhyun!

 

Baekhyun hanya melihat So Ryong dengan penuh tenang tanpa rasa marah ataupun takut.

 

"Kau jangan pura-pura lah Byun Baekhyun! Kau memang.. Memang nak kena dengan aku! Berani kau ambil Minah aku daripada aku!?" kata So Ryong sambil menjerit.

 

"Kau siapa nak halang aku? Aku tahu kau kaki gangster sekolah tapi kau tak boleh buat apa apa." kata Baekhyun.

 

"Eh! Kau lepaskan Minah sekarang!"

"Sejak bila aku ambil Minah!? Woi jantan! Aku suka dia je tapi aku belum ambil hati dia!"

"Aku tak kisah! Aku nak kau lepaskan dia!"

"Macam mana aku nak lepas dari dia!? Aku dah suka dia, biarlah!"

"Kau memang berani, Byun Baekhyun. Suatu hari, kau akan menderita apabila bersama Minah!" 

 

L, Ljoe, Peniel dan Jun Q sudah tidak tahan dengan sikap So Ryong. Tanpa segan silu, Peniel datang ke arah mereka dan terus menumbuk So Ryong. 

 

"Biarlah dia suka Minah! Kau fikir dia saja yang suka Minah, ramai lagi lelaki suka Minah tau!" kata Peniel.

 

Kebetulan Minah lalu di situ kerana ingin pergi ke rumah sepupunya ternampak pertengkaran tadi. "Stop this car! NOW!" jerit Minah kepada pemandunya.

 

Setelah sampai di situ, So Ryong telah menumbuk Baekhyun sehingga bibirnya berdarah.

 

"So Ryong-ssi!!!!!!!!!" jerit Minah dari seberang jalan.

 

"Bang Minah!!" jerit So Ryong dan Baekhyun serentak. Minah segera berjalan ke arah mereka. Secara tidak sengaja, sebuah kereta Ferrari memecut laju di jalan itu lalu melanggar Minah di tepi jalan.

 

L, Ljoe dan Jun Q ternampak Minah dilanggar terus meluru manakala So Ryong, Baekhyun dan Peniel masih bergaduh tanpa sedar Minah dilanggar.

 

"Minah! Minah!" Ljoe terus mengangkat Minah ke dalam kereta dan pemandunya panik terus membuka pintu lalu membawa ke hospital. L mengarah supaya Ljoe dan Jun Q sahaja pergi menemani Minah.

 

L terus berlari ke arah mereka lalu memberhentikan pergaduhan itu. "Korang semua dah puas ke!?" 

 

"Puas apa dia, L?: tanya mereka serentak.

 

"Minah kena langgar, korang tak perasan! Bagus sangat sangat!! Buatlah lagi!!" kata L dengan nada yang sangat marah. 

 

"WHAT!? MINAH!?" Baekhyun terus mengambil motor Kawasakinya lalu memecut dan diikuti dengan L dan Peniel dari belakang. Manakala So Ryong melarikan diri.
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet