Chapter 8

I'm so sorry but I love you

Pada keesokan harinya, Baekhyun sudah bersiap-siap untuk pergi ke hospital kerana ingin melawat Minah. Dia tetap akan pergi walaupun ommanya sudah melarang dia untuk pergi ke sana.

 

"Baekhyun hyung!!" jerit Byun Daekhyun, adik kembarnya dari bawah. Baekhyun cepat-cepat menuruni tangga dan terus pergi ke arah Daekhyun.

 

"Nae?" tanya Baekhyun. Daekhyun membuat kejutan kepada abangnya bahawa dia yang membuat sarapan itu di atas meja makan. Baekhyun seakan tidak percaya dengan semua itu. "Kau pandai masak? Woahhhhhh" kata Baekhyun dengan gembira.

 

"Alahh. Biasa-biasa.. Aku tahu kau lawat Minah hari ini. Jadi, aku buatkan special breakfast untuk kembar aku. Omma keluar pergi pejabat." kata Daekhyun.

 

Baekhyun berasa kagum dengan adik kembarnya. Amat beruntung sangat. Segala yang diperlukan, dia sedia membantu. "Kau adaaa buat makanan leeee" tak sempat Baekhyun menjawab, Daekhyun segera menyuruh orang gaji membawa makanan dalam kontena-kontena yang telah disediakan.

 

"Kau memang pandai, bro. Hahaha. Gomawo. Aku pergi dulu." kata Baekhyun lalu meluru ke arah pintu utama. 

 

--

 

Apabila Baekhyun sampai di hospital, dia terlihat omma dan appa Minah. Baekhyun hanya pergi  mendekati mereka dengan tenang. 

 

"Annyeonghaseyo." kata Baekhyun dengan sopan.

 

Tuan dan Puan Bang melihat Baekhyun lalu menundukkan kepala mereka. "Who are you, young man?" tanya Tuan Bang.

 

"Ah. Saya teman lelaki Bang Minah, Byun Baekhyun."  jawab Baekhyun.

 

Tuan dan Puan Bang menganggukkan kepala mereka. "Minah ada di dalam. Masuklah" jemput Puan Bang. 

 

Baekhyun terus masuk lalu meletakkan makanan di tepi katil Minah. Dia terus mendekati di sisi Minah. 

 

"Minah, cepatlah bangun.. Minah dengar tak apa Hyun cakap ni? Minah, please? Wake up, dear." kata Baekhyun sambil mengusap lembut pipi Minah. Eunji hanya memerhati mereka di tepi tingkap sambil tersenyum.

 

Minah dengan secara tidak langsungnya, jari jemarinya bergerak. Baekhyun terlihat jari Minah bergerak lalu segera memanggil doktor.

 

Doktor bersama jururawat bertugas terus pergi ke bilik Minah lalu memeriksa Minah. Doktor mula tersenyum melihat kestabilan Minah.

 

"Macam mana keadaan dia, doktor?" 

"Keadaan dia mula stabil dengan baik. Dia boleh pulang dalam masa beberapa hari ini. Jika tiada apa-apa perubahan, dia boleh balik esok hari."

"Terima kasih, doktor!"

"Baiklah. Saya minta diri dulu."

 

Tuan dan Puan Bang bersyukur kerana anak dia telah sedar setelah seharian tidak sedarkan diri. Minah mula terpinga-pinga mengapa dia berada di hospital. "Mengapa aku berada di sini? What's going on? Omma? Appa? Eunji? Baekhyun-ssi?"

 

"Kau kena langgar lari. Nasib Ljoe dan Jun Q dekat situ sedar. Kalau tak, aku tak tahu apa nak jadi dengan kau." kata Eunji. Minah melihat Baekhyun. Baekhyun hanya tersenyum dan mukanya diusap oleh Minah. "Awak okey? Muka awak..." kata Minah lalu meletakkan tangannya di sisinya.

 

"Ohh.. Jangan risau. Esok lusa baiklah luka nii." kata Baekhyun dengan memberi senyuman kepada Minah. 

 

"Ehem. Jangan buat drama di sini. Omma dan appa nanti cemburu tengok kamu berdua ni. Dah. Kita pergi makan dulu. Eunji, tolong jaga Minah ya?" kata Puan Bang.

 

Eunji hanya menganggukkan kepalanya lalu pergi di sisi Minah. Baekhyun pula mengikut Tuan dan Puan Bang ke kafe di sebelah hospital.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet