Chapter 2

I'm so sorry but I love you

Selepas menghembus nafasnya, dia cuba untuk menegur Minah. Hatinya berdebar, ingin mendekati dia, perasaan ingin mengenali dia semua bercampur satu. "Ahh! Aku kena kuatkan diri aku!" kata Baekhyun lalu dia pergi ke arah Minah. Minah tidak menyedari dengan kehadiran Baekhyun dari belakang.

 

"H...H..Hi a..aw..ak" kata Baekhyun dengan gagap.

 

Minah memusingkan dirinya. Dia agak terkejut kerana orang yang didenda olehnya dulu berdepan dengannya. "Apa dia buat di sini?" bisik hati Minah. Baekhyun pula menundukkan kepalanya sambil meletak tangan kanannya di belakang leher.

 

Minah hanya tersenyum. Dia tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia terpaku. Tangannya masih memegang Daisy. Dia segera mengalih pandangannya kepada bunga itu kembali yang berada di belakangnya.

 

"Bunga Daisy?" tanya Baekhyun sambil menunjukkan jarinya ke arah bunga di belakang Minah. Minah menganggukkannya sahaja.

 

Tiba-tiba, bunga Daisy terjatuh dari tangan Minah kerana ditiup angin. Baekhyun dan Minah secara tidak langsung terus menangkap bunga itu sebelum terjatuh. Tangan mereka berpegangan manakala mata mereka bertentangan lagi. 

 

Minah cepat-cepat menarik tangannya lalu berdiri. Telefon Galaxy Note Minah berbunyi secara kebetulan.

 

"Minah-ssi! Where are you? Aku macam dah nak meragam tunggu kau!" 

"Sorry. Aku ada di taman. Eh eh, wait for me nae? Daaaa"

 

"Umm. I gotta go now. Bye, see ya" kata Minah lalu beredar dari situ. Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya. Dia mengekori jejak Minah menggunakan matanya sehinggalah Minah hilang dari pandangan.

 

Baekhyun meletak tapak tangannya di pipinya. "Mhhh. Tangan dia sungguh lembut." bisik hati Baekhyun. Jeng jeng jeng! Baekhyun sudah dilamun cinta dengan gadis bernama Bang Minah!

 

--

 

Eunji menunggu Minah di hadapan foyer kantin Salesio High School. Dia melihat jarum pendek menunjukkan ke arah 8 manakala jarum pendek pula ke arah 20. "Haish. Mana dia ni? Penat aku tunggu! Dia pula lenggang lenggok jalan. Haii, maklumlah pelajar contoh sekolah." bentak Eunji, kawan baiknya yang menyerupai Minah.

 

Minah datang selepas bebelan dia. Eunji melihat di tangan Minah yang memegang bunga Daisy. "Oh? Eh.. Er.. Hehe" kata Minah dengan penuh segan silu.

 

Otak Eunji melayang ke tempat lain, "Minah ada buah hati? Kenapa dia tak beritahu aku?" kata Eunji dalam hati sambil membuat muka "POKER FACE". Dia hanya tersenyum.

 

"Jomlah! Kelas nak bermula 20 minit lagi!" kata Eunji terus menarik tangan Minah ke kelas di tingkat 2.

 

--

 

Baekhyun berjalan dengan gengnya, Hard Style Republic. Mereka terdiri daripada Baekhyun, L, Ljoe,  Peniel dan Jun Q. Mereka semua sudah mempunyai buah hati masing-masing kecuali Baekhyun, yeah leader HSR. Dia masih berkeras hati kerana tiada seorang pun gadis yang sama dengan ciri-ciri yang dia suka. 

 

Minah, gadis yang comel, rupa badan ala-ala model di Amerika, pelajar contoh di sekolah dan digilai ramai lelaki tetapi agak ganas dan apabila marah, kalah gunung berapi.

 

Inilah gadis yang diidamkannya dari dulu. Sekarang, dia telah menemui seorang gadis. Dia akan membuat rancangan untuk mendekati Minah. Entah kenapa dia ingin bertemu dengan Minah lagi. 

 

"Baekhyun hyunggg!!~" jerit Jun Q di telinga Baekhyun. Baekhyun tersentak apabila Jun Q tiba-tiba menjerit di telinganya. Bagaikan gegendang telinganya sudah pecah. Baru dia tahu kenapa Jun Q menjerit. Rupanya dia nyaris nak langgar tiang bata di hadapannya. Tepat di hadapan matanya. Mujurlah Jun Q jerit, kalau tidak, boleh pengsan dia dekat situ.

 

"Fikir pasal apa sampai termenung memanjang? Awek? Haaaaa!! Luuu..." belum sempat L menyambung, Baekhyun terus menekup mulut L.

 

"Ish. Aku masih suci lah. Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Aku tengah mengelamun pasal budak contoh tuu." kata Baekhyun dengan tenang lalu membuka balik mulut L daripada dicekup olehnya tadi. 

 

"Apasal dengan dia? Weh, bukan kau benci dia ke sebab dia malukan kau depan orang ramai? Kau memang patut benci dia sampai lubang cacing tau tak!?" kata Peniel dengan sedikit membara.

 

"Kau suka dia ke Baekhyun!? Wahhhh!! Chukkaeee. Kau dah ada gadis yang kau suka!" kata Ljoe dengan menepuk tangannya.

 

Baekhyun menjeling tajam mengalahkan mata pisau Masterchef. Ljoe lalu memberhentikan tepukannya apabila melihat mata Baekhyun seperti mata Lady Gaga.

 

 

 



 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet