Realize
Because I'm A Girl
THANKS FOR SUBSCRIBE AND COMMENT
Kris tidak berputus asa mencari Nara.
Dengan usaha kerasnya itu dia berjaya menemui Nara yang tidak sedarkan diri. Dia berenang sepantas mungkin dan menarik Nara naik ke atas namun tidak boleh.
Seperti ada yang menarik kaki Nara daripada bawah. Kris cuba mencari puncanya dan akhirnya mendapati kaki Nara terikat pada rumpai laut yang banyak itu.
Kris mencabut saja semua rumpai laut itu dan membawa Nara ke permukaan air dengan segera.
Sebaik saja mereka berdua berada di atas boat semula. Kris mengarahkan pengemudi boat itu membawa mereka balik ke pulau.
Sementara Kris menampar kecil pipi Nara.
'Yah Kim Hyunil! Hyunil!' Kris memanggil namanya.
Kris mengambil keputusan untuk melakukan bantuan penafasan melalui mulut ke mulut.
Dia memegang bibir Nara dan mula melakukannya . namun tidak berjaya.
'Saya rasa awak patut tekan dada dia berbanding buat CPR' cadang pengemudi kapal itu.
Melakukan seperti yang diarahnya.
Kris menindih kedua belah tangannya dan meletakkan di atas dada Nara.
Dua tiga kali menekan Kris merasakan sesuatu yang pelik. Ketika itu Nara terbatuk-batuk dan menyedarkan diri.
Rasa pelik itu menyelubungi perasaan dan fikiran Kris.
Dia memandang Nara yang masih kelihatan lemah.
Tiba-tiba bahunya ditepuk pengemudi. 'lebih baik awak bawa dia pergi klinik berdekatan'
Membuang segala persoalan di dalam fikirannya Kris mengangkat Nara turun daripada boat dan menuju ke klinik berdekatan yang dimaksudkan pengemudi.
'berhentilah tolak aku!' kata Chanyeol sambil tergelak-gelak.
Baekhyun yang semakin dilarang semakin dia suka menolak Chanyeol dengan kuat.
Dan akhirnya Chanyeol terjatuh terduduk. Chanyeol menyampah memandang Baekhyun yang jelirkan lidah kepadanya sebelum berlari meninggalkannya seorang diri di belakang.
Ketika hendak bangun dia melihat seseorang yang dia kenal mengangkat seseorang menuju ke suatu tempat.
Apabila dia sudah berdiri tegak baru lah dia mendapati orang itu adalah Kris. Tanpa berfikir dua kali Chanyeol mengejar langkah kris.
'Kris hyung!' Chanyeol memegang lengan Kris. Kris lantas menoleh memandang Chanyeol lalu menoleh ke hadapan semula dan berjalan dengan pantas.
'Hyunil?' Chanyeol yang baru perasan orang yang Kris dukung adalah Nara.
Tanpa membuang masa Chanyeol pun mengekori langkah Kris.
Mereka bertiga berada di sebuah klinik dan kini Nara diletakkan di atas sebuah stretcher.
Lalu dua orang jururawat menolak stretcher itu ke dalam bilik rawatan.
Comments