Chapter 60

Because I'm A Girl
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 60

Pagi sudah tiba , jikalau bukan disebabkan perut masing-masing berkeroncong akibat lapar tidak ada seorang pun hendak bangun daripada tempat tidur masing-masing memandangkan pagi itu terlalu sejuk untuk keluar daripada selimut yang hangat. Baekhyun adalah orang pertama yang bangun , sebaik sahaja dia bangun mulutnya sudah mula bercakap benda-benda yang mengarut namun apa yang dia arutkan adalah untuk mengejutkan kawannya yang lain.

Mendengar omelan mengarut daripada Baekhyun , Jongin dan Sehun bangun serentak. Namun mata mereka berdua masih terpejam. Apalagi Sehun. Langsung tidak terbuka walau sedikitpun. 'Hyung boleh tak bagi kita semua tidur lagi? membebel tak habis-habis' Jongin bersuara muncungnya sedepa. 'tidur lama apanya? mentang-mentang takde kelas hari ni suka hati ah nak tidur lama-lama? Aish bangun sediakan sarapan , bersihkan diri' kata Baekhyun cuba menjadi 'hyung' yang bertanggungjawab sedangkan dia nampak seperti termuda dalam kalangan mereka berempat.

Mengingati insiden semalam Sehun serta-merta terjaga lalu memandang Nara yang masih tidur dengan nyenyak menyembunyikan wajahnya di sebalik selimut. Sehun memandang Baekhyun semula 'hyung...hari ni kita sarapan dekat luar je lah' Sehun bersuara menyebabkan Baekhyun yang baru hendak mula menguap terhenti. 'luar? banyak duit kau' 'memang banyak duit aku jom lah , aku dengar ada tempat makan baru buka dekat dengan stesen bas' Sehun cuba menyakinkan Baekhyun yang ragu-ragu. 'Aku akan pergi tapi kau kena belanja lah aku dah takde duit saku..next month baru dapat wuuuu' kata Baekhyun membuat nada sedih di penghujung ayatnya.

'Iyeeee aku belanja korang semua' 'yeay! kejutkan Hyunil! Jongin-ah mari mandi dengan aku!' kata Baekhyun sambil mengheret tangan Jongin yang separa sedar naik ke atas untuk membersihkan diri masing-masing. 'Ayee hyung kenapa aku kena mandi dengan hyung pula?!' Sehun tersenyum mendengar ayat terakhir daripada Jongin sebelum keadaan di sekelilingnya menjadi sepi semula. Dia lantas menoleh ke arah Nara lalu menggoncangkan bahu Nara perlahan-lahan. 'Hyunil-ah...bangunlah kita ada benda nak kena buat ni kan?? Hyunil-ah' Sehun bersuara. Dahinya mula berkerut kerana bengang dengan sikap Nara yang sepatutnya bangun awal dan ikut apa yang mereka plan semalam.

Tanpa ragu-ragu lagi Sehun menarik selimut yang menyembunyikan wajah Nara itu lalu dia memandang pelik ke wajah Nara yang merah dan berpeluh-peluh. 'Hyunil-ah???kwaenchana?? Yah Kim Hyunil' Sehun bersuara kali ini tangannya menyentuh dahi Nara yang panas itu. 'kau demam lah...aigoo...hari ni kau kena bagitahu Baekhyun dengan Jongin...hmm...' Sehun mulai panik dia berhenti seketika untuk berfikir apa langkah yang dia patut ambil memandangkan Nara tidak begitu sihat. Namun belum sempat dia mendapat idea yang bernas dia mendengar namanya dipanggil. 'Sehun-ah' dia memandang Nara yang cuba duduk. 'Aigoo....kau boleh ke bangun?' soal Sehun sambil membantu Nara untuk duduk. Apabila sudah duduk dan berhadapan dengan Sehun. 'aku boleh buat' kata Nara. 'hm....kalau kau rasa tak sihat sangat bagitahu aku je okay?' Nara menganggukkan kepalanya.

'kau pergi mandi dulu , aku ambilkan ubat nanti kau makan okay?' kata Sehun sambil meletakkan lagi belakang tapak tangannya pada dahi Nara. Nara hanya menganggukkan kepalanya seraya tersenyum tawar. Sebelum Sehun bangun dia sempat mengucapkan terima kasih 'gumaweoyo sehun-ah' Sehun hanya tersenyum lalu menghilang ke dapur. Manakala Nara dia sempat lagi mengemaskan tempat tidur mereka berempat itu lalu naik ke atas untuk membersihkan dirinya. Walaupun kepalanya pening dan terlalu berat untuk diangkat dia memaksa juga dirinya untuk bangun kerana dia tidak ada masa untuk berlengah-lengah. Dia perlu memberitahu Baekhyun dan Jongin agar mereka berdua sudi membantunya atau sebaliknya. Dia cuma perlu lakukan yang terbaik untuk menyakinkan Baekhyun dan Jongin.

Setelah membersihkan diri memakai baju yang sesuai dan memikirkan ayat yang sesuai dia pun keluar daripada bilik dan turun ke bawah ketika itu Baekhyun dan Jongin sudah berada di ruang tamu tengah menunggu. 'Hyunil-ah , Sehun suruh jumpa dia dekat dapur' kata Baekhyun. 'eo...' Nara pun segera meluru ke arah dapur menemui Sehun yang sedang menuang air panas ke dalam sebuah gelas. 'Ah , nah telan dua-dua ni sekali dan minum ni , semoga demam kau akan kebah dalam masa beberapa minit' kata Sehun sambil hulurkan dua biji ubat dan hulurkan segelas air suam. 

Tanpa bercakap banyak Nara pun menelan dua biji ubat itu dan habiskan air suam itu. 'bagus...sekarang kita boleh sarapan' 'sarapan? eh Sehunnie kalau makan ubat kan kita kena makan dulu??' soal Nara yang mulai panik. 'takpe ubat yang ni tak jadi masalah sudah makan ke belum makan ke? bila-bila boleh makan' jelas Sehun. Belum sempat Nara bersuara kedengaran suara Jongin daripada ruang tamu memenuhi ruang dapur 'Sehun-ah!!! cepatlah nanti waktu tengah hari dah tiba pula' Sehun memandang Nara lalu tersenyum dan menarik lengan Nara keluar daripada dapur. 'Kaja hyung ah~~' lalu mereka berempat pun keluar daripada situ dan berjalan keluar daripada kawasan sekolah. 

'Sehun! mana tempat makan baru buka yang kau maksudkan tu??' soal Baekhyun ketika itu mereka berempat sudah tiba di stesen bas yang Sehun maksudkan. 'Aik? betul hari tu ada promosi dekat sini' kata Sehun dengan buka tidak bersalahnya itu. Baekhyun dan Jongin memandangnya dengan pandangan diredupkan. Sehun tersengih-sengih lalu bersuara lagi 'Ah! apa kata kita pergi makan stik??!' Kali ini Baekhyun dan Jongin berpandangan lalu memandang Sehun dengan serentak dan bersetuju. 'Aiya! kaja-kaja perut Kim Jongin ini sudah lapar' kata Jongin sambil menepuk-nepuk perutnya. 

'Hyunil-ah sejak tadi kau senyap je? kenapa?' soal Baekhyun ketika itu mereka sedang menikmati stik yang Sehun belanja. 'ah? A--aniyo...' 'kalau kau tak habiskan stik kau tu , aku makan je lah eh?' Jongin mencelah. 'O--oh b--' belum sempat Nara bersuara Sehun pula yang mencelah 'kalau nak order lah lagi janganlah ambil makanan orang!' kata Sehun dengan dahi berkerut. 'Omona jinjja?! weehoo daebakeeguna!!! nak order lagi nak order lagi' kata Jongin membuatkan dia mendapat satu cubitan semut di pahanya daripada Baekhyun. 'tak tahu malu kau tahu tak kita semua ni dah besar?' 'eh tahu pula kau dah besar eh? tiap-tiap malam main lego dengan Tao tu tak budak-budak?' 'Aish shoo jangan lah cakap kuat sangat' 'masa Chanyeol ambil daging kau , kau merengek macam bayi tak macam budak-budak?' Jongin sambung lagi. 'Shoo shoo! jangan cakap lagi lah!' Lalu Jongin berhenti kerana ledakan ketawanya tidak boleh ditahan lagi melihat ekspresi wajah Baekhyun yang benar-benar sudah lain macam.

Sehun dan Nara juga tidak boleh berhenti ketawa. Namun tawa mereka terhenti apabila Sehun bersuara dengan wajah dan nada serius sekali. 'kami ada nak cakap sikit' 'O---keeeeey?' Nara dan Sehun berpandangan lalu menganggukkan kepala mereka berdua dengan serentak. Namun baru sahaja Sehun hendak mula bersuara Jongin mencelah 'kejap kejap kejap mari aku teka apa yang korang berdua nak cakapkan ni' Sehun dan Nara terkejut dan terkedu. 'jangan cakap korang berdua adalah sepasang kekasih dan nak lari bersama-sama pergi Amerika? tak gitu?' kata Jongin senafas wajahnya turut panik dan gelabah. kali ini Sehun dan Nara berkerut dahi dan menunjukkan wajah pelik pula 'bukaaaan lah! itu lah aku nak pesan bagi kami habis cakap dulu baru korang boleh mencelah! Aish' kata Sehun sudah mula naik angin. Nara hanya menenangkan Sehun dengan memegang tangan kirinya yang berada di atas paha. 

'fine aku minta maaf. cakap lah apa yang korang berdua nak cakap' kata Jongin kali ini menyandarkan belakangnya pada kerusi dan berpeluk tubuh. manakala Baekhyun masih seronok menikmati hidangan kegemarannya itu. Nara menarik nafas dalam-dalam lalu bersuara 'Sebenarnya....' tangan Nara yang memegang tangan Sehun bertukar posisi kali ini Sehun pula yang menggenggam tangannya dengan erat. 'sebenarnya .....aku.....sebenarnya .... aku....bukan...akubukanlelaki!' 

Baekhyun tersedak manakala Jongin lantas terduduk tegak namun kerusi itu terlalu ringan untuk menyebabkan dia terjatuh ke belakang. Namun tersedak dan terjatuh itu bukan menjadi isu buat masa itu. mereka berdua bangun dan bersuara dengan serentak 'BWOH?!!!!' 'Eee hyung ah! tolong dengar dulu! jangan bertindak melulu!' kata Sehun lalu terdiam dia tiba-tiba teringatkan Luhan apabila dia menyebut perkataan 'lulu' namun itu tidak penting dia kembalikan fokusnya terhadap Baekhyun dan Jongin yang sudah kembali tenang dan memandang Nara dengan dahi berkerut seribu.

'Apa betul kau pondan?' soal Baekhyun. 'D--deh?! A--aniyo mak---' Nara cuba menjelaskannya namun Sehun sudah menyampuk terlebih dahulu 'maksud dia di sini dia bukan lelaki lah ngek! dia perempuan. YEEEOOOJAAA' jelas Sehun betul-betul jelas sehingga membuatkan Baekhyun dan Jongin melopong. Nara dan Sehun menunggu reaksi daripada dua orang itu.

'macam mana kau boleh jadi perempuan pula? Ayee ada sumpahan ke??' soal Baekhyun tiba-tiba. Nara dan Sehun menepuk dahi 'Aish jinjja hyung! dia bukan Kim Hyunil! Tapi adik perempuan dia! Kim Nara . KIM NARA! yang chanyeol simpan gambar dia tu! ini lah budak perempuan tu!' jelas Sehun dia betul-betul sudah tidak boleh tahan marah dengan Baekhyun yang terlalu lembap itu. dan sekali lagi Baekhyun dan Jongin melopong kali ini benar-benar bulat seperti terowong.

'k--kenapa kau bukan Hyunil ?' soal Baekhyun kali ini suaranya perlahan dan kedengaran lemah. 'sebab..aku gantikan dia untuk sementara waktu' 'mana Hyunil yang sebenar?' 'dia ada dekat luar negara...ikut pertandingan antarabangsa...' 'jadi betul lah kau ni perempuan?' soal Jongin. 'Neh?' 'selama ni memang aku selalu perhatikan kau tapi tak sangka pula kau ni betul-betul perempuan...' sambung Jongin lagi. 'aku minta maaf sebab tipu korang semua...tapi tak lama lagi semua ni akan berakhir..aku akan pergi dari sin

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
currently working at chapter 61 ^^ cerita sudah hampir ke ending dan muncullah season two cerita ini! heheheheheh

Comments

You must be logged in to comment
Overdose_Kpopers
#1
Hi saya kembali untuk baca balik fanfic ni //muka high//
Chiko_Miari #2
Chapter 66: Wahhh..bestnya!!nasib baik scroll sampai habis klau x xjumpalah ff nie..kikiki
kpopfangirl10
#3
it's a great story and i really love this ^^
misz_dina #4
Chapter 66: Dhlah panjang.syok bace...daebak! :)
misz_dina #5
Chapter 66: Bestlah citer nim...
Park_Rafa88
#6
Hai author-nim!! Akhirnya saya dapat komen ff pertama yang sya baca!! >< Tak sangka cerita ni dapat menarik saya membayangkan macam mana kalau Choi Cp ditukar dengan Nara and EXO!! Good job!! Hope EXO yangg lain pun dapat jumpa partner masing-masing baru daebak!! Btw karakter dan jalan cerita yg bagus serta pengubah suaian yang berjaya!!
kiminni #7
Chapter 66: daebak...pjg pulak citer nya...best sgt..jarang saya jumpa ff mcm nie pjgnya..buat lg taw.. :)
Overdose_Kpopers
#8
Chapter 20: Daebak! (y) saya suka baca fanfic yg gini lagi lagi klau chapter die panjang...susah nk jumpa fanfic yg chapter panjang..nasib awk buat panjang panjang kalo tak air liur saya meleleh sbb kene tunggu lama..haha chanyeol dh tau O.O...daebak..teruskan berusaha
Heart_love
#9
Chapter 11: Daebak!!!best
exosaranghaeyo #10
Chapter 59: Best gile fanfic ni daebak