Chapter 62
Because I'm A GirlCHAPTER 62
Nara terkedu...
'G--' dia cuba untuk bercakap namun sekali lagi Kris berjaya memotong percakapannya.
'...demi aku....hanya dua bulan...'
'Yah!!!! korang cakap apa tu? macam drama je??' soal Tao daripada belakang. Dia masih berada di posisi asal namun hampir mendekati mereka berdua.
Nara masih membisu sehinggalah Kris sendiri yang mengalah. Perlahan tangannya terjatuh daripada memegang bahu Nara dan dia memandang Nara 'kau tahu..bukan senang aku nak buat macam ni...depan dorang semua...heh..semua sebab perempuan..' kata Kris sambil memegang dahinya dia tersengih kerana dia benar-benar tidak percaya apa yang dia lakukan ini.
'Kau boleh pergi..' kata Kris lalu menoleh memberikan belakangnya kepada Nara.
5.....
4....
3...
2..
Satu!
Nara memeluk erat belakang itu. Terlalu erat sehingga seperti dia hendak mencarik pijama kepunyaan Kris itu. Tindakannya itu membuatkan Joonmyun , Lay , Chen , Xiumin , Luhan , Kyungsoo , Tao , Baekhyun , Jongin , Sehun dan Chanyeol terkejut. Namun lebih mengejutkan bagi Joomyun , Lay , Chen , Xiumin , Luhan , Kyungsoo dan Tao. mereka terkejut sehinggakan Luhan longlai disitu. dia hanya masih berdiri dengan bantuan Tao di sisinya.
'Apa semua ni????' soal Tao yang ingin maju ke hadapan namun langkahnya ditahan oleh Luhan.
'aku akan bertahan selama dua bulan demi kau....' kata Nara cukup untuk Kris seorang sahaja yang dengar.
Kris tersenyum. Tidak mempedulikan kawannya yang sedang memerhatikannya dengan penuh dengan tanda tanya.
'Korang berdua ada penjelasan yang cukup panjang untuk dijelaskan kepada kami' kata Joonmyun yang bercekak pinggang memandang Kris dan Nara. Mereka berdua hanya tergelak kecil lalu menganggukkan kepala mereka berdua dengan serentak.
'Yeah.... a very very long explanation...'
. . . . . . . . . .
'okay.....okay...' Joonmyun berkata sambil bercekak pinggang. Dia memandang Nara dengan dahi berkerut seribu. 'kan aku dah cakap bertenang!' pesan Baekhyun. 'kau diam' Joonmyun bersuara sambil menuding jari ke arah Baekhyun dan duduk di hadapan Nara.
Dia menelan air liurnya dan bersuara memandang nara dengan muka penuh kasihan
'kenapa kau buat semua ni? hm maksud aku kenapa kau tipu kami semua? omona...' kata Joonmyun , kenyataannya dia tertekan kerana tidak mampu menerima kenyataan yang Nara sebenarnya perempuan.
'Hyung , dia kan dah jelaskan kenapa tadi. yang hyung tanya lagi kenapa?'
'Ugh..' Joonmyun menekup mukanya dan naik ke atas. 'aku rasa dia perlukan masa' Lay bersuara , dia berpeluk tubuh dan kali ini duduk di tempat Joonmyun duduk tadi. 'Hm..maknanya lepas dua bulan kau akan pergi dan Hyunil sebenar akan datang?' Lay bersuara. Nara hanya menganggukkan kepalanya.
'hmm lupakan lah pasal benda ni dulu...baik kita isi perut dulu' kata Jongin yang baru muncul daripada dapur. Dia dari membantu Kyungsoo menyediakan makan malam mereka semua.
'Yeah..takde perkara yang pelik jadi' kata Chen lalu bangun dan mengambil tempat duduk di meja makan. 'takde perkara jadi takde perkara jadi' omel Xiumin turut mengekori langkah Chen ke meja makan. 'dah jangan risau sangat lah..takde apa-apa yang nak ditakutkan yang kita perlu jaga sekarang , jangan sampai yang belum tahu , tahu pula benda ni...' kata Luhan sambil menepuk-nepuk bahu Nara.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments