A date
Because I'm A Girl'Fuyooo muat ke?' soal Nara.
'masuk jelah' kata Chanyeol lalu menolak bahu Nara agar masuk ke dalam jakuzi itu.
Sama ada muat atau tidak yang penting Nara berasa selamat kerana dia tidak perlu membuka baju pun untuk mandi jakuzi bersama-sama dengan yang lain.
Dan semuanya idea Chanyeol.
'Aigoo chanyeollie gowaeyeo~' bisik Nara lalu memandang yang lain.
'kenapa korang semua nampak sedih je?' soal Nara.
'aku ingat bolehlah berenang-berenang macam dalam MV Gangnam style tu tapi tak boleh pon' kata Kai dengan muka bosannya.
'dah bendanya kecil memang lah' kata Chen yang relaks saja.
'memang sempit aku rasa macam nak keluar je' kata D.O yang terhimpit di tengah-tengah antara Kris dan Tao yang besar dan panjang itu.
'Yeollie....aku keluar dulu k' kata Nara berbisik kepada Chanyeol yang sedang menikmati rendaman air itu~
'kenapa?' soal Chanyeol.
'aku rasa tak selesa'
'hmm okay...'
Lalu Nara pun keluar daripada jakuzi tersebut.
Kris hanya menjeling Nara yang keluar daripada bilik mandi itu. Jelingan terganggu apabila dia terasa dirinya ditolak-tolak oleh D.O yang perlukan ruang itu.
Kris hanya menjeling D.O dan turut keluar daripada jakuzi itu.
'OMO YAY!' D.O bersorak kegembiraan kerana akhirnya dia mempunyai ruang untuk berendam dengan gembiranya.
Setelah menukar baju. Nara keluar berjalan-jalan di persisiran pantai.
'Aigoo....dah lama tak relaks macam ni' bisik Nara dalam hati dia betul-betul seronok dengan angin tepi laut yang mendamaikan itu. Dia tidak perasan seseorang sedang mengekori langkahnya daripada belakang.
Agak jauh berjalan gerai-gerai yang terletak tidak jauh daripada persisiran pantai menarik perhatiannya.
Dia mendekati gerai-gerai yang menjual pelbagai barang perhiasan dan cenderamata lalu dia berdiri di hadapan sebuah gerai yang menjual aksesori perempuan. Dia memerhatikan satu hair clip berbentuk ribbon berwarna merah hati .
'Dongsaeng^^ nak beli untuk girlfriend?' soal seorang pakcik yang menjaga gerai tersebut.
'Ah? A--ni' belum sempat dia bersuara pakcik itu tolong dia pilih untuknya iaitu hairclip yang menarik perhatian sejak tadi.
'belilah yang ini....semua perempuan suka bentuk yang macam ni'
'memang aku suka tapi bukan untuk girlfriend lah' bisik Nara sambil merenung sepit rambut itu.
'Hyunil ada girlfriend?' soal orang yang mengekorinya sejak tadi orang itu memerhatikan Nara tidak jauh daripada situ.
'adik nak tak?' soal pakcik itu kepada Nara.
'ah.....saya tengok dulu' kata Nara.
'nak tengok buat apa? belilah kalau dah berkenan' suara itu menyebabkan Nara tersentak dan langsung memandang pemilik suara itu.
'Kris hyung?' soal Nara yang terkejut.
Kris hanya memandang ke arah sepit rambut yang pelbagai jenis itu.
'Ahjussi saya beli ni' kata Kris sambil mengangkat satu sepit rambut yang berbentuk bunny dan hulurkan kepada ahjussi itu.
'Okay......kamu tak nak beli?' soal pakcik itu kepada Nara.
Nara menggelengkan kepalanya.
'terima kasih sila datang lagi'
Nara dan kris pun menoleh dan berjalan terus dan tidak tahu hendak menuju ke mana.
'Nah' Tiba-tiba sahaja Kris menghulurkan beg kertas yang berisi sepit rambut bunny itu kepada Nara.
'Eo???'
'ambillah'
'neh??'
'Ambillah....bagi perempuan yang kau suka tu' kata Kris sambil letakkan sepit rambut tersebut pada tangan Nara.
'EHH??'
'Ambil je...jangan segan-segan' kata Kris sambi tersenyum kepada Nara.
Nara tunduk. Dia jadi malu pada senyuman yang jarang-jarang diberi untuk dirinya.
Baru sahaja dia mengangkat muka untuk memandang Kris sebiji bola terbang dan betu-betul terkena kepada wajah Nara.
Semua orang yang terpandang dan memandang melopong kecuali Nara yang benar-benar kesakitan pada wajahnya.
'EO' Kris bersuara dia segera mengeluarkan sapu tangannya dan menekup hidung Nara.
Serta merta kesakitan yang Nara alami hilang dan jantungnya seperti hendak tercabut apabila dia sedar kris sedang rapat dengan dirinya dan menekup hidungnya yang berdarah.
'Jom' Kris membawa Nara duduk di bangku berdekatan.
'Donggakkan kepala kau....' arah kris lalu bangun dan berlalu pergi.
Nara diam dan mengikut saja apa yang kris arahkan.
Dia tersenyum sen
Comments