Chapter 17

Yah! She My Wife! [New Version]

Chapter 17

http://www.youtube.com/watch?v=Ww4CeEaUSJA<--play!play!play!

Myungsoo POV

Aku melihat Kira baru memasuki ke kelas, simple je penampilan dia. Rambutnya dilepaskan kali ni, Cuma memakai hairband berwarna hitam.

“Amboi..perhati nampak macam setahun tak jumpa tu...” Sungyeol dan Dongho ketawa memandangku. “Banyaklah kau..” Aku menunjukkan penumbuk kepada mereka.

“Ceh! Tak nak mengaku..ni kau dah bagi tau dekat Kira, pasal petang ni??” Dongho duduk di hadapan aku. Aku menggeleng.

“La! Kenapa tak bagi tau??” Sungyeol menumbuk bahuku. “Nak buat apa?? Peliklah kau ni..” Aku memandang tajam kearah Sungyeol.

“Yelah..bagi sokongan dekat kau..baru kau semangat sikit..” Dongho menyambung, lalu hi-5 dengan Sungyeol.

“Tengoklah macam mana..” Aku menongkat dagu. “Baik kau jangan lepaskan peluang..entah-entah Minhyun sunbaenim ajak Kira nanti..baru kau rasa..” Sungyeol masih tidak berputus asa. Hati aku mula tak sedap bila Sungyeol menyebut nama Minhyun.

“Baru kau sebut pasal Minhyun sunbaenim, kau cuba tengok Kira pegang kotak apa tu...” Dongho menunjuk kearah Kira yang sedang mengaru-garu kepalanya sambil tangan memegang kotak berbentuk love.

“Aku pasti tu mesti Minhun sunbae bagi tu..sebab pagi tadi dia masuk kelas kita..” Sungyeol menyambung. Aku terus bangun lalu bergerak ke meja Kira.

“EHEM!” Kira mengalihkan pandangan kearah aku, aku memeluk badanku. “Seronok nampak..siapa bagi..” Aku memandang tajam kearah kotak tersebut. Rasa macam nak rampas saja, tapi takkan aku nak buat macam tu, gila ke apa??

“Wae...ni aku punyalah!” Dia menjelir lidahnya, aish, perangai tak berubah! “Siapa bagi?” Aku masih tidak berpuas hati, tiba-tiba Yooyoung menjawab. “Minhyun oppa..”

Minhyun? Aish! Dia ni tak boleh ke kalau tak kacau isteri orang??? Geram betul aku..bila entah nak keluar dari sekolah ni?? Aku mendekatkan muka ke telinganya, lalu membisik.

“Suka kau dapat hadiah ek? Kau ikut aku nanti lepas sekolah..” Dia menolak badanku, aku tersenyum bodoh. “Shiro!”

“Kalau macam tu..bagi aku kotak tu..”  Aku mengugutnya lalu ingin merampas kotak tersebut. “Andwae!” Dia mengeleng-geleng.

 Amboi, penting sungguh kotak tu..ei! kalau aku dapat..ish! kenapa dengan aku ni?? Sebelum aku menjadi lebih tak betul, aku memberi arahan kepadanya.

“Ok..aku tunggu kau dekat jalan balik rumah nanti..” Aku menghadiahkan senyuman kepadanya, dia buat-buat nak muntah, aku hanya ketawa melihatnya lalu bergerak ke tempatku kembali.

“Amboi! Romantikkkkkknnnnyyyyaaaa...” Sungyeol dan Dongho menjongket kening mereka. Aku hanya tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala.

Petang tersebut...

Kira POV

Aku menyimpan barang-barang ke dalam beg aku, Myungsoo, Sungyeol dan Dongho sudah lama tiada di dalam kelas, katanya ada latihan bola keranjang.

 “Kira..nah! ambil kerja sekolah untuk Myungsoo..” Chorong memberikan kertas kerja sekolah yang perlu disiapkan. “Ne..” Aku mengambil lalu meletakkan ke dalam begku.

“Chorong! Ppali...kita kena cepat!” Yooyoung menarik tangan Chorong, aku pelik. “Yah! Tunggu aku!” Aku mencekak pinggang.

“Kira..kami ada hal ni..Soohyun sunbae nak jumpa...aneyong!!” Chorong dan Yooyoung berlari keluar. Aku memandang pelik rakanku yang sudah hilang dari pandanganku.

Aku mengambil basikal lalu menuntun sehingga keluar dari kawasan sekolah. Aku imbas kembali apa yang dikatakan oleh Myungsoo.

“Ok..aku tunggu kau dekat jalan balik rumah nanti..”

Aish, apalah dia nak? Jumpa kat rumah tak boleh? Aku terus meletakkan beg ke dalam raga basikal lalu menuntun ke kawasan Myungsoo tunggu aku. Aku bergerak ke kawasan tersebut.

Kelihatan Myungsoo sedang mendengar earphonenya, pakaian sekolah telah ditukar, sekarang segak berpakaian t-shirt bola keranjang sekolah berwarna merah, berangka 7. Aku pelik lalu perlahan-lahan aku mendekatinya. Rambutnya sedikit basah dengan peluh.

“Pyontae! Yah!” Aku mencuit-cuit hujung bajunya. Dia tersedar lalu membuka earphone. “Hah! Dah sampai pun..ingat ke dah tak nak datang..kajja..” Dia menarik tanganku.

“Tapi..basikal aku...” Aku mencapai begku. “Biarkan, nanti driver umma datang ambil..dah masuk dalam kereta..” Myungsoo melepaskan tanganku. Aku pelik lalu masuk ke dalam kereta Kia Proport miliknya.

Dia menekan sebuah butang, secara automatik, kereta mula hidup. “Aigoo..kenapa boleh jadi blur ni??” Dia mendekatkan dirinya kepadaku lalu memasang tali pinggang kepadaku. “Er..gomawwo..”

“Tak ada hal...ni cuba buat muka seronok sikit, ni macam orang nak kena culik je..” Myungsoo ketawa memandangku, aku mengecilkan mata. “Yelah, entah-entah kau nak jual aku ke??”

“Banyaklah kau, kalau aku jual entah laku ke tak..” Dia mula menggerakkan kereta, tanpa disedari kereta sudah berada diatas jalan raya. Ceh! Ingat aku ni barang jualan ke?

“Ni nak ke mana ni?” Aku memyuarakan soalan yang terbuku dihati. “Just wait and see..” Dia hanya tersenyum. Apahalah dengan mamat ni? Asyik senyum saja..

http://www.youtube.com/watch?v=deBvrCvE41I<--play!play!play!
(tekan play untuk lagu untuk cerita bawah ni..^^)

"Korea High School Basketball Competition?” Aku membaca kertas rentang yang digantung di pintu masuk sebuah dewan yang Myungsoo bawa aku. Aku masih tak faham..kenapa Myungsoo bawa aku ke sini. “Erm..kajja..jom masuk..” Aku mengangguk lalu mengikutnya masuk.

Kelihatan Sungyeol dan Dongho yang sedang duduk di sebuah kerusi tersenyum sambil melambai-lambai kearah aku dan Myungsoo. Sungyeol dan Dongho memakai pakaian sama seperti Myungsoo, Cuma Sungyeol berangka 9, manakala Dongho berangka 3.

 “Woah, Kira..kau datang untuk bagi semangat dekat kitaorang ek?” Dongho tersenyum.“Eh?” Aku menggaru-garu kepalaku.

“Lah..Myungsoo tak bagi tau..?” Sungyeol menumbuk bahu Myungsoo yang sedang ralit mendengar earphone. “Yah! Bhoya??” marah Myungsoo.

“Apa punya suamilah kau ni...kita nak lawan pun tak bagi tau..” Dongho mengeleng-geleng kepalanya. “Huh? Lawan?” Aku masih blur. “Aigooya..bola keranjang sekolah kita berjaya masuk ke peringkat kebangsaan untuk lawan dengan sekolah dari serata Korea..” Sungyeol menerangkan kepadaku.

Aku tergamam, aku menjeling kearah Myungsoo yang memandang kearah lain sambil bersiul. “Yah! Kenapa tak bagi tau aku? Kau nilah..” Aku menumbuk bahunya.

“Yah! Apo[sakit]..kenapa korang suka tumbuk aku hari ni? Kalau tangan aku cedera..kalah sekolah kita..” Myungsoo mengusap-usap bahunya.

“Lagipun, Kira ssi, aku saja nak bawa kau datang sini..nanti kat rumah, duduk sorang-sorang ke...tiba-tiba teringat dekat aku ke...kalau kau datang sini, hilang rindu kau kat aku...” Myungsoo mengusik aku sambil ketawa. Sungyeol dan Dongho dah pandang semacam Myungsoo.

“Aahh..jinja, binchoso...” Aku meninggalkan Myungsoo lalu ingin bergerak ke tempat penonton, tapi aku mengalih semula kearah mereka lalu bergerak kearah Myungsoo dan rakan-rakannya berada.

“Yah! Pyontae...aja aja fighting!Sungyeol, Dongho, fighting!” Aku membuat pose fighting! Dia ketawa lalu mengangguk. Sungyeol dan Dongho mengangguk sambil membuat pose OK!.

“Araa...” Aku tersenyum puas. Tiba-tiba, terdengar ada orang berdehem. Aku mengalih, Apa? Yooyoung dan Chorong ada di sini, siap tersenyum-senyum seperti kerang busuk lagi.

“Amboi, romantiknya tengok korang..” Yooyoung dan Chorong tersenyum kearahku. Aku mencari-cari Myungsoo, dia sudah mula membuat aktiviti panaskan badan.

 “Yah! Apa korang buat kat sini? Ooo..tadi korang tipu akulah ni..” Aku menjeling tajam kearah mereka.“Ehehehe...Mianei, Kira...sebenarnya kami dah tau mereka dapat masuk ke perlawanan ni, tapi kami saja nak bagi kau dengan Myungsoo...” Aku tergamam. Jadi mereka dah taulah?

“Jadi kami buat keputusan untuk datang ke sini tanpa kau...” Chorong menjawab. “Sampai hati  korang..” Aku pura-pura merajuk.

“Alah, jangan merajuk...nanti Myungsoo tak bersemangat pula,tengok isteri dia sedih..” Yooyoung mengusik aku. “Yah! Park Yooyoung!” Aku ingin memukul Yooyoung, tapi dia bersembunyi di belakang Chorong.

“Aigoo..sudahlah tu..dah, jom ambil tempat” Chorong mengeleng-geleng kepalanya lalu menarik tangan kami berdua.

Kami mengambil tempat di barisan nombor 2. Jelas sikit, Yooyoung di sebelah kiriku, aku tengah, Chorong di sebelah kananku. “Kenapa korang tak bagi tau aku?” Aku memuncungkan mulut.

“Lah, kami ingat ke, Myungsoo bagi tau kau..” Chorong menjawab. “Tak pun, tadi baru aku tau..”. “Kalau macam tu, penat jelah, kami lari dan berlakon tadi..” Yooyoung mengeluh. Aku ketawa.

“Keundae, Kira..Minhyun oppa pun ada juga tadi..” Yooyoung menunjuk kearah Minhyun oppa yang sedang memanaskan badan bersama ahli kelab bola keranjang. “Yelah! Kan Minhyun oppa pun ahli bola keranjang..”

“Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke Korea Highschool Basketball International Competition peringkat akhir, dimana Sekolah Menengah Tinggi Gwangju akan bertembung dengan Sekolah Menengah Tinggi Kirin..perlawanan akan berlangsung dalam masa 5 minit lagi, diharap bersabar..”

“Woah..dah nak mula!” Yooyoung sudah mengeluarkan kameranya. Aku mula berdebar-debar, pandanganku jatuh kearah Myungsoo seperti sedang menenangkan diri dengan earphone, apabila mata kami bertembung, dia melambai kearah aku, aku ketawa, muka dah merah.

“Perlawanan akan bermula sekarang!” Aku memerhati kearah pasukan bola keranjang sekolah kami. Yooyoung mula mengambil gambar, manakala Chorong bersorak-sorak memanggil nama Dongho, Sungyeol, Myungsoo dan Minhyun oppa. Aigoo kawan aku sorang ni..

Author POV

Mata kedudukan sekarang seri, lagi 10 minit masa akan tamat, Kira mula berdebar. “Weh, aku rasa berdebar pula ni..” Kira mengenggam tangannya.

“Aah..dari tadi aku tengok Myungsoo ni asyik elak je pass bola ke Minhyun oppa..asal ek??” Chorong pelik, begitu juga Kira.

Sekarang ni, bola berada di pihak lawan, Myungsoo cuba untuk merampas bola tersebut, dia sudah tercungap-cungap. Dalam masa, 10 saat, bola tersebut berjaya dirampas.

Myungsoo melantun-lantun bola tersebut lalu bergerak ke jaring. Lalu, dia membuat menjaringkan bola tersebut. “Shooot!”

Kedengaran pelajar Sekolah Menegah Tinggi Kirin bersorak gembira. “Masa tamat...pemenang bola jaring tahun ini dimiliki oleh Sekolah Menengah Tinggi Kirin...tahniah!!!” Juruacara tersebut.

Kira, Yooyoung dan Chorong sudah bersorak. Myungsoo tersenyum puas. Sungyeol, Dongho serta ahli kelab bola jaring mulai mengerumuni Myungsoo lalu memeluknya, ada yang mengusap-usao kepala Myungsoo sambil mengucapkan tahniah.

Kira bergerak ke Myungsoo. “Yah! Pyontae! Jinja daebak! Chukae!!” Kira menunjukkan pose good dengan kedua-dua belah tangannya. Myungsoo tersenyum bangga sambil tangannya membalas pose Kira.

Myungsoo POV

Kini, kami berdua sudah berada di rumah. "Aigoo..penatnya.." Kira menyandarkan badannya ke sofa, aku ke dapur lalu meneguk segelas air mineral.

Tiba-tiba, Kira muncul. "Hah! oleh kerana, kau dah menang, aku nak masak untuk kau.." Kira mula memakai apron. "Woah? Jinja??" Aku mula tak sabar. "Kau nak masak apa?"

"Aku nak masak Bento dengan ddubokki..amacam??" Kira mula mengeluarkan bahan-bahan. "Yah! biar betul..kau nak masak semua tu.." Aku mula meragui, tak mungkin dahlah nak buat ddubokki pun dah rumit, ni bento pun dia nak buat.

"Betulah, dah kau pergi mandi..aku nak masak.." Aku mengangguk perlahan, lalu dengan lemah aku meninggalkan Kira, tapi sempat lagi aku curi-curi tengok Kira. Aku tengok dia masak dengan serius lalu aku bergerak ke bilikku.

Tak sabar nak rasa masakan dia. Sebelum aku masuk bilik air, aku memandang ke arah gitarku, hurm....

Heart 2 Heart Talk

RyeoKevin : Aneyong! Chappie kali ni agak panjang! hehe...
Dalshabet : Aneyonghaseyo...Dalshabet imnida!
RyeoKevin : Oh, aneyonghaseyo...Dal Shabet unnie..kali ni unnie datang untuk H2H kan?
Dalshabet : kerre...kami dtg sbb OST kali ni kami nyanyi..MR.BANG BANG...
RyeoKevin : Aah..Ryeo guna lagu unnie kali ni...
Dalshabet : Diharapkan lagu kami sesuai untuk chappie kali ni..
RyeoKevin : Tulah, sebab Ryeo suka intro dia..hehe..
Dalshabet : Aahh..

-tiba-tiba-
Sungyeol & Dongho : I'm Mr BANG BANG!
RyeoKevin & Dalshabet : =.="
Dalshabet : Memang selalu mcm ni ke?
RyeoKevin : Haha..-.- ye...
Sungyeol & Dongho : *choding sambil menyanyi lagu Mr. Bang bang*
Dalshabet : Rasanya kami ada schedule, kami out dulu, aneyong!!
RyeoKevin : Eh? *tgk Sungyeol & Dongho* Aigoo..aneyong!
-selepas DalShabet keluar-
RyeoKevin : Sungyeol! Dongho!!!
Sungyeol : Internet akan diputuskan dalam kiraan 5...
RyeoKevin : Yah! tu kerja saya!
Sungyeol : 4...
Dongho : NENENENENENENNE....:P
Sungyeol : 3....
RyeoKevin : Yah, Lee Sungyeol....
Dongho : I'm Mr. Bang Bang...
Sungyeol : 2..1..
RyeoKevin : YYYYYYYYYYAAAAAAAAAA-....
Dongho : Ma Bo-....

Sungyeol, RyeoKevin & Dongho is offline

Personal interview :

Woohyun : Readers..anda dilarang meniru gaya choding Sungyeol yer!!!
INFINITE : I'm MR. BANG BANG!
RyeoKevin : -.-" I'm gotta out of here...
Hoya : Ryeo! Ryeo!......aigoyaaa...


 


 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RyeoKevin_HyukRi
Last episode is up ! :D Did you guys enjoy it?

Comments

You must be logged in to comment
mmairah #1
Boleh tak ajarkan mcm mane NAK buat ff....sy NK buat tapi tak tahu camne.....someone help me
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 38: Hukhuk *menangis, gigit bantal* Kenapa sweet sangat. Why dh sampai ke penghujung ╥_╥
AsyiA_MiZuki
#3
Chapter 38: sweetnye..... kira ngan myungsoo
misz_dina #4
Chapter 38: Omo..sweetnyer dorang
CandyStory
#5
Chapter 36: Wow RyeoKevin ada nma saya kat H2H tuhh.... Yeoyu nk ckp nga saya~ haha... lucky lol chapter ni!
exoL_girl
#6
Chapter 37: mianne authornim sebab jadi silent readers,and daeun unnie seronok jumpa dengan awak ^_^ //walaupun hanya fanfics//heheheheh
Park_Rafa88
#7
Hai!! For the firstime saya baca ff idol lain selain EXO..Tahniah author-nim anda berjaya menyeret saya untuk membaca ff awak walaupun pada mulanya saya ingatkan cerita ni Cliche tapi bila dah baca..Wahh!! Jjjang also Daebak!! Dan anda telah membuatkan saya meminati Myungsoo ><...Thanks and keep on your effort!!
chichisakura99 #8
Chapter 38: I luv this story so much Author-nim. Myungsoor tu blh thn romantik jgk kan. Hikhik.
Ayumi_Rara #9
Chapter 39: So sweet cite nih.Tersengih sye bace.Nice story...Hope ade cite yg mcm ni lagi....
shazashazwana #10
Chapter 38: Saya suka suka suka aff nie..kyaa!!