Chapter 15

Yah! She My Wife! [New Version]
New poster! keke..amcam? tak elok betul..sorry! i'm just a amatur! hehe..enjoy reading! ^^
-RyeoKevin_HyukRi
Chapter 15

 

 

 

<--play!play!play!sad cute cat

Kira POV

Aku menolak dada Myungsoo menghalangnya dari mencium aku lagi. “Yah! Apa kau buat ni...” kemarahan aku meluap-luap. First kiss aku...

Dia memandangku dengan pemandangan yang masih tidak puas hati. “Ini akibatnya kalau kau cuba elakkan diri dari aku...” Dia memandang aku dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

Aku yang masih marah, terus berjalan meninggalkan dia. Dadaku bagaikan nak pecah. Apa yang dia buat ni...kan aku dengan dia benci antara satu sama lain.....kan?

Aku benci dia kan?

Benci.

Benci.

Benci.

Benci.

Tak. Aku. Aku. Aku. Dah. Mula. Suka. Dia. Secara automatik, air mata jatuh. Aku tak boleh simpan perasaan ni, dia takkan balas. Aku yakin hati dia...bukan milik aku...

Tiba-tiba, cuaca yang tadi cerah bertukar gelap. Aku sudah mula gelabah. ‘Dia’. ‘Dia’ dah datang.

Myungsoo POV

Aku mengusut-ngusutkan rambut, aku merengus. Kira berjalan meninggalkan aku. “Kim Myungsoo! apa kena dengan kau ni???” 

Aku mencari-cari Kira, aku berlari-lari ke taman. Mana dia ni??? Aku pandang ke langit, kilat sudah mula berbunyi. Dah gelap ni...aish, dia nilah...

“Kira! Lee Kira!” Aku memandang ke sekeliling taman. Baru sahaja, aku nak beredar, aku terdengar seseorang menangis di tepi papan gelongsor. Aku berjalan untuk melihat.

Mataku terbuka luas, apabila melihat Kira sedang menekup-nekup telinganya sambil menangis teruk. “Kira!” Aku memegang bahunya, dia terkejut. “Kira! Aku ni Myungsoo...” Kira masih lagi mengeleng-geleng.

“Pergi...aku boleh buat!..aku tak takut..pergi! Kyung oppa, tunggu Kira!” Kira menjerit-jerit, tangannya menekup telinganya. Dia takut kilat? Kyung? Siapa Kyung? Tanpa berfikir lagi, aku terus memeluknya.

“Shhh...aku ada...aku temankan kau...erm?” Aku mengusap-usap kepalanya. Topinya sudah hilang entah kemana. Dia menangis teruk di dadaku.

Aigooya, Myungsoo kau ni teruklah... aku mengambil earphoneku yang berada di dalam poket lalu menyumbat ke telinga Kira, aku membuka lagu dengan kuat agar dia tidak mendengar lagi dentuman guruh.

Kira berhenti menangis. Aku memegang tangannya, “Kajja...kita balik..” Dia mengangguk. Aku menghela nafas lega.

Author POV

Di Rumah Agam Keluarga Kim...

Puan Lee dan Encik Lee makin risau akan Kira apabila terdengar dentuman kilat. “Mana Myungsoo ni?? Kenapa tak balik lagi..manalah dia bawa Kira ni..” Puan Kim mulai risau apabila Puan Lee menceritakan kelemahan Kira.

“Sabarlah..nanti mereka balik...” Encik Kim memujuk isterinya. Baru sahaja, Encik Kim memujuk isterinya, Kira dan Myungsoo sudah masuk ke dalam rumah, dalam keadaan Myungsoo memeluk Kira yang seperti ketakutan. Puan Lee & Puan Kim terus berlari ke mereka, Kira memeluk ibunya.

“Omo! Kamu berdua tak apa-apa??” Puan Lee, memandang anaknya. “Kira-ah, kwenchana?” Puan Lee mengusap-usap kepala Kira. “Kwenchana, eomonim...dia okey lepas Myungsoo pakaikan earphone...” Myungsoo memberitahu ibu mertuanya.

Puan Lee & yang lain melepaskan keluhan lega. “Sudahlah tu, Myungsoo, bawa isteri kamu naik ke atas..” Encik Kim memberi arahan. Myungsoo mengangguk, sebelum dia melangkah naik ke tangga..

“Eomonim, abeoji..saya...” belum sempat Myungsoo habiskan ayatnya... “Arasseo..kami akan bagi tau..” Encik Lee faham bahawa Myungsoo ingin tahu perkara yang telah membuatkan Kira jadi begitu.

Kira POV

Dia datang. Guruh, Kilat. Dia datang lagi. Andwae..pergi. pergi jauh dari aku. Pergi!..tapi aku tahu aku akan hadapi ‘dia’ berseorangan.

“Kira! Aku ni Myungsoo!” Suara tu. Aku tau. Tapi, dentuman guruh buatkan aku tak kenali suara tu. Aku mengeleng-geleng, tanganku tekup ke telinga dengan erat.

Aku cuba kuatkan diri, macam aku selalu buat... “Pergi! Aku boleh buat!...aku tak takut! Pergi! Kyung oppa, tunggu Kira..” Aku menjerit-jerit, memanggil nama Kyung oppa. Tiba-tiba, aku jatuh ke pelukan seseorang. Aku memandangnya, Myungsoo! Kim Myungsoo...

“Shhh..aku ada..aku temankan kau..erm?” Dia mengusap-usap kepalaku. Aku membalas pelukannya, aku selamat, pelukan dia sama macam oppa..Kyungie oppa. Aku melepaskan tangisanku di dadanya.

Myungsoo meletakkan earphone di telingaku, lagu ‘The Chaser’ dari INFINITE berdetum kuat di telingaku. Sedikit sebanyak, ketakutan aku hilang. Aku berhenti menangis, tanganku dipegang Myungsoo.

Dia membawaku balik, setelah masuk ke rumah. Umma dan eomonim berlari kearah kami, aku terus memeluk umma.

Aku selamat. Selamat. Kyungie oppa, Kira selamat.

Myungsoo POV

Kira nyenyak tidur di atas katilku, aku menarik selimut ke dadanya. Aku memerhati mukanya lalu menguis rambut yang menutup matanya. Aku bangun lalu aku bergerak turun ke bawah.

“Macam mana Kira? Kira okey??” umma masih lagi risau akan Kira. “Erm..dia dah tidur..” aku mengambil tempat ditepi appa, berhadapan eomonim dan abeoji.

“Abeoji, kenapa Kira boleh jadi macam tu??” Aku cepat-cepat mengajukan soalan tersebut. Abeoji dan eomonim melepaskan keluhan berat.

“Macam ni, Myungsoo...sebenarnya, kami berdua ada dua orang anak, Lee Kyung dan Lee Kira...mereka berdua adalah kembar...” abeoji mengeluarkan gambar kepadaku dari dompetnya. “APA?” Aku terkejut. Abeoji dan eomonim mengangguk.Aku mengambil gambar tersebut.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_m4yc2vrMTm1r1megto4_500.jpg
(First pic : Kira & Kyung selca)
(A/N : Anggap je ni umur 13 tahun ek? kan korea matang sikit..)

Jadi, Kira ada abang? Kembar? “Jadi mana Kyung?” Aku masih lagi tak faham, apa kaitannya dengan Kira, Kyung dan ketakutan Kira dengan guruh.

“Kyung....dia...dah..tinggalkan kami..3 tahun lepas..” Eomonim menangis di bahu abeoji, begitu juga umma. Aku terkejut. “T-t-tapi...sebab apa?” Perasaan ingin tahu membuak-buak.

Abeoji menyambung cerita, aku mendengar dengan prihatin, setiap apa yang diberitahu abeoji aku mendengar dengan penuh perhatian.

 

 

 


(A/N : Lagu diatas boleh ditutup, then klik play untuk lagu ni..untuk lebih menghayati..)

Author POV

-flashback 5 tahun lepas-

“Kira! Pppali...!” Kyung memanggil-manggil adiknya yang sedang terkocoh-kocoh membawa layang-layang berwarna merah jambu.

“Opppa!!! Tunggulah!” Kira berlari-lari kearah abangnya. Mereka baru berumur 13 tahun. “Aigoo..penatlah,asyik tunggu adik je..” Kyung mencekak pinggangnya.

“Apalah, oppa ni...malaslah nak main...baik main dengan Minhyun oppa, lagi best...ada oppa sendiri pun asyik buli adik je..” Kira merajuk.

“Omo! Omo..alolololo..janganlah merajuk..okeh? nanti oppa belanja makan aiskrim..” Kyung terus mencubit pipi Kira.

Kira ketawa. “yeah! Aiskrim..lepas tu, oppa beli dekat Kira, pepero boleh??” Kira mula meminta-minta. Kyung terus mengecilkan matanya.

“Aish..arasseo..untuk Kira..apa-apa pun boleh..jom kita main layang-layang..” Kyung mengambil layang-layang yang dibawa oleh adiknya, lalu  Kyung menurunkan badannya.

“Huh? Oppa...nak buat apa ni?” Kira pelik, tangannya menggaru-garu kepalanya. “Jom, oppa bagi piggyback..” Kyung tersenyum, matanya jelas menunjukkan betapa sayangnya dia terhadap adik kembarnya.

Kira makin pellik dengan abangnya, tanpa berfikir lagi, dia terus naik ke belakang abangnya. “Kajja..kita ke taman..” Kyung membawa Kira. Kira bersorak gembira.

“Sayang, oppa..” Kira terus memeluk leher abangnya. Kyung hanya tersenyum.

----------------

“Oppa! Layang-layang dah naiklah..” Kira meloncat-loncat gembira, tangannya memegang layang-layang tersebut. “Kira..sudahlah tu, nanti terlepas pulak layang-layang tu..”

Kira ketawa, Kyung leka bermain layang-layangnya. Kira berlari-lari membawa layang-layang tersebut. Tiba-tiba, layang-layangnya tersangkut di dahan pokok yang agak tinggi.

“Oppaaa...layang-layang Kira..tersangkut..” Kira memuncungkan mulutnya, tangannya menunjuk kearah layang-layang merah jambu yang tersangkut. Kyung berlari-lari kearah adiknya.

“Biar oppa ambilkan..Kira, duduk jauh sikit..” Kira mengangguk, Kyung meloncat-loncat mengambil layang-layang Kira. Pada masa yang sama, kilat mula sambung menyambung.

“Oppa..sudahlah tu, nanti oppa buatkan dekat Kira layang-layang yang baru, erm??” Kira menarik-narik hujung baju abangnya.

 “Andwae..layang-layang ni khas oppa buatkan dekat Kira..nanti mungkin oppa tak buat dah..” nada suara Kyung mula berubah, Kira pelik. Hatinya kini sudah mula rasa lain.

Tiba-tiba, kilat menyambar pokok tersebut, lalu menyambar dahan pokok yang besar. Kyung yang nampak dahan tersebut mahu menimpa adiknya, dia berlari kearah adiknya.

“KIRRRRAAA!!! Jauh...” Kyung menolak badan Kira, dahan tersebut jatuh ke atas Kyung. Kira yang melihat darah mula keluar abangnya dari badan abangnya,  menangis teresak-esak.

“KKKKKYYYYYYYYYYYUUUUNNNGGGGGG OOOOOOOOPPPPPPPPPPPPPPPPAAAAAAAAAAAAA..” hanya jeritan Kira bergema di taman tersebut ketika itu, Kira berlari ke arah abangya lalu mencapai tangan abangnya. Orang ramai mula berhimpun walaupun hujan. “Ppanggil ambulans..ada budak tersepit...pppalli...” 

“Ki-ki-ra..o-oppa..m-min-ta ma-af..” Kyung tersenyum, darah keluar dari kepalanya. Kira mengeleng-geleng,tangan mengelap darah yang keluar dari kepala abangnya. Orang ramai yang melihat tersentuh dengan perbuatan Kira.

“N-na-nt-i, op-pa bu-atkan-..ya-ng baru, ek? K-kira, per-lu ku-at, okeyy? O-ppa, sa-yang a-dik..” Kyung mencium tangan adiknya, lalu matanya tertutup rapat.

“OO-PPAAA??” Kira menangis teresak “Ki-ta tak makan aiskrim lagi kan? Oppa...Ki-ra..sayang o-ppa..” Penglihatan Kira terus terpadam, tangannya masih memegang kejap tangan abangnya. Jelas menunjukkan dia tidak mahu berenggang dengan abang kembarnya.

 Orang ramai yang melihat ada yang sudah tidak dapat tahan tangisan mereka, lalu menjerit “PPPaaallliii...to-long..merekkaaa.....”

“Kira...sayang Kyung oppa..jangan tinggalkan Kira, erm?”

-flashback tamat-

Heart 2 Heart Talk

RyeoKevin : *masih dalam mood sedih* Sebenarnya, inilah Kira...dia mempunyai seorang abang kembar..sebab tulah, bila dia nak buat sesuatu. dia mesti fikir ibubapa dia..sebab dia tau, Encik Lee & Puan Lee dia cuma ada dia je..
Yooyoung : Sebenarnya, saya dan Chorong dah tau..cuma, kami tak sanggup bila nak cakap pasal ni...
Chorong : Mian..H2H kali ni..mungkin agak serius..
Kira : *tiba-tiba muncul* Yah! kenapa korang semua ni...nangis je??
RyeoKevin, Yooyoung & Chorong :*secara automatik lap air mata* O.O Habislah..
Kira : Huh? asal weh?? *gru kpla*
RyeoKevin : Unnie..ppali, bawa Kira unnie pergi!
Yooyoung & Chorong : Ne...*tarik Kira*
Kira : Yah! Waegurae??*mmberontak*
Yooyoung : Aigoo..jom2..kami bawa makan aiskrim..
Kira : Aikrim??? YEAAAHHHHH!!!! jomlah..lekas...*trik Yooyoung & Chorong lalu lesap dari AFF*
RyeoKevin : Huh..selamat..so, aneyong! jumpa update seterusnya! *lap air mata*

Personal interview :

http://24.media.tumblr.com/tumblr_m4ytypHkf61qeakmno5_250.jpg

RyeoKevin : So, this is one last picture of Lee Kyung...T T


 

traveler cute cat

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RyeoKevin_HyukRi
Last episode is up ! :D Did you guys enjoy it?

Comments

You must be logged in to comment
mmairah #1
Boleh tak ajarkan mcm mane NAK buat ff....sy NK buat tapi tak tahu camne.....someone help me
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 38: Hukhuk *menangis, gigit bantal* Kenapa sweet sangat. Why dh sampai ke penghujung ╥_╥
AsyiA_MiZuki
#3
Chapter 38: sweetnye..... kira ngan myungsoo
misz_dina #4
Chapter 38: Omo..sweetnyer dorang
CandyStory
#5
Chapter 36: Wow RyeoKevin ada nma saya kat H2H tuhh.... Yeoyu nk ckp nga saya~ haha... lucky lol chapter ni!
exoL_girl
#6
Chapter 37: mianne authornim sebab jadi silent readers,and daeun unnie seronok jumpa dengan awak ^_^ //walaupun hanya fanfics//heheheheh
Park_Rafa88
#7
Hai!! For the firstime saya baca ff idol lain selain EXO..Tahniah author-nim anda berjaya menyeret saya untuk membaca ff awak walaupun pada mulanya saya ingatkan cerita ni Cliche tapi bila dah baca..Wahh!! Jjjang also Daebak!! Dan anda telah membuatkan saya meminati Myungsoo ><...Thanks and keep on your effort!!
chichisakura99 #8
Chapter 38: I luv this story so much Author-nim. Myungsoor tu blh thn romantik jgk kan. Hikhik.
Ayumi_Rara #9
Chapter 39: So sweet cite nih.Tersengih sye bace.Nice story...Hope ade cite yg mcm ni lagi....
shazashazwana #10
Chapter 38: Saya suka suka suka aff nie..kyaa!!