Bab 24; Akhir

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R  2 4

B A H A G I A    Y A N G   D I G A N T  I

February 2020— Hongdae

Rana memakirkan keretanya dihadapan sebuah restoran bertemakan makanan China yang popular dikalangan penduduk Hongdae. Rana tersenyum. Ini pertama kalinya dia melawat tempat kerja Taehyung. Sengaja dia ingin buat kejutan untuk Taehyung waktu itu.

Dalam masa yang sama Taehyung sedang mengisi mangkuk-mangkuk jajjangmyeon ke dalam bakul untuk dihantar. Topi keledar siap dikepala menanti masa untuk pergi. Tiba-tiba pintu kedai dibuka beserta bunyi loceng menandakan adanya pelanggan yang hadir.

“Selamat da…” Terbeliak mata Taehyung melihat ‘pelanggan’ yang satu itu.

“…Rana?” Taehyung agak gemuruh tatkala Rana disitu. Taehyung memandang kiri dan kanan gelisah seperti ada yang tidak kena.

Rana berdiri dihadapan Taehyung lalu melemparkan senyuman manisnya.

“Sayang…” Tegur Rana mendekati tubuh Taehyung yang masih terpaku dengan kehadirannya.

“Awak buat apa dekat sini?” Tanya Taehyung.

“Saya datang nak tengok tempat kerja tunang saya lah. First time saya datang sini. Awak tak pernah ajak saya kesini. Last last saya yang kena datang sendiri. Lagipun saya boleh lunch sekali disini, kan?” Ujar Rana membuatkan Taehyung semakin gelisah.

“…err, ya…”

Rana melihat bakul yang berisi makanan-makanan yang dipesan.

“awak nak pergi delivery ke?” Tanya Rana. Taehyung mengangguk.

“Sayang, awak duduk dulu, ya. Order makanan dulu. Lepas saya habis delivery ni saya datang semula.” Balas Taehyung sambil menarik tangan Rana ke sebuah meja. Rana duduk seperti yang diarah.

 

Tiba-tiba—

“BOS! BOS!” Suara seorang lelaki muda asal China yang bekerja sambilan di restoran itu. Namanya— Chenle.

Taehyung tersentak mendengar suara itu yang seperti memangil dirinya. Taehyung tidak peduli panggilan Chenle. Dirinya masih berdiri dihadapan Rana yang hadir mengejut. Chenle semakin menghampiri Taehyung lalu—

“BOS!” Chenle memegang bahu Taehyung. Kali ini Taehyung tidak dapat lari lagi. Dia segera memalingkan badannya kepada Chenle.

“Kalau bos ada tetamu, saya boleh buat delivery ini. Saya dah ada lesen! Bos jangan risau!” Kata Chenle dengan lurus sekali.

“…er… Ch…Chenle…” Taehyung cuba menarik Chenle menjauhi Rana. Namun, Rana lebih bijak menangkap apa yang didengarinya.

Rana berdiri memandang Taehyung dan Chenle yang sedang berbisik sesuatu.

“Bos?” Tanya Rana.

Taehyung dan Chenle serentak memandang Rana.

“Bos, tak baik tinggalkan tunang bos seorang diri. Er… maaf tunang bos, bos ni memang suka buat kerja pekerja dia. Dia susah nak duduk di restoran. Bos saya suka delivery!” Kata Chenle dengan girang sekali.

“Jadi… awak bukan runner kedai ni… awak...”

“Sayang…” Perlahan suara Taehyung cuba mengatakan sesuatu.

“…awak tipu saya ke?”

“Sayang…”

Rana mengambil beg tangannya lalu berlalu pergi dari situ. Taehyung ingin mengejar Rana. Dia menanggalkan topi keledarnya terlebih dahulu lalu diberikan pada Chenle. Sempat dia menyerahkan kunci motorsikal pada Chenle. Selepas itu, dia bergegas berlari mengejar Rana.

“Aku ada salah cakap ke?” Chenle bertanya pada dirinya sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

 

 

 

“Sayang, tunggu!” Taehyung sempat mencapai pergelangan tangan Rana lalu ditariknya membuatkan Rana automatik menghadap wajah Taehyung.

“Sampai hati awak tipu saya…”

“Saya memang nak beritahu awak, sayang. Saya memang nak bawa awak datang restoran saya malam ni dan beritahu semuanya. Tapi awak dulu yang datang. Saya tak bermaksud pun. Saya minta maaf…” Laju Taehyung menjelaskan segalanya.

“Jadi betul lah awak… bos…” kata Rana perlahan.

“Selepas saya dibebaskan, saya datang ke restoran ni, pemilik tu masih mengenali saya dan mengambil saya bekerja walaupun saya berstatus banduan. Selepas enam bulan, dia serahkan restoran ni pada saya untuk saya uruskan sebab dia dah tiada anak dan dia percayakan saya.” Balas Taehyung.

Rana terdiam setelah mendengar penjelasan Taehyung.

“Sorry…” Perlahan suara Rana meminta maaf.

“Awak tak happy ke?” Tanya Taehyung.

“Happy lah! Siapa je tak happy bila tunang dia jadi pengurus restoran.” Jawab Rana dengan sisa cebik dibibirnya. Taehyung ketawa kecil.

Taehyung menarik Rana kedalam pelukannya selama beberapa saat.

“Kan saya dah janji. Saya akan jadi seorang Taehyung lebih baik dari yang dulu… Sudah-sudah, awak kata awak nak makan, kan? Jom.” Taehyung memimpin tangan Rana kembali ke restorannya. Rana hanya menuruti.

.

.

.

March 2020 - Dewan Banquet—

Kehadiran para tetamu kedalam dewan pada pagi itu semakin membuatkan Hanbin berasa gementar. Hari itu merupakan hari terpenting sekali dalam hidupnya. Hari yang menyatukan dia dan orang dicintainya. Hanbin membuka sarung tangan bewarna putih kerana peluh yang menyelubungi tubuhnya.

“Hanbin-hyung!” Hanbin mengangkat kepalanya setelah mendengari suara yang sangat dikenalinya itu.

Hanbin tersenyum lebar melihat dua sahabatnya, Yoongi dan Seungkwan. Seungkwang melambaikan tangannya agar dapat dilihat Hanbin. Hanbin menghampiri mereka.

“Hyung, saya dah sedia nak jadi pengacara majlis hyung hari ni.” Kata Seungkwan.

“Baguslah. Mana partner kau? Tak kan nak jadi pengacara seorang diri.” Hanbin melihat sekeliling .

“Tak payah nak mencari. Yoongi-hyung lah partner saya!” Jawab Seungkwan dengan ceria sekali.

“Yoongi?!”

Terbeliak mata Hanbin mendengar kata-kata Seungkwan. Mana taknya, Yoongi bukannya orang yang disangka akan mengacara sebuah majlis kerana riak wajahnya yang agak bengis dan kurang senyum itu.

“Tak payah nak terkejut sangat lah. Aku terima sebab aku dah rimas asyik kena pujuk tujuh hari tujuh malam!” Yoongi memerli Seungkwan.

“Saya dah buat keputusan, Yoongi-hyung akan jadi partner saya selamanya!” Jerit Seungkwan.

“Hoi! Jangan mengarut! Aku lurus lagi lah! Aku suka perempuan!” Balas Yoongi.

“Bukan tu lah maksud saya…”

Hanbin tersenyum sendiri. Begitulah dua orang rakannya itu, dalam usikan ada rasa sayangnya. Meski Yoongi selalu memarahi dan mengusik Seungkwan, Yoongi juga lah orang yang sentiasa dicari oleh Seungkwan untuk meminta pertolongan. Mesti Seungkwan sentiasa dilayan dengan tidak baik oleh Yoongi, namun Yoongi tidak pernah berhenti menyokong apa saja yang Seungkwan lakukan.

Hanbin teringat seseorang. Dia memalingkan wajahnya kearah pintu dewan. Rasanya… dia datang tak ke majlis perkahwinan aku ni…

.

.

.

Rumah Taehyung & Rana—

 “Taehyung, please…”

“Tak nak lah. Awak nak pergi, awak pergilah. Awak boleh bawa kereta saya tu.” Balas Taehyung sambil membalut perkakas dapur dengan surat khabar sebelum dimasukkan kedalam kotak besar.

Rana mencebik, namun dia tidak mengalah. Rana menghampiri Taehyung lalu dipeluknya dari belakang. Taehyung tersentak.

“Sayang… saya tahu awak masih ma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...