Bab 19;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R   1 9

H I L A N G   H O R M A T

Disember 2017- Hospital Gangnam

Rana berjalan menuju ke bilik rawatan Taehyung. Sudah hampir lima hari Taehyung koma akibat ditembak oleh pihak polis. Rana tidak pernah terlihat tenang mengenangkan Taehyung yang sedang koma. Sejak hari itu, dialah yang berada disamping Taehyung walaupun sudah dihalang berkali-kali oleh orang tuanya.

Pagi itu, Rana melihat ramai polis berada dihadapan bilik rawatan Taehyung. Pelik. Namun Rana membiarkan saja keraguannya. Dia membuka pintu bilik itu terlihat seorang doktor sedang berbual dengan pegawai Polis. Rana memandang kearah katil tempat Taehyung berbaring namun ianya… kosong!

“Doktor! Mana Taehyung?!” Rana yang cuak segera bertanya pada Doktor Song Joong Ki yang bertanggungjawab merawat Taehyung sepanjang komanya.

“Encik Taehyung sudah sedarkan diri pada jam lima pagi tadi tetapi pihak polis berkata dia perlu diberkas serta merta jadi dia sudah dibawa ke balai polis” Jawabnya.

“Apa?! Tapi dia baru saja sedar, Doktor!” Jawapan Doktor Song sangat memeranjatkan Rana.

“Luka Encik Taehyung sudah pulih sepanjang dia berada didalam koma. Kami sudah memeriksa tubuhnya sebelum dia pergi. Pihak Perubatan Polis akan memantau keadaan kesihatan Encik Taehyung selepas ini. Jadi, dia sudah bukan lagi dibawah tanggungan kami.” Terang Doktor Song lagi.

Rana tidak dapat menahan sedihnya. Dia ingin berjumpa dengan Taehyung. itu sahaja permintaannya. Rana terus berlari keluar dari bilik itu dah berjumpa dengan Hanbin yang baru sahaja tiba.

“Hanbin! Saya dah beritahu awak banyak kali! Taehyung tidak pernah menyakiti saya langsung! Kenapa awak perlu tangkap dia!! Kenapa?!” Rana menggarap jaket hitam yang dipakai Hanbin.

“Apa awak cakap ni, Rana?” Hanbin pelik dengan kelakuan Rana.

“Taehyung dah dibawa ke balai polis! Lepaskan Taehyung! Dia tak bersalah!” Rana akhirnya mengalirkan air mata. Hanbin juga terkejut dengan kata-kata Rana waktu itu. dia sendiri tidak tahu yang Taehyung sudah dibawa ke balai polis.

“Sabar, Rana. Saya akan bantu Taehyung. ” Jawab Hanbin. Dia meninggalkan Rana lalu segera pergi ke balai polis. Hanbin juga ingin berjumpa dengan Taehyung. Dia sudah berdosa pada lelaki itu.

.

.

.

.

Hanbin mencari semua pegawai polis yang bertugas terhadap kes Taehyung waktu itu. Hampir segala pertanyaan dilemparkan akhirnya pertanyaan terjawab. Rupanya, ibu bapa Rana yang telah mendakwa Taehyung kerana menculik Rana. Hanbin tergamam.

Hanbin tampak buntu. Bagaimana dia ingin membantu Taehyung? Tiba-tiba matanya terpandang dua orang pegawai polis yang sedang mengiringi Taehyung ke bilik Reman. Cepat-cepat Taehyung pergi menghampiri Taehyung.

“Nanti!” Jerit Hanbin.

Kedua-dua polis itu memandang kearah Hanbin kecuali Taehyung. Taehyung mengangkat kelopak matanya sedikit selepas mengecam suara milik Hanbin. Hanbin menghampiri tubuh Taehyung.

“Taehyung-ah. Aku…” Hanbin cuba memberanikan dirinya, merendahkan egonya ketika berhadapan dengan Taehyung. Namun Taehyung sedikit pun tidak menoleh kepalanya kearah Hanbin.

“Ini yang kau nak. Sehingga ke hari ini, aku masih lagi tewas ditangan kau. Aku tak ada apa lagi nak bercakap dengan kau. Aku benci…” kata Taehyung dengan nada perlahan dan lemah.

“Aku minta maaf…” Segera Hanbin memotong kata-kata Taehyung. Taehyung terkedu mendengar kata-kata itu. Tangannya dan bibirnya menggigil menahan tangisannya.

Hanbin melutut dihadapan Taehyung. Tangannya mencapai hujung pakaian Taehyung dikaki. Air mata Hanbin mula membanjiri pipinya.

“Maafkan aku, Taehyung! Maafkan aku!!” Suara serak Hanbin meruntuh hati Taehyung saat itu. Namun, matanya masih berat memandang wajah Hanbin disisi kakinya. Benci masih ada.

“Selepas sepuluh tahun aku simpan dendam aku cuma untuk dengar kata-kata tu... aku tak perlu bunuh kau, Hanbin. Aku tak perlu bunuh keluarga kau untuk balas semua kelakuan kau. Sebab aku tahu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...