Bab 11;
Childhood SniperC H A P T E R 1 1
M E M I L I H U N T U K T I D A K P E R G I
Jun 2002
Semua pelajar tahun akhir sekolah rendah berjalan secara bekumpulan menuju ke gelanggang bola keranjang yang tidak jauh dari kelas mereka. Sempena dengan hari terakhir mereka, mereka akan mengambil gambar kenangan sebelum menamatkan hari terakhir mereka di sekolah itu.
BUK!
“Ak!” Taehyung mengaduh apabila bahunya dilanggar oleh salah seorang rakan sekelas mereka, Sehun. Mujur saja lelaki itu tidak terjatuh kerana sempat memaut pada lengan Hanbin.
“Woi! buta ke?!” Teriak Hanbin kearah Sehun. Taehyung sempat menghalang Hanbin dari bertindak melampau. “Biarlah dia. Sikit je pun.” Kata Taehyung.
Hanbin tidak berkata apa-apa lagi. Mereka meneruskan langkah menuju ke gelanggang bola keranjang.
Setibanya di sana—
“Baiklah, semua ambil tempat masing-masing, ya. Lelaki berdiri di belakang. Perempuan di hadapan.” Perintah Cikgu Yoona sebagai guru kelas mereka. Bergegas semua mengambil posisi masing-masing.
“Taehyung-ah, jom berdiri tengah-tengah, nak?”
“Jom!” Jawab Taehyung dengan riang. Lalu mereka berjalan beriringan menuju ke bahagian tengah gambar.
DUSHH! Sehun menolak Taehyung dari tempat itu. “Tepilah! Kau tak layak berdiri dekat sini. Kau tak sedar ke kau tu dah lah kotor. Buat rosak gambar saja! Pergi hujung sana!” Sehun berkata dengan lancang sekali.
Taehyung berdiam. Dia sudah biasa dilayan begitu. Namun tidak Hanbin. Dia sudah muak melihat Taehyung dilayan dengan sangat berbeza hanya kerana darjat keluarganya.
“Kau ni kenapa, hah?! Kenapa kau tak puas hati sangat dengan Taehyung?!” Marah Hanbin sambil menunjal bahu Sehun. Sehun tergamam. Hampir saja penumbuk tangannya itu diangkat namun sempat dihalang oleh Cikgu Yoona.
“Sudah-sudah! Hari ni kan hari terakhir kamu semua di sekolah ni, takkan nak bergaduh juga?!” Cikgu Yoona berang dengan sikap pelajar-pelajarnya itu.
Hanbin menarik tangan Taehyung lalu menarik sahabatnya itu untuk berdiri dihujung sekali.
“Hanbin, kau pergilah berdiri ditengah sana. Kau kan..” Ujar Taehyung perlahan.
“Taknak. Kau dah lupa apa aku cakap? Kita tak ada beza pun. Semuanya sama. Berdirilah kat mana sekalipun, aku ada dekat dengan kau.” Balas Hanbin.
Taehyung tersenyum.
1 2 3! CHAKAAK! Dan pada hari itu berakhirlah zaman persekolahan rendah mereka juga sekaligus menamatkan zaman kanak-kanak dua sahabat itu.
///
Jun 2017
Gambar kelas yang bertarikh ‘Jun 2001’ ditatap oleh Rana dengan penuh persoalan dikepala. Gambar itu tepat diambil 16 tahun lalu. Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangan selain dari dua susuk lelaki yang dikenalinya itu. Rana meletakkan semula gambar itu. dia sudah berjanji untuk tidak mengusiknya.
Rana kembali mengemas rumah kecil itu dimana semua tempat berhabuk seolah-olah tidak bernah berusik, kecuali remote control televisyen membuatkan Rana yakin Taehyung pasti sentiasa menonton televisyen.
Selepas beberapa minit akhirnya ruang tamu dan dapur rumah itu siap dibersihkannya. Rana tersenyum berpuas hati! Sudah lama dia tidak melakukan kerja itu. Maklumlah, kerja-kerja dirumah dilakukan orang gajinya.
Walaupun rumah itu kelihatan kecil tetapi sangat selesa bagi Rana. Tiba-tiba pintu rumah itu dibuka. Cepat-cepat Rana menuju ke pintu rumah itu. Tepat sekali tekaannya, Taehyung sudah pulang.
“Selamat pulang!” Sapa Rana dengan senyuman. Terkejut Taehyung dibuatnya. Dia hampir lupa kehadiran Rana dirumah itu. Lagipun sejak dia tinggal disitu, ini adalah kali pertama kepulangannya disambut.
Taehyung tidak tahu reaksi apa yang dia perlu tunjukkan pada Rana. Tanpa senyuman, Taehyung terus menanggalkan kasutnya lalu menuju ke dapur kecil mereka. Rana tetap bersahaja. Dia tahu perangai Taehyung bagaimana.
Tiba-tiba Taehyung terpandang ruang tamunya yang bersih dari yang biasa. Dia memandang Rana semula. “Kau kemas semua ni? Seorang?”
Rana mengangguk sambil tersenyum. Taehyung kalah. Senyuman Rana itu mencucuk-cucuk hatinya bagai panahan sang cupid.
“Awak beli apa ni?” Tanya Rana sambil membelek barangan dalam plastik putih yang dibawa pulang Taehyung sebentar tadi.
“Bahan-bahan…”
“Awak nak saya masak ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal kalau tak saya…”
“Aku masak.”
Rana terpaku. Biar betul. Wajah Taehyung yang bersahaja sambil mengeluarkan bahan-bahan dari plastik itu diperhatikan Rana. Agak berkerut sedikit dahinya.
Comments