Bab 18;
Childhood SniperC H A P T E R 1 8
S E L A M A T T I N G G A L , A N A K
April 2007
Seperti malam-malam yang sebelumnya, aku masih tidak dapat menutup mataku. Sejak aku mengetahui bahawa ada nyawa yang menumpang dalam tubuhku, duniaku terus berubah. Benar kata Taehyung, aku terlalu mencintai Hanbin dan kerana cinta itu, aku leka. Hanbin yang kacak, baik hati dan menghormati orang tua, semua itu membuatkan aku mencintai dirinya sepenuh hati aku. Tapi aku terlupa, apakah dia juga mencintai aku?
Aku sangka aku juga dicintai, tapi tidak.
Ibu dan ayah aku terlebih dahulu mengetahui tentang kehamilan aku. Semestinya mereka kecewa dengan berita itu. Anak gadis yang dibelai dari kecil, baik dihadapan mata, namun sebaliknya aku kotor. Aku mungkin bertuah punya orang tua yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Sebelum itu, aku sudah bersedia jika dihalau dari rumah, atau dihentam habis-habisan. Aku mati-matian mohon kepada mereka untuk tidak beritahu perkara ini pada Taehyung. Aku takut Hanbin diapa-apakan.
Kerana aku mencintainya.
Pada hari aku memberitahu perihal anak ini pada Hanbin, Hanbin dengan lancang mengatakan bahawa dia tidak mahu bertanggungjawab. Aku teringat lagi kata-katanya.
“Kalau kau beritahu semua orang yang aku hamilkan kau, kau mati!” Kata Hanbin lalu pergi.
Sekelip mata saja, Hanbin menjadi bukan Hanbin yang aku kenal. Namun aku tahu alasannya walaupun dia tidak katakan. Keluarga! Keluarganya yang agak berpengaruh di kampung ini, keluarga yang mempunyai nama baik. Nampaklah, Hanbin tidak mahu nama keluarganya terjejas. Tetapi keluarga aku bagaimana?
Dicemuh.
Aku tahu, bukan selamanya aku boleh rahsiakan kehamilan aku ini daripada Taehyung. Saat Taehyung memaksa aku untuk menceritakan segalanya, aku jadi takut. Namun aku masih berterus terang padanya. Terus saja, Taehyung pergi tanpa berkata apa-apa.
Dia juga kecewa. Aku tahu.
Kerana aku, persahabatan mereka hancur. Aku teringat lagi saat-saat tawa gembira Taehyung dan Hanbin yang buat aku percaya bahawa tiada apa dapat memisahkan mereka. Namun aku, aku yang memisahkan mereka. Aku lihat sendiri dengan mataku, Taehyung
Comments