Bab 17;
Childhood SniperC H A P T E R 1 7
P E N G A K U A N Y A N G I K H L A S
Aku dah agak yang kau sebenarnya tak cintakan Taeyeon pun! Kau cuma nak mempermainkan dia! Tak guna!
Suara tangisan Taehyung sepuluh tahun yang lalu terngiang-ngiang ditelinga Hanbin tatkala melihat sekeping gambar Taehyung dan dirinya. Betapa hatinya tersentuh melihat gambar sewaktu mereka kecil itu masih disimpan baik oleh Taehyung.
“Inspektor!” Suara Yoongi yang memanggilnya waktu itu mematikan lamunannya. Cepat-cepat Hanbin menyorokkan gambar-gambar itu dari kelihatan oleh orang lain. Yoongi melihat Hanbin dengan pelik sekali.
“Ada apa-apa yang kau jumpa?” Tanya Hanbin.
“Tiada, Inspektor. Tak ada langsung bukti-bukti mangsa didera atau disakiti. Kami menjumpai beberapa kepingan gambar mangsa dan penculik tapi masih tiada satu pun boleh dijadikan bukti.” Jelas Yoongi.
Hanbin sudah agak perkara itu. Namun mustahil baginya untuk menerima hakikat bahawa Taehyung itu langsung tidak mengapa-apakan Rana.
“Kalau begitu, kita tinggalkan saja rumah ni.” Balas Hanbin.
“Baik, Tuan.” Yoongi menganggukkan kepala.
.
.
.
November 2017 - Hospital Gangnam
Malam itu suasana suram dan dingin di sepanjang koridor unit kecemasan. Beberapa orang doktor dan pegawai kesihatan keluar dan masuk dari sebuah bilik yang dikawal oleh dua orang polis. Rana keseorang disitu. Duduk diatas kerusi betul-betul dihadapan pintu bilik kecemasan tempat Taehyung dirawat.
Tangannya digenggam dek menggigil kerana kesejukkan ditambah pula dengan hati yang tidak tenang. Air matanya mengalir tidak henti memikirkan keadaan Taehyung waktu itu. Benar. Hanya Taehyung difikirannya. Awak kuat… awak kuat, Kim Taehyung.
Tanpa Rana sedari, seorang lelaki menghampirinya, duduk disebelahnya sambil menghadap dirinya. Lelaki itu datang bersama seorang wanita yang dia yakin wanita itu seorang polis seperti Hanbin.
“Rana.” Panggil Hanbin. Rana tidak menjawab panggilan itu. Dia hanya berdiam diri.
“Saya perlu bawa awak ke balai untuk siasatan. ibu ayah awak pun dalam perjalanan ke sana.” Kata Hanbin lagi.
“Siasatan? siasatan apa? Saya perlu ada disini. Saya nak temankan Taehyung.” Perlahan saja bait-bait itu diucapkan. Pandangan kosong Rana masih terhadap lantai tidak berubah dari awal.
“Tapi Rana…”
SSUP! Rana mengangkat kepalanya memandang kewajah Hanbin disebelahnya. Terkejut Hanbin dibuatnnya. Tidak pernah dia melihat Rana begitu. Momo yang tidak jauh dari situ hanya mendengar perbualan mereka.
“Awak tak faham ke? Saya kata, saya nak duduk sini. Keterangan apa yang awak perlukan? Taehyung tidak pernah menyakiti saya. Sikit pun dia tak pernah apa-apakan saya. Kadang-kadang buat saya terfikir, saya lebih bahagia tinggal bersama dia dirumah kecil itu daripada diluar ini yang mana orang-orangnya lebih menyakitkan saya. Awak tak tahu… saya tak boleh hidup tanpa Taehyung.” Ujar Rana dalam tangisan sedu sedannya.
Kata-kata itu menusuk terus kedalam hati Hanbin. Hanbin menundukkan kepalanya memikirkan sesuatu. Taehyung benar-benar sudah membuatkan Rana mencintai dirinya. Hanbin seperti ingin meluahkan sesuatu. Dia mengetapkan bibirnya. Matanya mula bergenang dengan air mata.
“Kenapa Hanbin? Ada apa-apa yang awak nak beritahu saya?” Tanya Rana semasa menunggu kata-kata dari Hanbin.
“Tae… Taehyung mesti selalu burukkan saya… pada awak, kan?” Hanbin sedikit tergagap. Rana masih memandang Hanbin yang tertunduk ke lantai sambil kedua tangannya ditongkatkan ke pehanya.
“Tak. Dia tak pernah burukkan awak. Dia tunjuk pada saya gambar awak dan dia sewaktu di sekolah. Dia kata pada saya waktu itu awak dan dia sangat rapat. Taehyung kata dia rindukan saat-saat itu. Saya tak tahu apa yang berlaku antara awak berdua. Meskipun awak yakin Taehyung bencikan awak, hakikatnya dia terlalu sayangkan awak sehinggakan dia tak boleh terima perbuatan awak.” Jelas Rana.
Mendengar saja kata-kata itu Hanbin tewas dengan emosinya. Dia menangis. Seluruh tubuhnya lemah. Jiwanya juga lemah. Berkali-kali Hanbin mengusap air matanya sendiri. Tiba-tiba Hanbin melutut dihadapan Rana. Kedua-dua lututnya bertemu lantai. Rana terkejut. Apatah lagi Momo. Air mata lelaki itu masih mengalir.
“Se… sebernarnya… sepuluh tahun lalu saya… saya… saya menghamilkan Taeyeon. Taeyeon adik kepada Taehyung. Saya hamilkan dia!” Hanbin mengaku semuannya.
Betapa terkejut Rana juga Momo saat itu. Rana tidak menyangka semua itu. Momo menahan dirinya dari terjatuh. Sungguh dia tidak menyangka perbuatan teman lelakinya itu. Bibirnya mengigil menahan air matanya.
“A…apa awak ca… cakap? Be… betul ke, Hanbin?” Tanya Rana. Hanbin menganggukkan kepalanya perlahan.
“…semuanya bermula… dari situ…”
FLASHBACK START
Februari 2007 – Sekolah Menengah Chunpyeong
Taehyung puas mencari hanbin seluruh pelusuk sekolah itu namun tidak dijumpa. Taehyung tidak mengalah lalu meneruskan langkahnya sehinggalah kelibat lelaki itu berada dihadapannya matanya. Hanbin yang bersuka ria ketawa terbahak-bahak bersama rakan baharunya.
Taehyung tidak menunggu lama lagi. Dia menghampiri Hanbin lalu menolak Hanbin masuk kedalam kelas yang kosong. Taehyung mengunci pintu kelas itu.
“Apa masalah kau ni?!” Jerit Hanbin kepada Taehyung.
“Kau tu yang masalah! Kau jangan buat-buat tak tahu, Hanbin! Kau kena bertanggungjawab keatas Taeyeon! Kau yang hamilkan dia!!” Marah Taehyung sambil menolak bahu Hanbin membuatkan Hanbin terduduk diatas meja.
“Aku tak nak! Taeyeon sendiri yang merelakan diri! Dia kata dia sanggup buat apa saja untuk aku!” Hanbin cuba membelakan dirinya.
“Tapi tak bermakna kau boleh menghamilkan dia! Kalau kau betul cintakan dia kenapa kau tak nak bertanggungjawab?!”
“Sebab aku tak cintakan dia lah! Aku saja yang kasihan melihat dia terhegeh-hegeh kat aku! Minta cinta dari aku macam minta sedekah!” Kata Hanbin dengan penuh rasa bongkak dalam diri. Taehyung terkedu. Dia tidak menyangka Hanbin mengeluarkan
Comments