Bab 16;
Childhood SniperC H A P T E R 1 6
J U M P A !
September 2006 - Sekolah Menengah Chunpyeong
Sejak dua menjak ini, hubungan Hanbin dan Taehyung sudah semakin renggang. Taehyung tak faham. Dia sentiasa menegur Hanbin seperti biasa tetapi gayanya Hanbin yang menjauhkan diri darinya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Taehyung berjalan seorang diri di koridor bangunan itu menuju ke sekolahnya dengan buku-buku yang baru sahaja diambil dari bilik guru. Seperti biasa, koridor tingkat tiga itu memang dipenuhi dengan pelajar pada waktu rehat sebegini. Terutama sekali kelibat-kelibat pelajar perempuan yang gemar berkumpul dan bergossip.
Taehyung memang tidak peduli dengan semua itu sehinggalah telinganya menangkap sesuatu—
“Tengok lah Taeyeon tu. Sejak bercinta dengan Hanbin ni, memang melekat je dengan Hanbin.” Kata salah seorang pelajar perempuan bernama Yeri. Dia dan sahabatnya lima sekumpulan sedang berdiri sambil melihat kearah padang kawad.
Langkahnya terhenti dek terdengar nama Taeyeon—
“Betul tu! aku rasa Taeyeon tu betul-betul tak malu. Terhegeh-hegeh pada si Hanbin.”
“Sampai sekarang aku tak percaya yang dia orang dah bercinta.”
Taehyung sudah tidak dapat tahan dengan rasa ingin tahunya. Taehyung memberanikan diri menghampiri sekumpulan pelajar perempuan tersebut.
“Apa kau orang cakap ni?” Tanya Taehyung.
Mereka terus memalingkan wajah memandang kearah Taehyung.
“Tak kan kau tahu, Taehyung?” Tanya Seulgi.
“Tahu apa?”
“Kembar kau, Taeyeon bercinta dengan kawan baik kau sendiri, Hanbin. Satu sekolah dah tahu. Takkan kau tak tahu?”
Taehyung terpaku—Matanya berkelip mulutnya sedikit terbuka. Dia seakan tidak percaya. Mengapa dia perlu dengar dari orang lain? Hanbin dan Taeyeon keduanya orang terdekat dia, kenapa dia tidak tahu?
Taehyung melangkah satu langkah kehadapan melihat kearah padang kawad. Benarlah apa yang dia lihat. Taeyeon sedang memberi minuman pada Hanbin. Wajah Taeyeon sangat gembira waktu itu. mereka memang seperti pasangan kekasih.
.
.
.
Taehyung menuruni anak tangga dengan pantas sekali. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak dengar sendiri dari Taeyeon dan Hanbin. Dia berasa tidak adil kerana dipulaukan oleh Hanbin sebegini.
Setibanya di anak tangga yang terakhir, mereka terserempak. Di hadapan mata Taehyung kini, sahabatnya, Hanbin dan adiknya, Taeyeon— sedang berpegangan tangan. Taehyung nampak itu. Hanbin dan Taeyeon sangat terkejut melihat Taehyung dihadapan mata mereka. Mereka memandang antara satu sama lain.
Hanbin menghampiri Taeyeon lalu menarik tangan adiknya itu.
“Ikut Taehyung sekejap.” Katanya. Pegangan tangan mereka terlerai. Taeyeon dan Hanbin tersentak. Tiba-tiba Hanbin juga menarik tangan Taeyeon.
“Cakap saja disini.” Ujar Hanbin kepada Taehyung. Kini Taeyeon berada diantara dua sahabat itu. Taehyung memandang wajah Hanbin dengan serius. Begitu juga Hanbin.
Taeyeon melihat kedua-dua lelaki itu bergilir-gilir. Dia tidak tahu apa yang dimarahkan Taehyung waktu itu tetapi dia tahu Taehyung sedang tidak berpuas hati.
“Pergi naik kelas, Taeyeon.”
“T..Tapi…”
“Taehyung kata pergi, pergilah.” Balas Taehyung dengan dingin sekali. Taeyeon sempat memandang kearah Hanbin sebelum Hanbin memberi isyarat padanya untuk pergi. Taeyeon menapak selangkah kebelakan lalu pergi meninggalkan dua lelaki itu.
Kini hanya tinggal mereka berdua—
“kenapa aku tak tahu?” Tanya Taehyung.
“Untuk apa? Untuk pisahkan aku dan Taeyeon?”
Taehyung terkedu.
“Apa kau cakap ni? Kenapa pula aku nak pisahkan kau dan Taeyeon. Taeyeon adik aku, kau kawan aku!” Balas Taehyung.
“Ah! Sudahlah, Taehyung! kau ingat aku tak tahu ke dari kecil kau memang tak suka aku bersama Taeyeon. Kau tak suka untuk terima hakikat yang Taeyeon sukakan aku. Disebabkan itu juga aku simpan perasaan aku!” Hanbin sedikit meninggikan suaranya. Taehyung tidak menyangka Hanbin akan berkata begitu dihadapannya.
“Apa maksud kau?” Taehyung cuba untuk mendengar lagi.
“Gara-gara kau sahabat aku, aku halang diri aku sendiri untuk sukakan Taeyeon! Walaupun kau sendiri nampak betapa Taeyeon mencintai aku! Setiap kali aku bercakap tentang Taeyeon, pasti kau akan tukar topik! Sejak Taeyeon kena tangkap gara-gara aku, kau semakin menjauhkan Taeyeon dari aku!” Luah Hanbin. Dirinya puas! Sangat puas! Apa yang dia pendam selama ini semuanya sudah dikeluarkan.
“Aku… aku tak tahu yang kau…” Suara Taehyung perlahan.
“Apa?! Yang aku juga sukakan Taeyeon? Sebab kau tak beri aku peluang langsung untuk aku mengatakannya! Kau sibuk menjadi seorang abang yang mengongkong adiknya!” Hanbin meninggikan suaranya dihujung kata-kata.
Taehyung semakin terkedu. Matanya membulat menatap wajah sahabat dihadapannya. Dia akhirnya tahu perasaan Hanbin selama ini. Taehyung menelain air liurnya sebelum menyusun kata-kata.
“Jadi sebab itu kau menjauhkan diri aku sekarang?” Tanya Taehyung.
“Kalau itu yang kau rasa, aku tak akan katakan ‘tidak’.” Balas Hanbin sebelum meninggalkan Taehyung berseorangan disitu.
Keadaan menjadi senyap. Taehyung masih bermain dengan fikirannya. Hanbin benar! Dia sangat mengongkong Taeyeon kerana baginya, Taeyeon sangat lemah dan masih tidak faham dengan perasaannya sendiri. Dia merasakan Taeyeon perlu dilindungi, kerana itu Taehyung tidak suka mana-mana lelaki mendekati Taeyeon.
…termasuk Hanbin. Namun, sahabatnya itu sudah salah faham.
.
.
.
Disember 2017
Musim sejuk sudah mula membuka tirai dalam tahun itu, angin yang bertiup sudah mula membuat sesiapa sahaja kesejukan. Dan pagi itu, Taehyung masih belum bangkit dari lenanya. Rana yang sudah bangun sejak awal pagi, berdiri di pintu bilik sambil memegang tuala tersenyum melihat wajah lena Taehyung.
Tuala disidai, Rana menghampiri Taehyung untuk mengejutnya. Mulanya Rana memicit hidung Taehyung, menyucuk pipi Taehyung, menucbit pipi Taehyung sehinggalah Taehyung tersedar. Rana ketawa. Suka nampaknya dia.
Walaupun Taehyung sudah tersedar, Rana masih lagi mengusik lelaki itu. Taehyung geram lalu menarik badan Rana sehingga Rana terbaring diatas badan Taehyung. Taehyung memeluk Rana sekuat hatinya.
“Ak! Lepaskan saya!” Rana cuba melepaskan dirinya namun pelukan Taehyung lebih kuat.
“Sejuk – sejuk macam ni awak cari pasal, kan dah kena.” Kata Taehyung dengan ketawa sinisnya. Rana hampir saja lemas dalam pelukan itu.
“Saya nak kejut awak bangun lah. Nanti awak lambat pula nak pergi kerja.” Balas Rana sambil mengemaskan posisinya yang terkapai-kapai dek pelukan Taehyung yang kasar.
“Alasan lah. Semalam awak mimpi apa?” Tanya Taehyung.
“Saya mimpi saya pakai gaun warna merah jambu. Lepas tu saya nampak awak. Awak kata saya cantik.” Jawab Rana sambil mengingat semula mimpi manisnya.
Kedua-duanya tersenyum.
Gaun merah jambu… bisik hati Taehyung.
.
.
.
Balai Polis Gangnam—
Pintu dibuka. Hanbin masuk kedalam bilik perjumpaan dengan berpakaian casual seluar jeans hitam, t-shirt putih dan jacket bewarnan biru navi. Pakaian biasa ketika dia punya operasi. Dan hari itu adalah operasi besar buat dirinya.
“Selamat Pagi, semua.” Hanbin menyapa pegawai dan anggota polis yang terlebih dahulu berada didalam bilik itu.
“Selamat pagi, Tuan!” Balas mereka termasuklah Seungkwang yang lari tempo. Seungkwan menutup wajahnya akibat malu. Sempat Yoongi menjeling Seungkwan pada waktu itu.
“Baiklah, seperti yang semua sedia maklum, kita sudah dapat jejak keberadaan Kim Taehyung, penculik mangsa bernama Jun
Comments