Bab 21;

Childhood Sniper
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 2 1

K E H A D I  R A N    Y A N G    T I D A K    D I A L U K A N

 Perkuburan Bukcheon—

Seorang lelaki berpakaian suit lengkap bewarna hitam bersama lilitan bewarna putih di lengan kanannya berdiri tegak sambil kedua tangannya disatukan dihadapan. Sayu sekali wajahnya, tiada sedikit pun senyuman tercalit. Lalu datang dua lagi lelaki yang berbeza ketinggian menghampirinya. Tangan Yoongi terdahulu mendarat diatas bahu Hanbin. Ditepuk beberapa kali.

“Sabarlah, Hanbin.” Katanya. Hanbin jadi tersedar dari lamunannya. Dia memandang sekilas kepada Yoongi disebelah kanannya dan Seungkwan disebelah kirinya.

“Mereka pergi bersama perasaan kecewa terhadap aku— anak derhaka” Balas Hanbin, anak matanya kembali menatap dua makam dihadapannya.

“Jangan cakap macam tu, mereka mungkin kecewa, tetapi kau tak salah. Biarlah yang pergi, tetap pergi. Kau menyesal sedalam manapun, tak akan beri mereka nyawa.” Nasihat Yoongi yang memberi sedikit motivasi pada Hanbin yang kesedihan itu.

Hanbin mengangguk. Tiba-tiba mereka terdengar suara teresak-esak yang perlahan. Hanbin memalingkan kepalanya kekiri melihat seungkwan yang sedang mengesat air matanya berkali-kali.

“Kau pun sedih juga ke, Seungkwan?” Tanya Hanbin.

“Saya… teringat dekat mendiang ayah saya juga… dia nak saya jadi doktor tapi…”  Sebak dirinya menghalang suara dari keluar. Sedih hatinya dia saja yang tahu.

Perlahan-lahan Yoongi berundur lalu menyelit ditengah-tengah antara Hanbin dan Seungkwan. Tangannya diletak diatas kepala Seungkwan lalu digosok perlahan berkali-kali. Ditariknya kepala Seungkwan kedalam dakapannya. Hanbin hanya melihat.

“Sudahlah… kau pun, tak salah. Kau dah banggakan dia. Kau kan polis yang bijak.” Kata Yoongi untuk menaikkan semangat Seungkwan.

Yoongi menarik Hanbin kedalam pelukannya juga.

“Kau juga, Hanbin.”

Hanbin sedikit tersenyum.

.

.

.

.

November 2018—

Hari itu hari hujung minggu. Rana bangun pagi seperti biasa, namun pada hari itu, dia tiba-tiba bersemangat untuk kemas rumah—

Rumah dia dan Taehyung.

Rana mula mengemas dari dapur. Dia buka lagu dari telefon bimbitnya agar tidak berasa sunyi. Rumah yang berada dipinggir hutan itu sememangnya mampu buat sesiapa saja berasa tidak selamat. Namun kedegilan Rana- tangani semuanya.

Rana melihat jam— 10.21 pagi. Ada dua jam lagi sebelum dia perlu bersiap untuk ke Penjara Incheon ‘cuba’ melawat Taehyung. Benar, Rana masih tidak mengalah. Sekurang-kurangnya dia ingin tahu yang Taehyung tidak apa-apa.

Rana beralih ke biliknya. Dia membuka almari usang milik Taehyung. Niatnya ingin mencari pakaian yang ingin dipakai untuk melawat Taehyung. tiba-tiba sepucuk surat terjatuh ke kakinya dari poket sweater hitam yang Taehyung tidak pernah pakai sebelum ini. Terkejut Rana.

Rana mengambil surat bewarna putih itu lalu dibeleknya. Dia masih tidak faham akan keberadaan surat itu sehingga dia ternampak tulisan bertulis –

Kapsul Masa Taehyung untuk Rana,

Perlu dibaca pada November 2018.

Rana terkedu. Bagaimana dia boleh tidak ingat tentang kapsul masa yang dibuat bersama Taehyung dahulu? Dia tidak pernah teringat untuk mencarinya. Hari ini, genap setahun kapsul masa itu dibuat. Meremang bulu roma Rana. ianya bagai sudah ditentukan tuhan.

Rana duduk diatas katil sambil membuka perlahan surat itu—

Annyeong, Rana!

Awak mesti sibuk dengan kerja awak dihospital tu kan? Setahun dah berlalu, saya harap awak masih tidak parking kereta di basement lagi! Bahaya! Terima kasih kerana menunggu setahun untuk buka surat ni. Walaupun saya tahu awak mesti rasa tak sabar nak buka.

Awak ingat lagi? Satu tahun yang lepas saya menculik orang yang salah. Jadi saya terfikir untuk lepaskan dia. Tapi setiap kali saya berfikir begitu, hati saya rasa berat sangat. Kenapa Rana? Kenapa saya rasa begitu?

Mungkin hari ini, disaat awak baca surat ini, awak baca sendirian kerana tiada saya disisi. Saya mungkin pergi jauh sedikit saja dari awak. Saya mungkin tidak mahu berjumpa dengan awak. Saya mungkin menjauhkan diri dari awak.

Maafkan saya kerana itu.

Saya tidak minta awak untuk tunggu,

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Finally, tamat lah sudah Childhood Sniper. Terima kasih semuanya <3 T.T

Comments

You must be logged in to comment
liningstar #1
Chapter 25: i dont really read my mother language stories but yours is an exception. good grammar and plot. thank you for the great story, i really enjoyed it. :)
bigbangtanboys
#2
saya nak baca cerita ni tapi tak sempat2 lagi TuT huhuhu
Jelly_Warrior
#3
Chapter 25: Finally ! Setelah sekian lama tak spend time di AFF, saya menghabiskan masa dgn membaca Childhood Sniper ni ;3 This is sooo great awak ! Best gila ! Happy dengan endingnya. Puas ! Meremang bila baca scene anak-anak diorang tu. Rasa macam WOW!!!
Terbaik la awak~~ Cerita ni penuh dengan drama, friendship dan pengajaran yang boleh diambil. Padat dan menarik.
Semoga awak akan terus menulis cerita2 yang menarik lagi lepas ni^^ Good Luck !
afiqah_LSN
#4
Chapter 25: Hurmm tak sangka dh tamat dh kisah taehyung rana dan hanbin..happy ending for tae and rana...harap lps ni authornim akn trus berkarya dgn cerita2 yang lebih menarik...authornim JJANG!!!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 25: soooo sweet..tak sangka dah habis dah cerita ni..memang adorable habesss..well done authornim! thank you so much sebab sediakan story yang memang best ni,,secukup rasa! happy ada,sedih pun ada,rasa nak mengamuk pun ada haha XD thank you sangat2 tak terhingga! keep publishing your great stories ^_^
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 24: ya allah..sweetnya..rasa sebak bila rana terbayang taehyung..akhirnya diorang bersatu semula yea! this is an adorable chapter authornim! goodluck for the last chapter! i will wait for it! <3
taenovella
#7
Chapter 24: Setelah semua yg diorg lalui akhirnya Taehyung dikeluarkan juga! Tapi author-nim mmg suka main dgn perasaan kitorg :'D bila ingatkan Tae yg langgar Rana hati kemain lagi excited tapi hampeh... org lain rupanya. And bila kali kedua tu mmg dpt feel apa yg Rana rasa.

Rasa rindu dia kat Taehyung tu (mungkin sbb dh lama menanti update hehe) and the ending was so sweet! Part Rana gelisah time dia bangun tu mmg real! Kita semua tau perasaan dia bila takut ditinggalkan sekali lagi.

Tak sabar nk tunggu ending dia (please be a happy one!!)
afiqah_LSN
#8
Chapter 24: Auuuuuuuwww sweetnya chapter ni...bersemut habis...finally tae jmpa jgk rana..kesian chaeyong dahyun and nayoung...x sabar next chapter...authornim fighting!!
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 23: yehet! authornim dah update! scene lamaran tu sweet sgt la..ingatkan betul2 kena tembak..hish saspens je hmph..good job authornim! keep updating!!
afiqah_LSN
#10
Chapter 23: Chapter 22:Wah taehyung dh bebas yeay...kesian rana kene pendam perasaan rindu dia dkt tae..bilalah tae dgn rana nk sama2 cm dulu...comel je cara hanbin lamar momo..sweet sgt...mmg dh lama tggu chapter bru drpd authornim...can’t wait for the next chapter...