Chapter 9

The Wrong Steps
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Anyeong Eunseol! Dah lama tunggu?” Eunseol mengalihkan pandangannya ke belakang. Akhirnya selepas 15 minit menunggu kawan lelakinya di hadapan kedai runcit sampai juga. Dia hampir berputus asa dan ingin pulang ke rumah berfikir teman fashionnya itu sibuk dan tidak berkelapangan untuk menjemputnya datang ke rumah.

“Sorry lah tadi aku tunggu Jinki hyung. Lambat sangat bersiap. Entah apalah dia buat lambat sangat. Nak amek orang datang rumah je pun. Haih”

Kawannya itu mula membebel. Eunseol tersenyum melihat sikap kawannya itu yang tidak ubah perangai seperti ibunya. Walaupun lelaki tetapi si kawannya itu sangat mesra dan baik hati. Suka bergosip, memasak, menjaga kesihatan badan dan lebih penting ialah fashion. 

Eunseol memang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fashion namun kesempitan wang menyukarkan perjalanannya untuk menjadi seorang fashion designer yang berjaya. Di sinilah dia di kampung membantu ibu dan arwah ayahnya menorah getah dan bekerja sambilan mengambil upah menjahit baju. 

“Takpalah Bummie. 15 minit je pun. Kalau tunggu sejam baru saya marah. Hahaha. Mana abang awak?” Eunseol melihat di belakang Kibum. Mencari kelibat jejaka yang disangka membunuh abahnya.

“Oh dia tunggu dalam kereta. Jomlah”

Eunseol duduk di tempat duduk hadapan. Bersebelahan dengan Jinki. Keadaan itu mengingatkan kembali perbualannya dengan jejaka itu dan gelang berwarna merah-hitam.

“Hai awak” Eunseol memberikan senyuman kepada Jinki yang tidak memandangnya langsung.

Sebaliknya fokus melihat i-Phonenya. Bukannya melihat gambar atau video. Hanya buka  dan tutup aplikasi dalam telefon itu berulang kali. Eunseol hairan melihat sikap lelaki disebelahnya namun dia tidak ambil kisah.


“Hyung kalau dah suka tu sapalah balik. Tak baik layan kakak ipar Key macam ni”

“Sekali lagi kau buka mulut tu aku bakar kau punya bilik special kau” Amaran keras dikeluarkan dari Jinki yang mula malu dengan statement Kibum.

Eunseol pula memandang Kibum yang duduk di tempat duduk belakang dengan muka yang hairan. Kakak iparnya? Suka? Mungkin itu hanya sebagai umpan untuk menyakat abangnya. Biasalah adik beradik.

"Hmm malu malu tapi mahu~ kini baru ku tahu~"

"Kim Kibum!"

"Err awak.. Jomlah kita gerak sekarang"

Baru saja Jinki ingin menggusti adiknya yang nakal itu, Eunseol menegur Jinki dengan senyuman kecil. Tangan Jinki diturunkan perlahan-lahan dan diletakkan di stereng kereta. Mengikut kata-kata Eunseol.

Kibum pula yang menyaksikan kejadian aneh dan menakjubkan itu terpesona. 

Lee Jinki, lelaki dan ketua yang tegas dan suka memberikan arahan kini mendengar kata-kata seorang wanita berumur 25 tahun bagaikan seorang kanak-kanak.

Dengan itu, perjalanan diteruskan dengan senyap sepi. Eunseol melihat pemandangan di luar tingkap. Jinki memandu kereta. Kibum yang baru sahaja riuh rendah sebentar tadi diam membatu. Memikirkan sesuatu..

....

"Eh Eunseol! Pegilah duduk depan sana. Buat apa datang sini?" 

Kibum yang sibuk memasak makanan untuk adik-beradiknya dan Eunseol terkejut melihat Eunseol tiba-tiba datang ke dapur. 

Sebentar tadi mereka semua rancak berbual mengenai hal masing-masing sambil menonton TV.

Bertanya khabar dan mengenali satu sama lain dengan lebih rapat. 

Rancaknya berbual sehingga hampir masuk waktu tengahhari. Masa untuk K

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
shawol_girl
Thanks sbb subscribe semua! Author akan berusaha cari idea nak update walaupun sibuk dengan SPM huhu

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
itchycrotch
#2
cool