Chapter 11

The Wrong Steps
Please Subscribe to read the full chapter

"Key, perasan tak yang Jinki hyung semenjak tiga-menjak empat-menjak ni dia tu diam je. Pasal geng 'tak guna' tu pun dia tak bagi apa-apa info."

"Yeke? Key tengok dia oke je. Jinki hyung memang macam tu kan? Nak pelik apanya"

"Ishh Key nih tak prihatin langsung. Kali ni 'senyap' dia lain macam. Maksud aku, dia banyak termenung. Ayam tak makan, mandi tak shampoo, tidur tak tutup lampu. Pelik kan?"

"Hahahaha macam-macam kau nih. Stres lah tu." Key tersenyum mendengar luahan Minho. Mereka sedang sakan bermain game bola sepak di tv. 

Seperti yang dijangkakan Minho lebih banyak score dari Key. Entah kenapa tiba-tiba Key ingin bermain game tu padahal dia boleh tengok video berkaitan jahit baju atau apa-apa yang berkaitan dengan fesyen. Minho tak kisah, dia lagi mengalu-alukan si diva tu kerana dia tahu dia akan menang dalam game tu.

Key pula risaukan abang sulungnya yang dia sudah lama perasan sejak Eunseol datang ke rumah mereka. 

Puas dah aku nasihat dia, masih macam tu... Haih susah jugak nak layan hyung aku sorang nih. Desis hati Kibum.

Hanya dia, Jinki dan Eunseol sahaja yang tahu kejadian di taman bunga Jonghyun 2 minggu lepas.

Pasal geng tu?

Kibum pun pelik. Senyap saja. Takkan dah bubar? Haha dalam mimpi lah. Minho pun tak dapat apa-apa lagi isyarat mencurigakan.

Eunseol? Setelah mendengar khabar si gadis itu mendapat biasiswa dalam bidang fesyen, dia terus bertolak ke bandar 4 hari kemudian. Misi 5 beradik itu masih berjalan seperti biasa. Kibum selalu melawat rumah Eunseol dengan alasan 'fesyen'nya. Dia dan adik-beradik juga sempat menghantar kawannya itu pergi melanjutkan pelajaran dengan kereta demi keselamatan Eunseol. Kecuali Jinki.

Ya dia memang penakut. Pengecut.

Kibum masih ingat perbualannya dengan Jinki di kebun seminggu yang lepas.

~~~

"Tenung bunga sampai layu tu sampai bila pun takkan selesai masalah, hyung"

Jinki terkejut dengan kehadiran seseorang di belakangnya. Dia hanya diam dan memandang bunga orkid tu kembali.

"Hyung... sampai bila nak jadi macam ni. Key tak rasa geng tu pun diam macam hyung nih. We have to move quickly as possible as we can. Bukan kita saja yang terancam. Eunseol pun dalam bahaya jugak."

Diam.

"Key tahu hyung suka kan dia. Am I right, Jinki hyung?"

"Dia takde kena mengena dalam hal ni."

"Yes she is! Kalau tak kenapa hyung diam macam nih?"

"I said no Kim Kibum. Aku bos kau sekarang. So please have a respect towards me." Jinki bersuara keras.

"Oh time ni pulak nak jadi bos. You're my brother hyung. Tolonglah dengar cakap adik hyung ni." Kibum memegang tangan Jinki. Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah namun mereka tetap adik-beradik yang sah.

Jinki melepaskan keluhan berat.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
shawol_girl
Thanks sbb subscribe semua! Author akan berusaha cari idea nak update walaupun sibuk dengan SPM huhu

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
itchycrotch
#2
cool