"Selamat hari raya, Mingyu."

BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aku memandang ke langit -  melihat percikan bunga api mewarnai langit malam yang gelap gelita. Malam ini telah masuk 1 Syawal. Kecoh satu Malaysia sebabkan pengumuman raya tadi sampaikan jalan pun jammed; last minute baru nak pulang ke kampung dan membeli persiapan untuk raya. Aku pula dah lama redha sebab aku tak berminat untuk beraya. Selalunya raya akan mengikut kalender Hijrah tapi tahun anak bulan muncul pula. Nak marah tapi kena sabar. Takkan nak salahkan Tuhan pula kan?

 

“Termenung apa tu, Hannah?” Sapaan Naira mengejutkan aku lalu aku menoleh ke arahnya. Satu senyuman tersimpul di bibirnya sebelum dia juga berdiri di sebelah aku. Kami bersama-sama menikmati angin malam di beranda sambil menonton persembahan percuma bunga api. Aku pun tak faham kenapa budak-budak suka membazir duit untuk membeli bunga api. Dah lah mahal, sekejap je dapat guna. Aku tak faham! Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal itu.

 

“Kau tak balik raya ke?” Pertanyaan Naira dibalas gelengan dari aku. Aku tidak lepas memandang ke arah langit - sedaya upaya untuk tidak bertentangan mata dengannya. “Aku tak sedia lagi, Ira.” Aku menunduk memandang ke bawah; melihat aku berkaki ayam. “Mungkin lepas assignment ni siap, aku balik dengan Aki.” Naira sekadar mengangguk tanda faham sebelum dia menepuk perlahan bahu aku. Naira memegang kedua-dua belah bahu aku lalu membuatkan aku memandang tepat ke arah anak mata perangnya.“Kalau tu, aku balik dulu tau. Kau jangan buat bukan-bukan dalam rumah ni. Kau seorang je dalam rumah ni. Kunci pintu. Jangan berbaring je atas katil. Makan jangan lupa! Ingat tu!” pesan Naira sebelum pipi kiri aku dicubit manja olehnya. Aku mencebikkan bibir sambil mengusap pipi kiri aku. 

 

“Baik boss!” Kami tergelak serentak dan kemudian Naira menapak meninggalkan aku di beranda. Bunyi beg roda ditarik dan pintu tertutup membuatkan aku mengeluh perlahan. Aku kembali memandang ke langit, namun kali ini langit sunyi tanpa apa-apa. Mungkin budak tadi dah kehabisan duit untuk bunga api. Padan muka! Aku tergelak sendiri sebelum aku mengeluh perlahan apabila aku merasakan peha kiri aku mendapat getaran. Tangan kiri aku menyeluk saku aku lalu telefon aku dikeluarkan. 5 missed calls dan 20 messages from 5 chats.

 

3 missed calls from Ibu <3 

2 missed calls from Akikikikiki

 

Aku mengetik pada chat dan membaca satu persatu mesej yang diterima sambil perlahan menuju ke bilik. Mata aku setia memandang skrin telefon tersebut lalu membuka chat dari Zakiah ataupun aku lagi suka memanggilnya dengan gelaran Aki. Dia merupakan kawan baik aku dari sekolah menengah lagi. Kami mengambil sama-sama aliran sains tulen sehingga berjaya mendapatkan tempat di universiti yang sama dalam bidang perubatan. Siapa dapat menduga persahabatan kami akan pergi sejauh ini? Aku pun tidak menjangkakan ini. Orang selalu kata yang persahabatan yang tidak dirancang ni selalunya berkekalan lama. Aku pun rasa begitu. Banyak rahsia aku yang Aki pegang sehingga kini. Dia seorang yang aku percaya.

 

Akikikikiki

[Weh, kalau kau dah siap assignment, beritahu aku tau. Kita balik sama-sama.]

 

[Aku rasa aku taknak balik la. Kau gerak seorang boleh?]

 

[Ahh takde takde. Tahun ni kau kena balik juga dengan aku. Mak kau risau tau kau tak balik-balik dari tahun lepas. Aku juga yang jadi mangsa, nak kena jawab satu-satu soalan mak kau.]

[Aku tau kau baca mesej aku dari noti, Hannah.]

 

[Aku tak kira. Esok kita balik sama-sama. Aku taknak kau raya seorang diri kat tengah-tengah bandar ni sendirian. Bahaya satu hal, sunyi tau tak?]

 

[Aku tunggu kau depan kolej kau pukul 8 pagi tau.]

 

[Jangan terfikir nak lari pula. Aku report polis kang!]

 

Aku mengusutkan rambut aku kasar lalu merebahkan badan ke katil. Sebenarnya assignment tersebut telah aku submit tetapi jiwa aku tak sedia untuk pulang lagi. Hati aku rasa berat untuk pulang. 

 

Akikikikiki

 

[Okeyy]



 

***


 

Telefon aku berdering mengeluarkan ringtone Darari. Aku teringin untuk mendengar lagu tersebut sampai habis tapi bila mengingatkan nama yang tertera pada skrin telefon, aku membatalkan hasrat tersebut lalu mengetik butang hijau tersebut. Suara Aki yang serak-serak basah menerjah gegendang telinga aku. Aku yang kebetulan berada di beranda menoleh ke bawah dan melihat Aki sedang memerhatikan aku dari tingkap keretanya. Nampaknya Aki memang menepati waktu. Dia bukan melayu sejati!

 

“Jap weh. Aku turun sekarang.” Aku segera menutup pintu beranda dan mengambil beg roda dan beberapa beg lain. Aku mengunci pintu bilik dan segera mendapatkan Aki. Aki menunjukkan jam di tangannya dan menggeleng. “Ni kalau ada pesakit kat bahagian ICU, aku rasa dah mati dah dia.” Aki tergelak sebelum dia tersenyum kekok melihat wajah aku yang memucat. “Weh, aku gurau je tau.” Dia menggenggam erat tangan aku sebelum dia keluar dari keretanya dan menolong mengangkat barang-barang aku. Fikiran aku kosong waktu itu dan aku berdiri kaku di hadapan kereta tersebut. Aku kembali sedar apabila Aki mengambil beg sandang laptop aku dari bahu aku. Dia juga membuka pintu depan bahagian penumpang dan mengarahkan aku untuk memasuki kereta tersebut. 

 

Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke destinasi kami. Bersyukur hari ini tidak jammed sebabkan semalam lah waktu kemuncuk orang-orang pulang ke kampung. Maka hari ni kereta tidak memenuhi high-way. Terasa bahu aku dicuit, perlahan-lahan aku membuka kelopak mata aku. Cahaya dari luar memasuki anak mata hitam aku. Mata aku berkelip-kelip kerana silau. “Kita dah sampai.” Aki mematikan enjin kereta lalu keluar untuk menurunkan barang-barang. Aku pula masih dalam keadaan separuh sedar. Sepanjang perjalanan, Aki membisu dan aku pula kebosanan lalu tertidur. Aku menutup mulut aku dengan tapak tangan untuk menahan diri dari menguap. Aku segera menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum pergi mendapatkan Aki lalu sama-sama menurunkan barang.

 

Kedatangan aku disambut oleh perempuan separuh abad yang aku gelar ibu. Tubuh genit aku dipeluknya erat. Aku dapat merasakan air matanya membasahi bahu aku. Berkali-kali ubun-ubun kepala aku yang berbalutkan tudung itu diciumnya. Selepas setahun tidak berjumpa, akhirnya aku menapakkan juga kaki aku di kampung ini. Kampung yang mempunyai banyak kenangan manis dan pahit aku. “Anak ibu kuat kan? Maafkan ibu, nak.” Aku tidak dapat menahan sebak sebelum air mata aku menitis menuruni pipi aku. Aki memerhati dari belakang. Aku menangis tidak bersuara

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
zitaopabo request part 1 updated! ^^ -aquariusxpisces

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 30: Eh takpelah,saya pun sibuk exam sem 1 dah nak dekat utk stpm ni..its okay,just take your(enough)time!! Saya akan tunggu:-) p1 ni dah cukup baik ni hehe btw cite ni best thank you saya hargai usahamu !! Keep forward;-) ;-) all the best exam nnti
soohanfeels
#2
Chapter 28: HAHAHAHA SUMPAH LAWAK KAT PART YG JEONGHAN TRY COVER DENGAN TEKAN TUBI XD ya ampun konyol betul Cheonsa nie XD HAHAHAHA I KENNOT LAH ! XD and part asyik jeling-2 tu ha xD Seungkwan pun suka sangat mengusik :3 thumbs up for author-nim for making this great stories ;) saya akan tunggu, take your time and FIGHTING ! <3
Ifahzira
#3
Chapter 23: Xjangka ending dia semua mati haha btw thanks for the story! Sy suka >< and poster tu lawa lah
girly_
#4
Chapter 27: wahahahahaha thanksss saya akn setia tunggu part 2 dri awak.cerita awak seronok smpai saya sengih2 sorang huuhuu.
. request shop awk ni latak dpt byk subscribers!! btw. take your time.. jgn pening2 hahaha
Zitaopabo #5
Chapter 26: Hiiii! Terima kasih author-nim! Hahahaha tak sangka ada part.2! Apa-apapun, best! Suka style penulisan author-nim!>~< saya bengang pula dengan makhluk2 yang tak berperikemanusian tu Π_n bila Michan kena pukul dengan batang paip aduhhhhhh saya yang terasa hahahahahah. Kejamnya watak2 author-nim ni;---; haihhh apa2pun, goodluck!>< kipidap dongibap><
girly_
#6
saya dh request!!!
soohanfeels
#7
NAK REQUEST BOLEH TAK AUTHORNIM SEKALIAN XD btw holaaa :D
Zitaopabo #8
Saya nak request boleh?
sunshine_blue
#9
Saya dah request betul tak?