zitaopabo - Something Between Us

BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]
Please Subscribe to read the full chapter
   

Something between us

written by: aquariusxpisces

watak : OC Kim Michan, Yuta (NCT), NCT 127

 

 

 

 

“Hei, Michan!”

 

Michan yang sedang berjalan di kaki lima memberhentikan langkahnya sebelum rambut ikal mayangnya ditarik dari belakang. Michan mengaduh kesakitan minta dilepaskan namun Hyojong hanya ketawa galak.

 

“Hei, kau nak lari ke mana? Kau tau tak yang kau ada kerja sekolah untuk disiapkan?”Hyojong melepaskan rambut Michan sebelum tersenyum sinis.

 

“K-kerja sekolah? Saya mana ada kerja sekolah, senior Hyojong..” Michan menjawab soalan Hyojong sebelum dibalas dengan tamparan di pipi. Rambut Michan ditarik sebelum dibawa ke bilik stor sekolah.

 

“Oh? Kau dah pandai menjawab ya? Mari sini, aku ajar kau!” Badan Michan dihempas dengan kuat mengenai dinding. Michan terbaring lemah. Hyojong tergelak. Kemudian, seorang perempuan datang mendekati mereka.

 

“Hei, kerja sekolah aku ada banyak harini. Aku takde mood nak buat. Aku nak pergi tengok wayang.” Perempuan itu melingkarkan tangannya pada Hyojong.

 

“Tapi Kak Hyuna, kerja saya banyak belum siap--”

 

Kata-kata Michan terhenti apabila Hyuna menjelingnya dengan tajam. Michan gerun.

 

“Bukan masalah aku. Aku nak siap besok jugak. Jangan sampai Cikgu Lim marah aku. Memang aku belasah kau nanti!” Hyuna menjengilkan matanya sambil menunjukkan buku lima kepada Michan. Kemudian, tangannya dipautkan kepada Hyojong.

 

“Sayang, jom pergi kantin!”

 

Michan hanya memandang Hyuna dan Hyojong berlalu pergi sebelum dia tertunduk menangis di situ.

 

 

“Saya dah balik..”

 

Sayu sahaja suara Michan kedengaran setelah kakinya memasuki rumah teres dua tingkat itu. Pintu ditutup dengan perlahan sebelum melangkah ke biliknya.

 

“Oi, budak bertuah! Kau sini!”

 

Suara nyaring bapa Michan menyapa gegendang telinganya. Michan yang kepenatan menuju ke ruang tamu dengan segera.

 

“Ya, abah?”

 

“Aku lapar. Aku nak makan.”

 

Michan memandang ayahnya dengan pandangan kosong.

 

“Mak mana?”

 

Bapa Michan segera menjeling tajam Michan.

 

““Hoi. Aku bukannya kisah dah mak kau tu hilang ke mana! Yang penting sekarang ni, mak kau keluar tak buatkan makanan! Kau dengan mak kau tu nak bagi aku kebulur ke ape?!”

 

Michan hanya menundukkan dirinya ke lantai. Dia mendiamkan dirinya sebelum berpaling, menuju ke dapur. Air mata mulai bertakung di matanya namun dikesat perlahan-lahan.

 

Kpang!!!!

 

Bapa Michan yang terkejut segera menuju ke dapur. Michan sudah terduduk di lantai, dengan tangannya yang berdarah. Bapa Michan segera datang ke arah Michan. Dia yang melihat banyak pinggan berderai di lantai melempangnya dengan kuat.

 

“AKU SURUH BUATKAN MAKANAN, BUKAN PECAHKAN PINGGAN! KAU DAH PANDAI NAK NAIK LEMAK EH?!”

 

Mata Michan mula berair. Bapanya kemudian menarik rambut hitamnya dengan kasar, menuju ke bilik stor.

 

“Abah… sakit…”

 

Air matanya mulai berjuraian jatuh di pipi mulus miliknya. Namun, semakin dia merintih, semakin kuat rambutnya ditarik dengan kasar.

 

“Oh, jadi kau fikir aku nak bersimpati pada kau? Kau tu, bukan anak aku pun!”

 

Michan tersentak. Semakin laju air matanya jatuh di pipi. Sekalipun dia merintih, tiada siapa yang akan dengar.

 

Bapa Michan mencapai batang paip di atas meja bilik stor. Michan cuba melarikan dirinya dari bilik stor tersebut namun bapanya terlebih dahulu mengunci bilik stor tersebut. Michan terduduk lemah.

 

“Abah, tolong abah… Jangan pukul Michan lagi..”

 

“Aku bukan abah kau!”

 

Batang paip itu dihayunkan pada badan Michan tanpa belas kasihan. Semakin kuat Michan menjerit kesakitan namun jeritan itu langsung tidak dihiraukan oleh bapanya.

 

Setelah lama kemudian, jeritan itu terdiam. Suasana stor tersebut menjadi sunyi seketika.

 

Batang paip itu dicampak ke tepi sebelum bapa Michan meraup wajahnya. Michan terbaring lemah dengan kesan biratan menghiasi badannya. Air matanya tidak henti-henti menuruni pipi mulus miliknya yang menjadi merah selepas dilempang bapanya.

 

“Yang aku tahu, makanan siap sebelum pukul 7. Dan aku tau, pinggan yang pecah tadi kau bersihkan.” Bapa Michan membuka pintu dan membiarkan Michan terbaring di bilik stor itu. Michan menggigit bawah bibirnya menahan kesakitan. Tangannya mula berpaut pada tombol pintu untuk membantu dirinya untuk bangun dan pergi ke dapur.

 

Pinggan-pinggan kaca yang berderai itu dikutip satu persatu. Air matanya mengalir dengan laju. Telapak tangannya yang terluka masih lagi berdarah. Luka itu agak dalam. Kepingan kaca itu dikutip, dan dibiarkan sahaja tangannya semakin berdarah.

 

Michan mengambil satu kepingan pinggan kaca yang bersaiz agak besar dan disimpan di dalam poket seluarnya. Ayam di dalam peti ais diambil sebelum dipotong-potong. Kuali dicapai sebelum dia mula memasak.

 

Lauk yang telah siap diletakkan di atas me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
zitaopabo request part 1 updated! ^^ -aquariusxpisces

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 30: Eh takpelah,saya pun sibuk exam sem 1 dah nak dekat utk stpm ni..its okay,just take your(enough)time!! Saya akan tunggu:-) p1 ni dah cukup baik ni hehe btw cite ni best thank you saya hargai usahamu !! Keep forward;-) ;-) all the best exam nnti
soohanfeels
#2
Chapter 28: HAHAHAHA SUMPAH LAWAK KAT PART YG JEONGHAN TRY COVER DENGAN TEKAN TUBI XD ya ampun konyol betul Cheonsa nie XD HAHAHAHA I KENNOT LAH ! XD and part asyik jeling-2 tu ha xD Seungkwan pun suka sangat mengusik :3 thumbs up for author-nim for making this great stories ;) saya akan tunggu, take your time and FIGHTING ! <3
Ifahzira
#3
Chapter 23: Xjangka ending dia semua mati haha btw thanks for the story! Sy suka >< and poster tu lawa lah
girly_
#4
Chapter 27: wahahahahaha thanksss saya akn setia tunggu part 2 dri awak.cerita awak seronok smpai saya sengih2 sorang huuhuu.
. request shop awk ni latak dpt byk subscribers!! btw. take your time.. jgn pening2 hahaha
Zitaopabo #5
Chapter 26: Hiiii! Terima kasih author-nim! Hahahaha tak sangka ada part.2! Apa-apapun, best! Suka style penulisan author-nim!>~< saya bengang pula dengan makhluk2 yang tak berperikemanusian tu Π_n bila Michan kena pukul dengan batang paip aduhhhhhh saya yang terasa hahahahahah. Kejamnya watak2 author-nim ni;---; haihhh apa2pun, goodluck!>< kipidap dongibap><
girly_
#6
saya dh request!!!
soohanfeels
#7
NAK REQUEST BOLEH TAK AUTHORNIM SEKALIAN XD btw holaaa :D
Zitaopabo #8
Saya nak request boleh?
sunshine_blue
#9
Saya dah request betul tak?