girly_ - When We First Met (Prolog)

BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]
Please Subscribe to read the full chapter
   

When We First Met

 

written by: k-hope

watak : Kim Aejae (oc) , Wonho (Monsta X)

 

 

 

 

     Dia mengeluh kesakitan. Sekali-sekala dia memegang perutnya yang luka itu sambil berlari menyelamatkan dirinya. Kesemua konconya telah mengkhianatinya bagi menyelamatkan diri masing-masing. Sekarang dirinya sendiri sudah tersepit dalam masalah yang bukan miliknya. Dia dianiaya. Dia hanya mampu melarikan diri sesudah beberapa anggota polis cuba menahannya di rumah disebabkan kes pembunuhan seorang ahli politik ternama, Han Daejun.

Akibatnya, salah seorang anggota polis tersebut telah melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya sedangkan dirinya tidak melakukan keganasan terhadap anggota polis tersebut. Tembakan itu telah mengenai tepat ke perut kirinya namun dia tetap meneruskan lariannya kerana jika dia berjaya ditangkap, semua bukti menuju ke arahnya. Dia tidak mempunyai bukti bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah. Dia buntu.

“Tangkap dia cepat sebelum dia terlepas!” Satu suara telah mengejutkan dirinya yang sedang makin lemah berlari. Dia mengerah seluruh tenaganya untuk berlari sebelum dia menyelinap masuk ke halaman sebuah rumah yang agak terpencil. Dia hanya mempunyai satu pilihan iaitu menyelinap masuk ke dalam rumah tersebut jika dia tidak mahu ditangkap polis tersebut.

Prangg!

Bunyi kaca pecah menarik perhatian Aejae yang sedang memasak. Dia mematikan api dapur sebelum dia berjalan menuju kea rah bunyi tersebut. Selangkah demi selangkah dia berjalan sebelum dia melihat pintu biliknya terbuka luas walhal dia sudah menutupnya rapat. Lampu bilik dibuka sebelum dia melihat tompokan darah beserta serpihan kaca bertaburan di atas lantai. Baru sahaja dia ingin menjerit ketakutan, mulutnya ditekup daripada belakang. Badannya dipeluk dari belakang.

“Jangan menjerit.”

Satu suara serak menyuruh Aejae supaya berdiam diri. Aejae kaku. Bau hanyir darah menusuk ke deria bau Aejae membuatkan dirinya hampir termuntah. Baru saja Aejae ingin menyiku lelaki tersebut, pelukan lelaki itu makin lama makin lemah sebelum dia terbaring pengsan.

 

 

“Ahh!” Satu erangan kedengaran membuatkan Aejae yang baru saja terlelap, terjaga lalu meluru ke arahnya. Lelaki itu cuba untuk duduk tapi kesakitan pada luka di perutnya membuatkan dia terseksa. Aejae cuba membantu lelaki itu untuk duduk tapi lelaki itu menepis tangannya. Badannya disandarkan pada dinding. Rambut yang menutupi dahi lelaki tersebut diselak lalu belakang tapak tangannya diletakkan pada dahi lelaki tersebut. Nampaknya suhu badan lelaki tersebut sudah reda.

“Apa kau buat ni?” Lelaki itu menepis tangan Aejae kerana terkejut. Lelaki itu memandang Aejae dengan mukanya yang pucat.“Hah!” Aejae tergelak. Tangannya dialihkan ke dada lalu dipeluk sambil matanya memandang tajam kea rah lelaki tersebut. “Kau fikir aku ni terdesak sangat ke? Aku dah tolong kau pun cukup baik. Bukannya tahu berterima kasih.” Aejae berjalan kea rah meja kecil lalu diangkatnya dulang.

“Luka kau tak teruk mana cuma kau perlukan rehat yang banyak. Kau bernasib baik sebab kau pecah masuk rumah doctor. Apa nama kau?”

Lelaki itu hanya berdiam diri. Aejae mengeluh.

“Kau tak perlu jawab. Aku rasa lebih baik aku tak perlu tahu apa-apa tentang kau. Lepas kau pulih nanti, kau boleh tinggalkan sini. Aku cuma jalankan tugas aku seba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
zitaopabo request part 1 updated! ^^ -aquariusxpisces

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 30: Eh takpelah,saya pun sibuk exam sem 1 dah nak dekat utk stpm ni..its okay,just take your(enough)time!! Saya akan tunggu:-) p1 ni dah cukup baik ni hehe btw cite ni best thank you saya hargai usahamu !! Keep forward;-) ;-) all the best exam nnti
soohanfeels
#2
Chapter 28: HAHAHAHA SUMPAH LAWAK KAT PART YG JEONGHAN TRY COVER DENGAN TEKAN TUBI XD ya ampun konyol betul Cheonsa nie XD HAHAHAHA I KENNOT LAH ! XD and part asyik jeling-2 tu ha xD Seungkwan pun suka sangat mengusik :3 thumbs up for author-nim for making this great stories ;) saya akan tunggu, take your time and FIGHTING ! <3
Ifahzira
#3
Chapter 23: Xjangka ending dia semua mati haha btw thanks for the story! Sy suka >< and poster tu lawa lah
girly_
#4
Chapter 27: wahahahahaha thanksss saya akn setia tunggu part 2 dri awak.cerita awak seronok smpai saya sengih2 sorang huuhuu.
. request shop awk ni latak dpt byk subscribers!! btw. take your time.. jgn pening2 hahaha
Zitaopabo #5
Chapter 26: Hiiii! Terima kasih author-nim! Hahahaha tak sangka ada part.2! Apa-apapun, best! Suka style penulisan author-nim!>~< saya bengang pula dengan makhluk2 yang tak berperikemanusian tu Π_n bila Michan kena pukul dengan batang paip aduhhhhhh saya yang terasa hahahahahah. Kejamnya watak2 author-nim ni;---; haihhh apa2pun, goodluck!>< kipidap dongibap><
girly_
#6
saya dh request!!!
soohanfeels
#7
NAK REQUEST BOLEH TAK AUTHORNIM SEKALIAN XD btw holaaa :D
Zitaopabo #8
Saya nak request boleh?
sunshine_blue
#9
Saya dah request betul tak?