sunshine_blue - Between Us

BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]
Please Subscribe to read the full chapter
   

Between us

written by: Jelly_Warrior

watak : Jae (Day6),Young.K (Day6),Sana

 

 

 

Pagi hari Isnin berjalan seperti biasa bagi setiap pelajar yang masih bersekolah. Sama juga seperti Jae, pelajar tahun akhir di Sekolah Menengah Tinggi Cheonsa. Rutin hariannya tak ada yang istimewa. Sebelum pukul 7.45 pagi, dia sudah bersiap sedia di dalam kelas dan bertapa di tempat duduknya sambil menunggu loceng sekolah berdering bagi memulakan sesi pembelajaran.

 

KRINGGGG

 

Nyaring loceng yang berdering membuatkan Jae bangkit dari terus melabuhkan kepala di atas meja lantas matanya meliar ke arah satu sudut kelas. Niatnya adalah untuk melihat seseorang yang duduk di bahagian paling hujung dan paling belakang kelas itu namun bibirnya tanpa sedar mengeluh tatkala orang yang dicari tak ditemui.

Pelajar mula berpusu-pusu mencari tempat duduk masing-masing memandangkan bayang guru kelas mereka, Cikgu Lee sudah menyapa mata. Jae langsung tak mengendahkan suasana kelam-kabut itu sebaliknya dia sibuk mencari kelibat orang yang dinanti.

Dia bangkit dari kerusi dan menjenguk pintu belakang kelas. Saat itu, kelibat seseorang yang sedang berlari laju menuju ke kelasnya kelihatan.

 

“Dah agak dah. Kau mesti lambat. Lagi !”

 

Jae mengumam sendiri lantas insan itu disapa. Isyarat agar dia melajukan langkahnya ditayangkan.

“Cikgu Lee dah nak sampai.” laungnya dengan suara yang cuba dikawal.

Gadis yang sedang berlari itu menghela nafas berat. Dia tahu dia takkan sempat oleh itu, dia mula merangka satu rancangan yang agak bernas.

“Sambut beg aku ni. Letak kat meja. Cakap kat Cikgu Lee, aku ke tandas. Ok?”

Jae segera menangkap beg sekolah yang dibaling dari jarak jauh oleh insan yang sedang terburu-buru itu. Cikgu Lee sudah makin hampir dan bakal melangkah masuk ke dalam kelas. Tanpa berlengah, Jae membawa beg yang dicampak tadi dan diletakkan di tempat duduk milik rakannya itu.

“Bangun ! Selamat pagi, Cikgu.”

Tepat pada masanya, Cikgu Lee sudah masuk ke dalam kelas dan mula memerhati setiap pelajar yang ada.

“Sana datang lambat lagi hari ni?” soalan pertama yang keluar dari mulut Cikgu Lee tatkala melihat meja dan kerusi di bahagian belakang kelas masih belum terisi.

“Dia dah datang, cikgu. Cuma dia ke tandas. Katanya, kecemasan.Itu, beg dia ada di situ.” Jae, selaku kawan baik mula memainkan peranan.

Cikgu Lee diam seketika sebelum mengangguk perlahan. Dia tak ada sebab untuk menangkap pelajar perempuan yang selalu lambat ke kelas itu pada hari ini.

“Hari ni, ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita.” Cikgu Lee menyambung semula sebelum membuang pandang ke luar pintu kelas.

 

“Selamat pagi, Cikgu. Maaf. Saya ke tandas tadi.”

Entah dari mana, seorang gadis muncul dalam keadaan kelam-kabut dan menyapa Cikgu Lee sambil tersengih. Nafasnya tercungap-cungap dan ada peluh kecil yang membasahi dahi licinnya.

“Cikgu tahu. Jae dah bagitau tadi. Nasib baik kamu tak lambat ke sekolah lagi, Sana. Cikgu dah tak larat nak membebel.” omel Cikgu Lee kepada gadis bernama Sana itu. Sana sekadar tersenyum sambil matanya dilirikkan ke arah Jae.

Satu kenyitan mata dihadiahkan buat pemuda itu. Tanda berterima kasih kerana sudah membantunya tadi. Plan mereka untuk menipu Cikgu Lee berjaya. Alah, bukan selalu. Nasib baik Cikgu Lee percaya. Kalau tak, memang Sana akan didenda lah jawabnya.

Jae sekadar mencebik. Kalau tak mengenangkan si Sana ni kawan baiknya sejak kecil, memang dia takkan tolong. Tapi, bila fikirkan balik, Sana bukannya sengaja nak datang lambat. Sejak beberapa bulan yang lalu, Sana mula bekerja sambilan dan pulang lewat malam. Sudahnya, dia selalu terlajak tidur dan keletihan untuk ke sekolah. Jae serba salah jadinya.

“Oh ya ! Pelajar baru? Mana awak?” sebaik saja Sana melabuhkan punggung di tempat duduknya, baru Cikgu Lee teringatkan sesuatu. Pelajar baru yang disebut-sebut belum lagi masuk dan memperkenalkan diri.

Semua pelajar mula mengalihkan pandangan ke arah ruang pintu di mana seorang pemuda yang kemas beruniform sekolah tercegat di situ.

 

“Masuklah.”

Setelah dipelawa, barulah dia melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Teragak-agak, dia membuang pandang ke arah sekumpulan pelajar yang merupakan rakan sekelas barunya itu. Ada yang memerhati sambil tersenyum sinis ke arahnya, ada yang buat tak tahu dan ada juga yang menunjukkan minat. Beberapa orang gadis sudah mula berbisik sesama sendiri. Mungkin ada yang mula memasang niat untuk cuba mendekatinya.

“Kenalkan diri awak.” arah Cikgu Lee membuatkan pelajar itu tersentak dan tersedar dari lamunan singkatnya.

“Selamat pagi semua. Saya, Kang Young Hyun. Tapi orang selalu panggil saya Brian. Selamat berkenalan semua.”

Suasana kelas mula gamat sebaik saja dia memperkenalkan diri. Brian dah agak. Namanya pasti akan dijadikan buah mulut orang namun dia dah tak kisah. Dah lali.

“Duduk di situ, Brian.” Cikgu Lee mengheningkan suasana kelas semula dan mengarahkan Brian untuk mengambil tempat di sebuah meja kosong berhampiran dengan seorang pelajar. Sempat Brian menjeling pelajar lelaki berkaca mata dan bermuka nerd itu. Satu senyum janggal dihadiahkan kepadanya.

“Semoga aku boleh biasakan diri.” bisik hati Brian sendiri.

 

 

“Hai, Brian kan?”

Brian yang sibuk mengemas begnya sebelum keluar rehat tersentak lantas memanggung kepalanya. Kelihatan, si kaca mata yang duduk berdekatan dengan Brian tadi sedang menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Haah. Brian. Kau?” salamnya disambut sambil menarik senyum yang agak kekok.

“Park Jae Hyung. Panggil je aku Jae.”

Serentak, mereka bertukar senyum. Brian lega. Nampaknya ada juga yang menghampiri dia terlebih dulu. Tak la rasa janggal sangat. Lagipun, dari pemerhatiannya, Jae nampak macam seorang yang mesra dan mudah didekati. Harap-harap la boleh jadi sekepala.

“Dan aku Sana.”

Tiba-tiba seseorang muncul di sebelah Jae lantas bahu pemuda itu dipaut selamba. Mengeluh Jae dibuatnya kerana terpaksa menampung berat Sana yang berpaut padanya.

“Sana?”

Brian yang masih kekok mengulang nama itu sekali lagi. Gadis tinggi lampai berwajah comel yang tiba-tiba menyibuk antara dia dan Jae itu dipandang dari atas sehingga ke bawah. Inilah gadis yang memintas dia sewaktu nak masuk ke kelas pagi tadi. Hampir saja mereka berlanggar. Nasib baik Brian sempat mengelak.

“Yup Sana. Budak Jepun tapi dah lama tinggal kat Korea. Kau tak payah nak pelik dengan nama dia.” Jae bersuara bagi pihak Sana yang hanya tersengih.

“Betul tu. Kau jangan  nak  pelik sangat lah dengan  nama aku  sebab nama kau pun  sama pelik. Brian? Heh, kau ingat kau orang Inggeris?” getus Sana.

Brian merenung gadis itu seketika. Seriously? Dia la perempuan pertama yang bermulut celupar di depan Brian semenjak dia berpindah ke sini. Wow !

“Itu nama aku masa aku tinggal di California. Memang dah terbiasa.”

Sana dan Jae saling berpandangan. Patutlah namanya macam orang Inggeris, rupanya memang berasal dari sana.

“Wah…daebak.” Sana terlopong seketika. Kata-katanya termakan diri sendiri. Alah malu jadinya namun dia cuba berlagak tenang.

“Apa-apa je lah. Kau nak rehat sekali dengan kami?” pelawa Jae cuba untuk mengubah topik. Tak guna nak bersembang lama-lama di sini. Habis terbuang waktu rehat jadinya. Lebih baik mereka sambung di kantin. Sambil makan sambil bercerita. Kan lebih senang?

“Boleh ke?”

“Kenapa pulak tak boleh? Join la kami. Kau pun nampak macam forever alone.” Sana membalas selamba sebelum lengannya disiku oleh Jae yang serba salah dengan Brian.

“Aku bergurau. Jom lah.”

Melihat muka Brian yang seakan terkesan dengan kata-kata itu, Sana cuba menjernihkan semula keadaan. Niatnya memang sekadar untuk bergurau namun mungkin dia dah agak melampau. Sana rasa dia patut belajar untuk menapis percakapannya mulai sekarang.

Brian diam seakan berfikir sejenak sebelum akhirnya mengangguk setuju.

 

 

“Sana ! Bagi aku duit kau, sekarang jugak !”

Sana diam membatu di sebalik pintu biliknya yang bakal roboh pada bila-bila masa dek kerana ketukan kuat yang bertalu-talu dari luar itu. Suara lantang abangnya, Takuya menampar gegendang telinga gadis itu sekali gus membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Sana bungkam. Dah berhari-hari abangnya menagih duit dari dia. Dia bukannya ada banyak duit. Gaji hasil kerja sambilannya adalah untuk membayar yuran sekolah yang masih tertunggak serta belanja seharian di rumah namun si abang sudah mengambil hampir separuh daripada duit tersebut.

“Sana ! Apasal kau tak jawab? Aku tau kau ada kat dalam.” Takuya masih belum berputus asa. Dia tahu si adik sengaja tak menjawab kerana tak mahu menunaikan kehendak dirinya.

Sana mengeluh lemah. Kali ini dia nekad yang dia takkan lagi memberikan duitnya kepada Takuya. Dia tahu yang abangnya perlukan duit untuk membeli arak dan berjudi. Si kaki botol itu semakin melampau sejak kematian orang tua mereka beberapa tahun yang lalu. Sana penat. Dia tak mahu lagi menurut kehendak abangnya itu.

“Kalau aku tendang pintu ni, kau siap la !”

Ugutan Takuya membuatkan Sana semakin resah. Dia tahu abangnya tak main-main. Gadis itu resah memikirkan jalan keluar dan akhirnya mata tertumpu pada tingkap bilik yang terbuka luas.

Nafasnya dihela panjang sebelum dia mengetap bibirnya. Jerkahan si abang semakin kuat buat dia nekad. Apa nak jadi, jadilah !

 

Jae yang kebetulan sedang menuju ke arah rumah Sana teragak-agak untuk terus melangkah kerana terdengar jerkahan Takuya. Dia yang sudah kenal dengan sikap pemuda itu berasa was-was untuk menjengah masuk. Matanya meliar mencari kelibat Sana. Hatinya dipagut rasa risau.

Perlahan-lahan, dia menyelinap ke bahagian belakang rumah Sana.

Matanya membulat tatkala melihat Sana yang sedang bersiap sedia untuk terjun dari tingkap biliknya yang berada di tingkat atas.

 

“Yah, Sana ! Kau gila?”

“Shh ! Abang aku tengah mengamuk.”

 

Sempat gadis itu berbisik kepada Jae yang tak senang duduk di bawah.

 

“Tapi kau tak boleh la nak…”

“Shhh ! Kau tunggu je ok? Kalau aku terbabas, kau sambut.”

 

Jae terkedu. Sana benar-benar nekad dan dia dah tak mampu untuk menghalang.

“Woi Sana !” suara Takuya melengking dan serentak dengan itu, Sana terjun dari tingkap biliknya untuk melepaskan diri.

Jae yang terkejut dengan tingkah sahabatnya itu tanpa berlengah segera menyambut tubuh Sana. Gadis itu jatuh dalam pangkuan Jae yang kegelisahan. Untuk beberapa ketika, mereka saling berpandangan dan terkedu.

“Fuh ! Nasib baik kau ada.” Sana memecahkan keheningan yang terjadi dan segera melompat turun dari pangkuan Jae.

“Kau ni memang gila tau tak? Kalau jatuh pastu patah riuk macam mana? Kau ni berani tak bertempat.” bebel Jae.

“Aku tahu kau ada, sebab tu aku berani. Aku percayakan kau.” balas Sana untuk cuba menenangkan Jae yang gelabah. Macam la dia yang terjun. Sana yang buat, dia yang kecoh. Jae ni memang over betul.

 

PRANGG !

Bunyi kuat yang berdentum membuatkan mereka tersentak seketika.

“Abang aku dah pecahkan pintu. Baik kita lari sebelum dia nampak kita.” tangan Jae dicapai dan ditarik agar mengikutinya. Pemuda itu tanpa banyak bicara segera menapak mengikut derap langkah Sana yang tergesa-gesa.

“Apa pulak yang dia nak kali ni?” sempat Jae bersungut memarahi Takuya yang selalu mencari fasal dengan adiknya itu.

“Macam biasa. Modal nak berjudi dan nak teguk arak.” Sana membalas sambil menapak meninggalkan kawasan rumahnya.

“Woi !”

Malang bagi mereka tatkala kelibat mereka dapat dikesan oleh Takuya yang menjengah ke luar tingkap.

“Sana ! Berhenti ! Siap kau nanti !” raungan Takuya buat Sana makin melajukan langkah. Jae dapat merasakan tangan Sana kesejukan tatkala tangan kecil itu mengenggam pergelangan tangannya. Pasti Sana ketakutan. Timbul rasa simpat pada gadis itu.

Takuya bergegas turun dari rumah dan mendapatkan motosikalnya untuk mengejar Sana. Bunyi deruman motosikal Takuya membuatkan dua anak muda itu semakin menggelabah.

“Kita takkan dapat lepas kalau macam ni.” keluh Jae gusar.

“Lari je dulu. Aku tak nak kena tangkap dengan abang aku. Dia mesti tengah marahkan aku.” Sana berkata ketakutan.

Jae bungkam. Fikirannya mula menerawang memikirkan cara untuk mereka melepaskan diri. Bunyi deruman motosikal yang semakin mendekat membuatkan dia buntu. Tangannya terasa sakit dek kerana digenggam kuat oleh Sana yang ketakutan.

“Abang aku dah makin dekat.”

“Takuya tak guna.” desis hati Jae bengang. Dah lama dia bengang dengan Takuya. Sejak kematian orang tua Sana, dia langsung melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang. Langsung dia tak ambil berat fasal adiknya Sana. Makan minum gadis itu terbiar. Sakit pening adiknya langsung tak diendahkan. Takuya cuma tahu berfoya-foya dan menghabiskan duitnya. Sudah lah menganggur. Sekarang, si adik yang menjadi mangsa.

 

“Oittt!”

Bersama dengan bunyi deruman motosikal itu, kedengaran ada suara yang menegur. Serentak, dahi dua anak muda itu berkerut. Suara yang memanggil mereka agak asing dan tak seperti Takuya. Lantas, mereka menoleh.

Kelihatan Brian yang sedang menunggang motosikal membuntuti mereka dari belakang. Jae dan Sana menghela nafas sambil merenung pelajar baru kelas mereka itu. Ingatkan Takuya tadi. Punya bersungguh mereka berlari, rupanya orang lain yang mengikut. Nasib baik bukan Takuya.

 

“Sana !”

 

Dari kejauhan, suara Takuya yang kuat kedengaran. Habis kecoh satu kawasan kejiranan gara-gara pemuda tak berwawasan itu.

Sana gelabah semula. Dia memandang Jae untuk cuba mendapatkan pertolongan. Sesungguhnya dia dah mati akal untuk melepaskan diri dari abangnya itu.

“Oh ya ! Brian, kau tumpangkan Sana. Please…”

Brian dan Sana saling berpandangan.

“Sana, kau naik dengan Brian. Bawak dia ke tempat biasa kita lepak. Brian, please, Tolong kami. Cepat ! Cepat !” arah Jae kepada Brian yang terpinga-pinga.

Tanpa berlengah, Sana memanjat motosikal Brian dan membonceng di belakang lelaki itu. Brian terpana seketika namun segera memulas pedal minyak untuk melajukan motosikalnya.

 

“Kau macam mana? Kalau abang aku…”

“Aku ok. Kau pergi dengan Brian. Pandai la aku sembunyi nanti.”

 

Belum sempat Sana menghabiskan ayatnya, Jae sudah memintas. Dia memaksa Brian untuk segera meninggalkan tempat itu. Brian yang tak tahu apa-apa sekadar akur dan membawa Sana ke tempat yang dituju.

Motosikal Brian laju membelah jalan dan meninggalkan Jae yang terkulat-kulat di situ. Dia mula berlari mencari tempat persembunyian namun malang baginya tatkala Takuya sudah dapat menangkap.

“Budak tak guna. Mana kau bawak adik aku ?”

 

 

Brian memberhentikan motosikalnya di atas sebuah jambatan. Itu lah tempat yang dituju oleh Sana. Gadis itu turun dari motosikal dan mula bertenggek di penghadang jambatan sambil merenung air sungai yang dalam.

Baik dia mahupun Brian langsung tak berkata apa-apa. Masing-masing mengunci mulut untuk beberapa saat sebelum akhirnya Brian memilih untuk memecahkan kesunyian.

“Kau OK tak?” wajah gusar Sana direnung.

“Aku OK tapi Jae…”

Brian terdiam seketika. Dia membuang pandang ke arah arus sungai yang mengalir deras itu sambil membayangkan wajah cemas Jae tadi.

“Apa jadi kat korang? Korang lari dari siapa? Kenapa?” persoalan yang sudah lama terbuku di hati sejak tadi akhirnya diluahkan. Sana yang mendengar sekadar mengeluh sebelum membalas renungan tajam Brian.

"Semuanya berpunca dari aku. Aku tak tau apa silapnya…”

Sana menceritakan segala-galanya kepada Brian. Dari awal sehingga ke arah. Tanpa sedar dia dah meluahkan semua kisah hidupnya kepada pemuda itu walhal mereka baru kenal tak sampai sehari. Segala-galanya ! Tentang keluarga Sana, tentang Takuya, abangnya yang kaki botol dan panas baran itu dan juga tentang masalah kewangan yang dia hadapi. Tanpa sedar, air mata Sana mengalir.

Sana dah cuba mengawal perasaanya namun dia tak mampu. Segala cerita yang diluahkan kepada Brian buat dia sebak dan tanpa segan silu menangis di depan lelaki itu. Brian tergamam. Tak menyangka dengan apa yang dia lihat. Perempuan yang baru dia kenal hari ini, perempuan yang hampir melanggarnya pagi tadi , perempuan si mulut celupar yang seakan cuba mencabar kesabarannya, perempuan yang membonceng motosikalnya dan juga perempuan yang menangis di depannya sekarang ini adalah perempuan yang sama. Sana. Gadis itu ternyata banyak cerita yang membuatkan Brian semakin tertarik untuk mendekatinya.

“Maaf. Aku…aku tak patut cerita benda ni kat kau.” satu keluhan lahir dari bibir Sana. Air mata yang menitis diseka dengan belakang tapak tangan. Namun, makin diseka, makin ia mengalir laju turun membasahi pipi.

Brian memandang sayu ke arah Sana yang tersedu-sedan itu. Pasti sudah banyak penderitaan yang gadis itu tanggung sampai jadi begini.

“Jangan la menangis, kau kena kuat.”

Tutur Brian lantas tubuh Sana dibawa ke dakapan. Sana terus menangis sepuas hatinya. Dah lama dia tahan rasanya dan tanpa disangka, dia melepaskan semuanya kepada Brian. Pemuda yang baru dia kenali itu.

 

“Weh, korang !”

Jae yang sedang melaung sambil berlari ke arah mereka membuatkan Brian segera meleraikan pelukannya dengan Sana. Sana menjenguk ke arah Jae sambil menghela nafas lega. Sebaik saja pemuda itu menghampiri mereka, Sana terus mencengkam bahu Jae.

“Kau tak apa-apa? Takuya jumpa kau tak?” Jae dipandang di atas hingga ke bawah. Lebam pada bawah mata Jae membuatkan Sana resah.

“Lebam ni kenapa?”

Jae sekadar tersengih. Tangan Sana yang mencengkam bahunya dilepaskan.

“Aku OK. Ini jatuh masa lari tadi. Takuya tak jumpa aku pun. Aku ni pakar la bab sembunyi.” bohong Jae. Padahal lebam itu berpunca dari amukan Takuya yang menghadiahkan tumbukan padu ke wajahnya. Nasib baik Jae sempat lari sebelum Takuya makin menggila. Kalau tak, mungkin Jae dah mati dikerjakan oleh abang Sana itu.

“Brian? Kau ok? Thanks sebab tolong aku dengan Sana.” Jae cuba mengubah topik perbualan. Tak mahu Sana bercakap soal lebamnya lagi.

“No hal. Sure tak kau OK ni?” bahu Jae dipaut sambil soalan itu ditujahkan. Jae sekadar mengangguk dan mengangkat ibu jarinya tanda ok. Rasa pedih penangan Takuya itu cuba disembunyikan semampunya. Dia tak mahu nampak lemah di depan Sana.

Selepas itu, masing-masing diam dan membuang pandang ke arah sungai di bawah jambatan itu.

“Sebab kau dah tolong kami, apa kata kalau kau jadi kawan baik kami?” Jae memecahkan kesunyian.

“Kan? Bagus jugak tu. Boleh aku naik motor kau selalu.” Sana pula menambah.

Brian memandang ke arah mereka berdua silih berganti sebelum perlahan-lahan menarik senyum lebar.

“Serius ni? Korang jangan menyesal kalau dah kenal rapat dengan aku nanti. Aku agak gila orangnya.”

“Sekurang-kurangnya, kau tak segila Takuya kan?”

“Yah, kau jangan mengutuk abang aku la !”

Tiga anak muda itu ketawa serentak.

“Jadi kita kawan?”

“Sure. Kita kawan.”

“Yeay !”

Di atas jambatan itu, persahabatan antara tiga insan mula bersemi. Kehadiran Brian menjadi pelengkap baru dalam episod persahabatan antara Jae dan Sana. Sungai yang mengalir deras di bawah jambatan itu menjadi saksi termeterainya persahabatan antara mereka bertiga.

 

 

Lima tahun berlalu, persahabatan antara Jae, Sana dan Brian masih utuh masuk ke tahun kelima mereka bersama. Kini, masing-masing sudah menginjak usia ke angka 23 tahun. Jae dan Brian bakal bergraduasi dari universiti masing-masing tak lama lagi. Jae merupakan graduan jurusan kejuruteraan manakala Brian pula dalam bidang perniagaan.

Sana? Lepas tamat sekolah, dia tak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah kewangan. Dia kini sibuk bekerja untuk menyara kehidupannya dan juga si abang yang masih tak berubah perangai.

“Tahniah, aku bangga dengan korang berdua.”

Ucap Sana seraya menghadiahkan jambangan bunga kepada Jae dan Brian. Jambangan bunga itu digubahnya sendiri memandangkan dia bekerja di sebuah kedai bunga sebagai seorang florist. Itu adalah hadiah untuk kedua-dua orang sahabatnya yang sudah berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Terima kasih, Cik Sana yang dicintai.” ucap Jae sambil tersenyum lebar. Suka dengan hadiah dari gadis itu.

“Sama-sama, apa saja buat Jae, sahabat tercinta ni.” Sana membalas lantas pipi Jae ditekup dengan kedua belah telapak tangannya. Pemuda itu menggeletik rimas dengan kelakuan Sana. Dari dulu sampai sekarang, masih tak berubah. Dia tetap melayan Jae bagaikan seorang kanak-kanak disebabkan muka Jae yang agak keanak-anakkan itu. Bak kata orang, baby face. Ditambah lagi dengan perangai Jae yang boleh tahan lurus bendul, ia membuatkan Sana suka menyakat dan melayannya seperti melayan seorang adik.

Hakikatnya, jauh di sudut hati Jae, dia tak suka dilayan sebegitu oleh Sana. Mendengar perkataan ‘sahabat’ yang Sana ditujukan kepadanya saja sudah cukup buat hati Jae terguris. Sejujurnya, dia inginkan hubungan yang lebih dari sahabat dengan Sana.

Muka Jae masam mencuka saat Sana masih belum melepaskan pipinya.

“Ooo…macam tu la. Kita ni siapalah kan? Tak ada orang nak sayangkan kita.” Brian mencelah dan pura-pura merajuk. Itu membuatkan Sana tergelak kecil lantas beralih ke arah pemuda yang menarik muncung sedepa di sebelah kirinya itu.

Bahu Brian dirangkul dan kepala pemuda itu diusap berkali-kali. Sampai berserabai rambut Brian dikerjakan oleh Sana.

“Aigoo, uri Brian. Janganlah merajuk. Siapa cakap aku tak sayangkan kau? Aku sayangkan kau jugak. Korang berdua kan sahabat sehidup semati aku. Tanpa kau, aku tak dapat merasa naik motosikal besar tau tak?” pujuk Sana.

“Yah, stop ! Habis rambut aku, tau tak?” sungut Brian. Meskipun mulutnya mengomel, namun dalam hatinya berbunga-bunga mendengar ucapan Sana itu.

“Rasakan kau Brian. Tadi gedik sangat kan nak disayang-sayang? Rasakan ‘sayang’ tu.” Jae berkata sambil ketawa mengejek. Melihat Brian yang sudah hampir hilang nafas tatkala dirangkul oleh Sana membuatkan Jae tergelak sendiri.

“Yah, Jae tak guna. Kau pun sama. Mari sini aku kerjakan.” Jae meraung kuat saat Sana menghadiahkan headlock kepadanya. Tercungap-cungap pemuda itu meminta pertolongan dari Brian yang masih mencari nafas gara-gara Sana tadi.

Sana ketawa puas hati. Jae dan Brian menggeleng tanda kalah. Gadis di depan mereka itu bukan calang-calang orang. Di luar nampak manis dan cantik tapi hakikatnya, dia kasar dan mempunyai tenaga yang agak mengagumkan. Mungkin itu adalah kurniaan Tuhan agar dia lebih tabah untuk mengharungi kehidupannya yang penuh berliku.

Mendengar ketawa Sana, dua sahabat baik itu turut ikut ketawa.

 

 

“Perasan tak, kita dah lama jadi kawan. Dah nak dekat lima tahun.” Sana bersuara sambil membuang pandang ke arah sungai di bawah jambatan tempat biasa mereka bertiga untuk melepak.

“Haah. Sedar tak sedar, dah lima tahun. Dari sekolah sampai masing-masing dah besar. Kan?” Jae menambah lantas mendongak memandang langit yang semakin gelap.

“Tau takpa. Waktu aku first time jumpa korang, serius aku tak terfikir yang kita akan jadi serapat ni.” tutur Brian sambil merangkul bahu Jae. Jae mengangguk mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

“Banyak dah benda yang kita lalui sama-sama kan?” Sana mula mengenang memori-memori lalu.

“Ingat tak waktu m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
zitaopabo request part 1 updated! ^^ -aquariusxpisces

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 30: Eh takpelah,saya pun sibuk exam sem 1 dah nak dekat utk stpm ni..its okay,just take your(enough)time!! Saya akan tunggu:-) p1 ni dah cukup baik ni hehe btw cite ni best thank you saya hargai usahamu !! Keep forward;-) ;-) all the best exam nnti
soohanfeels
#2
Chapter 28: HAHAHAHA SUMPAH LAWAK KAT PART YG JEONGHAN TRY COVER DENGAN TEKAN TUBI XD ya ampun konyol betul Cheonsa nie XD HAHAHAHA I KENNOT LAH ! XD and part asyik jeling-2 tu ha xD Seungkwan pun suka sangat mengusik :3 thumbs up for author-nim for making this great stories ;) saya akan tunggu, take your time and FIGHTING ! <3
Ifahzira
#3
Chapter 23: Xjangka ending dia semua mati haha btw thanks for the story! Sy suka >< and poster tu lawa lah
girly_
#4
Chapter 27: wahahahahaha thanksss saya akn setia tunggu part 2 dri awak.cerita awak seronok smpai saya sengih2 sorang huuhuu.
. request shop awk ni latak dpt byk subscribers!! btw. take your time.. jgn pening2 hahaha
Zitaopabo #5
Chapter 26: Hiiii! Terima kasih author-nim! Hahahaha tak sangka ada part.2! Apa-apapun, best! Suka style penulisan author-nim!>~< saya bengang pula dengan makhluk2 yang tak berperikemanusian tu Π_n bila Michan kena pukul dengan batang paip aduhhhhhh saya yang terasa hahahahahah. Kejamnya watak2 author-nim ni;---; haihhh apa2pun, goodluck!>< kipidap dongibap><
girly_
#6
saya dh request!!!
soohanfeels
#7
NAK REQUEST BOLEH TAK AUTHORNIM SEKALIAN XD btw holaaa :D
Zitaopabo #8
Saya nak request boleh?
sunshine_blue
#9
Saya dah request betul tak?