anissofea - My Weird Oppa

BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]
Please Subscribe to read the full chapter
   

my weird brother

written by: Jelly_Warrior

watak : Hyungwon(MX), IM (MX) dan Sinbi (GFriend)

 

 

“SinB, cepat ! Kita dah lambat.”

“Pergi je la ! Adik tak nak naik dengan abang ! Adik lebih rela jalan kaki!”

 

Chae Eun Bi. Orang panggil dia SinB. Satu-satunya anak perempuan keluarga Chae yang comel dan manis orangnya. SinB mempunyai satu kehidupan yang biasa. Biasa tapi bahagia. Keluarganya keluarga yang sederhana. Ayahnya seorang perunding hartanah manakala ibunya pula seorang guru sekolah rendah. Oh Ya ! Dia mempunyai seorang abang. Seorang abang yang jarak umurnya hanya berbeza dua tahun. Chae Hyung Won. Kerana insan bernama Chae Hyung Won inilah, SinB merasakan yang kehidupan biasanya kadang-kadang menjadi luar biasa. Sepanjang hidupnya yang sudah 16 tahun di muka bumi ini, Hyungwon adalah manusia yang paling pelik pernah dia jumpa dan manusia bernama Hyungwon itu adalah abangnya.

 

“Abang pergi je la ! Adik tak nak naik skuter abang ni ! Adik tak nak pergi sekolah dengan abang lagi !”

“Alahai, SinB ku sayang, intan payung emas berlian platinum magnetik abang, dah kenapa kau mogok ni?”

 

Di mata Hyungwon, SinB adalah segala-galanya. An apple to his eyes. Walaupun adiknya sudah besar panjang dan boleh diklasifikasikan sebagai anak gadis, namun pada Hyungwon, SinB masih bayi kecil yang perlu disayangi, dibelai dan dilindungi dari segala noda-noda duniawi. Cet ! Hyung Won sangat sangat sangat menyayangi adik perempuannya itu memandangkan hanya SinB adik-beradik yang dia ada. Oleh itu, sebagai abang yang baik dan berwibawa, Hyungwon telah bertekad untuk sentiasa menjaga dan menyayangi SinB sepenuh hatinya.

Sweet kan? Mesti ada yang cemburu dengan SinB. Kan? Pasti ada yang berharap untuk memiliki abang macam Hyungwon kan? Beruntungnya kalau Hyungwon jadi abang kita! Mesti rasa gembira? Betul tak SinB?

 

“Tak !”

 

Bagi SinB, Hyungwon merimaskan. Diulangi. MERIMASKAN. SinB kadang-kadang rasa macam nak campak abangnya itu ke dalam sungai atau hantar saja Hyungwon ke Pusat Kebajikan Masyarakat sebab lelaki itu tersangatlah annoying. Apa saja yang SinB buat, ada saja yang tak kena. Itu tak boleh, ini tak boleh! Semuanya tak boleh !

Kali ini, SinB mogok dengan Hyungwon gara-gara abangnya itu telah meracuni pemikiran orang tua mereka sehingga dia tak dapat menghadiri fanmeeting event dengan kumpulan idol kegemarannya, BTS. Awalnya, ibu SinB dah mengizinkan namun bila Hyungwon masuk campur, keputusan ibunya itu terus berubah.

 

“Tak payah ke sana, SinB ! Orang ramai. Kalau kau sesat macam mana?”

Macam-macam teori dan jangkaan pelik yang Hyungwon bentangkan di depan Puan Chae. Kononnya, fanmeeting sebegitu bahaya kerana banyak sasaeng fans yang menggerunkan. Bimbang kalau SinB tercedera. Hyungwon juga mengatakan yang fanmeeting sebegitu langsung tak berfaedah dan membuang masa bagi SinB. Lantas, Puan Chae terus termakan kata-kata Hyungwon dan boom ! SinB tak dibenarkan untuk pergi. Terima kasih kepada abang ‘terbaik’nya, Chae Hyung Won.

 

“SinB !” Hyung Won melaung lagi.

Gadis itu merengus geram mengenangkan perlakuan abangnya tempoh hari. Gara-gara dia, SinB terlepas peluang untuk bersua muka dengan idola kegemarannya, Jungkook. Sampai hati Hyungwon memusnahkan impiannya.

“Sudah la abang ! Jangan nak kacau adik lagi ! Abang tak sayangkan adik pun kan? Sebab tu abang buat adik sakit hati.” omelnya .

Hyungwon yang sudah gelabah di atas skuter memandangkan hanya tinggal beberapa minit untuk sesi persekolahan bermula mengeluh. Dia tahu kenapa adiknya tu mogok. Sudah tentu gara-gara dia menghalang si SinB untuk pergi ke fanmeeting BTS yang diadakan semalam. Dia bukannya kejam cuma dia sangat bimbangkan keselamatan SinB sekiranya dia ke sana. Niatnya baik, kan?

“Sorry la. Abang cuma risaukan kau ! Kau tau kan kat sana tu macam mana? Kalau kau cedera macam mana?” balas Hyungwon. Dia masih belum berputus asa untuk memujuk adik perempuannya itu.

“Abang ni terlampau negatif la ! Adik cuma nak ke fanmeeting ! Bukannya pergi berperang pun. Kenapa nak cedera pulak?” bentak gadis itu membuatkan Hyungwon tersentak. Adiknya itu kalau naik angin boleh tahan juga. Hyungwon terkebil-kebil memandang gadis yang berdiri memeluk tubuh di depannya itu.

“Ok la ! Ok ! Abang minta maaf. Dah, jom ! Nanti kita lambat ke sekolah.” pujuk Hyungwon lagi. Jam tangan dikerling seketika. Hanya tinggal beberapa minit sebelum pagar sekolah ditutup. Tangan SinB cuba diraih namun adiknya menepis.

“Abang jalan dulu. Adik nak pergi sendiri.” getus SinB dingin. Dia menjeling abangnya sebelum perlahan-lahan berjalan untuk ke sekolah. Langsung dia tak mempedulikan Hyungwon yang terpinga-pinga di atas skuter. Selalunya, dia membonceng skuter milik Hyungwon namun tidak pada hari ini. Dia marahkan Hyungwon. Sangat sangat marah !

“SinB!” Hyungwon mengekori adiknya dari belakang. Masih cuba untuk memujuk.

“Pergi la abang ! Adik tak nak tengok muka abang hari ni ! Jangan rosakkan mood Adik boleh tak?” sungut SinB membuatkan Hyungwon menghela nafas perlahan.

“Arasso…” lemah saja abangnya itu membalas sebelum akhirnya memulas pedal minyak untuk melajukan skuter meninggalkan SinB di belakang. Nampaknya, SinB betul-betul marahkan Hyungwon. Dia kena fikirkan cara lain untuk memujuk adik kesayangannya itu.

 

SinB menghantar abangnya dengan pandangan maut. Dia berjalan lemah menuju ke sekolah yang jaraknya hampir satu kilometer dari rumah mereka. Sambil berjalan, fikirannya melayang jauh memikirkan soal abangnya, Hyungwon. Dalam diam, dia sedar yang abangnya itu sangat menyayanginya dan cuba untuk melindungi namun sikap Hyungwon yang over protective tu teramatlah merimaskan. Segala tingkah SinB diperhatikan dan SinB betul-betul rasa terkongkong.

“SinB, kau jangan keluar pakai skirt pendek macam ni ! Tukar pakai seluar tracksuit sekarang ! Jangan nak tayang kaki kau tu. Orang lelaki sekarang semuanya gatal.”

“SinB, abang tak suka kau keluar tengok wayang dengan kawan-kawan kau. Dalam wayang tu gelap, bahaya !”

“SinB, jangan layan anak lelaki jiran sebelah kita tu ! Tengok muka pun dah tahu, dia saja nak ambil kesempatan.”

“SinB ! Jangan !”

“Tak boleh, SinB !”

“Tak payah, SinB! Abang tak suka!”

 

“Alamak ! Dah lambat!”

Lama termenung barulah SinB tersedarkan sesuatu. Sedar yang dia dah terlambat untuk ke sekolah. Jam tangan yang dipakai dijeling seketika sebelum dia merengus. Langkah kakinya dipercepatkan. Semakin lama semakin laju dan akhirnya dia berlari.

 

 

Sementara itu, di pintu pagar sekolah.

“Hyungwon ! Kau dah kenapa? Sejak bila jadi pak guard dekat sini? Ke kau berangan nak jadi pengawas?” Minhyuk, salah seorang rakan baik Hyungwon menegur tatkala melihat kelibat sahabatnya yang berdiri tegak di tepi pintu pagar sekolah. Nampak macam tengah tunggu seseorang.

Hyungwon beralih pandang ke arah Minhyuk sekilas sebelum kembali memandang ke arah jalan. Mencari kelibat adiknya yang masih belum tiba. Satu keluhan berat lahir dari bibir pemuda itu. Minhyuk sekadar memerhati gelagat Hyungwon dengan muka yang hairan.

“Aku tunggu adik aku. Tadi dia merajuk dengan aku lepas tu dia tak nak datang sekali ke sekolah. Aku takut dia lambat la.” adu Hyungwon membuatkan Minhyuk ketawa lepas. Sayang sangat dekat adiknya tu. SinB tu bukannya budak kecik. Dah pandai buat keputusan sendiri dah pun. Pelik betul la si Hyungwon ni.

“Loceng dah bunyi weh ! Jom masuk kelas ! Nanti kita kena denda. Tak nak la aku.” Saat loceng sekolah mula berbunyi, Minhyuk segera menarik tangan Hyungwon. Bayang-bayang guru disiplin sudah kelihatan bersama angkatan pengawas yang pastinya sedang mencari pelajar untuk didenda. Mengerikan !

“Tapi…” Hyungwon masih tak berpuas hati. SinB masih tak kelihatan.

“Tak ada tapi ! Jom !” Minhyuk dengan sepenuh daya menarik Hyungwon agar mengikutinya. Nasib baik Hyungwon ni kurus dan ringan. Senang sikit nak heret.

“SinB !!!!!” Hyungwon diheret Minhyuk tanpa rela. Dia meraung memanggil nama adiknya namun semuanya hampa. SinB tak juga muncul-muncul di depan pintu pagar sekolah.

“Maafkan abang mu ini, SinB !!!!”

 

 

“Chae Eun Bi !”

SinB tersentak. Susuk tubuh Cikgu Hwang yang tegap dan menakutkan itu dijelingnya sekilas. Menakutkan. Guru disiplin sekolah itu sedang berdiri di hadapannya sambil memegang sebilah rotan. SinB risau kalau kalau rotan itu hinggap ke tubuhnya. Mesti sakit kan? Air liur ditelan terasa berpasir.

“Saya minta maaf, Cikgu. Saya tak sengaja datang lambat. Ada hal kecemasan tadi.” SinB cuba memberikan alasan dan berharap guru separuh usia itu dapat bertenang dan melepaskannya. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa agar hati Cikgu Hwang itu menjadi sejuk.

“Dah berapa kali saya pesan, datang awal ! Jangan lambat ! Bla…bla…bla…”leteran guru itu membuatkan telinga SinB hampir berdarah. Suaranya tinggi dan nyaring. Sakit telinga dibuatnya.

“Hahhh!”

SinB mengerling seseorang yang dengan beraninya dah mengeluh kuat di depan Cikgu Hwang. Hari ini, bukan dia sorang saja yang dah ditangkap kerana datang lambat. Ada seorang lagi pelajar yang menemaninya. Nasib baik la ada kawan. Tak ada la malu sangat. Cuma…apa yang buat SinB risau adalah orang yang bersamanya itu merupakan sahabat baik abangnya, Hyungwon ! Aduhai, kalau abang dia tahu mesti lelaki itu akan membebel tanpa henti.

Tanpa disangka, sedang SinB leka memerhatikan pelajar lelaki itu, mata mereka bertentangan dan SinB tersentak tatkala kawan abangnya mengenyitkan mata ke arahnya. Sempat lagi dia nak flirting ! SinB berpura-pura tak nampak lantas menoleh semula memandang wajah tua Cikgu Hwang.

“Lim Chang Kyun !”

IM yang awalnya berdiri longlai terus menegak tatkala namanya dipanggil oleh Cikgu Hwang. Pasti cikgu disiplin itu dah dapat menangkap tingkahnya yang main-main tadi. Muka Cikgu Hwang menyinga memandang ke arah pelajar lelaki itu. IM cuba berlagak tenang. Sesekali, wajah adik sahabatnya yang berdiri di sebelah dikerling dalam diam. Nampak pucat dan ketakutan. Kesian SinB.

“Petang ni, kamu berdua kemas stor sukan sebagai denda ! Faham?” Cikgu Hwang akhirnya mengeluarkan satu arahan yang membuatkan kedua-dua pelajar itu mengeluh.

“Kalau saya dapat tahu kamu berdua mengelat, siap lah !” ugut guru itu lagi sebelum melepaskan SinB dan IM untuk balik ke kelas. Sebentar lagi, sesi pembelajaran akan bermula.

“Mati lah nak.” suara IM kedengaran tatkala Cikgu Hwang mula menjauh. Dia membetulkan beg sandang yang tersangkut di bahunya sambil melepaskan keluhan. Kepalanya digaru-garu tanda serabut. SinB tanpa sedar memerhatikan IM dengan mulut yang separa terbuka. Entah kenapa, SinB rasa yang IM nampak kacak hari ini. Selalunya, dia cuma perhatikan IM dari jauh dan baru dia kali ni perasan, IM ni boleh tahan handsome juga orangnya. Kawan abangnya ini nampak kacak kalau dipandang dari jarak yang dekat.

“Yah, adik Hyungwon.” IM perasan yang dia sedang diperhatikan oleh SinB lalu dia sengaja memakukan matanya ke arah gadis genit itu. Dia memang suka mengusik orang. Lagi-lagi, perempuan.

“A..apa?”

SinB kelam-kabut bila dia ditegur oleh pelajar lelaki itu. Rasa malu menyerang diri bila dia kantoi memandang IM tadi. Teragak-agak, SinB membalas pandangan IM yang menikam wajahnya itu.

“Jangan lupa petang ni. Kita ada date.” tutur IM sambil ketawa sinis. Date lah sangat.Sekali lagi, dia mengenyitkan matanya ke arah SinB. Saja nak mengusik adik sahabatnya itu. Dia memulakan langkah untuk ke kelas dengan ketawa sinis yang masih bersisa.

“Oppa tunggu !”

Langkahnya mati tatkala SinB memanggil. IM menoleh dan menjongketkan sebelah keningnya tanda respons.

“Jangan bagitau Hyungwon oppa fasal ni.” pinta SinB . Dia malas nak dengar abangnya membebel kalau dapat tahu yang dia datang lambat dan didenda.

IM tarik senyum segaris sebelum bersuara.

“Tengok la macam mana nanti.”

SinB terpempan. IM ni serius ke tak? Boleh pulak dia main tarik tali macam tu? Adoyai ! SinB dah mula rasa gelisah.

 

 

Pintu stor sukan ditolak oleh IM dengan penuh rasa malas. SinB yang berada di belakangnya memerhati sambil memegang sebatang mop dan penyapu.

“Malang betul hari ni. Kalau aku tak sakit perut tadi, mesti tak datang lambat.” omel IM sambil mencapai sebuah baldi yang diberikan oleh pengawas yang ditugaskan oleh Cikgu Hwang untuk memerhatikan mereka.

SinB mengeluh perlahan. Semuanya salah Hyungwon. Kalau Hyungwon tak cari fasal dengan dia dan dia tak mogok pagi tadi, sudah tentu semua ni takkan berlaku. Malangnya, semua dah terlambat dan dia kini terpaksa menjalankan denda tak guna ni.

“My God…ini stor sukan ke Hutan Amazon?” suara IM mematikan lamunan singkat SinB. Dia segera mendekati IM yang sudah masuk ke dalam stor. Keadaan stor sukan yang kotor dan berselerak membuatkan gadis itu terlopong. Reaksinya sama macam IM tadi.

“Boleh ke kita bersihkan stor ni?” SinB menyoal sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Dah macam stor yang kena tinggal. Cikgu Hwang memang sengaja nak kenakan dia dan IM ke? Kejamnya !

“Don’t worry adik Hyungwon. Apa yang penting kerjasama.” IM memandang SinB lantas bahu gadis itu dipaut. SinB terpana seketika. IM ni memang jenis selamba ke orangnya? Entah kenapa jantung SinB berdegup kencang tak semena.

“Aaaaa.” hanya itu yang keluar dari mulut SinB. Dia dah terkedu sebenarnya.

“So? Shall we?” IM menyoal seraya menghulurkan penyapu kepada SinB. Gadis itu mengangguk dan menyambut huluran penyapu dari IM.

 

Maka bermulalah misi dua pelajar yang didenda itu. Mereka membahagikan tugas sama rata. SinB menyapu lantai manakala IM akan mengemop nanti.

“Buat kerja elok-elok, adik Hyungwon.” IM berkata sambil sibuk menyapu habuk yang ada di atas permukaan almari. SinB mengangguk laju dan terus melakukan kerjanya dengan penuh bersemangat.

Mereka bersama-sama membersihkan stor sukan tersebut. Suasana janggal pada mulanya namun IM pandai menceriakan suasana. Ada saja benda yang dia buat untuk mengusik SinB. SinB mula ketawa riang bila IM buat lawak atau mengacaunya. Sesekali, mereka berbual dan bergurau senda bersama. Ini pertama kali mereka berdua sebegitu semenjak kenal. Maklumlah, sebelum ini SinB hanya kenal IM melalui Hyungwon. IM merupakan salah seorang geng Hyungwon. Walaupun begitu, mereka tak pernah rapat sebab SinB agak segan dengan kawan-kawan abangnya.

Hampir satu jam setengah mereka bertungkus-lumus, akhirnya stor sukan yang semak itu sudah hampir bersih. Cuma tinggal nak susun peralatan sukan yang berselerak saja lagi.

“Hey adik Hyungwon, rehat la dulu.” IM berkata sambil melabuhkan punggungnya di atas lantai yang luas dalam stor itu. SinB yang leka mengelap cermin tingkap akur lantas mengambil tempat di sebelah IM. Dari tadi, IM memanggilnya sebagai ‘adik Hyungwon’. Dalam hati SinB terfikir juga, tahukan IM namanya?

“Penatnya.” keluh SinB sambil mengelap peluh di dahi. IM memerhatikan SinB lantas tersenyum. Sesuatu dikeluarkan dari poket dan dihulurkan kepada gadis itu.

“Nah tisu.” pendek saja IM berkata sebelum akhirnya membaringkan tubuhnya di atas lantai bersebelahan dengan SinB. Sepeket tisu yang sudah bertukar tangan ditenung SinB lama. Terharu dengan perlakuan IM.

“Tisu tu bukan automatik. Kau tenung macam tu pun, peluh kau takkan kering sendiri.” sindir IM membuatkan SinB terkulat-kulat. Segera, sehelai tisu diambil dan digunakannya. Segan pula dengan IM.

“Kau ni comel la, adik Hyungwon.” getus IM mentertawakan SinB yang kelam-kabut itu. SinB menoleh memandang IM dan mencebik.

“Adik Hyungwon…adik Hyungwon. Oppa tahu tak nama penuh saya?” soal SinB berbaur sungutan. Kemudian, dia tergamam seketika. Tak menyangka yang dia berani untuk menyoal sebegitu kepada IM. Mukanya tiba-tiba menjadi merah padam. Segera, dia beralih memandang ke arah lain. Suasana menjadi hening seketika.

“Chae Eun Bi.”

SinB beralih semula tatkala nama itu disebut. IM bangkit dari pembaringannya dan memandang wajah SinB yang terpinga.

“Chae Eun Bi kan?” nama itu diulangi IM semula. Kali ini dia menyebut sambil memandang ke arah SinB yang masih malu-malu.

“Orang panggil kau SinB? Kan?” tambah IM membuatkan SinB mengangguk. Rasa menyesal pula sebab terlepas cakap tadi.

“Kau tak suka ke aku panggil kau ‘adik Hyungwon’ ? Kau nak aku panggil kau apa?”

SinB masih membisu. Nada suara IM membuatkan dia melting. IM memang sengaja nak menggoda ke apa?

“Baby? Sayang? Chagi?”

SinB terkedu. Biar betul IM ni ! Gila lah ! Muka SinB makin memerah. IM buat dia jadi serba tak kena jadinya.

Melihatkan reaksi SinB yang sudah tak tentu arah, IM ketawa kecil. Seronok betul usik adik si Hyungwon ni. Sama kelam-kabut macam abangnya.

“Dah la ! Aku haus ni. Kau nak air tak? Aku belikan?” IM bangkit dari tempat duduknya dan menepuk belakang seluar untuk membuang habuk.

“B…Boleh jugak.” jawab SinB dan dibalas anggukan dari IM. IM meminta diri seketika untuk keluar membeli air. SinB sekadar memandang susuk tubuh IM yang berjalan keluar dari stor sukan itu. Bayang IM yang semakin menghilang membuatkan SinB dapat menarik nafas lega. Mukanya masih terasa panas. Kata-kata IM tadi membuatkan jantungnya berdegup sangat kencang. Apa maknanya? Adakah dia sudah jatuh suka kepada IM? Ya ! Betul la tu.

“Eiii…Bodohnya kau SinB.” gumamnya sendirian. Gadis itu bangkit dari tempat duduk lantas menyibukkan diri semula. Malas nak layan perasaannya yang tak menentu itu. Beberapa biji bola dikutip dan disimpan ke dalam bakul. Kemudian, peralatan lain turut disusun semula ke dalam rak.

Tak lama kemudian, SinB mendengar derap kaki seseorang yang masuk ke dalam stor. Itu pasti IM. SinB cuba berlagak biasa dan sambung menyusun kayu-kayu hoki yang bertaburan. Dari belakang, seseorang menghulurkan sebotol jus oren sejuk kepadanya. SinB mengukir senyum manis sambil menoleh.

“Terima kasih, IM op….”

Saat dia menoleh, bukan wajah IM yang menyapanya. Senyum SinB tadi kendur tiba-tiba.

“IM oppa? Sejak bila IM tu jadi abang kau? Kau cuma ada sorang je abang. Chae Hyung Won.”

Lain yang diharap, lain yang datang. Spoiler betul ! SinB mencebik.

“Abang nak apa?”

 

 

Muka SinB dari tadi masam mencuka. Semuanya gara-gara Hyungwon ! Abangnya tu suka buat mood SinB jadi merudum. Ada ke patut dia suruh IM balik dan dia gantikan IM untuk sambung kemas stor sukan? Saja la tu ! Tak nak bagi IM berdua-duaan dengan adik perempuannya. Fikir yang bukan-bukan la tu ! Bengang SinB dibuatnya. Baru saja berangan nak luangkan masa dengan IM tapi Hyungwon terlebih dulu dah musnahkan angannya. Memang betulah Hyungwon ni seorang dream crusher !

Lepastu, dia paksa pulak SinB balik dengan dia. Nak tak nak, SinB terpaksa membonceng skuter Hyungwon lepas habis mengemas tadi. Sebelum mereka berangkat pulang, sempat Hyungwon memujuk SinB lagi.

“Abang minta maaf. Jangan la mogok dengan abang lagi.”

SinB masih membisu. Dia menjeling abangnya sekilas.

“Abang bukan tak sayangkan adik. Sebab abang sayang la abang buat macam tu.” pujuk Hyungwon lagi.

Reaksi yang sama dari SinB. Hyungwon mengeluh lemah. Sesuatu dikeluarkan dari poket blazer sekolah yang dipakainya.

“Kalau adik dah tak sayangkan abang. Terpaksalah abang…” sayu suara Hyungwon kedengaran membuatkan SinB menoleh.

“Terpaksa la abang apa?” SinB me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
zitaopabo request part 1 updated! ^^ -aquariusxpisces

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 30: Eh takpelah,saya pun sibuk exam sem 1 dah nak dekat utk stpm ni..its okay,just take your(enough)time!! Saya akan tunggu:-) p1 ni dah cukup baik ni hehe btw cite ni best thank you saya hargai usahamu !! Keep forward;-) ;-) all the best exam nnti
soohanfeels
#2
Chapter 28: HAHAHAHA SUMPAH LAWAK KAT PART YG JEONGHAN TRY COVER DENGAN TEKAN TUBI XD ya ampun konyol betul Cheonsa nie XD HAHAHAHA I KENNOT LAH ! XD and part asyik jeling-2 tu ha xD Seungkwan pun suka sangat mengusik :3 thumbs up for author-nim for making this great stories ;) saya akan tunggu, take your time and FIGHTING ! <3
Ifahzira
#3
Chapter 23: Xjangka ending dia semua mati haha btw thanks for the story! Sy suka >< and poster tu lawa lah
girly_
#4
Chapter 27: wahahahahaha thanksss saya akn setia tunggu part 2 dri awak.cerita awak seronok smpai saya sengih2 sorang huuhuu.
. request shop awk ni latak dpt byk subscribers!! btw. take your time.. jgn pening2 hahaha
Zitaopabo #5
Chapter 26: Hiiii! Terima kasih author-nim! Hahahaha tak sangka ada part.2! Apa-apapun, best! Suka style penulisan author-nim!>~< saya bengang pula dengan makhluk2 yang tak berperikemanusian tu Π_n bila Michan kena pukul dengan batang paip aduhhhhhh saya yang terasa hahahahahah. Kejamnya watak2 author-nim ni;---; haihhh apa2pun, goodluck!>< kipidap dongibap><
girly_
#6
saya dh request!!!
soohanfeels
#7
NAK REQUEST BOLEH TAK AUTHORNIM SEKALIAN XD btw holaaa :D
Zitaopabo #8
Saya nak request boleh?
sunshine_blue
#9
Saya dah request betul tak?