soohanfeels-You're Beautiful

BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]
Please Subscribe to read the full chapter
   

You're beautiful

written by: Jelly_Warrior

watak : Namjoo,V,Jimin dan Jungkook

 

 

 

YOU'RE BEAUTIFUL

 

 

 

Korang percaya tilikan nasib? Apa pendapat korang tentang benda ni? Mengarut? Separa mengarut? Pelik? Atau sebenarnya ia memang betul?

Pada aku, tilik nasib ini cuma benda main-main dan sekadar untuk suka-suka. Tak boleh percaya sangat sebab ia agak tak logik. Tapi entah kenapa, lepas bertemu dengan tukang tilik tadi, aku tak boleh berhenti untuk terus berfikir.

Tiga kad yang aku pilih. Tiga-tiga buat aku tertanya-tanya. Kata tukang tilik tersebut, tiga kad itu melambangkan tiga individu yang berada di sekeliling aku dan sebenarnya dalam diam jatuh cinta dengan aku. Tch ! Kedengaran merepek kan?

Bila difikirkan kan balik, memang sangat-sangat merepek. Tak mungkin la ada tiga orang lelaki yang sukakan aku? Aku ni bukannya sesiapa. Aku bukannya cantik macam perempuan-perempuan lain. Banyak lagi yang lebih cantik dari aku. Bak kata abang aku Namjoon, aku ni bagaikan seorang lelaki yang terperangkap dalam badan seorang perempuan. Huwa ! Kejamnya abang aku ! Selama aku hidup, aku tak pernah langsung bertemu dengan lelaki yang anggap aku sebagai seseorang yang istimewa dan sudi jadikan aku kekasihnya. Mustahil untuk aku percaya tilikan tadi tapi…

 

"Tuhan dah tetapkan setiap jodoh manusia di dunia ini. Awak takkan tahu pun siapa yang akan jadi suami awak. Tu kita berserah saja pada tuhan. Kudrat saya hanya sampai di sini saja.”

 

Tapi…tak tahu kenapa, aku betul-betul curious dengan tilikan nasib tu. Apa maksud kad-kad yang aku pilih? Kenapa ia berkait dengan kisah cinta aku? Jodoh? Kahwin? Wah, aku langsung tak pernah terfikir soal tu sehinggalah aku menilik nasib tadi. Jadi, mari kita sama-sama imbas kembali kad-kad yang aku pilih waktu tu.

 

Yang pertama, kad bergambar seorang budak lelaki bermuka sedih tapi memegang topeng wajah yang tersenyum di tangannya. Pada tanggapan aku, ia mungkin bermaksud seseorang yang sedang menyembunyikan kesedihan dan menutup semua dengan keceriaan dirinya? Ouch ! Maksudnya agak mendalam dan aku tak boleh fikir dengan lebih jauh. Terlalu complicated !

Ada satu kad lagi, kad yang paling aku gerun nak tengok masa tengah tilik tadi. Gambar demon yang memegang belon. Huh? Aku pun tak faham apa maksudnya. Tukang tilik tadi pun macam tak nak terangkan dengan lebih mendalam. Sudahnya, dia biarkan aku tertanya-tanya sendiri.

Kad yang terakhir adalah kad bergambar seorang lelaki yang duduk berhadapan dengan beberapa kuntuman bunga. Walaupun di depannya ada bunga-bunga yang cantik tapi dia tetap berpaling ke arah belakangnya dan tersenyum. Macam tengah tengok sesuatu yang lebih cantik dari bunga-bunga yang indah di depan mata tu. Apa yang paling buat aku terkejut adalah bila tukang tilik tu cakap ia melambangkan seorang lelaki yang dikelilingi banyak perempuan tapi sebenarnya dia sukakan aku. Senang cakap, seorang playboy.

Dan bila perkataan ‘playboy’ ni keluar, hanya seorang saja yang terlintas di kepala aku. Tapi tak mungkin dia. Kalau betul, itu akan jadi benda paling lawak dalam hidup aku.

Tak mungkin dan ia mengarut.

 

“Weh, Namjoo.”

 

Kim Namjoo tersentak dek kerana disergah oleh seseorang dari belakang. Hilang sudah semua lamunannya tadi dan kini ia berganti dengan imej seorang pemuda berwajah comel yang tersengih kambing di hadapannya.

“Playboy yang sukakan aku? Jimin ke?” Namjoo masih belum habis memikirkan soal ramalan nasib tadi. Wajah Jimin di depannya ditenung lama sebelum akhirnya dia ketawa janggal.

“Tak mungkin !” bahu Jimin ditolak tiba-tiba.

“Weh, kau dah kenapa ! Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba tolak aku.” omel Jimin seraya menjeling Namjoo tajam. Gadis di sebelahnya itu sekadar tersengih sambil menggeleng laju. Geli hati dengan apa yang difikirkannya.

 

Jimin mendahului Namjoo di hadapan. Dia berjalan santai sambil memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket sweater yang dipakai. Muka Jimin seakan sedang memikirkan sesuatu. Lepas balik dari berjumpa dengan tukang tilik nasib tadi, dia jadi tak tentu arah.

"Orang ni kaki perempuan. Tapi dia suka akan cik."

Masih terbayang lagi betapa mendalam dan penuh bermaknanya pandangan mata tukang tilik nasib itu ke arahnya. Jimin yang waktu itu sedang meneguk air minuman jadi tersedak tatkala perasan akan renungan aneh dari wanita tua itu. Kata-kata itu seakan tujukan khas buat Jimin dan Jimin gelabah.

 

“Jimin…”

“Apa?”

“Jiminnie?”

“Apa?”

 

Jimin menyahut panggilan Namjoo acuh tak acuh. Derap kaki Namjoo yang kedengaran semakin hampir membuatkan Jimin cuba berlagak tenang.

 

“Jimin-ya.”

“Iya Namjoo?”

“Fasal fortune teller tadi kan…”

 

Jimin menghela nafas perlahan. Dah agak yang Namjoo akan ungkit balik fasal benda ni. Aduhai, mak cik tua tukang tilik tadi memang saja nak kenakan dia ke? Apa salah dia !

“A…apa..apasal?” tergagap-gagap Jimin menyoal.

“Aku cuma tertanya-tanya.”

“Tak payah la fikir sangat, itu cuma untuk suka-suka. Yah, since when kau minat benda-benda macam ni?”

“Kau yang ajak aku masuk kedai tukang tilik tu kan? Kau yang mula dulu, Park Jimin.”

 

Jimin mencebik. Ya tak ya jugak. Kalau la dia tak tarik si Namjoo ni masuk ke dalam kedai tukang tilik nasib tu, mesti sekarang mereka akan berjalan riang tanpa perlu fikir fasal benda mengarut ni kan? Jimin pun tak payah nak gelabah sorang-sorang macam ni. Ah, menyesalnya !

 

"Weh! Kenapa nenek tu suruh aku tanya kau? Kau pun fortune teller ke?"

Namjoo mencucuk-cucuk belakang Jimin dengan jari telunjuknya untuk meraih perhatian si sepupu yang sejak tadi seakan bersikap endah tak endah. Dia tak akan berhenti selagi Jimin tak bagi jawapan yang memuaskan hati.

"Bising lah kau." sungut Jimin. Sebenarnya, dia memang tak ada jawapan untuk soalan Namjoo. Kenapa kena tanya dia? Wanita tua tadi tu seakan dapat membaca isi hati Jimin dan sengaja nak mengujinya.

"Ala. Bagi tahu lah." pujuk Namjoo.

"Sibuk ah. Kau pergi lah bersiap untuk ke sekolah esok." dalih Jimin. Dia sebetulnya tak tahu apa yang nak jawab. Takkan dia buat pengakuan dekat Namjoo kot? Gila! Silap hari bulan, Namjoo boleh campak dia dalam sungai kalau dia luahkan isi hatinya ini. Kau jangan nak main-main dengan perempuan bernama Namjoo tau tak? Nampak saja kecik tapi dia ada kudrat yang besar. Sama besar macam seekor beruang matahari.

"Jiminieee." oh, tak lupa juga. Selain kuat dan kasar, kadang-kadang Namjoo boleh jadi sangat annoying. Macam sekarang. Kalau dia dah panggil Jimin dengan panggilan ‘Jiminnie’ tu, memang dah tak boleh nak cakap apa. Ada la tu yang dia nak.

"Ah!!! Stop bothering me!" Jimin mula bertegas. Dia nekad. Kali ni, dia takkan kalah dengan pujuk rayu Namjoo. Dia lelaki yang kuat dan kali ni, dia perlu kuat untuk mengelak dari soalan mengarut Namjoo tu.

"Jimin kedekut! Jimin jahat!" nampaknya, Namjoo dah naik angin. Habis semua perkara negatif tentang Jimin disebutnya.

"Ahhh! Tak dengar pun." Jimin menutup telinga menggunakan telapak tangan. Saja nak buat Namjoo makin berasap.

"Jimin pengecut! Jimin playb-"

Namjoo berjeda seketika. Ayatnya tak dihabiskan. Derap langkahnya juga sudah tak kedengaran di belakang Jimin. Jimin mengerutkan dahi. Dah kenapa berhenti?

"Kenapa?"

"T-tak de pape. Aku nak balik hostel. Bye!"

Namjoo berundur beberapa tapak menjauhi Jimin lantas bergegas meninggalkan pemuda itu. Jimin tercengang.

 

"Dah kenapa siot?"

 

“Halo.”

Sedang Jimin termangu memandang ke arah susuk tubuh Namjoo yang tergesa-gesa itu, bahunya ditepuk oleh seseorang.

“Yah ! Patut la Namjoo lari. Dia nampak kau rupanya.” sungut Jimin geram. Susuk tubuh seorang pemuda yang sedang menarik senyum menyapa pandangan mata Jimin. Dia mencebik.

“Itu Namjoo ke? Yang tengah lari-lari tu? Walaweh ! Apasal kau tak bagitau aku awal-awal? Apasal dia dah balik? Yah ! Panggil la dia ke sini semula.” Kim Taehyung berkata teruja sambil menggosok matanya berkali-kali. Patut la dari jauh macam kenal, rupanya si cinta hati.

“Namjoo ya ! Dengar tak ni? Pandang la sini ! Saranghae ! Jom keluar date. Jom Jadi kekasih aku, please. Namjoo ya !” laungan Taehyung kedengaran meskipun Namjoo sudah agak jauh meninggalkan tempat itu.

“Tch, Taehyung ni la.” Namjoo mengeluh dengan muka yang merah menahan malu. Suara garau Taehyung dapat didengari walaupun jarak mereka sudah agak jauh. Sempat dia menoleh ke belakang semula dan nampaknya Taehyung sedang terkinja-kinja di situ. Oh tidak ! Kim Taehyung ni memang sangat-sangat pelik !

“Namjoo ya, signal bonae, signal bonae, jjjirit, jjirit…” love sign yang dibuat menggunakan tangan ditayangkan ke arah Namjoo. Bersungguh-sungguh Taehyung memanggil nama gadis itu dan berharap yang Namjoo akan melihatnya. Notice me darling !

Namjoo merengus geram dan menjeling Taehyung tajam sebelum melajukan langkahnya. Tak sanggup nak tengok lama-lama. Memalukan ! Taehyung ni memang selalu buat dia malu. Sehari tak mengusik memang tak sah ! Bencinya !

“Yah, Kim Taehyung !” Jimin menarik kolar baju Taehyung untuk menghentikan perbuatan pemuda itu. Muka cerahnya sudah agak kemerah-merahan mungkin kerana menahan rasa marah.

‘Wooo…Chill okay?” Taehyung meleraikan tangan Jimin yang mencengkam kolar bajunya. Jimin merengus geram. Melihat muka marah Jimin itu buat Taehyung semakin melebarkan sengihan. Tangannya merangkul bahu Jimin lantas lengan Jimin ditepuk perlahan untuk cuba memujuk.

“Jangan la marah. Aku saja je usik sepupu kau tu. Dia comel sangat.” ucap Taehyung.

“Nasib baik la kau ni kawan baik aku, Tae. Kalau orang lain, dah lama dah aku ikat kau dekat pokok tepi padang tu tau.” balas Jimin seraya menjentik telinga Taehyung. Mereka kini berjalan beriringan untuk pulang ke asrama. "

"Wae? Kenapa aku tak boleh usik Namjoo?"

"Sebab dia sepupu aku." getus Jimin.

"Tapi aku suka dia." luah Taehyung membuatkan Jimin menoleh. Nak percaya atau tak?

"Tak payah la suka dia. Dia tu bukannya lawa pun." kalau Namjoo dengar ni, rasanya ada potensi untuk Park Jimin tak sempat nak tengok matahari terbit esok. Jimin gigit hujung bibir. Tak berniat sama sekali. Dia ada sebabnya sendiri.

"Eh, dia lawa apa. Kalau kau rasa dia tak lawa tak apa la. Tapi bagi aku, dia lawa." bidas Taehyung seraya tertawa kecil.

"Stop it, Taehyung. Kau ni creepy tau tak?" luah Jimin.

"Creepy? Ye ke?"

"Yup. Sebab tu Namjoo tak nak dekat dengan kau."

"Alah, aku saja usik dia."

“Kau ni memang. Silap hari bulan, kau tu kena makan penumbuk Namjoo baru kau tau rasa. Aku dah pernah kena tau tak? Sakit dia sampai buat kau kemurungan seminggu.” Jimin berkata dan Taehyung menjegilkan biji matanya.

“Serius? Wah. Uniknya dia.”

“Kim Taehyung, tolonglah !”

 

 

“Bila la Taehyung tu nak berhenti?” sungut Namjoo sendirian. Kim Taehyung, kawan baik sepupunya itu kadang-kadang menjengkelkan. Orangnya terlebih hyper. Eloklah. Sorang playboy, sorang lagi hyper. Memang pasangan serasi. Patut la berkawan baik.

Sepanjang perkenalan Namjoo dengan Taehyung, tak pernah lagi dia tengok lelaki tu serius. Selalu main-main. Ada saja perangai pelik dia dan Namjoo sampai kadang-kadang rasa yang budak Taehyung ni physco.

 

“Makan ni. Hyung tau kau lapar.”

 

Langkah Namjoo untuk pulang ke bilik terhenti di sebuah lorong kecil yang sunyi bersebelah bangunan sekolahnya. Satu suara kedengaran tak jauh dari tempat dia berdiri. Tertarik dengan suara tersebut, Namjoo menjenguk-jenguk mencari dari mana ia datang.

Kelibat seseorang di sebalik bangunan kelihatan. Namjoo berjengket-jengket untuk bersembunyi dan mengintai.

 

“Makan banyak-banyak. Kesian kau.”

Jeon Jungkook, seorang pelajar lelaki dari sekolah yang sama mengusap lembut kepala seekor kucing berwarna putih di hadapannya. Nasi bungkus miliknya yang sudah tinggal separuh kerana separuh lagi diberikan kepada kucing terbiar itu dipandang sebelum dia tersenyum segaris.

Tak apa. Sama-sama berkongsi. Kucing pun makhluk Tuhan yang ingin teruskan kehidupan.

“Hidup ni kadang-kadang terlalu susah kan? Makanlah, kita perlu makan untuk tempuhi semua ni.” luah Jungkook perlahan. Bulu kucing tersebut diusap sebelum dia duduk bersila di situ dan menyuap nasi miliknya ke dalam mulut. Sesekali, dia menoleh ke arah kucing yang turut menjamu selera di sebelah dan tersenyum.

Dari jauh, Namjoo merenung dengan air mata yang bergenang. Entah kenapa, hatinya sayu. Melihat senyuman Jungkook itu, jiwanya tersentuh. Jeon Jungkook yang dia lihat sekarang ini sangat berbeza dengan Jungkook yang selama ini dia kenal.

Senyuman Jungkook itu merupakan sesuatu yang sangat jarang untuk dilihat. Senyum paling ikhlas yang Namjoo pernah lihat dan tanpa disangka ia adalah milik si pembuli sekolah yang paling digeruni, Jeon Jungkook. Hari ini, Namjoo dapat melihat sisi lain Jungkook yang sangat berbeza dengan personaliti nya selama ini. Jeon Jungkook yang perengus, kuat buli, panas baran dan dingin itu kelihatan sangat penyayang dan menyenangkan. Macam angel.

 

 

Wahai sepupu aku, Namjoo yang paling cantik. Sorry. Aku tak dapat temankan kau pergi library. Ada date dengan noona cantik.

Namjoo merengus geram. Mesej LINE daripada Jimin dibaca sekali lagi sebelum keypad handphonenya ditekan kasar.

Siaplah kau nanti !

Namjoo menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam beg dengan muka yang masam mencuka. Jimin ni memang ! Semalam janji bukan main lagi. Sekarang ada date dengan noona cantik pulak. Noona cantik mana pulak kali ni? Rasanya dah nak dekat sepuluh orang noona dah yang Jimin date dan semuanya dia putuskan tak sampai setahun. Memang dasar buaya darat.

"Orang ni kaki perempuan. Tapi dia suka akan cik."

Seketika, Namjoo terkenangkan kata-kata tukang tilik tempoh hari. Jimin ke yang dia maksudkan? Ah, tak mungkinlah ! Mungkin playboy yang lain, bukannya Jimin sorang saja playboy dekat Seoul ni tapi...

Memang cuma Jimin saja playboy yang Namjoo kenal setakat ni. Tak larat dah nak hadap playboy yang lain. Cukup dengan perangai sepupunya yang sorang tu.

"Lantaklah. Mengarut je. Tak mungkin Jimin sukakan aku. Dia sendiri cakap aku ni bukan style dia." getus Namjoo untuk cuba membuang fikiran yang merepek itu dari mindanya. Entah kenapa, sejak jumpa dengan tukang tilik hari tu, dia seakan tak boleh nak berhenti berfikir. Macam ada sesuatu yang menarik minatnya dan buat dia tak henti-henti untuk berfikir tentang ramalan tiga kad yang dia pilih dulu.

Lelaki dikelilingi bunga, lelaki sedih pegang topeng muka gembira dan demon dengan belon ditangan. Ah, apa maknanya ! Siapa lelaki-lelaki tersebut? Namjoo tahu ianya mungkin sesuatu yang mengarut dan sepatutnya tak perlu difikirkan cuma entah ! Dia tertanya-tanya. Sangat-sangat nak tahu.

"Yah ! Budak tak guna ! Jalan elok-elok la !"

Kekecohan di seberang jalan membuatkan Namjoo yang berada di perhentian bas berdekatan beralih pandang ke arah itu. Sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bergaduh membuatkan Namjoo mengerutkan dahi. Apa nak jadi? Tak habis-habis buat perangai. Memalukan mak bapak saja. Dia cuba beralih pandang ke arah lain namun kelibat seseorang di tengah-tengah kumpulan pelajar gangster tadi menarik perhatiannya.

Seorang lelaki yang memakai uniform sekolah kelihatan sedang mengepal penumbuk sambil meraung meluahkan kata-kata kesat kepada kumpulan pelajar tadi. Namjoo memerhatikan gerak-geri pelajar tersebut dengan mata yang membulat. Nampaknya pergaduhan besar akan terjadi antara mereka. Tak ada sesiapa yang berani masuk campur kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing.

"Itu Jungkook."

 

"Buat apa tu?"

Namjoo tersentak tatkala ada suara yang menegurnya dari belakang. Dia menoleh dan kelibat Taehyung yang sedang berdiri di belakangnya kelihatan. Lelaki itu menarik senyum paling manis ke arah Namjoo sebelum kembali mengulum lolipop yang berada di tangannya.

Namjoo memandang Taehyung dengan muka yang seakan tak boleh menerima kehadiran lelaki itu. Matanya melirik mengimbas Taehyung dari atas sehingga ke bawah.

"Jangan pandang lama-lama, nanti jatuh hati."

Taehyung membuatkan Namjoo mencebik. Menyampah !

"Nak apa?" soal Namjoo endah tak endah. Dia malas nak layan Taehyung sebenarnya. Kawan baik Jimin ni terlalu banyak kerenah dan Namjoo adalah antara orang yang tak berapa suka nak layan kerenah gilanya.

"Nak hati kau"

Namjoo menjulingkan matanya ke atas. Mengapakah ! Mengapakah insan sebegini wujud di atas muka bumi?

"Betul-betul la Taehyung, kau nak apa?"

"Tak nak apa-apa la. Aku nampak kau kat sini dan aku tegur la."

"Ok. Dah tegur kan? Sekarang nak apa lagi?"

"Tak nak apa-apa cuma nak duduk sini dengan kau."

"Eii, physco."

Suasana diam seketika. Namjoo kembali memandang ke arah kumpulan pelajar yang bergaduh tadi. Pergaduhan mereka tak berlanjutan lama gara-gara ada pegawai polis yang datang leraikan. Nasib baik. Dalam diam, Namjoo risaukan Jungkook. Dia sorang nak lawan geng gengster tu? Namjoo takut Jungkook tercedera.

"Kau tengok Jungkook tu, kesian kan dia?"Taehyung bersuara perlahan.

Namjoo mengangguk. Matanya masih tak lepas dari memandang Jungkook yang berada di seberang jalan. Uniform sekolah lelaki itu kelihatan selekeh. Ada tompok-tompok tanah yang terpalit pada kemeja putih yang dipakainya. Seluar Jungkook juga sudah kelihatan agak lusuh dan ada kesan koyak pada lutut.

"Kalaulah kita dapat tengok luka dalam hati seseorang..."

Kata-kata Taehyung buat Namjoo beralih pandang ke arahnya. Seriously? Yang sedang berfalsafah di depannya sekarang ini adalah Kim Taehyung? Namjoo mengelipkan mata berkali-kali. Muka Taehyung nampak serius. Jarang nak tengok fenomena ini berlaku. Patut ke Namjoo ambil gambar dan hantar ke Jimin? Taehyung mengelamun jauh entah ke mana. Anak matanya tak bergerak dan statik memandang ke arah seberang jalan atau lebih tepat, ke arah Jungkook yang berada tak jauh dari mereka.

 

"Apa tengok-tengok?!"

 

Namjoo dan Taehyung sama-sama tersentak. Dari seberang jalan, Jungkook merenung tajam ke arah mereka dan Namjoo mula ketakutan. Nampaknya Jungkook perasan yang mereka berdua tengah memerhatikan dia. Kalau dia datang sini dan mengamuk, habislah ! Jungkook ni bukannya boleh dibuat main.

"Yah, apasal kau tengok dia?" bisik Namjoo kepada Taehyung.

"Aku tak tengok dia la. Dia perasan la tu ! Eh, entah-entah kau yang ushar dia."

"Mana ada !"

Namjoo mula gelabah dan tanpa disangka, Taehyung meraih tangannya.

"Baik kita blah sebelum dia makin marah !" ucap Taehyung seraya menarik tangan Namjoo agar mengikutnya berlari. Mereka berdua bergegas meninggalkan perhentian bas tadi dan berlari entah ke mana. Setelah berasa penat, mereka berdua berhenti dan termengah-mengah.

"Dia ikut kita tak?"

"Tak lah. Aku rasa kita dah selamat."

"Kau jangan yakin sangat Namjoo. Lagenda ada mengatakan yang Jungkook tu ada kuasa ninja Hattori tau tak? Dia boleh muncul bila-bila masa je di depan kau. Baik kau hati-hati. Dia tu lelaki paling menggerunkan di sekolah kita tau tak? Silap-silap, kalau dia dapat kita, mati kita dia kerjakan." leter Taehyung dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Ish kau ni Taehyung. Sesuka hati je cakap macam tu. Aku tak rasa dia tu jahat sampai macam tu sekali." bidas Namjoo. Peristiwa dia mengintai Jungkook yang sedang bagi kucing makan beberapa hari yang lalu terimbas dalam ingatan. Sedangkan dengan kucing pun dia ada rasa belas kasihan, apatah lagi dengan manusia. Namjoo yakin yang Jungkook tak seteruk tu.

Taehyung berubah riak tatkala mendengar kata-kata Namjoo. Gadis itu dijeling seketika sebelum dia menarik senyum segaris.

"Jadi kau nak ke mana sebenarnya?"

"Aku nak pergi library tapi rasanya dah tak ada mood. Tak jadi kot."

"Kalau macam tu, baguslah ! Ikut aku jom !"

Tangan Namjoo ditarik Taehyung dan gadis itu terpaksa mengikut tanpa relanya. Genggaman tangan Taehyung yang kuat mencengkam lengannya membuatkan Namjoo terpaksa beralah dan mengikut kehendak Taehyung.

"Nak ke mana ni Taehyung? Hey, lepaslah !"

"Ikut la kejap. Temankan aku!"

"Ish ! Kau ni kan !"

 

 

NJ, where are you? Dah ada kat library? Aku on the way ke sana. Tunggu ya.

Mesej yang dihantar melalui aplikasi LINE itu dikirim untuk sepupunya. Sesi dating bersama noona cantik Jimin terasa agak hambar. Perempuan yang tua tiga tahun darinya itu sangatlah membosankan. Dari tadi asyik bercerita tentang kecantikan dan fesyen. Jimin memang langsung tak berminat. Akhirnya, dia bertindak melarikan diri. Lebih baik teman Namjoo di perpustakaan. Sekurang-kurangnya dia boleh bercerita tentang Minecraft dekat sepupunya itu. Walaupun Namjoo tak minat tapi gadis itu selalu layankan saja Jimin.

Mesej Jimin tak dibalas bahkan langsung tak dibaca. Jimin menghela nafas perlahan. Dia membuat andaian yang Namjoo sudah berada di dalam perpustakaan dan kini sedang sibuk membaca. Sebab tu dia tak balas mesej. Tanpa berlengah, Jimin menapak laju untuk ke perpustakaan.

Yah, Namjoo. Kau kat mana? Kata ada library. Aku cari tak ada pun. :(

Mesej masih dibalas sepi. Akhirnya, Jimin membuat keputusan untuk terus menelefon. Malangnya, telefon Namjoo langsung tak berangkat.

 

Kim Namjoo? Marah aku ke? Sorry la. Kau kat mana? Jom aku belanja aiskrim.

Yah ! Kau ignore aku ke? Weh, come on.

Namjoo ! NJ ! Hey, sepupu tercinta ! Mana kau ! Jawab la.

Fine Namjoo ! Kau tak layan aku eh? Sanggup kau ignore keluarga kau sendiri? Atuk dan nenek pasti kecewa dengan kau !

Namjoo ! Sampai hati kau. Tak pernah ada sesiapa yang tak reply mesej Park Jimin tau tak? You are the first ! Fine !

Namjoo-ya, reply la. Jiminnie kau ni dah kebosanan. Please :(

 

Mesej dan panggilan masih tak dibalas. Jimin mengalah. Dengan langkah yang lemah, dia berjalan keluar dari perpustakaan. Hampa.

"Kenapa? Kenapa kau selalu buat aku tak keruan, Namjoo?" bisik hati Jimin saat dia merenung profile picture LINE milik Namjoo. Senyuman sepupunya itu buat dia menghela nafas perlahan.

"Sampai bila aku kena terus tahan rasa ni?"

 

 

Sementara itu,

Namjoo dan Taehyung sedang bersuka ria di dalam sebuah arcade. Awalnya, Namjoo tak nak main dan langsung tak nak layan Taehyung tapi entah macam mana, kini dia dah terjebak sama. Apa yang Taehyung main, dia pun main sama. Dari permainan menembak, lumba kereta dan bola keranjang, semuanya mereka lakukan bersama. Kecoh arcade dibuatnya.

Dari satu permainan hingga ke permainan yang lain, mereka leka berhibur. Namjoo yang awalnya tak suka untuk mendekati Taehyung akhirnya menjadi rapat dengan lelaki itu. Taehyung dari tadi tersenyum gembira. Hatinya menjadi berbunga-bunga tatkala melihat Namjoo yang sudah tak lagi dingin melayannya.

Sebelum berangkat pulang, sempat mereka bergambar di photo booth yang ada. Gambar mereka yang dicetak menjadi sticker itu dibahagikan dua. Dua keping untuk Namjoo dan dua keping lagi untuk Taehyung. Senyum lebar tergaris di wajah lelaki itu saat menatap gambar dia dan Namjoo di dalam photo booth tersebut.

"Namjoo, hari ni merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup aku."

"Eh? Kenapa pulak?"

"Sebab kau sudi date dengan aku di arcade ni. Aku happy gila."

"Weh, ini bukan date la ! Kau dah kenapa? Kau yang tarik aku ikut kau tadi. Nak tak nak, aku kena la temankan kau."

Taehyung tersengih. Keningnya diturun naikkan sambil memandang Namjoo. Konon nak tayang muka comel tapi Namjoo sekadar tenung dia dengan pandangan tak beriak.

"Terima kasih sebab sudi ikut."

Taehyung bersuara semula setelah mereka berdua diam untuk beberapa minit. Mereka berdua jalan beriringan bersama untuk pulang ke asrama.

"Tak apa. Aku pun nak ucap terima kasih. Sejujurnya, aku enjoy aktiviti hari ni."

"Ye ke?" nada suara Taehyung kedengaran teruja. Namjoo tanpa sedar ikut tersenyum namun senyumnya itu cuba disembunyikan.

"Rupanya, kau ni boleh tahan jugak eh Taehyung. Kau...tak ada la pelik mana cuma kadang-kadang kau hyper." komen Namjoo buat Taehyung tersengih.

"Jadi? Kau nak kawan aku tak?"

Namjoo mengangguk.

"Apa la kau ni, kalau aku tak kawan kau, takkan aku follow kat masuk arcade dan main semua game dengan kau."

Mereka saling berpandangan dan ketawa serentak.

Namjoo baru teringatkan sesuatu. Dia dah lama tak tengok handphone. Sepanjang dalam arcade tadi, dia langsung dah tak pedulikan telefon bimbitnya itu. Sekarang, baru dia teringat semula lantas begnya diseluk dan telefon bimbit dicapai. Puluhan mesej dan missed calls dari Jimin buat matanya membulat.

"Hish Jimin ni ! Banyaknya dia spam aku. Dah kenapa?" omel Namjoo. Taehyung menoleh ke arah gadis itu dan sesekali mencuri pandang ke arah skrin telefonnya.

"Namjoo..."

"Apa?"

"Kau suka Jimin eh?"

Namjoo yang sedang berjalan sambil menatap skrin telefonnya itu berhenti sebaik saja soalan Taehyung kedengaran. Dia merenung Taehyung tajam.

"Yah Kim Taehyung, kau pernah rasa makan kasut saiz lima tak? Soalan apa yang kau tanya ni?"

Taehyung menarik senyum tak bersalah.

"Tak la...aku cuma curious. Kau dengan dia selalu bersama dan takkan korang tak rasa apa-apa?"

Namjoo mencebik. Rasa apa-apa? Satu-satunya rasa yang dia rasakan sekarang ini adalah rasa untuk flip Taehyung jauh-jauh.

"Aku dengan dia kan sepupu. Kami membesar sama-sama. Makan sama-sama, main sama-sama dan kadang-kadang mandi pun bersama tau tak? Ops ! Tapi itu masa kecik la ! Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Apa yang aku nak cakap adalah, aku dengan dia dah macam adik beradik. Semua benda kami buat sama-sama since family kami sangat rapat." cerita Namjoo.

Taehyung mengangguk-angguk mendengar jawapan dari gadis itu.

"Jadi, kalau kau tak suka Jimin, kau suka siapa?"

Namjoo diam. Soalan Taehyung kali ni buat mukanya merah. Wajah seseorang terimbas dalam fikirannya.

"Ada la. Kau tak payah sibuk nak tau." getus Namjoo seraya menapak meninggalkan Taehyung sendirian.

"Hei, hei ! Tunggulah aku. Kenapa kau tak nak bagitau? Alah, sebenarnya kau suka aku kan? Kan?" Taehyung mengejar Namjoo.

"Ceit ! Dia mula dah ! Kau jangan nak perasan la !"

Namjoo mencebik dan berjalan laju meninggalkan Taehyung yang mengejarnya dari belakang. Mulut lelaki itu tak henti-henti menyoal membuatkan Namjoo berasa rimas.

 

“Kau suka aku kan? Ngaku je la Namjoo.”

“Berhenti mengarut la Taehyung !”

 

 

Dewan sekolah hari itu dipenuhi dengan pelajar dan guru yang mengadakan perhimpunan khas bersempena dengan Hari Guru. Kelas Namjoo diberikan tugasan untuk menjaga kawasan pentas memandangkan sudah menjadi adat di sekolah mereka untuk semua pelajar tahun akhir terlibat dalam menjalankan setiap upacara rasmi sekolah. Setiap kelas diberi tugas bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dari awal sehingga ke penghujungnya.

Jimin yang merupakan pelajar kelas lain pula ditugaskan untuk menjaga bahagian makanan dan minuman. Kelas mereka akan uruskan jamuan makan untuk guru-guru nanti. Sama seperti Taehyung kerana dia sama kelas dengan Jimin. Mereka berdua sangat sibuk mengangkat kotak-kotak air mineral untuk diberikan kepada semu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
zitaopabo request part 1 updated! ^^ -aquariusxpisces

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 30: Eh takpelah,saya pun sibuk exam sem 1 dah nak dekat utk stpm ni..its okay,just take your(enough)time!! Saya akan tunggu:-) p1 ni dah cukup baik ni hehe btw cite ni best thank you saya hargai usahamu !! Keep forward;-) ;-) all the best exam nnti
soohanfeels
#2
Chapter 28: HAHAHAHA SUMPAH LAWAK KAT PART YG JEONGHAN TRY COVER DENGAN TEKAN TUBI XD ya ampun konyol betul Cheonsa nie XD HAHAHAHA I KENNOT LAH ! XD and part asyik jeling-2 tu ha xD Seungkwan pun suka sangat mengusik :3 thumbs up for author-nim for making this great stories ;) saya akan tunggu, take your time and FIGHTING ! <3
Ifahzira
#3
Chapter 23: Xjangka ending dia semua mati haha btw thanks for the story! Sy suka >< and poster tu lawa lah
girly_
#4
Chapter 27: wahahahahaha thanksss saya akn setia tunggu part 2 dri awak.cerita awak seronok smpai saya sengih2 sorang huuhuu.
. request shop awk ni latak dpt byk subscribers!! btw. take your time.. jgn pening2 hahaha
Zitaopabo #5
Chapter 26: Hiiii! Terima kasih author-nim! Hahahaha tak sangka ada part.2! Apa-apapun, best! Suka style penulisan author-nim!>~< saya bengang pula dengan makhluk2 yang tak berperikemanusian tu Π_n bila Michan kena pukul dengan batang paip aduhhhhhh saya yang terasa hahahahahah. Kejamnya watak2 author-nim ni;---; haihhh apa2pun, goodluck!>< kipidap dongibap><
girly_
#6
saya dh request!!!
soohanfeels
#7
NAK REQUEST BOLEH TAK AUTHORNIM SEKALIAN XD btw holaaa :D
Zitaopabo #8
Saya nak request boleh?
sunshine_blue
#9
Saya dah request betul tak?