002

In Love with The Maid.
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Oh Sehun.

 

Seorang lelaki yang berumur 25 tahun dan merupakan anak tunggal kepada keluarga Oh. Merupakan seorang graduasi dalam bidang kejuruteraan tapi akhirnya dia menjadi seorang CEO , menggantikan bapanya.

 

Senyum , ceria , cepat marah adalah sikapnya. Sama ada di rumah mahupun di pejabat. Sikapnya tidak seperti bapanya -- seorang yang dingin dan garang ketika dipejabat. Pekerja-pekerja yang lain memang tidak berani nak curi tulang. Pekerja wanita juga tidak berani hendak berkumpul dan bergosip.

 

Kerja-kerja yang harus disiapkan dan perlu dihantar pada masa yang tepat. Ketika bapanya masih lagi bekerja , tidak sah kalau kerja yang dihantar , dilempar semula ke muka. Pasti mereka akan keluar dari bilik Mr. Oh dengan wajah yang sedih dan yang wanita , tak pernah salah satu daripada mereka tidak menangis.

 

Namun , Sehun tidak begitu. Ada masa dia seorang yang tegas dan ada masa dia tersenyum. Setiap kali , pekerja-pekerja mengucapkan selamat , Sehun pasti akan membalas semula. Kepujian diberi kepada pekerja yang cekap dan melaksanakan tugas dengan baik. Marah juga pernah dilemparkan kepada pekerja yang sambalewa.

 

Sikap Mr. Oh dan Sehun berbeza namun mereka mempunyai persamaan yang sama iaitu baran. Bagaimana Mr. Oh marah pada pekerja , macam mana gerunnya samalah dengan Sehun. Tentang itu yang menggerunkan pekerja-pekerja tersebut.

 

" Any questions ? " tanya Sehun. Kertas-kertas ditangan , dibelek.

 

" No , sir. " mereka membalas.

 

" Okey , then. And by the way , Choi. "

 

" Yes , sir ? "

 

Sehun tersenyum. " Good job. I like your presentation ! "

 

Pekerja yang bernama Choi bangun dari kerusi dan membongkokkan badannya 90 darjah , " Thank you , sir ! "

 

Sehun mengangguk. Fail-fail diambil sebelum melangkah untuk keluar dari bilik mesyuarat tersebut. " Kalau ada apa-apa , datang jumpa saya. "

 

" Umm ... bos ! " panggil salah satu mereka memberhentikan bos mereka.

 

" Ye ? "

 

" C-coffee , p-pleasee .. ? "

 

Sehun merenung mereka sambil kening kanan diangkat dan kemudian tersenyum lalu mengangguk.

 

" Thanks , sir !! Boss is the best !! "

 

Mereka bertepuk keriangan sambil tergelak gembira sebaik sahaja Sehun keluar dari bilik tersebut. Salah satu daripada mereka menelefon sebuah kafe untuk pesanan kopi yang akan dibayar oleh Sehun.

 

" Nasib baiklah , bos kita tu tak macam bapa dia. Kalau tak , memang tak bernafas aku sepanjang meeting ni. "

 

" A'ah. Aku pun ! Aku ingat lagi masa aku present depan Mr. Oh. Masa aku berlatih , punyalah lancar aku cakap. Tapi , depan Mr. Oh , gagap sana , gagap sini. Aku rasa macam nak mati tau tak ! " Choi berkata membuatkan mereka tergelak.

 

" Tapikan , weii. Sepanjang aku meeting dengan bos ni , aku memang susah nak bernafas tengok muka handsome dia tuu .. " kata seorang wanita sambil degupan jantungnya dipegang.

 

Mereka yang lain mencebik. " Apalah kau ni , Luna ! "

 

Kali ni Luna pulak mencebik , " Salah ke aku cakap ? Bos kita tu tak handsome ke ? "

 

" Orang bodoh je cakap tak handsome ! "

 

" Tahu pun ! "

 

" Ohhh , sebab tu lah sekarang dah pandai pakai make up. Pakai eyeliner lah , blusher bagai. Kalau dulu pakai lipstick je. Itu pun tak nampak. " Kali ni Nani pulak bersuara menyakat Luna.

 

" Kau ni ! " Luna memukul lengan Nani kemudian menekup pipinya yang sudah kemerahan.

 

" Tapi , kan. Satu je yang aku takut pasal bos kita ni. "

 

" Apa dia ? "

 

" Dia kalau naik angin , perghhh ! Sebijik macam Mr. Oh ! Boleh terkopek kulit tengkuk aku dengar dia menjerit !

 

" Tu lah ! Hari tu aku ada dengar dia marah seseorang. Aku tak kenal siapa dan aku pasti orang tu bukan pekerja sini. Memang marah betul bos kita time tu. "

 

" Lelaki ke perempuan ? "<

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
1004ngel #1
Chapter 8: Bakal kena marah lgi la nampaknya
Apa nak jadi la dengan dia tu
1004ngel #2
Chapter 7: fanfic kamu sangat menarik
tapi sngt pendek chapternya
saya tahu kamu sibuk
kalau boleh buat panjang
lagi bagus
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
1004ngel #4
Chapter 5: Teruk betul bos dia tu..
haih..
1004ngel #5
Chapter 3: chapter ni best
saya suka sangat
1004ngel #6
Chapter 1: Haha!
Cemerkap betul la dia ni
Lawak doh..
mpreggoland
#7
Chapter 6: aduh mampus ko Luhan! mcm mn la ko bleh lalai bila janji ngan mamat bengis tu *facepalmed*
nice update! ^^
kelly09 #8
Jjang!!
Zufairy #9
Chapter 4: Is it me or is this story is similar to maids(novel)