008

In Love with The Maid.
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sudah hampir sejam lebih kereta mewah Sehun membelah jalan raya besar Seoul menghala ke destinasi mereka. Keadaan di dalam kereta , rasanya tidak perlu diingatkan.

 

Masih lagi sama , krikk krikkk ....

 

Tapi , tidaklah seteruk awal tadi. Setelah Luhan bermohon maaf atas kelewatannya , Sehun kerap jugak mengajaknya berborak. Pelbagai soalan yang ditanya , mungkin nak mengelakkan bosan atau mengantuk.

 

Namun , semakin lama semakin berubah suasananya. Lebih lebih lagi apabila banyak jenis kereta mula kelihatan dan tidak cukup dengan itu perjalanan kenderaan juga sudah mulai perlahan. Ia menunjukkan kesesakkan lalu lintas semakin menghampiri.

 

Bos muda itu kembali mengunci mulut apabila menyedari keadaan tersebut. Luhan pula menjadi tidak tenang. Mana taknya , jika dia tidak lewat pagi tadi kemungkinan mereka hampir tiba ke destinasi. Luhan dapat merasakan suasana didalam kereta menjadi tegang apabila keluhan demi keluhan keluar dari mulut Sehun.

 

Kali ini , menjadi lebih parah. Kenderaan yang berada dihadapan mereka sudah tidak berganjak menyebabkan kereta Sehun berhenti serta merta. Luhan berdiam diri. Posisi badannya tegak dan hanya berkaku. Tak mampu baginya untuk menoleh kesisi. Luhan menggunakan anak matanya saja untuk melihat keadaan Sehun yang sudah menunjukkan kegelisahan dan tidak tenang. Pelbagai gaya dan posisi yang dilakukan oleh bos muda itu. Mula mula badan bidangnya disandarkan pada kerusi. Setelah itu , lengannya disandarkan pula pada tingkap dan menampung kepalanya. Tidak berapa lama kemudian , dahinya pula dipicit perlahan. Sejujurnya , Luhan hampir tersembur untuk tergelak namun sedaya upaya dia tahan. Dalam dia rasa tercuit hati melihat gelagat bosnya itu , terasa sedikit perasaan takut dalam dirinya. Manalah tahu secara tiba tiba saja , si Sehun ni mengamuk. Mati kejung aku dekat sini ... 

 

 

Dalam Luhan asyik merenungkan nasibnya jika bos muda itu mengamuk , tiba tiba dia kejutkan dengan suara garau Sehun yang sedikit tinggi tonanya.

 

" Si-- , hishhh !! "

 

Hampir saja satu perkataan carutan keluar dari mulutnya namun sempat Sehun tahan.

 

" Apahal jammed sangat ni ?! Kereta tak berganjak langsung !! "

 

Pada waktu itu , perasaan takut Luhan telah menyelebungi diri. Kepala kecilnya makin ditundukkan kebawah. Dia tak mahu kejadian dia dimarahi Sehun berulang lagi. Mahu terkopek kulit tangannya mendengar amarah bos muda itu. Bibirnya semakin kering dan pucat apatah lagi sekarang ni Sehun telah membuka kot hitam yang dipakai dan kemudian dicampakkan saja ditempat duduk belakang. Tidak cukup dengan itu , ikatan tali leher yang terletak rapi pada baju kemejanya dilerai kasar sambil mendengus , sama seperti kot hitam , tali leher juga dicampak ditempat duduk belakang.

 

Okay , relaks. Luhan , relaks. Now , what should I do ?!! Oh my godd ! He's so scary ...

 

Lelaki cina itu mula bermain kata. Luhan melihatkan ke arah jam tangannya. Meeting yang seharusnya Sehun hadir akan bermula dalam masa sejam lebih. Tapi , dengan keadaan macam ni , Luhan tak rasa mereka akan tiba tepat pada masanya.

 

" Damn it ! Manalah pulak ni .. masa masa macam ni lah nak hilang ! "

 

Bos muda itu berkata sendiri sambil tangannya meraba raba pada poket seluar mencari sesuatu. Secara tiba tiba , dia menepuk perlahan dahinya.

 

" Luhan , " tersentak sedikit namanya disebut.

 

" ... yes , Mr Oh ? "

 

" Tolong capaikan kot hitam dekat belakang. Cari phone dalam poket tu. "

 

Disebabkan Luhan mempunyai tangan yang pendek , dia terpaksa melepaskan tali pinggang keselamatan supaya dia mampu menyentuh kot milik Sehun yang baru saja dicampakkan tadi. Kemudian , dengan pantas telefon bimbit yang dicari , diserahkan pada Sehun.

 

Disaat Sehun sedang menekan sesuatu pada phonenya , kereta sudah pun berganjak. Tetapi , masih lagi perlahan. Perlahan pun perlahanlah , asalkan bergerak ... 

 

Lega sedikit hatinya apabila kenderaan lain juga sudah mula berganjak.

 

" Haa , kenapa dengan Mr. Foo ? "

 

Luhan memandang ke arah Sehun. Bos muda itu sedang bercakap dengan seseorang.

 

" Serious ? Fuhh , thanks God ! Aku pun dalam perjalanan lagi ni. Jammed lah ! Ni baru bergerak kalau tak berhenti je macam siput babi ! "

 

Sehun senyap seketika. Sepertinya dia sedang fokus pada talian sebelah yang sedang bercakap sesuatu.

 

" Mr. Foo sorang saja yang tak sampai lagi , kan ? Tak boleh awal sikit ke meetingnya ? Lagi pun , aku tak jauh lagi ni. Petang tu lambat sangat lah. Aku nak drive balik lagi nanti ... "

 

" Okey , macam ni. Kalau Mr. Foo dah sampai , kau layan je dulu. Pergi lobi dulu ke. Aku sampai je , kita dah boleh mula. Sebab aku tak nak meeting ni delayed lama sangat. Okey ? Apa apa hal , call aku terus. "

 

" Emmm , meeting you tangguh ke ? " tanya perlahan Luhan setelah lelaki tinggi tu selesai berbicara dengan telefon.

 

Sehun mengangguk perlahan. " Ada sorang klient tak sampai lagi. " balas Sehun dan kemudian matanya menatap mata Luhan. " Nasib baik tangguh tau , kalau tak aku pecat kau hari ni jugak ! "

 

Perlahan Luhan mengalihkan kepalanya. Bibir bawahnya digigit perlahan. Dalam diam , Luhan bersyukur. Kalau tak , kena pecat dia hari ni.

 

I shoud thank Mr. Foo for being late. He's my life s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
1004ngel #1
Chapter 8: Bakal kena marah lgi la nampaknya
Apa nak jadi la dengan dia tu
1004ngel #2
Chapter 7: fanfic kamu sangat menarik
tapi sngt pendek chapternya
saya tahu kamu sibuk
kalau boleh buat panjang
lagi bagus
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
1004ngel #4
Chapter 5: Teruk betul bos dia tu..
haih..
1004ngel #5
Chapter 3: chapter ni best
saya suka sangat
1004ngel #6
Chapter 1: Haha!
Cemerkap betul la dia ni
Lawak doh..
mpreggoland
#7
Chapter 6: aduh mampus ko Luhan! mcm mn la ko bleh lalai bila janji ngan mamat bengis tu *facepalmed*
nice update! ^^
kelly09 #8
Jjang!!
Zufairy #9
Chapter 4: Is it me or is this story is similar to maids(novel)