003

In Love with The Maid.
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Enam digit nombor ditekan pada ruang kata laluan apartment tersebut diikuti dengan bunyi bip menandakan kata laluan itu betul. Sudah beberapa minggu Luhan bekerja diapartment itu , tidak mungkin dia akan tersalah tekan. 

 

Seperti biasa , Luhan menempuh hari paginya dengan menyibukkan diri mengemas rumah si CEO garang itu. Walaupun , hakikatnya apartment itu tidaklah serabut mana. Bagaimana Luhan mengemas ruang itu , keesokkan pagi ianya tetap sama. Lelaki itu sendiri tiada idea mengapa Sehun menyuruhnya datang setiap hari.

 

Kasutnya ditanggalkan dan diletak diatas rak kasut dibahagian tepi pintu masuk sebelum dia menutup pintu dan menguncinya. Beg sandang berwarna kelabu kehitaman diletak diatas sebuah sofa. Tangannya cepat menyelak langsir yang menutup cahaya pagi daripada memancar ke dalam apartment itu. Kemudian , pintu gelonsor balkoni pula ditolak. Palang besi balkoni itu dipegang sambil kepala kecilnya menjenguk ke bawah. Terlihat kolam renang yang sepi tanpa pengujung. Biasalah hari bekerja. Langkah kakinya dihala masuk semula ke dalam.

 

Kakinya terus berjalan memasuki ruang dapur untuk menyiapkan bahan masakkan namun terhenti disebelah meja makan apabila matanya tertangkap sehelai kertas yang diselit di bawah pasu bunga mawar putih segar. Dahi Luhan berkerut. Kertas putih itu dialihkan perlahan dari bawah pasu. Dirapatkan pada muka.

 

KERJA YANG PERLU KAU BUAT !

 

Wow ! Bagi nota. Wow ! Tajuk yang ditulis dengan huruf besar dan sengaja ditebalkan. Satu per satu Luhan baca.

 

1. Pakaian dihadapan bilik aku perlu dicuci. Pastikan cuci dengan berhati-hati jangan berangan masa buat kerja. Baju aku bukan murah !

 

Ceh ! Poyo ! 

 

2. Pakaian yang dicuci semalam sila angkat dan gosok. Sila berhati-hati waktu menggosok pakaian tu. Semuanya mahal ! Lagi satu. Lepas menggunakan seterika SILA TUTUP SUIS TERSEBUT ! SEMALAM DAN HARI-HARI SEBELUMNYA KAU TERLUPA ! BIL ELEKTRIK AKU YANG BAYAR !! INGAT !

 

Haaa ? Seriuslah aku terlupa ? Sorry , encik.

 

3. Masakan malam , bahan semua ada dalam peti ais. Pilih je mana satu. Aku tak cerewet. Masak je apa-apa. Tapi , pastikan tak berminyak. Jangan terlalu pedas. HARI TU KAU MASAK PEDAS ! NAK BUNUH AKU KE ? Jangan termasin tapi jangan sampai tak ada rasa langsung pulak ! Lauk letak dalam peti sejuk. Mungkin aku balik lambat hari ni.

 

Ceh ! Tak cerewet konon ! Boleh jalanlah ! 

 

4.Pastikan pintu gelonsor ditutup dan langsir berkeadaan asal selepas awak masuk dari luar balkoni.

 

Duhh ! Dia boleh tahu ke aku apa yang aku buat ? Pasang CCTV ke apa ?

 

5. Pastikan pintu dikunci bila awak balik nanti. Jangan cuai ! Kau tu selalu terlupa ! Tak pasal pasal apartment aku kena rompak pulak disebabkan kau !

 

Hek eleh ! Taklah ! Nanti bila nak balik aku bukak pintu depan tu seluas-luas alam ! Apa ? ! Ingat aku tak sekolah ke ? Aku tahulah ! Itu pun nak buat nota. Padahal kerja ni semua aku buat setiap hari.

 

Nasib badan dapat majikan macam ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dokumen di ta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
1004ngel #1
Chapter 8: Bakal kena marah lgi la nampaknya
Apa nak jadi la dengan dia tu
1004ngel #2
Chapter 7: fanfic kamu sangat menarik
tapi sngt pendek chapternya
saya tahu kamu sibuk
kalau boleh buat panjang
lagi bagus
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
1004ngel #4
Chapter 5: Teruk betul bos dia tu..
haih..
1004ngel #5
Chapter 3: chapter ni best
saya suka sangat
1004ngel #6
Chapter 1: Haha!
Cemerkap betul la dia ni
Lawak doh..
mpreggoland
#7
Chapter 6: aduh mampus ko Luhan! mcm mn la ko bleh lalai bila janji ngan mamat bengis tu *facepalmed*
nice update! ^^
kelly09 #8
Jjang!!
Zufairy #9
Chapter 4: Is it me or is this story is similar to maids(novel)