001

In Love with The Maid.
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

" Apa masalah kau ni ? ! Aku bagi kau kerja yang mudah , yang kau nak susahkan diri kau kenapa ? !! Part mana yang kau tak faham ? !! Tempoh hari , bila aku tanya sama ada okey atau tidak , kau kata okey tapi apa yang aku dapat lain dengan apa yang aku nak !! "

 

" I-I mintak maaf , e-encik. I cuma t-tambahkan sikit ... hiasan je sebab hidangan yang encik tempah tu nampak ... k-kosong ... "

 

" Jadi , sekarang kau nak cakap aku tak kreatif , haaa ? Hei , Luhan ! Aku ni customer kau. Mana phrase 'Customers Always Right' yang tampal dekat pintu masuk kafe yang kau bekerja tu ? !! Apa yang aku nak , macam mana bentuk ke design ke atau apa-apa sekali pun , you must do it !! Mana boleh kau sesuka hati tambah tu tambah ni !! "

 

Luhan mengeluh perlahan. Mahu saja dia lari keluar dari bilik tersebut. Suara bos muda itu sememangnya garang. Dia pasti pekerja yang berada diluar juga dapat mendengar perkataan yang keluar dari bos mereka.

 

Takkanlah benda macam ni pun boleh dia marah. Aku bukannya tukar semua hidangan dia. Aku cuma tambah beberapa hiasan je pun dekat beberapa hidangan. Rasa masih sama kot.

 

" Kau kena ingat , Luhan ! Kafe Madam Wu tu kali pertama menerima tempahan. Sepatutnya kau kena hati-hati. Kau pengurus dekat situ , kan ? !! "

 

Luhan membongkokkan badannya. " I mintak maaf , Encik Oh. I mengaku memang salah I. I promise you , Mr. Oh. Perkara yang cuai macam ni takkan berlaku lagi. I'm sorry , Mr. Sehun. "

 

Lelaki tersebut tertawa kecil. " Apa kau cakap ? Benda yang cuai macam ni takkan berlaku lagi ? Kau pasti ke ? " tanya Sehun sambil tersenyum jahat.

 

Luhan mengangguk tanpa ragu. " I-I'm sure , Mr. Oh. Seratus peratus ! "

 

" Tempoh hari kau langgar kereta aku yang baru aku guna seminggu. Then , kau hantukkan fail-fail kau dekat dahi aku. Esoknya , kau tumpahkan kopi on my favourite suit AND YESTERDAY YOU CHANGED ALL THE DESSERT THAT I ASKED YOU TO DO ! AND NOW ! Kau kata kau takkan cuai lagi ? Sejauh mana kata-kata kau tu ? "

 

Luhan mengigit bibirnya. Kepalanya tertunduk. Sekali lagi , Luhan membongkokkan badannya dan memohon maaf. Dia tak boleh nak kata-kata apa-apa lagi untuk mempertahankan dirinya. Hanya tundukkan hormat dan ucapan maaf saja yang mampu dilakukan dan diungkap.

 

" I'm sorry--"

 

" Duduk ! " celah Sehun mematikan kata-kata Luhan.

 

Luhan mengucapkan terima kasih sebelum menghembuskan nafas lega. Setengah jam jugaklah dia berdiri mendengar bebelan bos muda itu.

 

Mata Luhan hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Sehun yang sedang membuka butang atas kemejanya dan melonggarkan tali leher yang diikat kemas. Mungkin dia berasa panas setelah memerahi Luhan.

 

Saat anak mata berwarna coklat milik Sehun bertemu Luhan , Luhan menunduk. Luhan tersentak terkejut. Reaksi muka Sehun tidak mampu diterjemahkan.

 

Sehun merenung sesaat pada Luhan yang menyembunyikan mukanya dari pandangan sebelum berdehem.

 

" Aku nak tanya sikit. "

 

Luhan menganggangkat mukanya , " T-tanyalah. Apa dia , encik ? "

 

" Kau ada kerja mana-mana ? "

 

Luhan menggeleng. " Tak. "

 

" Gaji kau berapa ? "

 

Luhan mula pelik. " Kenapa you nak tahu ? "

 

" Agak-agak cukup tak , nak sara keluarga kau dekat kampung ? "

 

Mata Luhan terbeliak. D-Dia tahu ? " Ma--macam man-- "

 

" Kerja dengan aku. Aku bayar kau tiga kali ganda dari gaji kau dekat sini , ehh tak ! Maksud aku , dari gaji kau kafe lah. "

 

" T-tiga k-kali ganda ? " tanya Luhan kepastian.

 

Sehun mengangguk sambil tersenyum.

 

Gila ! Tiga kali ganda ! Banyak tu. Tapi , kerja apa yang dia maksudkan ni ? 

 

"Emmm , encik. Kerja apa ? "

 

" Jadi , maid aku. "

 

W-What ? What the hell ?

 

Mulut Luhan terlopong.

 

" Kenapa ? Hina sangat ke jadi maid ? " muka bos tersebut kembali berkerut.

 

Kepala Luhan menggeleng pantas. " T-tak ! I-I tak cakap pun m-macam tu .. "

 

" Aku memang perlukan maid sekarang dan niat aku untuk tolong kau. Aku tahu kau ada oemma dengan seorang adik lelaki dekat kampung. Kau pun dah tiada ayah. Mungkin gaji kau dekat kafe cukup untuk tampung mereka dekat kampung tapi kehidupan kau dekat bandar ni mampu tampung ? Aku rasa tak. "

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
1004ngel #1
Chapter 8: Bakal kena marah lgi la nampaknya
Apa nak jadi la dengan dia tu
1004ngel #2
Chapter 7: fanfic kamu sangat menarik
tapi sngt pendek chapternya
saya tahu kamu sibuk
kalau boleh buat panjang
lagi bagus
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
1004ngel #4
Chapter 5: Teruk betul bos dia tu..
haih..
1004ngel #5
Chapter 3: chapter ni best
saya suka sangat
1004ngel #6
Chapter 1: Haha!
Cemerkap betul la dia ni
Lawak doh..
mpreggoland
#7
Chapter 6: aduh mampus ko Luhan! mcm mn la ko bleh lalai bila janji ngan mamat bengis tu *facepalmed*
nice update! ^^
kelly09 #8
Jjang!!
Zufairy #9
Chapter 4: Is it me or is this story is similar to maids(novel)