◆ Komen: Min POV

Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hello, assalamualaikum! Min dan Shimm kembali lagi untuk membincangkan dan merungkai topik kami yang seterusnya. Topik apa pula kali ni? Okay, untuk update hari ni Min dan Shimm akan memperkatakan mengenai komen dan pendapat. Sebelum topik ni dikupas dengan lebih lanjut dan mendalam, Min nak beritahu; terutama sekali kepada yang bertanya mengenai cara atau etika untuk menulis karya yang bertemakan komedi atau keceriaan. Untuk soalan ni, Shimm dan Min akan cuba jawab selepas topik ini habis dibincangkan, maknanya akan dijawab dan dikupas dalam bab yang seterusnyalah. Harap dapat menunggu Shimm dan Min memerah otak untuk membentuk pendapat masing-masing dengan sabar dan tabah. Seperti kebiasaannya, Min mulakan dahulu dengan pendapat Min dan pendapat dari Shimm akan menyusul di bab yang seterusnya memandangkan apa yang Min bakal taip ni agak panjang lebar. Senang cakap, topik kali ini akan dipecahkan kepada dua bab. Pertama; Min POV, kedua; Shimm POV. Kepada yang tertanya-tanya POV tu apa, ia adalah singkatan dari frasa Bahasa Inggeris iaitu Point of View a.k.a Sudut Pandangan atau Sisi Pandangan.

Komen. Komen. Komen. Siapa suka bila fanfic yang dia baru update tu dapat komen? Angkat kening tiga kali! Siapa pula suka kalau komen yang dia dapat tu...komen yang semanis madu dan panjang berjela sampai rasa kembang bermangkuk-mangkuk? Angkat kening 150 juta kali!! Okay, secara umumnya, memang tak ada penulis yang tak suka bila ternampak notification ‘new story comments’ kan? Mahu meloncat kalau tengok ada lebih dari 10 komen baru untuk satu fanfic yang baru je di-update! Tetapi, ada tak awak semua terfikir komen yang macam mana sebenarnya yang sepatutnya ditulis? Sekarang, Min akan kemukakan pendapat Min dengan sehabis jujur. Sebagai penulis sendiri, Min pun suka bila ada komen baru yang ditinggalkan bila update bab baru! Terasa masa yang diluangkan dan buah fikiran yang ditaip berjam-jam tu berbalas. Kalau ada penulis yang mengaku dia tak kisah langsung kalau orang tak komen dengan menggunakan alasan ‘saya menulis untuk diri sendiri’ tu, terpulanglah pada dia. Semua orang ada pandangan dan pendirian masing-masing, kan? Cuma, kalau awak terjumpa penulis yang berpendirian macam tu, lepas tu bila tak ada langsung pembaca komen pada fanfic dia dan keluarlah rungutan dan ‘ugutan’ seperti;

‘Kenapa awak tak nak komen?! Saya tulis penat-penat tapi sorang pun tak nak komen. Saya nak merajuk la kalau macam ni, saya tak nak update kalau korang tak nak k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 12: nk tnya mcm mna nk msukkan gmbr watak sblum kita mula fanfics nii??
starlightkim_
#2
Chapter 11: Sebuah perkongsian yang baik.Teruskan usaha korang.Fighting!!!
Seasony
#3
Chapter 11: Terima kasih sebab kupas cadangan yang saya bagi. sangat membantu! <3
tenmachan
#4
Chapter 11: Penerangan yang baik tentang one-shot sebab ia pun merupakan salah satu kelemahan saya. Tulis bebanyak sampai tak jadi oneshotnye. XD
tenmachan
#5
Chapter 9: waaa, thanks for feedback dan tips yang sangat-sangat berguna. Kinda agree with both of you dan waa, bagus sebab selama ni memang saya sendiri macam sukar nak bezakan watak yang kelakar dan gedik. U point it out for me. Thanks. :D
Seasony
#6
Dan saya nak request topik 'ONESHOT' . Saya teringin sangat nak tulis oneshot tapi susah sebab setiap kali nak tulis oneshot, mesti panjang berjela-jela dan terpaksa buat chapter. contohnya bila nak menulis tu, ada saja part-part yang saya perlu tambah dan rasa sayang nak padam sebab tu ianya jadi panjang. jadi apa tips nak buat oneshot? Terima kasih <3
Seasony
#7
Chapter 10: Saya suka baca threads yang awak berdua buat. sangat berinspirasi sebab daripada dua penulis hebat asianfanfics ni. Fighting you two <3
5days_fin
#8
Chapter 9: Saya suka sangat dengan point-point yang awak berdua senaraikan. Lagi-lagi kat bahagian komen, kekadang naik fobia dengan ayat "keep update". Sebab time tulah saya start stress nak menulis apa xD
Genre komedi memang bukan senang nak karang. Bila mood lawak dah terbang, time tulah saya kena buat mission impossible xD
dok perhatikan family, makcik-makcim kat pasar dan sebagainya untuk dapatkan eleman lawak. Kekadang tu sampai frust menonggeng sebab mood nak melawak tu tak ada dibawa angin senpoi-senpoi bahasa xD
Apa-apa pun korang berdua memang jjang*thumb ups*