◆ Plot

Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hai!! Min di sini, maaf sebab dah agak lama tak update thread ni. Shimm dengan Min masing-masing tengah sibuk dengan pelajaran, jadi kami tak ada masa yang cukup untuk tulis entry baru untuk thread ni. Okay, seperti yang awak semua sedia maklum, Shimm masih lagi hiatus. Jadi untuk entry kali ni, awak semua hanya akan dapat baca entry dari Min sahaja. Kali terakhir shimm dan Min update thread ni adalah berkenaan dengan tajuk cerita kan? Jadi, untuk kali ni Min nak kongsikan tips dan pandangan Min dari aspek plot. Jadi, teruskan membaca ye!

Okay, macam mana nak hasilkan plot yang menarik dan dalam masa yang sama plot tu bukanlah sesuatu plot yang mengarut? Mula-mula, kumpulkan dulu idea untuk cerita awak. Lagi baik kalau awak tulis dulu rangka plot tu dalam satu buku nota kecil yang mudah nak bawa ke mana-mana. Kenapa? Sebab inspirasi tu akan datang pada bila-bila masa saja, dan bila masa tu tiba –tiba muncul, awak boleh terus tulis je kat dalam buku nota tu. Dah dapat idea nak karang cerita apa? Langkah seterusnya, buat peringatan kecil pada diri sendiri mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah plot atau cerita.  Komponen-komponen apa yang saya maksudkan?

 Prolog: memperkenalkan karakter, latar, waktu, cuaca, dan lain-lain Permulaan: suatu titik plot yang menjadi ‘pemanas cerita’ Konflik: hal-hal yang menjurus kepada konflik atau klimaks cerita. Klimaks: kemuncak cerita. Antiklimaks: cerita awak sudah hampir selesai. Penutup/epilog: penamat yang memuaskan dari cerita di mana konflik utama berhasil diselesaikan atau tidak!

Sebenarnya, awak tak semestinya ikut turutan komponen-komponen di atas sangat, cuma pastikan semua komponen tersebut wujud dalam cerita atau plot awak. Awak boleh je mulakan cerita awak dengan titik ‘pemanas cerita’ (adegan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 12: nk tnya mcm mna nk msukkan gmbr watak sblum kita mula fanfics nii??
starlightkim_
#2
Chapter 11: Sebuah perkongsian yang baik.Teruskan usaha korang.Fighting!!!
Seasony
#3
Chapter 11: Terima kasih sebab kupas cadangan yang saya bagi. sangat membantu! <3
tenmachan
#4
Chapter 11: Penerangan yang baik tentang one-shot sebab ia pun merupakan salah satu kelemahan saya. Tulis bebanyak sampai tak jadi oneshotnye. XD
tenmachan
#5
Chapter 9: waaa, thanks for feedback dan tips yang sangat-sangat berguna. Kinda agree with both of you dan waa, bagus sebab selama ni memang saya sendiri macam sukar nak bezakan watak yang kelakar dan gedik. U point it out for me. Thanks. :D
Seasony
#6
Dan saya nak request topik 'ONESHOT' . Saya teringin sangat nak tulis oneshot tapi susah sebab setiap kali nak tulis oneshot, mesti panjang berjela-jela dan terpaksa buat chapter. contohnya bila nak menulis tu, ada saja part-part yang saya perlu tambah dan rasa sayang nak padam sebab tu ianya jadi panjang. jadi apa tips nak buat oneshot? Terima kasih <3
Seasony
#7
Chapter 10: Saya suka baca threads yang awak berdua buat. sangat berinspirasi sebab daripada dua penulis hebat asianfanfics ni. Fighting you two <3
5days_fin
#8
Chapter 9: Saya suka sangat dengan point-point yang awak berdua senaraikan. Lagi-lagi kat bahagian komen, kekadang naik fobia dengan ayat "keep update". Sebab time tulah saya start stress nak menulis apa xD
Genre komedi memang bukan senang nak karang. Bila mood lawak dah terbang, time tulah saya kena buat mission impossible xD
dok perhatikan family, makcik-makcim kat pasar dan sebagainya untuk dapatkan eleman lawak. Kekadang tu sampai frust menonggeng sebab mood nak melawak tu tak ada dibawa angin senpoi-senpoi bahasa xD
Apa-apa pun korang berdua memang jjang*thumb ups*