◆ Tajuk Cerita

Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Assalamualaikum, hello hello! Lambatnya Shimm dan Min update thread ni kan? Agak-agak ada ke tak yang tertunggu-tunggu update dari kami? Kalau tak ada, okay takpe...thread ni tetap akan diteruskan seperti biasa. Seperti yang kami jelaskan dalam topik sebelum ni, setiap update yang dibuat akan dimulakan oleh Min dan diakhiri dengan Shimm. Topik seterusnya? Tajuk Cerita!

Min mulakan dulu, ye? Okay, sebelum tu Min nak minta maaf untuk topik pengenalan (foreword/description) sebelum ni, Min ada baca semula  pendapat yang Shimm dan Min taip. Bila dan berkali-kali ulang baca, baru Min perasa yang huraian kami berdua agak panjang lebar, dah macam one-shot fanfic pun ada. Kalau ada yang rasa jengkel dengan celoteh panjang lebar kami berdua, Min minta maaf. Kami cuma cuba nak terangkan dengan sejelas mungkin supaya tak ada yang salah faham dengan apa yang cuba kami berdua katakan. Jadi, untuk topik kali ni Min akan nyatakan pendapat Min dengan seringkas mungkin. Berbalik semula kepada ‘tajuk cerita’, mesti ada antara awak-awak semua yang stress masa nak letakkan tajuk yang menarik untuk fanfic awak kan? Macam-macam kena fikir sebelum nak pilih tajuk tu. Sesuai ke dengan plot? Menarik ke bagi pembaca? Bahasa apa yang lebih sesuai nak guna? Bagi Min sendiri, Min pun alami masalah yang sama bila nak pilih tajuk ni. Untuk hal ni, ada beberapa perkara yang boleh Min sarankan kat awak semua apabila memilih tajuk fanfic. Apa yang paling utama? Tajuk yang awak pilih tu mesti ada kena mengena dengan plot utama fanfic awak. Pastikan tak lari dari skop cerita.

Kedua, bagi Min tajuk cerita tidak sepatutnya lebih dari tiga patah perkataan. Jadikan ia ringkas dan padat!  Tajuk cerita yang ada kalanya terlalu panjang lebar boleh buat pembaca rasa jengkel dan menimbulkan first impression yang negatif kepada fanfic yang kita tulis. Melainkan awak tulis rencana atau berita, barulah boleh guna tajuk yang panjang lebar. Untuk fanfic atau bahan bacaan yang bersifat fiksyen, dinasihatkan guna tajuk yang lebih pendek dan mempunyai impak. Adalah satu bonus kalau awak bijak bermain dengan kata-kata dalam membentuk tajuk yang menarik! Rajin-rajinkan diri untuk semak kamus dan cari perkataan-perkataan sinonim yang bombastic untuk dijadikan tajuk. Lazimnya, fanfic yang bergenre angst mempunyai kelebihan yang sangat besar dari segi pemilihan tajuk yang bombastic berbanding fanfic bergenre romcom. Untuk fanfic romcom, adalah agak terhad sebenarnya untuk penulis memilih tajuk yang lain dari yang lain dan tidak klise. Jadi, untuk tamp

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 12: nk tnya mcm mna nk msukkan gmbr watak sblum kita mula fanfics nii??
starlightkim_
#2
Chapter 11: Sebuah perkongsian yang baik.Teruskan usaha korang.Fighting!!!
Seasony
#3
Chapter 11: Terima kasih sebab kupas cadangan yang saya bagi. sangat membantu! <3
tenmachan
#4
Chapter 11: Penerangan yang baik tentang one-shot sebab ia pun merupakan salah satu kelemahan saya. Tulis bebanyak sampai tak jadi oneshotnye. XD
tenmachan
#5
Chapter 9: waaa, thanks for feedback dan tips yang sangat-sangat berguna. Kinda agree with both of you dan waa, bagus sebab selama ni memang saya sendiri macam sukar nak bezakan watak yang kelakar dan gedik. U point it out for me. Thanks. :D
Seasony
#6
Dan saya nak request topik 'ONESHOT' . Saya teringin sangat nak tulis oneshot tapi susah sebab setiap kali nak tulis oneshot, mesti panjang berjela-jela dan terpaksa buat chapter. contohnya bila nak menulis tu, ada saja part-part yang saya perlu tambah dan rasa sayang nak padam sebab tu ianya jadi panjang. jadi apa tips nak buat oneshot? Terima kasih <3
Seasony
#7
Chapter 10: Saya suka baca threads yang awak berdua buat. sangat berinspirasi sebab daripada dua penulis hebat asianfanfics ni. Fighting you two <3
5days_fin
#8
Chapter 9: Saya suka sangat dengan point-point yang awak berdua senaraikan. Lagi-lagi kat bahagian komen, kekadang naik fobia dengan ayat "keep update". Sebab time tulah saya start stress nak menulis apa xD
Genre komedi memang bukan senang nak karang. Bila mood lawak dah terbang, time tulah saya kena buat mission impossible xD
dok perhatikan family, makcik-makcim kat pasar dan sebagainya untuk dapatkan eleman lawak. Kekadang tu sampai frust menonggeng sebab mood nak melawak tu tak ada dibawa angin senpoi-senpoi bahasa xD
Apa-apa pun korang berdua memang jjang*thumb ups*