❀ Min & Shimm?

Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Please Subscribe to read the full chapter

 

Okay, sebelum Shimm dan Min mula update thread ni dengan segala macam tips, pendapat, dan cadangan, sebaiknya kami berdua kenalkan diri masing-masing dulu. Seperti yang awak semua dah tahu, terdapat dua orang admin bagi thread ini iaitu Min_Arisu dan Shimm_Ahmad. Sebelum itu, Min dan Shimm akan terangkan sedikit tentang bagaimana thread ini akan berfungsi. Bagi setiap tips yang dikongsikan, kami akan selitkan nama si pemberi tips tersebut (Shimm atau Min) di penghujung bab supaya pembaca dan penulis tahu siapa yang update. Sekiranya Shimm & Min sama-sama kongsikan tips tersebut dalam bab yang sama, awak semua akan nampak nama Shimm & Min di penghujung bab tersebut. Jadi...siapa Min_Arisu dan Shimm_Ahmad ni, ye? Sila baca pengenalan ringkas di bawah atau awak semua boleh saja skip bahagian ni kalau tak berminat langsung nak kenal siapa admin-admin thread ini.

 

AFF USERNAME: Min_Arisu

TARIKH LAHIR: 2 JUN 1993

PENGENALAN RINGKAS: Hai, awak semua boleh panggil saya Min. Saya berasal dari Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Maklumat di UiTM Machang, Kelantan. Sebagai seorang penulis amatur di AFF, saya lebih gemar memilih tema yang berat seperti kisah pengkhianatan, konflik dalaman dan pergelutan mental sebagai tema utama saya dalam menghasilkan sebarang karya. Berbanding dengan gaya bahasa yang terlalu santai dan mengabaikan tatabahasa, saya lebih gemar membaca karya-karya yang lebih mementingkan kekemasan dari segi tatabahasa, visual dan gaya penulisan. Saya juga merupakan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 12: nk tnya mcm mna nk msukkan gmbr watak sblum kita mula fanfics nii??
starlightkim_
#2
Chapter 11: Sebuah perkongsian yang baik.Teruskan usaha korang.Fighting!!!
Seasony
#3
Chapter 11: Terima kasih sebab kupas cadangan yang saya bagi. sangat membantu! <3
tenmachan
#4
Chapter 11: Penerangan yang baik tentang one-shot sebab ia pun merupakan salah satu kelemahan saya. Tulis bebanyak sampai tak jadi oneshotnye. XD
tenmachan
#5
Chapter 9: waaa, thanks for feedback dan tips yang sangat-sangat berguna. Kinda agree with both of you dan waa, bagus sebab selama ni memang saya sendiri macam sukar nak bezakan watak yang kelakar dan gedik. U point it out for me. Thanks. :D
Seasony
#6
Dan saya nak request topik 'ONESHOT' . Saya teringin sangat nak tulis oneshot tapi susah sebab setiap kali nak tulis oneshot, mesti panjang berjela-jela dan terpaksa buat chapter. contohnya bila nak menulis tu, ada saja part-part yang saya perlu tambah dan rasa sayang nak padam sebab tu ianya jadi panjang. jadi apa tips nak buat oneshot? Terima kasih <3
Seasony
#7
Chapter 10: Saya suka baca threads yang awak berdua buat. sangat berinspirasi sebab daripada dua penulis hebat asianfanfics ni. Fighting you two <3
5days_fin
#8
Chapter 9: Saya suka sangat dengan point-point yang awak berdua senaraikan. Lagi-lagi kat bahagian komen, kekadang naik fobia dengan ayat "keep update". Sebab time tulah saya start stress nak menulis apa xD
Genre komedi memang bukan senang nak karang. Bila mood lawak dah terbang, time tulah saya kena buat mission impossible xD
dok perhatikan family, makcik-makcim kat pasar dan sebagainya untuk dapatkan eleman lawak. Kekadang tu sampai frust menonggeng sebab mood nak melawak tu tak ada dibawa angin senpoi-senpoi bahasa xD
Apa-apa pun korang berdua memang jjang*thumb ups*