◆ Genre: Kategori

Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Please Subscribe to read the full chapter

  

 

Hello, assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Untuk update kali ni, Min akan buat huraian ‘ringkas’ tentang kategori-kategori genre yang ada. Topik ni juga bakal menjawab soalan yang dah diajukan oleh Cik Chiko_Miari kita di ruangan komen kat bawah tu. Mesti ramai yang selalu keliru kan nak labelkan cerita korang tu di bawah genre apa? Tambah-tambah pula bila nak request review atau poster untuk cerita korang, mesti dalam request form tu nak kena isi ‘genre’! Haaa...Min nak straight to the point je kali ni, penat membebel banyak-banyak kat intro ni. Selamat membaca!

 

Aksi & Pengembaraan (Action & Adventure).

Genre aksi dan pengembaraan kadang-kadang dianggap dua genre yang berbeza. Walau bagaimanapun, kedua-duasaling berhubung kait di antara satu sama lain. Kategori genre ini banyak melibatkan cerita dengan urutan dan halangan yang menarik yang perlu diatasi oleh watak-watal yang dihidupkan oleh si penulis sebelum mencapai matlamat atau klimaks cerita. Asalkan cerita yang ditulis tu ada menyelitkan elemen-elemen yang ‘kasar’ atau ‘kental’, ia akan termasuk dalam kategori aksi dan pengembaraan. Tapi kalau setakat scene adik bergaduh berebut ais krim dengan kakak sampai bercakar-cakar, takde maknanya nak letak genre aksi kat situ. Terdapat banyak pecahan-pecahan kecil (sub-kategori atau sub-genre) yang berbeza bagi genre aksi-pengembaraan. Contohnya:

Epik. Lazimnya latar masa untuk sub-genre ni lebih kepada masa silam atau masa hadapan yang sering digambarkan penuh dengan kecanggihan teknologi yang sangat membangun. Sub-genre epik  sering diceritakan dalam sesebuah karya penulisan biasanya melibatkan tokoh-tokoh perjuangan,adiwira atau superhero yang berani berkorban demi orang yang tersayang. Kisah ketenteraan atau risikan. Fiksyen ketenteraan biasanya melibatkan kisah-kisah pertempuran dan pengintipan dari si pejuang baris hadapan.

 

 

Komedi.

Komedi adalah cerita lucu bertujuan untuk membuat pembaca atau penonton ketawa, sama ada dargi gaya penulisan atau teknik penceritaan yang digarap oleh penulis atau dari segi teknik lontaran dialog dan perwatakan watak-watak yang ada dalam sesebuah cerita. Untuk genre komedi, tak banyak sangat sub-genre yang boleh diselitkan di kat sini. Tapi Min cuba juga nak terangkan supaya korang semua faham dengan lebih mendalam. Contoh sub-kategori untuk genre komedi:

Komedi hitam. Walaupun cerita-cerita ini adalah bertujuan untuk menjadi bahan ketawa, penulis juga menyentuh kawasan atau sudut gelap sesebuah plot, seperti kematian dan ketakutan yang menjadi satu trauma atau fobia kepada watak. Parodi. Parodi biasa digarap untuk meniru genre lain yang asalnya tidak kelakar. Bila diparodikan, ia akan mengalami sedikit pengolahan dari segi penambahan elemen lucu itu sendiri. Parodi boleh bertujuan untuk mempermainkan, menyindir, mengkritik serta untuk memberi penghormatan kepada karya asal yang menjadi rujukan apabila parodi dilakukan. Romcom (romantik komedi). Romcom, campuran cerita cinta bersama-sama dengan situasi-situasi yang boleh dianggap kelakar. Jangan terkejut romcom berada di bawah sub-kategori komedi, dah nama pun sub-genre, asalkan ada komedi sikit je, dah boleh di masukkan di bawah kategori komedi tau!

 

 

Fantasi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 12: nk tnya mcm mna nk msukkan gmbr watak sblum kita mula fanfics nii??
starlightkim_
#2
Chapter 11: Sebuah perkongsian yang baik.Teruskan usaha korang.Fighting!!!
Seasony
#3
Chapter 11: Terima kasih sebab kupas cadangan yang saya bagi. sangat membantu! <3
tenmachan
#4
Chapter 11: Penerangan yang baik tentang one-shot sebab ia pun merupakan salah satu kelemahan saya. Tulis bebanyak sampai tak jadi oneshotnye. XD
tenmachan
#5
Chapter 9: waaa, thanks for feedback dan tips yang sangat-sangat berguna. Kinda agree with both of you dan waa, bagus sebab selama ni memang saya sendiri macam sukar nak bezakan watak yang kelakar dan gedik. U point it out for me. Thanks. :D
Seasony
#6
Dan saya nak request topik 'ONESHOT' . Saya teringin sangat nak tulis oneshot tapi susah sebab setiap kali nak tulis oneshot, mesti panjang berjela-jela dan terpaksa buat chapter. contohnya bila nak menulis tu, ada saja part-part yang saya perlu tambah dan rasa sayang nak padam sebab tu ianya jadi panjang. jadi apa tips nak buat oneshot? Terima kasih <3
Seasony
#7
Chapter 10: Saya suka baca threads yang awak berdua buat. sangat berinspirasi sebab daripada dua penulis hebat asianfanfics ni. Fighting you two <3
5days_fin
#8
Chapter 9: Saya suka sangat dengan point-point yang awak berdua senaraikan. Lagi-lagi kat bahagian komen, kekadang naik fobia dengan ayat "keep update". Sebab time tulah saya start stress nak menulis apa xD
Genre komedi memang bukan senang nak karang. Bila mood lawak dah terbang, time tulah saya kena buat mission impossible xD
dok perhatikan family, makcik-makcim kat pasar dan sebagainya untuk dapatkan eleman lawak. Kekadang tu sampai frust menonggeng sebab mood nak melawak tu tak ada dibawa angin senpoi-senpoi bahasa xD
Apa-apa pun korang berdua memang jjang*thumb ups*