◆ Genre: Slice of Life

Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Please Subscribe to read the full chapter

Assalamualaikum! Selamat pagi juga buat anda yang membaca tips ini pada waktu pagi, selamat tengahari buat anda yang membaca pada waktu tengahari, selamat petang buat anda yang membaca pada waktu petang dan selamat malam buat anda yang membaca pada waktu malam. Sihat semua? Minda masih segar? Bagus! Sebab apa, sebab Shimm punya minda sekarang sedang dalam proses dipresi yang agak dasyat berikutan projek akhir tahun yang menyeksa jiwa sejak tahun lepas. Doakan semoga saya berjaya menamatkan pengajian ijazah dengan cemerlang ya wahai pembaca sekalian. Okay, tiba-tiba terasa nak menangis pulak kan.

Baik!!! Setelah dua kali tidak muncul di dalam sebarang tips, kali ini Shimm ambil alih untuk seketika. InshaAllah tips seterusnya saya dan Cik Min akan update bersama-sama.  Dan saya nak mohon maaf sekiranya awak-awak semua yang membaca ni macam terkejut sikit bila baca tips kali ni disebabkan gaya penulisan dan header serta tag nama yang tak berapa sama dari dua update sebelumnya. Sebab kali ni, Shimm sahaja yang akan berkongsi tips. Kita bagi Cik Min rehat dulu ya! 

Baik, macam tajuk yang ada di header atas tu, kali ni Shimm nak kongsi sedikit tips berkaitan dengan genre 'slice of life'. Apa itu 'slice of life'? Kalau menurut pemahaman secara logiknya, 'slice of life' maksudnya sebuah genre yang mengangkat realiti yang terjadi dalam kehidupan kita mahupun sesuatu yang berlaku di alam realiti. Gituuuu. Kalau dalam komik mahupun anime, slice of life ni dia macam gabunganlah dengan genre lain. Contohnya macam One Punch Man, walaupun Saitama ni digelar superhero, tapi dalam masa yang sama cerita One Punch Man tu dia cerita pasal kehidupan normal watak utama iaitu Saitama.

Okay itu kalau manga dan anime. Kalau dalam penulisan fanfic pulak, basically genrenya pasal kehidupan realitilah. Tak semestinya slice of life tu tak ada fantasy. Takkk. Slice of life ni genre yang paling universal sebenarnya. Sebab kita boleh adapt genre ni dengan setiap genre yang ada! Haaa. Macam Harry Potter, dia memang ada menceritakan kehidupan realiti  Harry sebagai manusia tapi dalam masa yang sama ada unsur fantasy jugak. See? Senang cakap kalau sesebuah cerita tu ada berkait dengan apa saja yang terjadi dengan dunia realiti, maka jadilah genre slice of life. Ha, faham tak? Atau tak faham langsung? Okay, saya harap anda semua fahamlah ya. 

Seterusnya! Untuk tips yang saya mahu kongsi kali ini adalah macam mana anda ingin memasukkan sedikit genre ini ke dalam penulisan. Tipsnya senang aja, tulis saja apa yang korang alami. Senang! 

Tapi, macam mana p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 12: nk tnya mcm mna nk msukkan gmbr watak sblum kita mula fanfics nii??
starlightkim_
#2
Chapter 11: Sebuah perkongsian yang baik.Teruskan usaha korang.Fighting!!!
Seasony
#3
Chapter 11: Terima kasih sebab kupas cadangan yang saya bagi. sangat membantu! <3
tenmachan
#4
Chapter 11: Penerangan yang baik tentang one-shot sebab ia pun merupakan salah satu kelemahan saya. Tulis bebanyak sampai tak jadi oneshotnye. XD
tenmachan
#5
Chapter 9: waaa, thanks for feedback dan tips yang sangat-sangat berguna. Kinda agree with both of you dan waa, bagus sebab selama ni memang saya sendiri macam sukar nak bezakan watak yang kelakar dan gedik. U point it out for me. Thanks. :D
Seasony
#6
Dan saya nak request topik 'ONESHOT' . Saya teringin sangat nak tulis oneshot tapi susah sebab setiap kali nak tulis oneshot, mesti panjang berjela-jela dan terpaksa buat chapter. contohnya bila nak menulis tu, ada saja part-part yang saya perlu tambah dan rasa sayang nak padam sebab tu ianya jadi panjang. jadi apa tips nak buat oneshot? Terima kasih <3
Seasony
#7
Chapter 10: Saya suka baca threads yang awak berdua buat. sangat berinspirasi sebab daripada dua penulis hebat asianfanfics ni. Fighting you two <3
5days_fin
#8
Chapter 9: Saya suka sangat dengan point-point yang awak berdua senaraikan. Lagi-lagi kat bahagian komen, kekadang naik fobia dengan ayat "keep update". Sebab time tulah saya start stress nak menulis apa xD
Genre komedi memang bukan senang nak karang. Bila mood lawak dah terbang, time tulah saya kena buat mission impossible xD
dok perhatikan family, makcik-makcim kat pasar dan sebagainya untuk dapatkan eleman lawak. Kekadang tu sampai frust menonggeng sebab mood nak melawak tu tak ada dibawa angin senpoi-senpoi bahasa xD
Apa-apa pun korang berdua memang jjang*thumb ups*