◆ One-shot Story

Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Assalamualaikum, salam sejahtera, konichiwa, dajiahao~ Shimm dan Min muncul lagi! Untuk kali ni, Shimm dan Min akan sama-sama berkongsi pandangan, pendapat, dan buah fikiran mengenai topik cara penulisan cerita yang berstatus one-shot! Salah seorang pembaca kita iaitu Cik AubreyFairy dah pun mengemukakan soalan berkenaan topik one-shot ni kat ruangan komen bawah tu. Jadi, kami berdua akan cuma sebaik mungkin untuk menzahirkan pendapat masing-masing. Seperti lazimnya, korang akan baca pendapat dari Min dulu memandangkan Shimmy tak nak tulis dulu. Haaaa, tak apalah! Memandangkan Min 'kakak', dan Shimm 'adik', biarlah nenek kebayan yang dah hampir lanjut usia ni mulakan dulu ye? Eh, awak tu! Jangan kerut-kerutkan dahi tu, buat macam tak biasa pula eh? Memang Min selalu mulakan dulu la. Jangan bukan muka pelik atau tarik muka pulak. Yelah, mesti ada yang akan kata, 'ehhh, asyik-asyik Min je dulu, bagilah Shimm mulakan dulu pulak!' Haa, tak ada masalah pun kalau nak Shimm mulakan dulu, cuma awak semua la kena pujuk Cik Shimm kita ni. Min OK je tau! Okay, dah! Sorry, termengarut pula kat sini, bukan apa...saja je nak bagi post kali ni nampak panjang. Hihihi. 

Baiklah, untuk Cik AubreyFairy, saya harap awak baca la tau post kami ni. One-shot fanfic! Secara peribadinya, Min suka sangat tulis cerita yang berstatus one-shot! Kenapa? Sebab, nak tulis cerita one-shot ni 'sakit kepala' dia tu sekali harung je. kalau chaptered fanfic, selagi tak tamat cerita tu, selagi tu la kena menghadap sakit kepala pening mual bagai. Yelah, mana tak peningnya. Kalau nampak komen 'update soon', mula la penulis gelabah nak taip apa pulak untuk chapter seterusnya. Walaupun dah fully prepared untuk plot dia, tiba-tiba mood pemalas datang menyerang, habis tergendala tak nak update! Tu belum masuk bab writer's block lagi. One-shot fanfic ni tak terlalu membebankan bagi Min, pembaca pun jadi tak perlu nak ternanti-nanti dengan lama untuk tahu penamat cerita tu, tak macam chaptered fanfic. Tapi, kalau nak menulis one-shot, awak sebagai penulis kena la bijak mengatur perjalanan scene dan pengolahan jalan cerita tu. Menulis one-shot story ni memerlukan susunan plot yang sangat baik. Kalau tak, one-shot tu akan kelihatan macam berterabur sangat. Scene mana yang nak dimasukkan? Scene yang mana pula yang tak perlu dimasukkan dalam one-shot? Persoalan ni selalu sangat muncul bila tulis one-shot. mesti akan timbul perasaan ragu-ragu. 'Eh, sayang la pulak nak buang scene ni, sebab aku rasa penting la dalam one-shot ni! Tapi kalau tak buang, dah jadi panjang meleret pulak dah! Guane ni?' Haaa, Min selalu rasa macam tu. Jadi, penyelesaiannya; awak buang je scene yang awak rasa 'penting' tu kalau awak rasa ia tidak memberikan impak kepada jalan cerita awak. 'Penting' tak menjamin ia akan mmberikan impak kepada jalan cerita tau! Cuba kekalkan scene 'penting' dan memberikan impak kepada keseluruhan cerita. Impak yang cuba Min katakan kat sini ialah scene yang awak rasa kalau dibuang, cerita tu akan jadi cacat, tergantung, tak lengkap dan tak sampai ke jiwa pembaca. Kekalkan scene yang mampu membuatkan jalan cerita awak kelihatan kukuh.

One-shot ni, kalau tersalah buang scene atau tersalah tambah scene...silap-silap, terus hancur. Jangan takut atau risau kalau awak rasa words count on

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 12: nk tnya mcm mna nk msukkan gmbr watak sblum kita mula fanfics nii??
starlightkim_
#2
Chapter 11: Sebuah perkongsian yang baik.Teruskan usaha korang.Fighting!!!
Seasony
#3
Chapter 11: Terima kasih sebab kupas cadangan yang saya bagi. sangat membantu! <3
tenmachan
#4
Chapter 11: Penerangan yang baik tentang one-shot sebab ia pun merupakan salah satu kelemahan saya. Tulis bebanyak sampai tak jadi oneshotnye. XD
tenmachan
#5
Chapter 9: waaa, thanks for feedback dan tips yang sangat-sangat berguna. Kinda agree with both of you dan waa, bagus sebab selama ni memang saya sendiri macam sukar nak bezakan watak yang kelakar dan gedik. U point it out for me. Thanks. :D
Seasony
#6
Dan saya nak request topik 'ONESHOT' . Saya teringin sangat nak tulis oneshot tapi susah sebab setiap kali nak tulis oneshot, mesti panjang berjela-jela dan terpaksa buat chapter. contohnya bila nak menulis tu, ada saja part-part yang saya perlu tambah dan rasa sayang nak padam sebab tu ianya jadi panjang. jadi apa tips nak buat oneshot? Terima kasih <3
Seasony
#7
Chapter 10: Saya suka baca threads yang awak berdua buat. sangat berinspirasi sebab daripada dua penulis hebat asianfanfics ni. Fighting you two <3
5days_fin
#8
Chapter 9: Saya suka sangat dengan point-point yang awak berdua senaraikan. Lagi-lagi kat bahagian komen, kekadang naik fobia dengan ayat "keep update". Sebab time tulah saya start stress nak menulis apa xD
Genre komedi memang bukan senang nak karang. Bila mood lawak dah terbang, time tulah saya kena buat mission impossible xD
dok perhatikan family, makcik-makcim kat pasar dan sebagainya untuk dapatkan eleman lawak. Kekadang tu sampai frust menonggeng sebab mood nak melawak tu tak ada dibawa angin senpoi-senpoi bahasa xD
Apa-apa pun korang berdua memang jjang*thumb ups*