#8

With you, baby.

 

Haaaaacummmmm!!!!!!!! 

Bunyi bersin itu sangat kuat sehingga mengejutkan Kyungsoo dari tidur. Kyungsoo terjaga dan terus bangun dari katilnya. kyungsoo merancang mahu bangun lewat sikit kerana harini hari cuti jadi mereka tidak perlu ke kolej tetapi bunyi bersin yang sangat kuat itu telah membuatkan dia terjaga. 

Kyungsoo keluar dari biliknya dan terus ke ruang tamu tetapi apabila dia tiba disitu, dia mendapati ruang itu kosong. Tiada kelibat kai disitu.Dia hairan, selalunya jam sebegini kai akan berada diruang tamu sambil menonton kartun kegemarannya tetapi harini dia tiada. 

"Dia lupa kot." Bisik kyungsoo dalam hati.

Lamunan kyungsoo terhenti apabila terdengar bunyi bersin itu lagi. Dia tertanya-tanya dari mana bunyi itu datang. Dia perlahan - lahan melangkah ke hadapan pintu bilik kai. Kyungsoo mendekatkan telinganya ke pintu itu dan terdengar bunyi bersin lagi. Dia yakin kai yang bersin itu. Kyungsoo teragak-agak mahu masuk ke bilik kai atau tidak. Jika dia masuk pasti kai akan mengamuk kerana masuk tanpa kebenaran. Tapi kyungsoo hanya mengambil tahu keadaan suaminya itu. 

Kyungsoo menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Dia nekat mahu masuk, kyungsoo sanggup mengambil risiko. Perlahan- lahan kyungsoo memulas tombol dan membuka pintu itu.kyungsoo masuk ke dalam bilik kai dan mendapati kai sedang berselubung didalam selimutnya sambil menggigil sepertinya dia kesejukan. Apabila melihat keadaan kai itu, kyungsoo terus ke katil kai. Kyungsoo meletakkan tangannya ke atas dahi kai.

"Omg kai, U demam panas ni" kata kyungsoo apabila merasa haba yang sangat panas pada dahi kai.

Kyungsoo terus ke dapur untuk mengambil besin kecil yang dipenuhi air dan kain bersih. Apabila menjumpai barang itu, kyungsoo terus berlari ke bilik kai. Kyungsoo duduk diatas katil bersebelahan dengan kai yang sedang menggigil. Kyungsoo merendam kain itu sehingga basah dan meletakkan kain itu di atas dahi kai yang panas. Kai hanya memandang gerak geri kyungsoo itu, mulutnya tidak larat berkata apa-apa. 

"U tidur dulu nanti I bawakkan makanan, Okay?" Kata kyungsoo mengukirkan senyuman yang paling manis. Kai yang melihat senyuman itu, merasakan sesuatu pada hatinya. Dia tak pasti apa.

Kyungsoo terus keluar dari bilik kai. Dia mahu kai berehat. Tiba-tiba kyungsoo teringat yang dia masih belum mandi lagi, jadi masuk ke bilik untuk bersiap untuk mandi. Selepas mandi, kyungsoo terus bersiap untuk ke farmasi berdekatan untuk membeli ubat untuk kai.

Selepas balik dari farmasi, kyungsoo terus ke bilik kai untuk memeriksa keadaan kai. Dia menggantikan kain yang di atas dahi kai dengan kain yang basah. Selepas mengganti kain itu, dia ke dapur pula untuk memasak bubur  untuk kai.

 

 

 

 

 

 

 

"Kai" panggil kyungsoo sambil menggerak-gerakkan bahu kai. Kyungsoo meletakkan tangannya didahi kai untuk memeriksa suhu sudah turun atau belum tapi badan kai masih lagi panas, mungkin sebab kai tak makan ubat lagi. Kai membuka matanya dengan perlahan, dia melihat kyungsoo tersenyum lagi. 

"I ada bawak bubur dan ubat ni, mesti U laparkan" kata kyungsoo mahu menolong kai bangun, tapi kai menepis tangan kyungsoo.  kai terus menukar posisinya ke posisi duduk diatas katil. Kyungsoo mahu menyuap kai tetapi kai menolak

"I boleh buat sendirilah, I ni demam je, bukannya patah tangan" kata kai sambil cuba mengangkat tangannya yang masih lemah itu.

"Kai, U tu masih lemah lagi. Takpalah biar I yang suapkan" kata kyungsoo sambil mendekatkan sudu yang berisi bubur dibibir kai. Kai hanya mendiamkan diri pada mulanya kemudian perlahan-lahan dia membuka mulutnya dan membiarkan kyungsoo menyuapnya. 

Satu suap, dua suap akhirnya habis bubur itu dimakan kai. Nampaknya kai benar-benar lapar. Sekarang ni tiba masa untuk makan ubat pula. Kyungsoo menunjukkan ubat itu kepada kai tetapi kai terus menepis

"I taknak makan ubat" kata kai sambil memuncungkan mulutnya

Kyungsoo tergelak.Kai sangat comel apabila membuat muka seperti itu. Kai yang sedar kelakuannya itu terus memasamkan muka

"U kena makan ubat, kalau tak makan macam mana nak sembuh. Please kai" kata kyungsoo sambil matanya bersinar-sinar. Kai memandang kyungsoo dengan terpaku. Kyungsoo sangat comel dengan mata bulatnya itu. Kai terasa lagi sesuatu sepertinya ada sesuatu berterbangan di dalam hati. Kemudian, kai menggeleng-geleng kepalanya. Mungkin demam ni yang membuatkan dia tak betul. Kai mengeluh lagi. Kai mengambil ubat ditangan kyungsoo dan menelannya.

"Puas hati?" Kai bertanya sambil mengangkat kening.

Kyungsoo mengangguk "okay, sekarang nak U berehat. Kalau nak apa-apa panggil I okay?" 

Kai terus baring dan menutup matanya. Dia menganggap kyungsoo seperti tidak wujud  didalam bilik itu. Kai langsung tidak senyum atau berterima kasih kepada kyungsoo. Tetapi bagi kyungsoo, dia tidak kisah kerana dia ikhlas menjaga suaminya itu.

 

 

 

 

 

Kini malam menjelma, sebelum kyungsoo masuk ke biliknya dia singgah ke bilik kai untuk kali terakhir. Kyungsoo duduk disebelah kai yang sedang tidur. Dia tersenyum melihat suaminya yang tidur dengan lena seperti bayi. Kyungsoo meletakkan tangannya didahi kai, suhu kalini tidak lah panas seperti sebelum ini. Perlahan-lahan kyungsoo mengusap-usap rambut kai dan mencium dahi kai dengan lembut.

 

"get well soon" kata kyungsoo dan terus ke biliknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

A/N: I cuba nak jadikan chapter ni fluff tp idk what im doing

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
asdfghjkaisoo
chap 24 in da making ;)

Comments

You must be logged in to comment
Chubby_me #1
Chapter 27: Welcome back!! Terperanjat I tgk you update.. I meloncat satu rumah!!
chimot #2
Chapter 27: WELCOME BACK! FINALLY2 U UPDATE,teruskan for more chapter author-nim,fighting!
realnazirah #3
Chapter 27: istg cerita ni makin lama makin. selalu update tau. cant wait to see what hani wants to do
chimot #4
Chapter 26: AUTHOR-NIM,PLEASE PLEASE PLEASE TERUSKAN CERITA NI,i really love this story.Takpe habiskan spm dulu once dah habis terus update ye.Fighting!All the best for spm!:)
natasya_annuar23 #5
Sebenarnye kyungsoo tu laki ke perempuan keliru la
realnazirah #6
Chapter 26: nice chapter! tq fr update
mpreggoland
#7
Chapter 26: sweetnya KaiSoo tuu~
kat public pn jadi..
Ish Hani ni tak abis2
luhan_07_exo #8
Chapter 26: ish,geramnya dengan hani tu.tak boleh ke kalau dia x kacau kai.kai hidup bahgia dah dgn kyungsoo,yg sibuk2 nak kacau rumah tangga diaorang tu apesal.
Syifiqifa01 #9
Chapter 26: Kai.. kai.. xcukup kat umah.. kat cafe pon nk bersweet ke?? Nasib baik sweet...♡♡♡ update soon authornim!!!