#6

With you, baby.

 

 

Sejak kejadian itu, mereka tidak pernah bertegur sapa. Tangan kyungsoo yang lebam itu  pun sudah sembuh. Mereka hanya berjumpa apabila Mrs Kim menyuruh mereka mencuba baju perkahwinan mereka. Segala persiapan dibuat oleh Mrs. Kim dan Mrs. Do kerana anak-anak mereka sebuk dengan kolej mereka.

Tentang perkahwinan mereka, kyungsoo hanya memberitahu luhan dan baekhyun sahaja. Kyungsoo memberitahu semua perkara yang patut mereka tahu. Baekhyun dah luhan amat terkejut. Tidak sangka rakan baik mereka akan berkahwin dengan playboy yang amat terkenal dikolej mereka. Kyungsoo menyuruh mereka menyimpan perkara ini sebagai rahsia kerana dia tidak mahu satu kolej tahu tentang perkara ini.

Jongin pula, masih lagi dengan perangai lamanya. Suka pergi ke club dan melayan perempuan. Tentang perkahwinannya kai hanya memberitahu chanyeol dan sehun. Seperti luhan dan baekhyun, sehun dan chanyeol juga turut terkejut.

 

 

 

 

 

Kini, kyungsoo sedang duduk kaku diatas katil mereka.

Kai dan kyungsoo telah dikahwinkan secara rasmi sebentar tadi. Majlis mereka telah dihadiri oleh keluarga, sanak saudara dan sehun, chanyeol, baekhyun dan luhan juga turut hadir ke majlis mereka.

Kai tidak dapat menafikan kyungsoo sangat cantik pada harini. Kyungsoo menggayakan sut hitam dan rambutnya digayakan ke atas menampakkannya sangat kacak dan anggun.

Apabila juru kahwin menyuruh kai mencium pasangannya, kai mencium kyungsoo dibahagian tepi bibir kyungsoo tidak sampai 3 saat. Semua tetamu bertepuk tangan mengucapkan tahniah kepada mereka. Ada juga yang mengusik mereka mengatakan mereka tak sabar untuk melihat Kai junior selepas ini. Muka kyungsoo terus merah padam dan kai hanya senyum walaupun dia tahu perkara itu takkan terjadi.

 

 

 

 

 

 

Kini, kyungsoo sedang duduk dia atas katil didalam bilik kai. Mata bulatnya memerhati susun atur bilik itu. Matanya beralih kearah satu bingkai gambar, ia gambar Mrs. Kim dan Kai sewaktu kecil. Kyungsoo senyum, kai sungguh comel sewaktu kecil. Dia mula berangan, dia berharap anaknya mempunyai muka seperti kai iaitu bapanya. kyungsoo mengeluh, dia tahu perkara itu pasti tidak akan berlaku 

Kyungsoo tiba-tiba terkejut apabila mendengar tombol pintu bilik air dipulas dan kai terus membuka pintu dengan berpakaian lengkap dan berseluar jeans sepertinya dia nak keluar. Kyungsoo memandangkan gerak geri kai dan terus menggagahkan diri bertanya kepada suaminya.

"U nak pergi mana?" Kyungsoo bertanya dengan suara yang lembut tapi kai tidak menjawab soalan kyungsoo itu, dia terus memakai cap dan jam tangan Rolexnya. 

Apabila tidak dapat jawapan dari kai, kyungsoo bertanya lagi "Kai, I tanya, U nak pergi mana?"

Geram dengan soalan itu, kai terus menjawab dengan nada yang marah

"Suka hati I lah nak pergi mana! U siapa nak tahu!" 

Jawapan kai itu membuatkan hati kyungsoo tersentak, tapi itu tidak mematahkan semangat kyungsoo untuk bertanya lagi.

"Nanti kalau mommy tanya, I nak jawab apa?"

"Pandai-pandailah U jawab" jawab kai sambil menuju keluar tingkap

"Tapi ingat, jangan sampai kantoi.Faham!" Herdik kai sebelum terjun keluar tingkap. Kai memang handal bab-bab melarikan diri ni. Dia sudah biasa melarikan diri melalui tingkap tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Kyungsoo hanya memerhati kai keluar dari tingkap. Kemudian, air matanya tiba-tiba mengalir. 

 

Dapatkah dia melembutkan hati kai? 

 

 

 

 

 

 

Sinaran matahari pagi, mengejutkan kyungsoo. Semalaman kyungsoo menunggu kai pulang tapi akhirnya terlena. Dia memandang kearah jam dinding, ia menunjukkan pukul 6:30 pagi. Kemudian dia mengalih pandangannya ke bahagian sebelah katil tapi tiada kelibat kai. Takkan kai tak balik lagi kot? tapi tekaan kyungsoo itu salah apabila dia terdengar bunyi dengkuran di dalam bilik itu.

Kyungsoo terus bangun dan mencari dari mana bunyi dengkuran itu. Akhirnya dia menjumpai kai sedang tidur diatas lantai bersebelahan katil sambil berdengkur.Kyungsoo perlahan-lahan mendekati Kai dan melutut disebelah kai. Kyungsoo memerhati kai yang nyenyak tidur. Jadi, kai semalaman tidur diatas lantai, pasti badannya akan sakit nanti. Kyungsoo mula rasa bersalah.Kyungsoo memberanikan diri membelai rambut suaminya yang lembut itu, perlahan-lahan dia membelai takut mengejutkan kai dari tidur.

Kyungsoo senyum sambil berkata lembut

 

 

 

 

 

Good Morning Encik Suami. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"wow kyungsoo awalnya kamu bangun" kata Mrs Kim apabila dia masuk ke dapur.

"Morning mommy!" Ucap kyungsoo kepada mak mertuanya

" Morning. Kamu buat apa ni?"

"Saya ingat nak buat sarapan untuk Ka— jongin, tapi tak tahu nak masak apa" Senyum Mrs.Kim, dia yakin dia telah membuat pilihan yang tepat untuk anaknya. Terasa lega hatinya, akhirnya ada yang sudi menjaga anaknya apabila dia tiada nanti

"Kai suka makan nasi omelet" kata Mrs. Kim

"Lagi-lagi nasi omelet cara mommy, come here mommy ajar" kyungsoo terus berada disebelah Mrs.Kim dan mereka terus memasak bersama-sama 

 

Kai yang baru keluar dari bilik air mengeluh. Dia menyesal tidur di atas lantai malam tadi. Habis satu badannya sakit-sakit. Dia rasa dia patut pergi ke spa atau ke pusat urut berdekatan. Kai terus teringat terdapat perempuan cantik di spa yang dia pergi tempoh hari. Kai tersenyum.

Tidak lama kemudian senyuman kai terpadam apabila mendengar pintu biliknya dibuka. Kyungsoo masuk ke dalam bilik dengan muka pelik

"Dia ni dah kenapa? Gila ke senyum sorang-sorang" bisik kyungsoo dalam hati.

"Nak apa?!" Tanya kai.

"Em, mommy ajak sarapan sama-sama" balas kyungsoo

"Kejap lagi I turunlah" Jawab kai sambil membetulkan rambutnya "Haa, tu asal terjegat lagi dekat situ?!" 

"I tunggu U, kita turun sama-sama" jawab kyungsoo lagi

"I kata kejap lagi I turunkan? tak faham bahasa ke? tak payah nak tunggu, U memang suka tunjuk baik depan mommy, kan? KAN?!" Pekik kai menolak kepala kyungsoo menggunakan jari telunjuknya

Kyungsoo terus menundukkan kepalanya. Dia terus membuka pintu dan turun kebawah. Tidak lama kemudian, kai turun ke meja makan bersama keluarganya. Kai memuji masakan mommynya harini. Kemudian, mrs kim memberitahu yang kyungsoo juga menolongnya tapi kai terus memuji  mommynya dan tidak memuji langsung wifenya itu. Selepas itu, Mr kim memberitahu yang dia akan memberi sebuah apartment berdekatan dengan kolej mereka sebagai hadiah perkahwinan mereka. Kai senyum sampai ke telingga apabila mendengar berita baik itu. Akhirrnya, dia bebas dari ibu bapanya manakala kyungsoo hanya senyum dan mengucapkan terima kasih kepada bapa mertuanya.

 

 

Kyungsoo berharap dia dapat mencipta memori bahagia bersama Kai di apartment itu nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

A/N; Fuhh banyak pulak idea keluar harini. Hope you guys like it! Pls comment:) see you in the next chapter.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
asdfghjkaisoo
chap 24 in da making ;)

Comments

You must be logged in to comment
Chubby_me #1
Chapter 27: Welcome back!! Terperanjat I tgk you update.. I meloncat satu rumah!!
chimot #2
Chapter 27: WELCOME BACK! FINALLY2 U UPDATE,teruskan for more chapter author-nim,fighting!
realnazirah #3
Chapter 27: istg cerita ni makin lama makin. selalu update tau. cant wait to see what hani wants to do
chimot #4
Chapter 26: AUTHOR-NIM,PLEASE PLEASE PLEASE TERUSKAN CERITA NI,i really love this story.Takpe habiskan spm dulu once dah habis terus update ye.Fighting!All the best for spm!:)
natasya_annuar23 #5
Sebenarnye kyungsoo tu laki ke perempuan keliru la
realnazirah #6
Chapter 26: nice chapter! tq fr update
mpreggoland
#7
Chapter 26: sweetnya KaiSoo tuu~
kat public pn jadi..
Ish Hani ni tak abis2
luhan_07_exo #8
Chapter 26: ish,geramnya dengan hani tu.tak boleh ke kalau dia x kacau kai.kai hidup bahgia dah dgn kyungsoo,yg sibuk2 nak kacau rumah tangga diaorang tu apesal.
Syifiqifa01 #9
Chapter 26: Kai.. kai.. xcukup kat umah.. kat cafe pon nk bersweet ke?? Nasib baik sweet...♡♡♡ update soon authornim!!!