Part 2

Saranghae, Mr. Arrogant!
Please Subscribe to read the full chapter

Waktu sekolah telah berakhir. Dahyun dengan pantas mengemas barang-barangnya kerana dia sudah lambat untuk bekerja. Yugyeom yang berada di sebelah memandang dengan pelik. Yugyeom pergi ke arah Dahyun.

"Kenapa awak nak terburu-buru ni?" tanya Yugyeom.

"Hah? Saya nak pergi kerjalah. Tak akan awak tak tahu pula. Sayakan bekerja selepas tamat waktu persekolahan. Okeylah bye! Saya dah lambatlah ni. Kita jumpa esok." Dahyun mula bergerak dari situ.

"Jangan lupa hari esok! Saya ajak awak keluar!" jerit Yugyeom.

Dahyun berpaling. "Okey tapi, tak janji tau!" balas Dahyun dan terus beredar dari situ.

Yugyeom mengeluh kecil. Dia duduk di atas kerusi. Kelas itu sudah kosong hanya ada dia sahaja di dalam kelas itu. Air matanya menitis dengan tidak sengaja. Dia tidak tahu kenapa hatinya sedih dengan Dahyun yang melayannya seperti begitu. Dia tahu bahawa Dahyun melayan hanya kawan sahaja. Dia tidak mahu. Dia mahu Dahyun melayannya lebih dari kawan. Ya! Itulah yang dia nak tapi, itu semua mimpi sahaja. Dahyun tidak pernah menyukainya. Malahan, ramai pelajar perempuan tergila-gilakan dia. Yugyeom tidak mahu itu. Dia cuma mahu Dahyun sahaja. Dia tidak mangambil kisah tentang kemiskinan Dahyun. Hati dia bukan macam tu. Hatinya cuma ada untuk Dahyun sahaja.

 

 

Selepas mengambil masa bersendirian, Yugyeom berangkat pulang ke rumah. Hari ini dia mahu pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Selalunya dia akam diambil oleh pemandu peribadinya. Yugyeom mengambil jalan pintas supaya lebih cepat sampai ke rumah.

Tanpa disedari, Yugyeom telah melintasi  ke rumah yang berada di atas bukit tapi, dia tidak mengambil peduli  kerana dia selalu menggunakan jalan itu. Matanya tertancap  pada seseorang yang sangat dia kenali. Yugyeom sangat kenal wajah pengawal-pengawal dari rumah di atas bukit itu. Gerak hatinya tajam untuk mengikut walaupun dia mengetahui akan membahayakan dirinya sendiri. Firasatnya mengatakan untuk mengikuti lelaki tersebut. Kenapa dia kena tangkap? Kenapa muka dia macam aku pernah nampak sebelum ni? bisiknya lalu mengikut pengawal itu sehingga di pagar rumah itu. Telinganya dapat menangkap isi perbualan mereka itu.

"Encik, saya merayu sangat! Jangan tahan saya. Saya mohon sangat. Saya minta maaf sangat-sangat. Niat saya bukan nak mencuri atau menganggu pun. Saya cuma menolong kanak-kanak mengambil bola di sini sahaja. Percayalah cakap saya ni encik."

"Kami tak nak mendengar alasan encik. Kami hanya menjalankan arahan daripada tuan kami. Kami diarahkan oleh tuan kami untuk menahan encik kerana encik telah menganggu tuan kami. Selain itu, kami juga menerima arahan daripada tuan kami iaitu menahan encik sehingga tuan kami mahu lepaskan encik. Itu sahaja. Jadi, sila ikut kami pergi berjumpa dengan tuan kami."

"Encik! Saya merayu sangat. Tolong lepaskan saya untuk kali ini sahaja. Anak -anak saya sedang tunggu saya di rumah. Saya sudah berjanji dengan mereka untuk makan malam bersama mereka semua. Tolong lepaskan saya encik. Saya mohon encik!"

"Maaf! Kami hanya menjalankan tugas kami. Sila ikut kami. Jika tidak, kami akan gunakan kekerasan pada encik."

"Ye. Baik saya ikut sekarang. Dahyun tolong appa sekarang. Yein, appa risaukan kamu. Macam mana kamu dekat rumah. Appa minta maaf sebab tak dapat jumpa kamu berdua sekarang atau sampai bila-bila."

Yugyeom terkejut apabila mendengar nama Dahyun. Membulat matanya. Dia dengan pantas beredar dari situ. Ya! Dia harus beri tahu pada Dahyun. Ayahnya dalam bahaya sekarang! Yugyeom berlari dengan laju menuju ke rumah Dahyun. Dia berharap Dahyun ada di rumah.

 

 

Ping! Habis berkecai gelas yang dipegangnya. Malah, jarinya juga berdarah akibat terkena serpihan kaca di gelas itu. Dia cepat-cepat mengutip serpihan kaca itu. Hatinya mula timbul perasaan tidak sedap hati. Dia cuba berfikiran positif tetapi, tidak boleh. Peluhnya mula keluar. Badannya terketar. Dia mula terfikir tentang ayahnya dan adiknya. Okey ke?

"Dahyun! Apa yang kamu buat ni! Habis pecah gelas saya! Kenapa kamu boleh cuai?!" Dahyun memandang ketuanya.

"Tuan, saya nak balik sekarang boleh? Tuan boleh potong gaji saya untuk bayar ganti rugi gelas ini," kata Dahyun dan terus beredar dari situ dengan pantas.

"Kim Dahyun!"

Dahyun mengabaikan panggilan itu. Hatinya masih berdebar-debar. Jantungnya berdegup dengan laju. Fikirannya buntu apabila memikirkan keluarganya. Lariannya  semakin laju menuju ke rumahnya.

 

 

Dahyun terkaku. Matanya membulat. Air matanya mula membasahi pipinya. Seluruh badannya bergetar. Dia masih tidak mempercayai kata-kata adiknya. Tidak mungkin.

"Boleh Yein ulang balik. Appa dekat mana sekarang?" tanya Dahyun yang masih berdiri tegak tanpa memandang adiknya.

"Unnie! Yein kata betul! Yugyeom oppa yang nampak. Appa kena tahan dengan pemilik rumah yang duduk dekat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 7 (Final)! Baca tau

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 8: menangis teharu bca cerita ni.. huhu
misz_dina #2
Chapter 8: woahh!!jinjja daebak!luv this story
Aida_Rusdi
#3
Chapter 8: Wuuuu, manyak best!
Rainbowhope125 #4
Chapter 7: Wahh...jjinja daebak... I like it ..says harap awak menang ..hwaiting ...
the8_nj_xiumin #5
Chapter 7: best sangat!!! ^^ daebak
exo_seventeen_hanmin #6
Chapter 7: Best la..thumb up 100 kli..hihi
starlightkim_
#7
Chapter 7: Habis sudah cerita ni..mmg bestlah..sweetnya diaorg ni..semoga happy selamanya dahyun dan mingyu..thumbs up..good joblah author..
Amaliana_PinkPanda
#8
Chapter 7: kalau dk ada kan mesti dia perli mingyu mesti dia akan cakap -kan aku dah bagitahu kucupan cinta sejati boleh henti kan sumpahan ko tu lah tak percaya lagi huh- hehhehehe author nanti mesti kita akan rindu cerita ni
mmairah #9
Chapter 7: Yeay!!!habis pon..
Cite nye best...
Buat la cite baru author nim
Sedih sebab dah habis